Awek korang merajuk? Si dia merajuk? Selalu menghadapi masalah camne
nak hadapinya? Haaa…korang xyah susah2 dah. Kali ni ak akn bagi tips baik
punye.Korang tak perlu dah susah2 pikiaq sebab kali ni aku dah list down.
Korang bace, praktik n jgn lupe plak bookmark untuk rujukan masa akan
datang.
Dijamin tiada lagi masalah merajuk2 lepas ni! (mungkinla kot..hahaha)
Baca ajelaaa…..
*1. Tak Yah Layan*
Diorang ni mengade sket. Saje je nk perhatian lebih. Padahal takde
pape pon. Wahahaha.Jadi klau diorang merajuk buat xtau je. Diorang nanges2
ke korang buat donno je. Haaa..bgus kn tips aku ni kan kan kan.Diorang
guling2 tarik kaki korang ke ape ke buat donno je. Die pegang kaki korang pon
korang rilek je seret diorang merata-rata. Kalau orang tgk pelik ke ape ke
cakap je die tu hiasan kaki yang terbaru. Tgh jadi trend sekarang ni.
Haaa…memang mantap punye tips kan kan kan.
*2. Beli Cokelat…Makan Depan Dia.*
Perempuan dengan cokelat mmg tak dapat dipisahkan. Jadi kalau si dia
merajuk korang cepat2 pergi serbu 7E beli cokelat yang besar tuh.
Pastu ko pegi jumpe awek korang. Tunjuk cokelat yg korang beli tu pastu dengan rakus dan lahapnya korang makan depan die. Tak yah sopan2 dah. Korang kasi bantai aje cokelat tu. Comot ke meleleh ke ape ke tak kisah dah. Janji ko mkn depan die. Perempuan ni lain sket…tgk org lain mkn cokelat pon dah bleh tenangkan hati die dah. Pastu klau si dia mintak jangan bagi. Nanti die nak lebih…orang bagi betis nak peha. Tak boleh2. Jadi…korang mkn je sensorang. Biarkan si dia kempunan.
*3. Ko Pun Merajuk La Sekali.*
Haaa…perempuan ni ingatkan laki2 x pandai merajuk ke ape. Kalau diorang merajuk..korang pon cepat2 merajuk jugak. Tak kisah la ape nak
jadi..jadi la. Janji korang kena merajuk jgk. Walaupun takde sebab n xpndai merajuk…korang merajukla jugak. Haaa..barula adil. Walaupun lelaki ni klu merajuk tu buruk bebenor…tapi cubala merajuk dengan baik sekali. Biar nampak
real. Untuk kepuasan merajuk yang lebih memuaskan….gunekan air mata n suara budak kecik yg hentak2 kaki. Seriusli lelaki tersebut meminta pelempang!
Hahah!
*4. Bawak Pegi Kedai Kasut.*
Perempuan kalau bawak shopping je konfem dah x ingat dunia .Kalau si
dia merajuk sekalipun..ko seret je masuk kedai kasut. Tinggalkn die kat situ. Dalam tiga jam barula ko dtg balik. Nanti ko akn nampak muke si dia berseri-seri penuh dengan senyuman dan juga tak dilupakan beg2 plastik yg baru dibeli berlambak. Kan dh cakap si dia xkn ingat dunia kalau shopping kasut ni. Hahahaha. Perhatian, jangan bg si dia gune kredit kad dan juga mengangkat beg plastik yang dia beli. Kalau tak korang akan menangis tak berlagu mungkin.
*5. Terus Mintak Kahwin On The Spot!*
Haaa...amik ko. Perempuan yang aku tgk skrg sumer nk kawin cepat. Tak
nk menikmati masa remaja puas2 kot. So…bile diorang merajuk je…terus cakap ko nk masuk meminang time tu jugak. Esokla tunang…esok tu jugakla ko nk nikah. Si dia dari nk merajuk terus tergamam…tak jd mrajuk. Terkesima dan terkedu mungkin. Hahahaha! Dari fikiran nk merajuk terus pikir pasal hantaran…warna tema bersanding…pasal baby..pasal kek kawin…pasal nama baby..pasal kenduri kendara..pasal solekan..pasal itu pasal ini. Hahahah. Mesti menjadi punyelah ni! Risiko rumah tangga bergolak agak tinggi. So do it at your own risk. Jangan salahkan blog ni. Terima kasehhh...
*6. Cakap Korang Dah Ade Perempuan Lain.*
Konfem si dia tak merajuk. Tapi si dia akan marah. Takde dah merajuk2 ni…teros rase nk baling pisau je kt muke ko aku rase. Jadi…taktik ini agak ekstrim dan mungkin membawa kepada pertumpahan darah. Tapi dengan jujur, masalah merajuk si dia akan terus hilang
*7. Tak Mengaku Awek Je Tros.*
Haaa…tips ni senang. Kalau dah si dia tu memang minat bebenor merajuk..tak henti nk merajuk. 24/7 nk merengek merajuk sane sini..jalan paling senang ialah…terus tak mengakui awek. Nampak je die buat muke merajuk…ko terus lari jauh2 tak berhenti pastu antar msg sekeping. “I dont
know you..sorry”. Setel masalah. Hahahaha. Cara ni la aku rase paling senang mungkin. " pompuan ni la pe'elnya...sikit2 nk merajuk... "
Sekian sahaja doktor pakar rumahtangga melaporkan untuk hari ni.
semoga berjumpa di lain hari untuk tips2 kekeluargaan yang tak masuk akal lagi. Dont miss me ye cik akak dan cik abang. Dan jugak dont hate me untuk post semacam ini. Aku bkn blogger serius. Aku nk tengok orang senyum aje. Wwawawawaw…sile antar di bahagian komen k.
Semoga hubungan korang takde lagi dah masalah2 merajuk ni. Kalau berlaku
jugak…mungkin nombor 5,6 dan 7 boleh dipertimbangkan. Hahahahahaa.
Friday, September 17, 2010
Apa perlu buat kalau perempuan / awek merajuk ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Cinta Dalam Islam
(9)
Janji Temu
(2)
Kisah Cinta
(14)
Lelaki
(6)
Madah Cinta
(4)
Misc Cinta
(1)
Online Novel
(10)
Perkahwinan
(24)
Personaliti
(23)
Puisi
(3)
Putus Cinta
(4)
ta'aruf
(1)
Teori Cinta
(16)
Tips Cinta
(31)
Tips Mengorat
(20)
Wanita
(6)
Popular Sepanjang Zaman
-
"kenapa lelaki nie susah sangat nak paham jiwa perempuan yek??" korang (khususnya perempuan) pernah tak tertanya @ terfikir perkar...
-
Senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya. 1. Kaum lelaki lazimnya cuba memi...
-
Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita. ...
-
1. lelaki tidak suka perkara perkara remeh…mungkin bagi wanita ia perkara yang penting tetapi bagi lelaki ia mungkin perkara remeh.bagi le...
-
Korang suka dekat sorang awek ni.. awek ni pulak belum kenal siapa korang, dan korang pulak dah dapat nombor telefon awek ni dari seorang ...
-
Madah Romantis Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak y...
-
Entry kali nie adalah pandangan dari blog sarah honey dan apihelnino ...erm..aku rasa entry dorang ni berkualiti dan patut di share hehe..t...
-
Awek gersang tidak mendapat layanan yang baik daripada pasangannya. Samada layanan dari segi fizikal, emosi, seksual mahupun material. Ia ...
-
Masih menanti Prince Charming? Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tent...
-
GIRL: Assalamualaikum..u,sihat?camane keje?ok? Tiada balasan… GIRL: hurmm..dia busy kot..xpelah..nanti dia balas la tu.. 10minit . . . 1jam ...
hahahaa!! kelakar la bunyi nye..
ReplyDelete