Friday, October 1, 2010

Bagaimana lelaki memikat wanita ?

Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita.
Kini ramai pula wanita yang menggoda lelaki.

Bak kata perumpamaan, bagai perigi yang mencari timba. Masalahnya kini, kenapa pula wanita yang perlu mengorat lelaki? Kenapa mereka begitu berani? Sebenarnya dalam dunia serba canggih ini, tidak ada syarat yang menetapkan lelaki wajib memikat wanita dan wanita tidak perlu memikat lelaki. Pucuk pangkalnya hati.

Jika seorang wanita sudah terpikat, apa salahnya dia yang memulakan dahulu. Mana tahu, dengan cara ini cinta akan berputik. Jika menunggu sahaja silap hari bulan, burung idaman terbang lari. Ingatkan bagaimana bekas teman anda memikat anda suatu ketika dahulu? Apa taktik yang digunakan dan bagaimana anda boleh terpikat?

Walaupun tidak 100% betul, tetapi senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya.

1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang-kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan mermehatikan setiap gerak-geri wanita yang diidamkan.

2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita.Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak kerenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.

4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala sehingga menitiskan air mata. Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hampir dengan wanita walaupun dengan cara yang tidak disenangi.

5. Selain itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri.

6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan. Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan cita rasanya.


P/s : Jd wanita2 cuba lah memerhatikan sikap lelaki2 dsekeliling anda

4 comments:

  1. Salam,
    Gunalah cara manapun, asal jangan guna cara 3...nampak macam berlagak je. lagipun, tak payahlah tunjuk baik sangat kerana orang akan curiga. Orang baik biasanya tak mengaku dia baik, orang kaya pun tak berlagak kaya (takut kena lempaq kat banting), melainkan orang yang tak berapa nak kaya pun ;)

    ReplyDelete
  2. Ala..yeke..tak tau lak camni laki ngorat..huk3~
    melepas suda...hehe :p

    ReplyDelete
  3. sya xfahamlah lelaki ni . . apa2 jelah

    ReplyDelete
  4. Nak tambah duit poket hanya klik sahaja tiada yuran daftar dan anda pun tidak rugi kerana ianya free cuma tolong promosikan link dah dapat duit walaupun sikit lama-lama jadi bukit..jom klik nak tahu apa dia http://iklansticky.com/hop.php?ref=sarahsalleh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman