Monday, March 21, 2011

tanda-tanda wanita meminati lelaki

dia tak senang duduk
sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya..jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda..biasanya tanda2 awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja..walaupun dia sekadar mengatakan 'maaf', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

tunjuk minat
sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina..setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya..sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda..lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara(freehair)..jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

anda diperkenalkan kepada rakannya
bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya..slah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan2nya 'ini aku punya',dan satu lagi ialah untuk mereka menilah anda..jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan2nya, namun jangan sampai dia cemburu.

dia menjual dirinya
jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya..secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi dimiliki.

bercakap terbuka
biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya..hanya jika dia betul2 berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan..anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakannya. OW!

membayangi anda
bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang2 anda..ke mana saja andapergi, pasti dia akan mengikuti anda..dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan walaupun tiada kena mengena dengan dirinya..dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda..berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.

anda diajak ketempat lain
dia ingin meluang kan masa yang lebih privasi bersama anda..mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau meluahkan perasaannya terhadap anda..kata2 manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya..anda enjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

Sumber:Blog Musikituaku aka Jiwa musik

4 comments:

  1. best jugak baca blog nie

    ReplyDelete
  2. Cinta takkan hadir tanpa di cari... :)

    ReplyDelete
  3. cinta bukan sebangsaMay 22, 2012 at 10:35 AM

    jatuh cinta dgn wanita bukan sebangsa... agak2 sama x cara bercinta dan memikat hatinya

    ReplyDelete
  4. pasal korang suka copy paste dari blog lain, bila surfing je tajuk ni cirite same

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman