Sunday, June 12, 2011

Seseorang Yang Mencintai Kamu


Seseorang yang mencintai kamu, tidak dapat memberikan alasan mengapa dia mencintaimu. Dia hanya tahu, di matanya kamulah satu-satunya.

Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah/gila/sengal/stres. Tapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikanmu.

Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tau. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas SMS-nya atau panggilannya, kerana dia peduli dan dia tidak ingin sesuatu terjadi ke atas kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapanmu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup/berdenyut/bergetar untuk kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan dia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman selama-lamanya.

Seseorang yang mencintai kamu, selalu memberitahumu untuk tidak berfikir terlalu banyak, kerana dia sudah merencanakan semuanya untukmu. Dia ingin memberikan kehidupan yang terbaik di masa mendatang. Dia ingin memberikanmu suatu kejutan, percayalah dia dapat melakukannya.

Seseorang yang mencintai kamu, mungkin tidak bisa mengingat kejadian/kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahunmu, tapi dia tahu bahawa setiap detik yang dia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah hari ini.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak mahu berkata aku mencintaimu dengan mudah, kerana segala yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia sedia mencintaimu, tetapi hanya dia yang akan mengatakan kata I Love You pada situasi yang istimewa, kerana dia tidak mahu kamu salah mengerti, dia mahu kamu mengetahui bahawa dia mencintai dirimu.

Seseorang yang benar-benar mencintai kamu, akan berasa bahawa sesuatu harus dikatakan sekali saja kerana dia berfikir bahawa kamu telah mengerti dirinya. Jika berkata terlalu banyak, dia akan berasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia/tersenyum.

Seseorang yang mencintai kamu, tidak tahu apakah dia harus menelefonmu ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan SMS setelah beberapa jam. Jika kamu menanyakan: mengapa dia tidak menelefon, dia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan daripada dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar-benar berguna.

Seseorang yang mencintaimu, selalu memanggil kamu dengan sebutan gadis kecil, tapi sewaktu dia menginginkan untuk membuat keputusan besar, dialah orang pertama yang ingin mendengar pendapat daripada kamu.

Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan 'I LOVE U' ada di dalam dompetnya.

Seseorang yang mencintaimu, saat bertengkar, dia akan meminta maaf dengan tak terkontrol (secara terus menerus) meskipun kamu yang bersalah dan nantinya dia akan mengirimkan SMS kepadamu: Sayang, sebenarnya itu adalah kesalahan kamu dan kamu sendiri sudah mengetahuinya.

Seseorang yang mencintaimu, jarang mengatakan kata-kata manis. Tapi kamu tahu, dia memang mencintai kamu! Cinta itu subjektif, cinta itu ada sejuta satu gambaran rasa... apa yang penting jujur dan ikhlas - kamu pasti bahagia dengan cinta.

Sumber: http://hello-bebeh.blogspot.com/2009/01/catatan-6-seseorang-yang-mencintai-kamu.html

Friday, June 10, 2011

Romantik Sunnah Nabi

Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang masa, walaupun pada usia perkahwinan semakin bertambah.

Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang masa, walaupun pada usia perkahwinan semakin bertambah.

Gangguan anak-anak malah cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama pasangan masing-masing.

Petua mengekalkan sifat romantik


Isteri bukan sahaja menghias keseluruhan rumah, tapi yang penting menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan. Isteri hendaklah menjaga penampilan diri di hadapan suami dengan memakai pakaian menarik dan bau-bauan yang menyenangkan. 

Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti yang lazim diucapkan oleh pasangan bercinta. Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan, tanpa gangguan anak-anak. Layangkan kad ucapan mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam kehidupan berumah tangga, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati. Kalau boleh dielakkan, tidak perlu melibatkan orang ketiga yakni orang luar.


Sikap romantik yang perlu dilahirkan

Ciuman mesra - Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami meneruskan kehidupan.

Ucapan – Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan “sayang”, “I love you”, “I missed you” dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada lama atau sekejap, jauh atau dekat.

Panggilan – Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai. Contohnya “ayang”, “darling”, atau apa jua panggilan manja yang amat disenangi, maka ia dapat memberi impak bermakna buat isteri.

Usik mengusik– Selalu usik mengusik dan bergurau senda. Cara sebegini boleh menjadi rencah kepada suasana lebih romantik.

Berjalan beriringan di luar rumah – Sering berlaku, di awal perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan bersama. Namun, apabila usia perkahwinan meningkat, anak-anak semakin bertambah, suami isteri tidak lagi jalan beriringan, seorang di hadapan, seorang di belakang. Seeloknya jika tiada halangan, jalan berpegangan tangan dan jika melintas jalan, memegang lengan atau bahu isteri tanda melindungi.

Jauhi perkara yang boleh menyakiti atau menyinggung hati isteri – Perkara ini perlu diberi perhatian, kerana hati wanita biasanya sensitif


Sumber:http://aainies.blogspot.com/2011/06/romantik-sunah-nabi.html

Thursday, June 9, 2011

Majalah Blues Selamanya 93'

 
Yang ni sorang lagi awekz jiwang, yang mungkin menjadi saingan hebat kepada Yalin… Nama cunnya APPLE! Tak nak la komen apa-apa, ngkorang baca jer apa yang Apple tulis eh…
 
 
Nak kata jiwang karat tu tidaklah jugak, tapi… lebih kurang macam gitulah. 
 
 
Kasih sayang… jiwang ni luas pengertiannya. Selain kekasih hati, mungkin ngkorang sayangkan sahabat ngkorang, kan? Tapi, masih ada lagi ke sahabat sejati, sahabat setia skang ni?
Hujan… anugerah Maha Pencipta kepada ita hamba di muka bumi ini. Gerimis pula seringkali mengundang pelbagai memori. Malah gerimis menyimpan sejuta satu rahsia kehidupan…
 
 
Apa yang ngkorang buat time-time tiga perempat malam? Berdengkur arr, kan? Mengulit mimpi indah, mimpi ngeri dan meleleh air liur basi! Ngkorang luangkan sket masa menghayati warkah ini… moga kita semua mendapat sesuatu daripadanya…
 
 
Ni plak promo citer Indon… perghhhh Akak Jiwang tengok sampai meleleh-leleh ayaq mata! Habih sekotak tisu beb! Aha, ada offer besh… ada kupon disediakan dan sesiapa yang cepat pegi tukar kat alamat yang diberikan, dapat hadiah besh! Macam mana pun, hadiah ni untuk pembaca kat Lembah Klang jer arr. Yang dok jauh-jauh nuu mesti tak larat nak turun KL semata-mata nak dapat hadiah ni kan. Apapun, kami sedang usahakan hadiah lain untuk ngkorang!
 
 
Jiwang manis… itu jer kata-kata yang mampu diungkapkan!
 
 
Kerana Kau Perempuan! Bukan untuk perempuan ajer nih, ngkorang balakz-balakz tu lagi elok baca nih.
 
Yang ni bukan jiwang… entah apa lagi la yang dibebelkan dek Bradermacho ntah! Baca jer ahh kalo ngkorang nak baca. Tak mau, abaikan… selak halaman lain.
 
 
Nak baca lagi mai sini ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman