Saturday, February 19, 2011

Ciri2 lelaki dan perempuan hot bagi pandangan Sarah honey dan apihelnino

Entry kali nie adalah pandangan dari blog sarah honey dan apihelnino...erm..aku rasa entry dorang ni berkualiti dan patut di share hehe..tp jgn risau sumber still aku letak kt korang yg best ni hehe

20 ciri-ciri lelaki hot

1. lelaki yang pandai masak
~ disebabkan aku kurang tahu memasak,maka aku pandang lelaki pandai memasak sebagai lelaki yang hot. owh lelaki pandai masak i like like you.



2. lelaki yang pandai main alat muzik
~ generally, aku bagi ciri ni sebab aku suka sama mereka yang nampak ber-attitude tu.awwww3 sukenye i. tapi tak bermakna mereka yang suka berhabis duit pergi jamming hingga abaikan benda lain itu hot.


3. lelaki lucu bukan lucah
~ ditegaskan lagi sekali,lucu dan bukan lucah yer. pandai buat kelakar, lawak yang kreatif dan menjadi, then tiada unsur kelucahan melampau dalam lawak mereka tersebut.
(lelaki dalam gambar tidak hot ya)



4. lelaki pembersih dan wangi
~ lelaki yang pembersih maksudnya kuku-kuku tidak hitam, rambut tidak busuk dan baju-bajuan sentiasa wangi serta tidak hapak. jenis rambut lelaki tidak menjadi masalah bagi aku asalkan tidak panjang seperti perempuan dan botak licin serta dread-lock. owh lelaki botak sungguh tidak hot! (sangat okay untuk rambut yang di dalam gambar.hehe)



5. lelaki tulen dan tidak lembut
~ yang ni semestinya lah kan. lelaki sifat asalnya keras dan aku cukup tidak boleh terima jika mereka lembut berdonat.lembut hati i suke,huhu



6. lelaki sederhana
~ tidak berlebihan ketika berdandan diri maknanya tidak perlu berlebih-lebihan ketika nak keluar. juga ketika berbelanja,tapi bukan kedekut ya.
(nak letak gambar Brett Anderson band Suede boleh?hot apa dia.hehe)



7. lelaki yang body tidak ketul-ketul
~ lelaki hot pada mata aku tidak semestinya mempunyai body ketul-ketul. obviously sebab aku geli bila terbayangkan mereka-mereka yang masuk pertandingan bina badan.minyak-minyak mak geli nokss.


8. lelaki yang reti pujuk perempuan bila merajuk
~ owh lelaki jenis ini,anda sangat menawan kalbu saya lah. maknanya mereka juga tidak hati kering dan sangat cool ketika memujuk.hehe



9. lelaki yang tidak gatal mengorat perempuan di jalanan
~ anda ingat hot sangat ke buat bunyi tikus kemudian sengih-sengih sambil mintak nombor telipon. anda tak hot yer.



10. lelaki yang tidak mudah berputus asa dan ada cara tersendiri untuk dapatkan sesuatu.
~ aku bagi contoh macam Taylor Lautner a.k.a Jacob dalam filem Twilight lah.yang part dia nak rebut Bella dari Edward tu. hot kan dia? cakap hot cepat!



okay aku bagi sepuluh je. lagi sepuluh korang boleh cari kat Google.hahahahaha

Sumber : http://sarahanie.blogspot.com/2010/12/20-ciri-ciri-lelaki-hot.html

20 ciri-ciri perempuan hot

1. Perempuan yang kelakar
Susah nak cari yang macam ni sebab lawak perempuan tak kasar macam lelaki punya.

Amyza Aznan | Aku suka dia dalam citer Donut


2. Perempuan yang tak mekap tebal-tebal
Aku suka yang mekap sikit-sikit je atau tak mekap langsung bila keluar. Kalau nak mekap tebal pun, tengok tempat dan masa la. Bukan setiap masa.

Kitar Semula Gambar Lama | My ex girlfriend


3. Perempuan yang tahu pasal teknologi
Maksudnya, perempuan yang tahu pasal games ataupun reti repair laptop atau handphone atau gajet-gajet lain. Setakat ada Blackberry atau iPhone, tak kira okay.

Jessica Chobot | First lady lick the PSP


4. Perempuan yang tak kisah kalau naik motor
Maksudnya, tak cerewet dalam bab kenderaan kalau nak pergi mana-mana. Sebab ada yang tak nak naik motor sebab takut rambut rosak ataupun tudung kedut.

What Names For Girls on Scooter? | Spice Girls!


5. Perempuan yang reti main skateboard
Salah seorangnya, Avril Lavigne. Aku sendiri tak reti main benda alah ni.

Skater Girls | Jump fly high


6. Perempuan yang reti main alat muzik
Tak kisah la main drum, gitar, violin atau apa tapi bukan mikrofon.

Scandal Band | Girls rock band from Japan


7. Perempuan yang reti seni pertahan diri
Pandai taekwando ke, kungfu ke, tomoi ke. Tapi kalau pandai bersilat, memang 100% hot.

Dragon Ball Evolution | Chichi sangat hot!


8. Perempuan yang selamba
Kalau pergi mana-mana, dia tak perlu kerap sangat pergi toilet sebab nak tengok cermin.

Fara Fauzana | Adik aku cakap dia slumber


9. Perempuan yang lasak
Perempuan yang main sukan, bawak kereta laju-laju, pandai repair kereta.

Girl Loves Car? | They're worth keeping


10. Perempuan yang ajar orang main sukan
Dia lasak, dan boleh ajar orang tentang benda tu. Contoh dia, awek baju oren main badminton court sebelah petang tadi.

Girl Plays Sport | Hot Hotter Hottest!
Sumber: http://apihelnino.blogspot.com/2010/12/ciri-ciri-perempuan-hot-bagi-aku.html

2 comments:

  1. hahahahaha. WeLL, pada pendapat aku, ciri-ciri pompuan yang hot ni ialah jenis pompuan idaman kau.
    Bagi aku, lain ciri-ciri pompuan hot aku.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman