Wednesday, October 20, 2010

Bukan cinta biasa

Semuanya berbeza – usia, fizikal, kecergasan, ‘world view’ dan kegemaran. Namun cinta mengikat mereka menjadi satu.




MASIH ramai yang tidak percaya bahawa Wook Kundur yang berusia 106 tahun dan Mohd Nor Musa, 37, tinggal sebumbung di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu sebagai suami dan isteri.

Barangkali ramai yang mengambil sedikit waktu untuk yakin akan hakikat bahawa perkahwinan unik pasangan itu sudah berlaku sejak tiga tahun yang lalu.

Jika dilihat pada tanggapan biasa, 'ketidakpercayaan' orang ramai dalam hal ini ada asasnya. Ini kerana jurang perbezaan usia mereka begitu jauh iaitu 69 tahun.

Bayangkan ketika Wook 'menyambut' hari lahir yang ke-69, Mohd Nor baru celik melihat dunia dan kelahirannya disambut dengan penuh kesyukuran oleh keluarganya.

Berdasarkan trend orang Melayu berkahwin awal ketika itu, Wook layaknya memanggil Mohd Nor sebagai cicit iaitu keturunan keempat dalam salasilah sesebuah keluarga.

Hal ini tentu sekali wajar kerana dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum dan ketika awal negara mencapai kemerdekaan, usia 17 tahun sudah dianggap matang bagi seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga.

Bagi pihak Mohd Nor pula, andainya waktu itu Wook ada di sisi, panggilan hormat yang sesuai digunakan tentulah moyang.

Walau apa pun yang berlaku, pada awal tahun 2005 ketika berusia 34 tahun, Mohd Nor menginterpretasikan jiwa besar seorang lelaki dengan mengahwini Wook yang ketika itu berusia 103 tahun.

Atas alasan mencari keredaan Allah dengan mengabdikan diri kepada wanita itu, Mohd Nor membuang jauh ke tepi segala pandangan yang tidak selari dengan niat murninya mengahwini Wook.

Beliau meneguhkan keyakinan dalam diri dan tetap percaya bahawa beliau sudah pun membuat keputusan yang terbaik di dalam hidupnya.

Sesuatu perkara yang luar biasa tetap ditanggap 'biasa' oleh kebanyakan individu walaupun perkara itu dibolehkan oleh agama, malah ada hikmah tersendiri.

Apabila kehilangan asas untuk menolak keyakinan bahawa pasangan itu sememangnya sudah berkahwin dan berhak tinggal serumah, timbul pula persoalan keserasian.




Fakta itu dijadikan alasan penolakan pihak tertentu untuk percaya kepada hakikat bahawa dua insan ini mampu berkongsi hidup.

Kepercayaan itu dihujahkan oleh fakta wujudnya kontradiksi dari segi budaya hidup atau 'world view' yang memungkinkan segala-galanya menjadi sukar.

Daripada sebesar-besar dan sejelas-jelas perkara kepada sekecil-kecil dan sesulit-sulit perkara, mereka membuat perbandingan.

Ini termasuk dalam persoalan yang dilemparkan oleh pihak tertentu tentang bagaimana Mohd Nor 'menerima layanan' Wook sebagai isteri di tempat tidur dan apakah wujud 'kepuasan' dalam hal tersebut.

Atas sebab itulah, Mohd Nor dikatakan tidak mampu bertahan lama.

Dengan kepercayaan kononnya Wook tentu melihat baki hidupnya secara sempit, tentunya Mohd Nor tidak akan terus sanggup untuk berbakti kepada wanita itu.

Dalam pertemuan eksklusif dengan Kosmo! di rumahnya baru-baru ini, lelaki berjiwa besar itu bagaimanapun tidak cepat melatah dengan pandangan negatif dan liar ke atas mereka.

Beliau yang berasal dari pedalaman Tanah Merah, Kelantan dan berkelana di situ sejak empat tahun lalu mengakui sudah 'masak' dengan situasi demikian.

Pernah katanya, mereka dikatakan sudah bercerai baru-baru ini. Malah tersebar desas-desus kononnya mereka tidak lagi tinggal serumah hampir setengah tahun lalu.

Beliau yang menafikan semua tohmahan dan khabar angin itu mengakui hakikat bahawa peritnya menghadapi kehidupan jika seseorang itu bertindak di luar kebiasaan.

"Memang semua ini luar biasa. Saya memilih semua ini. Apabila saya membuat sesuatu pilihan, saya tidak berundur lagi.

"Mungkin orang melihat saya tidak berpelajaran. Betul, saya tidak ada sijil peperiksaan yang hebat, bersekolah pun tidak tinggi.

"Kalau itulah ukurannya, memang saya tidak ada harga diri dalam masyarakat, tetapi jangan lupa bahawa kehidupan juga satu penilaian kehidupan.

"Hari-hari yang kita lalui juga adalah salah satu daripada jenis persekolahan dan kadang kala di situlah kita mampu belajar dengan lebih bijaksana," katanya.

Bertubuh sasa, mungkin kerana rutin hidupnya bekerja mengerah tenaga yang banyak, selain 'kebal' dengan pelbagai jenis cuaca, Mohd Nor percaya apa yang dilakukan ini adalah betul.




Katanya, sepanjang tiga tahun beristerikan Wook, dia mampu mengecapi nikmat hidup sama ada dari aspek jasmani mahupun rohani.

Jelasnya, Wook yang sudah pun berpengalaman mendirikan rumah tangga sebanyak 21 kali sebelum berkahwin dengannya ternyata tidak mengecewakannya.

Menurutnya, Wook mempunyai keistimewaan daripada kedua-dua aspek itu, malah pintar dan 'perkasa' menjaga tanggungjawab 'di tempat tidur'.

Lelaki budiman ini mendakwa, Wook meneruskan amalannya iaitu mengurut tubuh sendiri setiap awal pagi dan selepas solat Isyak untuk memastikan dirinya terus sihat.

Katanya, isterinya juga sering mengingatkannya agar turut mengurut tubuh sendiri dan mengamalkan petua tertentu dalam kehidupan.

"Isteri saya pantang minum minuman sejuk, sebaliknya suka minum air masak atau Milo O panas atau teh O suam walaupun pada waktu cuaca terik.

"Dia tidak suka makan nasi berlaukkan gulai yang menggunakan santan dan sekarang semua itu, saya pula amalkannya," katanya.

Sementara itu, Wook yang pada asalnya mendiamkan diri tetapi lama kelamaan menjadi peramah mengakui dia sudah 'masak' dengan asam garam kehidupan.

Katanya, pandangan serong dan cakap-cakap yang tidak enak didengar sudah pun dihadapinya sejak puluhan tahun lalu bersama suami terdahulu.

"Kalau semua cakap orang tak enak, kita ambil pusing, tak boleh buat kerja kita jadinya. Hari ini berbalah dengan orang itu, esok pula dengan orang ini.

"Sampai bila kita nak terus buang masa?," katanya yang masih mempunyai pendengaran yang jelas serta pertuturan yang baik.

Walaupun sudah lanjut usia, beliau berkebolehan menggunakan laras bahasa komunikasi terkini dan tidak terikat dengan dialek atau bahasa daerah.


MOHD NOR MUSA membantu isterinya, Wook Kundur mengenakan tudung di rumah mereka di Hulu Terengganu.


Wook yang memiliki fizikal kecil molek dan berkulit cerah turut gemar berpakaian kemas serta pandai mencetuskan suasana kecindan (kelakar).

Menceritakan rahsia urut tubuhnya, wanita umpama 'primadona desa generasi lama' itu berkata, semua itu diwarisi daripada keturunannya.

Beliau berkata, amalannya tidak menyalahi ajaran agama.

Menceritakan permulaan peristiwa hingga membawa kepada berputiknya 'cinta luar biasa' mereka, Wook berkata, Mohd Nor menyewa rumah kecilnya empat tahun yang lalu.

"Masa itu, dia datang dengan kawan, cari rumah sewa. Dia kerja buat rumah batu dan bangunan, kira ambil upah jadi buruh kasarlah.

"Kebetulannya, saya ada dua buah rumah, satu yang besar tetapi dah buruk sikit, satu lagi yang kecil tapi agak baru jugalah. Dia duduk seorang.

"Saya perhatikan Mohd Nor pemuda yang baik, rajin dan hormat orang tua. Saya ambil dia jadi anak angkat. Lepas tu, dia selalu datang tolong saya.

"Kerana kami bukan muhrim, saya takut timbul fitnah, maka saya panggil Mohd Nor, cadang untuk kahwin dengannya. Dia minta sikit masa. Saya setuju.

"Tak sampai sebulan, dia kata dia setuju. Kami pun kahwin, tapi buat majlis ringkas. Mak dan ayah Mohd Nor baik dan hormat saya.

"Mereka pun datang pada hari kami kahwin. Tak timbul soal keluarga tak setuju. Kalau ada yang cakap juga, itu jelas fitnah," katanya.

Dari sisi yang lain pula, Wook memperlihatkan sikapnya yang rasional menghadapi kemungkinan hidup bersuamikan Mohd Nor yang jauh lebih muda.

Beliau berterus-terang dengan berkata bahawa hatinya dapat menghidu bahawa ada wanita lain meminati suaminya, namun itu tidak menjejaskan rumah tangganya.

Yang menariknya, Wook menyatakan kesediaannya bermadu jika suaminya mahu berkahwin lain, malah sanggup meminang wanita tersebut.

Katanya, dia sedia berusaha mengumpul wang hantaran perkahwinan itu nanti, namun meminta perkara itu tidak dirahsiakan daripadanya.

"Jangan buat macam pasangan muda. Kahwin sekejap, cerai. Ada masalah sikit, cerai. Jumpa orang lain, cerai. Itu tak baik. Saya tak nak macam itu.

"Kalau boleh, saya nak masyarakat kita menghargai ikatan suami isteri. Hubungan ini amanah Allah. Jangan khianat, berdosa nanti," katanya.


SELESA dan selamat berada di dalam dakapan suami tercinta.


Dalam pada itu, Wook tidak menolak hakikat bahawa ada ketikanya dia merajuk dan menimbulkan sedikit masalah kepada suaminya.

Namun, katanya, itu perkara biasa dalam melayari bahtera rumah tangga.

Justeru itu, Wook akan memastikan rumah tangganya kekal dan sentiasa percaya Allah mengasihi serta mendengar doa ikhlasnya.

Katanya, dalam konteks cinta kepada makhluk, cintanya kepada Mohd Nor bukanlah cinta biasa dan dia percaya Mohd Nor turut menyedari hakikat tersebut.

Monday, October 18, 2010

Tanda Cinta Telah Berputik :)

1.Cara si dia memakai pewangi badan kegemaran.
2.Cara si dia membelai kamu terutamanya semasa kamu sedang merajuk dengan si dia.
3.Cara si dia merenung kamu dengan pandangan mata yang bersinar dan mempesonakan.
4.Cara si dia melayan kamu dengan penuh romantis.
5.Ketika si dia menyuakan makanan kepada kamu
6.Bila si dia sukar untuk memberikan pandangan terhadap masalah yang sedang kamu alami.
7.Apabila si dia memperkenalkan kamu sebagai kekasih pada kawan-kawannya.
8.Bagaimana cara si dia membuat persediaan sebelum bertemu dengan kamu.
9.Si dia tahu cara membuatkan kamu tersipu malu.
10.Si dia tahu bagaimana untuk membuatkan kamu lega walaupun perkataan yang diucapkan seringkali mengelirukan.
11.Ketika kamu sejuk, si dia akan mendakap kamu dan memberikan baju sejuk pada kamu.
12.Cara si dia memandang kamu ketika kamu sedang marah.
13.Senyuman yang dilemparkan ketika kamu sedang berdua-duaan dengannya.
14.Ketika si dia memberikan sokongan dan semangat kepada kamu dalam aktiviti yang kamu sertai.
15.Bila si dia bertanya dengan nada lembut apabila kamu tidak menjawab panggilannya.
16.Cara si dia meredakan kemarahan kamu.
17.Ketika si dia memohon maaf di atas kesilapan yang di lakukan terhadap kamu.
18.Cara si dia mengucapkan ‘ Aku Cinta Padamu’.
19.Ketika si dia menghargai diri kamu di hadapan teman-temannya.
20.Cara si dia menggenggam jejari kamu.
21.Bila si dia mengatakan yang kamulah gadis impiannya selama ini.
22.Bila si dia memujuk kamu ketika kamu menangis.
23.Ketika si dia memaafkan kamu.
24.Apabila si dia mengalirkan airmata ‘kelakian’ apabila dia takut akan berpisah.
25.Apabila si dia memuji kamu pandai mengambil hatinya.
26.Ketika si dia mengucapkan yang dia merindui kamu.
27.Apabila si dia mengingati setiap tarikh ‘keramat’ kamu berdua.
28.Apabila si dia menghadiahkan sejambak bunga ataupun sebuah teddy bear ketika ingin memohon maaf pada kamu.
29.ketika si dia menulis madah dan kata pujangga pada kamu mengatakan isi hatinya pada kamu.
30.Di saat si dia dia menyanyikan lagu yang istimewa untuk kamu.

Harap berbahagia pada pasangan yang bercinta ye...
jangan jadi macam gua..loneranger sejak tahun gajah lagi..duh!

Tuesday, October 12, 2010

Tips Nak Mengorat Awek!!!

Korang suka dekat sorang awek ni.. awek ni pulak belum kenal siapa korang, dan korang pulak dah dapat nombor telefon awek ni dari seorang teman rapat korang.. tapi yang tak bestnya, kawan korang pesan, jangan bagi tau dia yang kasi nombor telefon budak perempuan tu...
jadi macamana? Emmm takkan nak main terjah je kan? karang bila kita telefon dan cakap " boleh saya ngorat awak?". emmm... dah pasti belum apa2 pun korang dah kena reject.. tak pun korang cakap dengan jujur yang korang nak bekenalan dengan dia.. "boleh saya berkenalan dengan awak?" dah mesti dia tanya macamana dapat nombor telefon dia kan.. kalau korang bagi alasan yang tak kukuh.. memang pasti dia kata korang penipu..

Tak pun hantar sms.. "hai, boleh saya kapel dengan awak?"... mesti dia balas sms korang dengan cepat.. "gila Apa!".. lepas tu korang pun balas "ye.. saya memang gilakan awak!".. korang ingat korang kelakar dengan jawapan yang macam tu.. memang korang kelakar dan awek tu pasti senyap taknak balas sms korang.. jadi siapa yang tak dapat? korang jugakan...

Sebenarnya ada caranya.. nak tipu pun kena pandai.. hehehe.. caranya mudah aja... dulu sewaktu zaman kegemilangan aku, aku selalu guna cara ni.. hampir 90% kejayaan aku perolehi... hehehe.. bila korang dah dapat no. telefon awek ni.. dan untuk mengelakan dia bertanya mana korang dapat no. telefon dia.. korang gunakan cara bersms macam ni..

"Along! Aku lapar ni.. baru balik kerje .. belikan aku nasi goreng"...

kalau dia tak balas.. korang push dengan emosi sikit.. selalunya pada masa ni sidia akan membalas korang.. korang tulis..

"Along, ko kat mana.. aku letih ni.. dah le baru balik kerje, tak sempat makan lagi, hantar sms ko tak nak balas balik.. aku lapar sangat ni tau..."..

selalunya awek tersebut akan membalas mesej tersebut seperti berikut,

"Maaf silap nombor, saya bukan along awak".. kalau dia balas macam ni.. anggap je awek ni dah jadi milik korang... hehehehe..

korang pun balas balik,

"Oh! ye ke? bukan along saya, tapi nombor hampir sama lah.. jadi dengan siapa pulak saya bersms ni" kalau dia tak balas.. korang cuba antar lagi sekali dengan sms yang berbunyi,
"Maaflah saya mengganggu awak.. saya ingatkan along saya tadi.. maaf ye".. selalunya jugak masa ni dia akan balas dengan sms "takpe!.. Saya tak kisah"..

jadi disitu korang dah berinteraksi.. cuma perlukan sedikit suntikan je lagi.. walaupun korang dah tau nama dia.. mungkin pada peringkat awal awek ni akan bagi tau nama pendek atau nama samaran beliau.. jadi korang jangan cakap yg korang dah tau nama dia.. korang follow je.. lama - lama kalau diaorang dah suka.. diaorang akan bagi tau... korang ada cara sendiri? apa kata kita kongsi bersama disini... hehehe

3 teknik mengorat awek di shopping kompleks

Di suatu petang yang hening, semasa anda sedang berjalan-jalan melayan jiwa sunyi sepi di The Curve, tiba-tiba anda ternampak seorang awek yang tersangatlah comelnya. Selaku seorang lelaki single, jantung anda terus berdenyut kencang. Kecantikkan, kecomelan, keayuan, kesopanan dan ketatasuliaan gadis itu memang benar-benar mencabar naluri jantan romeo anda.

Tapi macam mana nak tebalkan muka dan pergi mengorat si dia yang sedang keseorangan tue? Takkan nak main hentam kromo je kan? Jadi meh kami sharekan beberapa teknik yang boleh digunakan untuk anda memulakan langkah pertama mengorat awek-awek di shopping kompleks.

1. Tinggikan keyakinan diri dan terus cakap nak berkenalan

Ada kisah benar di sebalik teknik ini. Setahun yang lepas, saya telah ternampak seorang awek yang sekali tengok rasa nak tengok 100 kali lagi di Midvalley. Serius awek tue tersangat comel dan cute. Hampir 40 minit jugak saya stalk dia membelek-belek kad birthday sambil membina keyakinan diri untuk terus menegur si awek. Akhirnya selepas dia membayar kad tersebut di kaunter, terus dengan selamba badaknya saya telah pergi dan berkata:-

Hi, boleh saya berkenalan dengan awak

Dan jawapan yang diterima daripada si awek:-

Tak boleh

Jawapan yang pendek dan padat. Tapi at least saya telah mencuba daripada tak buat apa-apa kan? Kalau anda muka lebih hensem dari diri ini, saya pasti anda akan terima jawapan yang lain dari apa yang saya terima ketika itu. Belum cuba belum tau kan?

2. Offer tiket wayang free kepada si awek

Teknik ini hanya applicable jika anda berada di kawasan panggung wayang sahaja. Katakanlah anda ternampak seorang awek sedang beratur panjang membeli tiket dan anda pulak sudah berada di kaunter. Beli terus 2 keping tiket. Kalau boleh couple seat terus. Kemudian tebalkan diri anda dan pergi bertanya kepada si awek. Mungkin ayat di bawah boleh digunakan:-

Hi. Saya ada satu tiket lebih nie. Kawan saya yang janji nak tengok wayang dengan saya sekali tak jadi datang pulak. Disebabkan pembaziran itu amalan syaitan, boleh tak kalau awak temankan saya tengok wayang nie?

Sila pastikan yang si awek tue betul-betul seorang diri sebelum anda mencuba teknik ini. Kalau tak mau kena pelangkung dengan pakwe dia pulak.

3. Bayarkan makanan yang dimakan oleh si awek

Teknik ini memang selalu diguna pakai oleh lelaki-lelaki terutamanya student universiti. Tapi risikonya agak tinggi sebab kalau si awek tue jenis melantak, parah gak la duit anda nanti. Peratusan untuk berjaya jugak agak kurang kerana mungkin si awek akan berlalu pergi begitu sahaja selepas mengetahui makanannya telah dibayar. Jadi pastikan anda tinggalkan nombor telefon anda di kaunter dan mintak tolong cashier tue paskan kepada si awek. Mana tau nasib anda baik dan si awek akan sms anda untuk mengucapkan terima kasih. Dari situ bolehlah mula mengatur strategi yang seterusnya.

Hari ini saya bagi 3 je dulu teknik mengorat awek di shopping kompleks. Pastikan anda semua applikasikan teknik ini di kala lawatan anda ke shopping kompleks nanti. Kalau berjaya jangan lupa bagitau kat sini. Kalau kena flying kick ngan si awek pun jangan lupa bagitau kat sini. All the best ~~~

Kau dan Aku

2007
Kita berkenalan secara rasmi dalam satu majlis. Itu pun sebab kawan-kawan yang kenalkan kita. Hakikat yang sebenarnya sebelum itu lagi, kita dah kenal tapi masing-masing jual mahal. Sehingga 2007, kita berkenalan dengan secara rasmi. Pada awalnya kita berkenalan atas niat untuk menjadi partner dalam majlis sahaja. Tapi tak sangka majlis tu sebenarnya merapatkan hubungan kita.

Masa tu, awak malu-malu dengan saya sebab awak tak pernah ada kawan perempuan. Saya kawan perempuan yang pertama rapat dengan awak. Saya buat macam biasa saja sebab saya tak nak tambah malu awak. Padahal saya malu sangat dengan awak. Petang sebelum majlis kita habiskan masa berdua kenal sesama kita. Rasa selesa tu timbul tiba-tiba. Malam majlis awak tiba-tiba berubah. Awak marah-marah tapi saya tak tahu kenapa puncanya. Rupa-rupanya awak marah pasal kerja. Awak tak pura-pura, awak tunjukkan perangai awak yang sebenar. Saya kagum dengan awak sebab awak tak tipu saya dengan perangai awak. Terima kasih awak sebab 2007 telah menjalinkan hubungan antara kita.

2008
Masalah. Keluarga saya tak boleh terima awak disebabkan pekerjaan awak. Kecewanya saya. Saya bahagia bila bersama dengan awak. Pada mulanya saya pun tak boleh terima pekerjaan awak tapi saya belajar dan kenal perkerjaan awak. Keluarga awak boleh terima saya dengan baik sekali. Saya terharu dengan penerimaan keluarga awak. Saya sedih dengan penerimaan keluarga kat awak. Saya fikir kita patut berpisah sampai 2008 sahaja. Saya tak sanggup tengok dan dengar awak kena marah teruk dengan keluarga saya. Kita keluar pun kena curi-curi. Saya mengalah yang kita patut berpisah. TAPI awak tak nak mengalah. Awak terima dan dengar semua kemarahan keluarga saya. Awak cakap kita kena sabar. Kita tempuh dugaan tu sama-sama walaupun perit. Saya kagum dengan awak. Saya kuat sebab awak. Terima kasih awak sebab menjadi penguat saya.

2009
Alhamdulillah, atas kesabaran kita, keluarga saya boleh terima awak. Keluarga saya dah boleh terima awak dan pekerjaan awak. Malah, keluarga saya juga dah mula menyayangi awak. Alhamdulillah, keluarga telah restu hubungan kita. Semua orang sekeliling kita telah merestui hubungan kita walaupun kita selalu berjauhan. Atas dasar percaya, jujur dan setia, kita tetap bersama walaupun berjauhan. Terima kasih awak sebab sentiasa bersama saya.

Awak dah ada ramai kawan perempuan. 2007 dan 2008 cuma ada saya TAPI 2009??? Tak apalah, apa salahnya berkawan. Saya pun ada kawan lelaki. TAPI awak mula lupakan saya. Kadang-kadang saja awak ingat kat saya. Tak apalah mungkin dia sibuk kerja, saya kena faham. Kenapa saya call, jarang angkat? Bila awak angkat, nanti awak cakap awak akan call balik tapi tak ada pun. Bila saya SMS pun, awak balas sikit je. Kenapa ni? Alhamdulillah, saya nampak gambar awak berpeluk dengan dia. Saya sedih. Awak minta maaf kat saya dan janji tak buat lagi. Saya maafkan awak dan pegang janji awak. Awak berubah. Terima kasih awak atas pahit manis 2009.

2010
Kawan perempuan awak semakin ramai. Masing-masing call dan SMS awak tak kira masa tu ada saya atau tak. Saya terasa tapi saya diam. Saya sedih tapi simpan. Tak apalah, kawan saja pun. Saya positifkan diri walaupun hati saya sedih. Kalau kawan, kenapa tak berhenti SMS? Dengan saya, awak jarang balas, jarang call. Tak apalah saya selalu fikir awak sibuk.

TAPI, janji tinggal janji. Semalam saya nampak SMS awak dengan dia. Panggilan “manja” yang awak panggil saya, awak panggil dia “manja” juga. Ya Allah, apa salah saya?. TAPI hakikatnya hati dan perasaan saya dah tak ada rasa apa-apa lagi. Hati saya dah kosong. Saya selalu nampak SMS macam tu tapi saya butakan hati saya. Cuma kali ini, mungkin hati saya dah penat. Tapi saya masih mengharapkan hubungan kita berpanjangan sebab keluarga kita dah mengharap pada kita. Keluarga dah merancang untuk kita tahun depan.

Awak, dari 2007 sehingga 2010, saya still nak ucapkan Terima Kasih pada awak. Saya doa agar awak berubah dan moga pada hari itu,hati dan perasaan saya masih lagi dengan awak.

Kisah Cinta ini telah dikirimkan melalui email oleh saudari Nana Gurlz.

Jangan terlalu Memilih Cinta...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

TAMAT

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Tips Utk Lelaki:Kalau Lidah Kelu Untuk Berbicara

Ramai lelaki yang kadangkala menjadi kelu untuk berkata-kata bila berhadapan dengan wanita yang diminatinya. Usah hendak bertanyakan khabar, mengeluarkan perkataan `Hai' sekalipun terasa berat. Hairan ya perkara ini boleh berlaku pada lelaki sedangkan sikap asalnya cukup peramah dan suka berbicara. Inilah dikatakan panahan cinta. Ia akan menyebabkan seseorang lelaki menjadi berdebar dan gelisah hingga tidak mampu mengucapkan kata-kata.

Namun seharusnya masalah kekeluan ini tidak berlarutan terutama pada temujanji bersama si dia yang anda minati. Sikap anda yang senyap sunyi mungkin akan disalah erti oleh pasangan. Pada fikiran mereka anda mungkin tidak berminat dengan dirinya ataupun ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

Jadi sebelum anda kehilangan wanita yang diminati pelajarilah teknik- eknik untuk memecah kesunyian sewaktu pertemuan atau temujanji pertama bersama si dia. Sebenarnya tidak sukar memulakan perbualan. Tak perlu memikirkan kalimat yang serius atau berat untuk diungkap sebagai bahan bicara. Cukuplah dengan memulakan dengan bahan bualan ringan yang tak perlu memerah otak untuk menjawabnya. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Puji namanya.

" Saya suka nama awak, sangat sesuai dengan awak". Kata-kata tersebut mungkin boleh menjadi kalimat pembuka yang paling berkesan untuk mendekatkan diri anda dengannya. Setelah itu, tanyakan pula dari mana asalnya untuk mengenali dirinya dengan lebih jauh.

2. Berkongsi cerita percutian

"Awak suka bercuti?" atau "Kali terakhir negeri mana yang awak kunjungi?". Jika si dia memang suka melancong, dia pasti akan berkongsi cerita dengan anda. Bahkan sehingga sehari suntuk.

