Tuesday, February 22, 2011

10 situasi Lelaki

"kenapa lelaki nie susah sangat nak paham jiwa perempuan yek??"


korang (khususnya perempuan) pernah tak tertanya @ terfikir perkara yang sama macam kat atas?aishh kalo bab2 lelaki nie memang korang susah nak fahamkan (lebih2 lagi kepada mereka yang dah ada bf dan suami)...tapi,betol ke lelaki tu tak faham jiwa korang?ataupon KORANG yang tak cuba nak fahami jiwa lelaki..panas2 hehe

memang perkara nie cam lumrah bagi seorang perempuan kan, even aku lelaki pon aku leh paham kenapa kebanyakan perempuan akan fikirkan perkara yang sama 'lelaki tak faham jiwa perempuan"..bagi pendapat aku lah kan,bukan lelaki saje yang patut dipersalahkan..perempuan pon kadang-kadang terlalu emosi dan TAK terfikir untuk faham jugak hati lelaki..

jadi kali nie aku nak kongsi ngan korang '10 Situasi Lelaki' yang patot korang tau:

1. Bila LELAKI itu sibuk@ada kerja
-janganlah korang memaksa dia pula untuk keluar walaupon korang tau yang dia betol2 ada kerja yang perlu dilaksanakan.Dan kebanyakan perempuan akan suka 'merajuk tak tentu pasal' kalo si dia tak reply smsnya..kalo taknak bagi dia 'fed up' dengan perangai korang cuba jangan cepat melatah kalo dia lambat reply sms@tak layan korang..

2. Bila LELAKI jarang call@sms
-korang janganlah serang diorang dengan 1001 soalan dan terfikir yang si dia dah tak sayangkan korang lagi..buang perspektif macam tu..korang kena faham yang lelaki ADA masa untuk diri dia sendiri (main game@tengok tv@keluar dengan kawan2) dan bukan dengan korang aje untuk sms@call 24jam..cuba beri dia masa untuk dia luangkan diri dia sendiri dan jangan terlalu mengongkong hidupnya..

3. Bila LELAKI penat
-masa nielah korang nak cerita masalah2 korang walaupon hal yang kecik @ remeh temeh..ape kate bagi dia luangkan masa untuk berehat dan jangan cuba ganggu dia buat sementara waktu..lelaki tak suka diganggu bila dia kepenatan.

4. Bila LELAKI ego
-janganlah korang mempersoalkan egonya sebab lelaki tak akan mengakui keegoaanya..

5. Bila LELAKI pentingkan diri
-yang nie penting,kekadang tu lelaki nie tak sedar perbuatannya mengguris hati perempuan..ape kate korang cuba bersikap terbuka dan luahkan apa yang korang rasa..selagi korang tak luahkan selagi tu lelaki tu takkan faham **kebanyakan lelaki tak pandai berkias2

6. Bila LELAKI selamba@rileks
-masa nielah korang perlu cuba memainkan peranan korang..ambil perhatiannya..lelaki yang selamba nie biasanya tunggu perempuan yang mulakan sesuatu perbincangan..korang pon pandai2 la fikirkan ape perkara menarik yang perlu dibincangkan supaya tidak bosan

7. Bila LELAKI lurus bendul
-biasanya bila berdepan dengan lelaki macam nie memang banyak perempuan yang akan ambil kesempatan terhadapnya..ye memang masa nie lah korang boleh mengambil kesempatan tetapi jangan sampai memperbodoh-bodohkan @ memperlekeh-lekeh kan dia pulak..apakata korang cuba bagi peransang untuk dia supaya boleh jadi lebih tegas dan boleh buat keputusan sendiri.

8. Bila LELAKI mengongkong
-opss,jangan cepat melatah..biasanya lelaki mengongkong nie sebab terlalu sayang..ape kata cuba luahkan kepada si dia yang korang boleh buat keputusan sendiri dan beritahu yang korang tak suka di kongkong..biasanya lelaki akan faham

9. Bila LELAKI panas baran
-apa kata korang jangan provoke @ menambahkan lagi kemarahannya sebab kadang2 walaupon korang korang cuba untuk pujuk dia untuk lebih rileks takot2 korang pulak yang kena marah..beri masa kepada dia dan cuba berdiam diri sehingga kemarahannya reda

10. Bila LELAKI curang
-opss,yang nie pon jangan cepat sangat nak melatah..betol ke yang dia curang?ada bukti?ada saksi?cuba selidik dulu betol2 dan elakkan memberi tekanan kepadanya..sekiranya korang salah pasti lelaki tu akan anggap korang nie terlalu cemburu dan merosakkan hubungan yang sedia ada..cuba bertanya dengan baik dan tanya kenapa dia bersikap macam tu..tapi kalo sekiranya lelaki tu betol2 curang,err nasihat daripada aku tinggalkan ajelah lelaki camtu..takot2 korang je yang makan hati pengakhirannya

Sumber:http://hanakira.blogspot.com/2010/05/10-situasi-lelaki.html

P.S Kalau kt bawah sekali tu ada sumber maknanya bukan aku lah yg tulis entry tu..ehehe..sowi lah takde masa nk tulis sbb sibuk dengan kerja hope korang tak marah erk..nanti aku blanje korang McD k hehe

5 comments:

  1. blh bwk ketengah nih,hehe...mtk share ek..tq:-)

    ReplyDelete
  2. sy da bg die masa dan peluang untuk diri die sendiri..tapi bila mlm,die free,die msg sy tapi tak lama..n then tibe2 die reply lmbt n ckp yg die kt luar..sy tak kisah klu die nk kuar..tapi bg la sy peluang nk luangkn masa ngan die..bila sy cuba nk gtw apa yg terbuku dlm hati nie..die ckp sy kongkong die..:(

    ReplyDelete
  3. Bf aku terlalu sibuk .agk2 la keje smpi 24jam .. bkn kate call msg pon bertaon baru balas.. mgkin die akan kwen dgn keje die kot hahaa

    ReplyDelete
  4. Bf aku terlalu sibuk .agk2 la keje smpi 24jam .. bkn kate call msg pon bertaon baru balas.. mgkin die akan kwen dgn keje die kot hahaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman