~ Coretan secebis kisah lama yang benar-benar telah dilalui oleh Razzi Rahman…semuga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua ~
Sewaktu aku masih menjadi penyanyi dulu, populariti lagu-lagu nyanyian ku seperti Syakila dan Rembulan Kesiangan begitu mendapat tempat di hati peminat. Sehinggakan lagu Syakila, terpilih memasuki final Juara Lagu TV3 dan Rembulan Kesiangan pula berada di no 1 pada setiap carta-carta Radio hampir 10 bulan termasuk di Brunei dan Singapura.
Namun, dulu dan sekarang…aku tidak pernah berubah. Aku tetap adalah seorang yang jenis santai dan sederhana sahaja. Cuma dulu lagi kurus lah hehehe…
Mungkin juga kerana aku begitu popular, seorang model yang sangat cantik serta manis, tinggi dan cerah kulitnya telah terpikat kepadaku dan telah menjadi kekasihku yang sangat setia. Namun, satu kejadian pelik telah mengubah cara hidup dan perhubungan kami.
Dia yang teramat ku sayangi tiba-tiba telah menghilangkan diri!! Tanpa sebarang nota, tanpa mesej, no calls, tanpa sebarang alasan dan tanpa memberitahu aku apa pun kalau-kalau dia mahu berpisah…dia hanya terus hilang!. Aku masih ingat…
- “Abang…kalau abang nak pergi mana-mana cakap kita tau…jangan pergi senyap-senyap aje, nanti kita risau tau…” Dengan penuh manja, dia berpesan kepadaku dulu. Kini?…apa yang telah berlaku?!
Aku kebingungan, kemanakah dia?! Adakah dia dilanda mala-petaka apa-apa? Kemalangan? Semua orang tidak dapat aku hubungi…phone tak terjawab, lalu aku ke rumahnya, tidak ada siapa-siapa. Pelik?! Kemana semua orang pergi? Kemana dia pergi??
Berhari-hari hilang, dan belum sempat aku membuat laporan polis, aku histeria! Aku kepeningan dan hampir-hampir pitam kerana begitu panik memikirkan kekasih yang tersangat aku sayangi, HILANG!
Beberapa hari kemudiannya, entah apa yang telah terjadi padaku ketika itu, yang aku ingat, aku meracau, menangis, menjerit dan meraung-raung di rumah. Aku macam sedar di dalam tetapi, luaran aku tidak dapat kawal. Seolah-olah aku sedang berada di dalam tubuh orang lain. Sehinggakan Ibuku terpaksa memanggil doktor datang, bomoh pun datang untuk ubatkan aku. Akhirnya aku pengsan…
Aku tidak mahu jadikan ini sebagai alasan utama aku berhenti menyanyi dulu tetapi sedikit sebanyak, kerana dialah hampir hancur seluruh kehidupanku…
Berminggu-minggu kemudian aku terlantar di katil, seperti berkabung, bersedih dan menitiskan air mata kecewa! …Uurgh…sedih…sedih…di waktu aku begitu memerlukan dia, di saat aku sangat sayang padanya, mencintainya sepenuh hati…dia pergi…pergi hilang entah kemana…
Setelah berbulan lamanya, fikiran aku sedikit tenang dari biasa dan apabila terpandang di cermin mukaku yang cengkung dan sudah berjambang, aku mulai sedar yang aku sudah lama tidak menjalani kehidupan yang normal.
Tetapi hari itu, satu lagi berita buruk telah aku terima… Sebenarnya selama ini dia tidak hilang, tetapi dia tidak dibenarkan oleh keluarganya dari bertemu aku lagi!
Ini semuanya adalah kerana dia telah pun dijodohkan dengan lelaki pilihan ibunya! Ahhh!!!…hancur luluh hatiku ini apabila aku hampir pulih dari tekanan mental, berita sebegini pula yang aku terima, Aduuuhhhh…
TETAPI…satu kejadian yang “MIRACLE” berlaku kepadaku pada malam hari berikutnya. Di dalam sedar dan tidak sedar aku telah terdengar satu suara berbisik kepadaku, “MAAFKAN DIA…MAAFKAN DIA…” Entah macamana, tiba-tiba semangat aku pulih! Aku mesti pergi berjumpanya, aku mesti mendapatkan penjelasan, aku mesti tahu adakah dia benar-benar ingin berpisah dengan aku??! tinggalkan aku dan mengahwini lelaki pilihan ibunya?
Keesokan harinya, aku bangun dan terus mandi hot shower. Misai dan jambang yang panjang ku cukur habis, aku bersiap! Dengan memakai pakaian kemas, aku melangkah turun dan menuju ke luar rumah. Ibu yang sedang menonton tv, tiba-tiba terkejut sakan dengan perlakuanku lantas terus bertanya, “Nak kemana tu??!”
“Ke rumah Tasya!” jawabku tegas. Ibu tercengang tak terkata.
Tetapi, belum sempat aku pergi…tiba-tiba Tasya muncul dan tercegat di pintu luar rumahku. Ya Allah!…terus saja aku menjadi lemah, cinta yang masih membara di dalam diri ini membuatkan aku terasa teramat sayang padanya di saat itu. Berbisik hati aku..’Oh Tasya…aku amat rindu padamu’. Perasaan rindu yang teramat sangat membuatkan aku terus meluru untuk memeluknya, Namun…Tasya mengelak!
- “Tasya??!” aku kebingungan…
- “Maafkan I, Razzi… Please, lupakan I, I dah tak ada apa-apa
perasaan lagi pada you, Razzi. Forget about me!”
Suara Tasya yang mendatar, membingungkan aku terus… aku tidak biasa dengan caranya yang seperti langsung tidak berperasaan.
- “Tasya!, so Tasya datang selepas sekian lama ini untuk apa?? Bukankah sebab Tasya masih sayangkan abang?…”
- “Sorry Razzi…I datang kerana ibu you yang suruh!”
- “What??!…why?!”
- “Sebelum I…err..err..”
- “Sebelum? Sebelum apa Tasya?!”
- “Sebelum I kahwin besok…”
- “WHAT??!!!”
Tasha terus meninggalkan aku di situ. Sekali lagi aku dilanda tekanan mental yang maha dahsyat! Aku terduduk, terpaku dan terpinga-pinga memikirkan apa yang telah berlaku. Semuanya begitu cepat dan amat membingungkan aku. Suara dari sebuah cerita yang sedang ditonton oleh ibuku terngiang-ngiang di telinga, menyakitkan benakku, persoalan demi persoalan menyucuk-nyucuk otak aku yang semakin berdenyut-denyut terasa.
Ohh…sanggup Tasya buat aku macam ni??…sanggup dia seksa batin aku selama ini, kemudian hancurkan harapan dan hati aku?!! Sanggup dia…Ya Allah, bantulah insan mu yang tersangat lemah ini,
Tiba-tiba…
“Maafkan dia…maafkan dia…”
Aku tercengang! “Dari mana datangnya suara itu yang telah ku dengar semalam?” Perlahan-lahan aku melangkah menghampiri ibu yang memandang pada ku tepat dengan wajahnya kelihatan begitu sedih sekali. Matanya kelihatan bersinar, berair. Sekali lagi suara yang sama menarik perhatian ku…rupa-rupanya, suara itu adalah dari sebuah filem Indonesia di TV…
Aku terus menonton filem indon tu sampai habis…ceritanya sangat menyentuh hati dan kisahnya hampir-hampir sama dengan ku. Bagaimana seorang jejaka yang ditinggalkan kekasihnya yang telah berlaku curang padanya. Lantaran terlalu emotional dan tidak tahu cara untuk melupakan kekasihnya, dia mengalami tekanan mental. Pada malamnya, seorang bidadari telah datang kepadanya dan berbisik, “Maafkan dia…maafkan dia…” Esoknya dia mengambil keputusan untuk memaafkan kecurangan kekasihnya itu walau pun batinnya terseksa dan hatinya terkecewa, teraniaya. Jiwanya parah, tetapi dia masih maafkan gadis itu yang telah pergi meninggalkannya.
Aku ternganga sepanjang cerita itu. Apa yang sebenarnya telah berlaku?? Sungguh ajaib fikirku, namun…aku mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Lalu, setiap hari berikutnya, aku fikirkan Tasya, aku maafkan dia, hari demi hari …aku maafkan dia. Ya…aku kecewa, aku terseksa dan merana…tetapi, aku maafkan dia! Aku maafkan segala-galanya…
Amazingly, lama-kelamaan aku menjadi lebih sihat dari biasa. Perasaan cinta aku terhadap Tasha semakin hilang. Walaupun aku tidak dapat melupakan Tasha tetapi jiwa aku cukup tenang! Rupa-rupanya, apabila cinta, kasih dan sayang sudah hilang…walau aku masih mengingati Tasha dan mendengar kisahnya yang bahagia dengan perkahwinannya, ianya langsung tidak menyedihkan aku.
Kini, setelah bertahun-tahun kami tidak berjumpa dan aku pun sudah bergelar usahawan, penyanyi dan penulis popular, akhirnya aku kembali mendengar berita dia yang sudah mempunyai seorang cahaya mata. Aku tumpang gembira pula untuknya, hehehe…
Namun sekali lagi, Tasya muncul tiba-tiba di depan kedaiku. Dia kelihatan pucat dengan sekeliling matanya yang agak kehitaman dan bengkak, jelas sekali kesan menangis dan tidak cukup tidur. Aku sedih!…bukan sedih kerana teringat kisah cinta kami…tetapi sedih kerana Tasya rupa-rupanya sudah pun bercerai.
Hari-hari berikutnya pula, Tasya masih datang dan sedikit-sebanyak mempamerkan minatnya kepadaku kembali, tetapi aku langsung tidak berminat kerana aku sudah maafkan dia dulu, dan cinta, kasih serta sayang sudah lama hilang. Dalam hatiku juga, tiada dendam.
Bersama anak perempuannya, 7 years old yang sungguh comel, Tasya seperti terdesak merapatiku, sehingga menceritakan kisah sebenar mengapa dia bercerai. Rupa-rupanya dia selalu disepak terajang oleh bekas suaminya itu hingga turun naik mahkamah untuk bercerai!
Aduuuhhh…apakah ini balasan Tuhan? Setelah apa yang dibuatnya kepadaku? Apakah ini hikmah dari aku memaafkan dirinya? I guess “God work’s in a very mysterious way”
…kita tidak akan tahu, apa rancangan Tuhan terhadap kita. Aku harap segala kejadian bukan sebab aku, bukan sebab doa aku yang memaafkan segala penyeksaan dia terhadap aku, dan aku amat berharap dia dapat meneruskan hidupnya dengan tenang kerana aku telah lama, “Maafkan dia…”
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
0 comments:
Post a Comment