3. Apa minatnya

Setelah bertanya dua soalan di atas, anda boleh terus bertanya akan minatnya yang lain-lain. Dia sudah tentu akan senang hati menjawabnya bahkan tanpa diminta si dia mungkin akan bercerita dan bersoal balas dengan anda sendiri. Hah! Sekarang suasana mungkin lebih mesra bukan?

4. Cerita tentang makan

"Di mana awak selalu makan?" Atau "Di mana restoran kesukaan awak?" Selalunya hal makan si dia akan senang hati menceritakan pada anda. Mana tahu setelah berkongsi informasi ini, dia akan mengajak anda ke tempat kesukaannya pada temujanji akan datang. Ini sudah tentu peluang keemasan untuk anda mengenalinya dengan lebih dalam.

5. Bahan bacaan

"Awak selalu baca buku apa ya?" Kalau si dia suka membaca, ini akan menjadi topik pembuka bicara yang paling menyenangkan. Siapa tahu selepas itu anda boleh bertukar buku sehingga hubungan terus berlanjutan.

6. Paling rapat

"Siapa yang paling rapat dengan awak dalam keluarga" Dijamin si dia akan terus bercerita itu dan ini. Sama ada mengenai kakaknya yang cerewet atau ibunya yang paling hebat ataupun adiknya yang terlalu manja.

7. Telefon canggih

Telefon bimbit yang canggih juga boleh menjadi topik perbualan antara anda dan si dia. Tanyalah kalau si dia memang suka dengan kecanggihan teknologi komunikasi. Kalau jawapannya ya, model telefon bimbit saja sudah jadi topik menyeronokkan untuk dibualkan bersama.

8. Tidur lewat

"Adakah awak seperti saya, suka berjaga malam?" Dia tak akan curiga dan menjawabnya dengan jujur. Kalau anda tahu si dia suka berjaga malam, ini mungkin peluang anda untuk menghubunginya di sebelah malam pula.

9. Filem yang ditonton

"Awak dah tengok filem Transformers?" Kalau filem terkini sudah ditonton kemungkinan besar si dia memang suka ke panggung wayang. Sekiranya anda turut punyai hobi yang sama, kenapa tidak mengajaknya menonton sekali pada temujanji berikutnya.

Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersen
yum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Gunakan internet untuk berhubung

Cara yang paling efektif ialah gunakan internet untuk berhubung. Cuba gunakan webcam melalui skype atau ym, dengan cara ini kita akan rasa seperti bercakap di hadapan si dia dan rasa seperti dia berada di hadapan kamu. Gunakan Facebook, ym atau skype untuk berhubung.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Friday, October 1, 2010

Bagaimana lelaki memikat wanita ?

Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita.
Kini ramai pula wanita yang menggoda lelaki.

Bak kata perumpamaan, bagai perigi yang mencari timba. Masalahnya kini, kenapa pula wanita yang perlu mengorat lelaki? Kenapa mereka begitu berani? Sebenarnya dalam dunia serba canggih ini, tidak ada syarat yang menetapkan lelaki wajib memikat wanita dan wanita tidak perlu memikat lelaki. Pucuk pangkalnya hati.

Jika seorang wanita sudah terpikat, apa salahnya dia yang memulakan dahulu. Mana tahu, dengan cara ini cinta akan berputik. Jika menunggu sahaja silap hari bulan, burung idaman terbang lari. Ingatkan bagaimana bekas teman anda memikat anda suatu ketika dahulu? Apa taktik yang digunakan dan bagaimana anda boleh terpikat?

Walaupun tidak 100% betul, tetapi senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya.

1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang-kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan mermehatikan setiap gerak-geri wanita yang diidamkan.

2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita.Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak kerenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.

4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala sehingga menitiskan air mata. Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hampir dengan wanita walaupun dengan cara yang tidak disenangi.

5. Selain itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri.

6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan. Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan cita rasanya.


P/s : Jd wanita2 cuba lah memerhatikan sikap lelaki2 dsekeliling anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman