Tuesday, December 15, 2015

5 Sebab Mengapa Anda Masih Solo

Apa yang menyebabkan individu di luar sana masih lagi memilih mengekalkan status solo selain belum sampai jodoh? Ayuh kita singkap bersama mengapa dan kenapa?

1. Terlalu Memilih

Mereka yang mempunyai tahap penilaian yang tinggi pasti akan menjadikan seseorang itu memiliki sifat yang begitu memilih. Lebih-lebih lagi apabila berbicara mengenai soal pasangan. Bagi mereka pasangan yang ingin dijadikan teman meluah dan berkongsi segala rasa perlulah serba serbi sempurna di mata mereka.

Sekiranya salah satu kriteria yang ditetapkan tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Maka jangan harap untuk seseorang itu mendapat peluang kedua kembali bertemu janji. Ini kerana, mereka lebih rela hidup solo sehingga muncul si dia yang benar menambat hati!

2. Jual mahal 

Tidak salah untuk seseorang itu jual mahal terutama bagi golongan wanita. Namun sifat terlalu jual mahal yang tunjukkan juga mungkin akan menjadikan anda seorang yang sukar didekati dan akhirnya membujang sampai ke tua. 

Sifat jual mahal yang tidak kena tempat ini kadang-kadang menyukarkan peluang anda memulakan sesi perkenalan. Tidak salah jika sekali-sekala anda yang cuba menegur individu yang anda minati. Itu bukan menandakan anda gatal tetapi hanya sekadar bersikap ramah.

3. Suka Menilai

Sikap ini kadang-kadang tidak disedari oleh tuan empunya badan. Ini kerana, bagi mereka sikap ini sekadar tindakan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup takut ditipu dan dipermainkan. Walaupun kadang-kala terlihat terlalu melampau kerana langsung tidak memberi peluang kepada orang lain untuk cuba mendekati. 

Ada sahaja yang tidak kena dan tidak sempurna di mata mereka dalam menilai seseorang. Sikap suka menilai atau ‘judgemental’ ini antara satu faktor menjadi punca mereka masih berstatus solo.

4. Mudah Mengalah
Jangan terlalu cepat mengalah jika proses perkenalan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Cuba dan terus mencuba tanpa rasa putus asa. Walaupun sudah beberapa kali temu janji dan masih tidak berjumpa si dia serasi di hati. 

Ya, tidak dinafikan samapi satu tahap anda mungkin rasa bosan dan penat dengan proses perkenalan yang tiada kesudahan. Masih tidak berjumpa si jantung hati. Berhenti merungut, sekurang-kurang anda dapat mengumpul koleksi kawan baharu dan tiada salahnya untuk anda terus menjalin persahabatan dengan mereka.

5. Kuat Kerja 

Bangun pagi tidak lain dan tidak bukan yang bermain di minda adalah kerja. Ini adalah salah satu sindrom khusus kepada mereka yang kuat bekerja hingga tiada masa untuk diri sendiri apa ntah lagi untuk bersosial mencari pasangan. 

Menghabiskan masa bekerja hingga lewat malam. Kemudian pulang ke rumah tiada daya lagi terus lena diulit mimpi. Esoknya kembali bekerja seperti biasa. Sudah tiba masanya buat si solo mencari masa untuk diri sendiri mencari seseorang yang boleh buat hati berbunga tersenyum bahagia.

1 comment:

  1. Best videos to watch in 2019 - YouTube | Vimeo
    Get the best videos to watch in 2019, the biggest news on YouTube | Vimeo | VideoOdds | Vimeo | youtube to mp3 y2mate Discover the latest videos, pictures, videos & videos of the most popular video

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman