Tuesday, May 17, 2011

Wanita dan Lelaki



1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan
(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak
sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan
penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan
berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang
kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.
6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima
anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah
memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.



10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah
khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah
menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang
menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang
termulia.

17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.


18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.


22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan
suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya
mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah
bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang
suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicaradan perempuan mendengarkan. Pada saat
perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan,
suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga
mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang
menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan
suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang
mencintainya.

Sumber:http://mujahidahpemburusyahid.blogspot.com/2011/05/wanita-dan-lelaki.html

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman