Saturday, March 19, 2011

Terima Kasih Atas Derita Yang Kau Tanamkan

kisah ini berlaku 4 tahun yang lepas dan aku menulis bukan untuk membuka pekung di dada. tapi biarlah menjadi pengajaran kepada semua pembaca...

emm... aku pun tak tahu bagaimana hendak memulakan cerita ini. biarlah aku kenalkan diriku sebagai Y sahaja. aku merupakan siswazah daripada sebuah universiti tempatan di Sabah. aku mengenali teman lelaki ku A, yang kini menjadi bekas teman lelakiku, sewaktu aku berada di tahun pertama pengajian. perkenalan kami terjadi sewaktu sepupu A ingin menjadikan aku teman wanitanya tetapi aku lebih tertarik untuk menjalinkan hubungan dengan A. rupanya dalam diam A juga mempunyai perasaan yang sama terhadap aku. dan akhirnya kmi menjadi pasangan kekasih.

semuanya berjalan seperti biasa pada awalnya. susah senang kami lalui bersama. aku juga telah mengenali seluruh keluarga besar A. dan alhamdulillah mereka cukup melayan aku dengan baik. begitu juga dengan keluarga ku. mereka juga tidak menghalang hubungan aku dengan A. tetapi lain pula dengan kawan-kawan ku yang kurang bersetuju. tapi semua itu aku tak ambil peduli. yang penting kedua-dua belah pihak telah bersetuju. dan aku juga cukup menyayangi A kerana dia terlalu baik jika hendak d bandingkan dengan bekas teman lelaki ku yang dahulu. tapi semua itu hanya seketika...

semuanya berubah bila hubungan kami menginjak tahun kedua. apabila A telah memulakan businessnya sendiri. aku mula di datangi oleh panggilan-panggilan yang aku sendiri tidak tahu siapa pemilik suara itu. pada mulanya aku malas mahu melayan tapi bila dah sampai tahap maki hamun aku dalam telefon, itu aku memang tak dapat terima. aku telah bertanya kepada A tentang panggilan tersebut tetapi dia menafikan sekeras-kerasnya malah dia menuduh aku yang bermain kayu tiga di belakangnya. betapa aku sedih dengan tuduhan tidak berasas itu. dan akhirnya untuk memulihkan hubungan kami, aku terpaksa mengalah dan yang paling mengejutkan aku di paksa untuk membuktikan kesucian serta kasih sayang ku pada dia. ya tuhan...

akhirnya aku akur. segala-galanya telah dia dapat dari ku. tuhan saja yang tahu bagaimana keadaan aku ketika itu. insan yang selama ini ku sangka boleh menjaga aku rupa-rupanya tidak ada beza dengan lelaki lain d luar sana. dalam masa yang sama, hubungan kami berjalan seperti biasa. tiada lagi gaduh-gaduh dan bermasam muka. dia juga ada menyatakan hasratnya untuk melamar aku. dalam aku berangan dan menyulam impian untuk hidup bersamanya, aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari perempuan yang sama. dia memujuk aku untuk berjumpa dan aku bersetuju. kami telah menetapkan masa yang sesuai untuk bertemu tanpa pengetahuan A. dan hari yang di janjikan telah tiba. aku masih ingat sebelum aku bertemu dengan dia, aku sudah merasakan ada sesuatu yang tidak baik telah terjadi.

ya, apa yang telah aku rasakan memang betul-betul berlaku. perempuan itu merayu pada aku supaya aku putuskan dengan A kerana mereka telah terlanjur. dia merayu-rayu memohon agar aku mngundurkan diri dengan alasan yang dia masih muda dan masih bersekolah. yang paling mengejutkan perempuan tu masih lagi di tingkatan 5 sekolah agama. ya rasul, apa yang patut aku buat? aku buntu memikirkan semua ini. kalau aku tak mengalah, perempuan itu telah mengugut untuk membunuh diri. tapi bagaimana dengan aku? patut kah aku berkorban untuk orang lain sedangkan diriku sendiri terpaksa menanggung derita memutuskan hubungan dengan insan yg aku sayang?

belum habis masalah itu, aku di kejutkan lagi dengan berita kehamilan ku. dalam debar ternyata aku gembira. kerana aku yakin baby ini akan mengikat aku dengan A. aku sudah tidak peduli lagi tentang perempuan itu. yang paling penting sekarang janin yang ada dalam kandungan ku harus membesar dengan sihat. lalu ku khabarkan berita gembira ini kepada A dengan harapan dia juga turut merasakan yang sama seperti aku. tapi ternyata aku salah. A meminta aku untuk menggugurkan kandungan aku dengan alasan yang dia belum bersedia. aku tidak dapat menerima permintaan A dan terus merayu agar dia mngahwini aku secara sah. kering sudah air mata,habis sudah kata-kata pujuk rayu ku pada A.

kini hanya satu sahaja jalan yang ada. aku yakin dengan menceritakan tentang bayi ini kepada keluarga A, mereka akan memujuk A untuk menikahi aku. dengan perasaan takut dan gementar, aku gagahi jua untuk bersemuka dengan mereka. berharap agar mereka boleh mencari jalan keluar untuk memujuk A. tetapi setelah aku meluahkan semuanya kepada keluarga A, lain pulak yang jadi. aku sungguh tidak menyangka yang mereka juga tidak bersetuju jika A mengahwini aku dalam masa terdekat ini. alasan mereka memang tidak boleh d terima akal. hanya kerana A baru memulakan perniagaannya dan tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk mengahwini aku sedangkan mereka adalah golongan orang yang berada. dan yang paling menyedihkan aku, ibu A sendiri meminta aku menggugurkan kandungan ku. ya Allah, ibu jenis apakah dia? tidakkah dia tahu perasaanku sebagai wanita yang sama seperti dia?

mendengarkan cadangan ibu A itu telah menyedarkan aku bahawa kini aku memang telah salah dari mulanya kerana terlalu percaya yang mereka juga menyayangi aku sepertimana aku menyayangi mereka. akhirnya dengan tekad dan berbekalkan duit yang di berikan oleh ibu A untuk menanggung kos tersebut, aku bersumpah tidak akan memaafkan apa yang telah meraka sekeluarga lakukan tehadapku. Alhamdulillah, sekarang aku masih mampu meneruskan hidupku seperti biasa walaupun kadang kala peristiwa ini menganggu ku. aku bersyukur kerana masih punya kesempatan untuk berubah dan aku lebih senang dengan kehidupan ku sekarang. tidak ada lagi insan yang bernama lelaki dapat menapak dalam hatiku meskipun terlalu ramai yang ingin mendampingiku. biarlah, aku lebih rela begini. aku harap suatu hari nanti aku akan bertemu dengan insan yang betul-betul tahu menghargai aku.

sebelum aku mengakhiri cerita ini, aku telah mendapat khabar dari teman lama ku yang juga merangkap teman baik A. dia telah menceritakan tentang budak perempuan yang dulu pernah merayu aku juga mendapat nasib yang sama sperti aku. dan yang paling mengejutkan, dia juga memberitahu yang A kini tidak sihat seperti dulu. dia mempunyai masalah dengan hatinya dan kini masih menunggu penderma hati yang sesuai. mungkin inilah balasan yang telah dia lakukan terhadap aku. mungkin juga bukan hanya aku. yang pasti, Allah lebih mengetahui...

ketahuilah A, aku kini lebih bahagia. terima kasih atas penderitaan yang telah kau tanamkan dalam hidupku. aku doakan supaya kau selamat dan teruslah berjuang untuk hidupmu.

Sumber:Gua.com

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman