Saturday, July 30, 2011

76 Cara Pikat Hati Wanita


Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita kekasih anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:

  1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
  2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
  3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
  4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
  5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
  6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
  7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
  8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
  9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
  10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
  11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
  12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
  13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
  14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
  15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
  16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
  17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
  18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
  19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
  20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
  21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
  22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
  23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
  24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
  25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
  26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
  27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
  28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
  29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
  30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
  31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
  32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
  33. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
  34. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
  35. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
  36. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
  37. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
  38. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
  39. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
  40. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
  41. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
  42. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
  43. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
  44. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
  45. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
  46. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
  47. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
  48. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
  49. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda ...dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
  50. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
  51. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
  52. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
  53. Solat bersama dan berdoa bersama.
  54. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
  55. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
  56. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
  57. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
  58. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
  59. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
  60. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
  61. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
  62. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
  63. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
  64. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
  65. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
  66. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
  67. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
  68. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
  69. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
  70. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
  71. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
  72. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
  73. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
  74. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
  75. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan
  76.  Sayangi dia sepenuh hati jiwa dan raga
  77.  
    Sumber:http://bicararomantis.blogspot.com/2010/06/76-cara-pikat-hati-wanita.html

      Thursday, July 28, 2011

      Kartun Cinta:Cemburu

      http://books.google.com.my/books?id=tQ8Unbs_dD4C&pg=PT145&img=1&zoom=3&hl=en&sig=ACfU3U2w5oPc-m96nQUBfa_RFwC8Z0Xzqw&w=685&w=800
      Click Pic Utk Zoom

      Tuesday, July 19, 2011

      Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam...


      Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitik beratkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula "pakai bedal sahaja". Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

      Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap HARAM. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

      Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan. 

      Selain itu jika CINTA dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka MENGURAT pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

      Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

      ~NAMUN BEGITU~


      mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. MENGURAT dan BERCINTA seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya MUKADDIMAH KEPADA MELAHIRKAN ANAKL LUAR NIKAH atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

      Mengurat dan bercinta seperti ini DILARANG DAN DIHARAMKAN dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali TERJERUMUS dalam PERKARA-PERKARA yang TIDAK BAIK. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh MENCETUSKAN KEGAIRAHAN SEKS yang seterusnya menyebabkan berlaku PERLANGGARAN HUKUM ALLAH S.W.T aitu PENZINAAN. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan MEMELIHARA AURAT kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. 

      Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, PANDUAN RASULULLAH PERLU DIIKUTI. Baginda melarang orang Islam supaya JANGAN MELAMPAU DAN SENTIASAMENUTUP AURAT.Malah baginda menyuruh mereka BERCINTA KERANA ALLAH iaitu MENCINTAI ORANG YANG DIKASIHI KERANA ALLAH S.W.T 

      Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

      Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

      Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

      Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

      Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 

      Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

      SEDIKIT PESANAN DARI ADMIN: CINTA PERLU ADA MATLAMAT IAITU PERKAHWINAN...SEKIRANYA TIADA MATLAMAT...CINTA TERSEBUT AKAN BERLAKU KEMAKSIATAN DAN AKHIRNYA BERLAKU PENZINAAN DAN PEMBUANGAN BAYI...APABILA ANDA INGIN BERCINTA...ADAKAH ANDA AKAN MAMPU MENGAWAL PELBAGAI BENTUK ZINA SEBAGAI MANA HADITS NABI S.A.W:

      Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,)

      Dah tu, kalau tak boleh ngorat camne nak dapat pasangan?

      sebenarnya ada banyak cara untuk dapatkan pasangan, antaranya MERISIK...itu sebab cinta perlu ada matlamat iaitu perkahwinan...

      1.Boleh suruh parent carikan, sebab kalau parent carikan tentulah yang terbaik untuk anak dia. kalau setuju ngan latar belakang die, kawen la terus lagi pun Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya. tetapi tidak semestinya Bercinta selepas kahwin adalah pilihan ibubapa tetapi pilihan sendiri pun boleh juga tidak ada masaalah dalam hal ini semuanya atas kemahuan kita melawan nafsu...

      2.kedua boleh suruh kawan risik2kan, sebab diorang mesti ade kenalan2. pastu kite selidik2 la latar belakang lelaki tu. kalau berkenan, mintak kawan tu tolong ejas2kan untuk berjumpe (bukan berdua2an ya), berkenal2an dan kawen.

      3.kalau kite ade berkenan ngan seseorang tu, kite mintak orang tengah yang tanye2kan kat orang tu kerana jaga adab untuk orang perempuan sebagai seorang yang pemalu walaupun perempuan tu janda. kalau dah siasat latar belakang lelaki tu, aturkan pertemuan sambil ditemani mahram (saudara2 kandung). kalau suke, kawen la terus. tak suke, rejek baik2.dan lain2 cara lagi yang menepati  hukum dan adab Islam.Jangan berpandukan peredaran zaman dan perbuatan masyarakat, sebab belum tentu yang masyarakat buat tu betul di sisi agama.

      Sekiranya anda mampu mengawalnya anda adalah orang yang betul2 menjaga sifat keperibadian yg mulia...tetapi sekiranya x mampu...maka bercintalah selepas nikah...kerana itulah yg sebaik-baiknya kerana bila kita tidak mampu nak mengawal perasaan cintaitu...sudah semestinya kita akan terjebak dengan penzinaan...oleh itu tidak perlulah risau siapa jodoh kita...kerana itu adalah yang terbaik Allah s.w.t pilih untuk kita...sentiasalah bersangka baik kepadaNya...apabila kita sentiasa melakukan perbuatan yg baik dan tidak melakukan maksiat kepadaNya...inshaAllah...Allah s.w.t akan berikan yang terbaik buat hambaNya...berusaha...berdoa dan bertawakkal kepadaNya...ingat jodoh dan pertemuan itu adalah ditangan Allah s.w.t...

      Wednesday, July 6, 2011

      Asyiknya bercinta.. jom kita bercinta…

      Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya ” Islah Al-Ummah A’lah Huda As-Sunnah” (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

      Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, “al-bidayah wa an-nihayah”,dan beberapa kitab lain, bahawa nabi Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan Hawa bagi menjadi teman hidup Adam.

      Tapi Allah tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan. Allah Taala berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat baik untuk kamu ikuti..”. sepanjang rentetan sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu wujud dalam rumahtangga mereka.


      Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan, mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup, maka dibenarkan dia melihat perempuan itu mengikut batas syara’. Terdapat hadis hadis dalam bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu’bah, bahawa dia hendak meminang seorang perempuan, lalu bersabda Rasulullah s.a.w: ” Pergilah kamu melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan lagi kasih sayang antara kamu berdua nanti”. Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu mereka barulah mereka bercinta sebagai suami isteri.
      Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata.

      Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara’yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah.

      Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju firdausi. Wallahua’lam.

      Jangan mudah melafaz kasih, kasih itu untuk siapa..
      Jangan mudah melafaz sayang, sayang itu pada siapa..
      Jangan mudah melafaz cinta, cinta itu pada Yang Esa,
      Cintakan bunga, bungakan layu..
      cintakan manusia kan pergi .

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      Popular Sepanjang Zaman