Assalamualaikum wbt...
Kowang kena baca bebelan kat bawah nie sampai habis baru faham ceritanya..hehehehehe
image search dr en.google
Wahai perempuan, aku di sini
sebagai lelaki ingin berkata sesuatu. Wahai Isteri, aku di sini sebagai
suami ingin bagi tahu. Tahukah korang yang lelaki suka perempuan yang
seksi? Tapi tahukah isteri, suami sukakan perempuan yang menutup
auratnya. Dan dia lebih menghargainya begitu?
Wahai perempuan, tahukah kalian
yang lelaki sangat suka bila kalian manja-manja dengan dia? Tapi wahai
isteri, tahukah kamu yang suami-suami kamu sangat manja sebenarnya. Dan
mereka sebenarnya sangat suka dimanja-manjakan. Di tanyai oleh kamu “Hai
abang... kenapa muyuk2 niey...?” “Hai abang...puyut abang cam niey pun
nampak tomeyy laaa..” Cam kucing, mereka nih suka sangat di belai-belai.
Wahai perempuan, mahu tak kalau
aku bukakan satu rahsia mengenai lelaki? Lelaki ini sebenarnya sangat
lemah dengan air mata kalian. Tetapi isteri-isteri semua, jangan takut
untuk menangis kerana air mata kalian bagi suami-suamimu adalah kekuatan
buat mereka. Kerana airmata kamulah suami bisa bangkit berjuang kembali
disaat mereka rebah jatuh kecewa.
Wahai perempuan, tahukah kamu
yang lelaki takut pada perempuan yang gemuk? Walaupun pada hakikatnya
yang mereka juga bulat macam buah nangka masak? Dan wahai isteri, kalian
sebenarnya tidak perlu risaukan bentuk badan sangat kerana suami suka
memeluk anda, kerana anda wangi dan mereka suka mencium kamu, kerana
rambut kamu yang sentiasa rapi (tidak kusut masai dan
mengerbang-gerbang) Jadi jagalah kebersihan diri dan selalulah mandi.
Walau pun kadang-kadang para suami ni pun bukanlah wangi semanjang,
kadang tur kitorang pun hapak juga. Hahahaha...
Tahu tak perempuan yang lelaki
suka kalian pakai jarang-jarang, dan singkat-singkat. Mereka suka
tengok, kalau dapat mereka gatal nak pegang. Tapi percayalah, yang
mereka tidak akan sekali-kali menjadikan anda pilihan no satu untuk
dijadikan isteri. Wahai isteri, tahu tak kamu semua aper kenyataan yang
sebenarnya apabila suami anda memberi komenter pada pakaian anda..?
Contoh: Hisk...!!! Pegi salin laa baju lain. (sebab seksi sangat).”
Sebenarnya mereka suka sangat tur, tapi mereka nih spesis yang tak leh
berkongsi apa pun dengan orang lain. Sebenarnya mereka tidak mahu orang
lain lihat yang isterinya sangat menarik. Jadi pandai-pandailah kalian
menyakinkan mereka yang permandangan yang sangat indah itu hanya untuk
mereka sahaja, pasti suamimu akan lebih betah di rumah dari di kedai
mamak.
Wahai perempuan, kamu nak tahu
tak bila kalian berkata “ aku tak nak kacau dialah, aku nak bagi ruang
pada dia. Itu privasi dia” sebenarnya kamu meletakkan hubungan kamu
dalam bahaya. Kerana lelaki sangat suka perempaun yang merengek-rengek
dengan dia. Berbeza pula dengan suami, jangan sekali-kali isteri
merengek-rengek yang bukan-bukan sewaktu suami sedang melakukan sesuatu
yang pada pendapat mereka itu satu pekerjaan yang penting. Contoh
sewaktu tayangan lansung liga juara-juara eropah...? Hahahahhaa.
Wahai perempuan. Tahu tidak sifat
pak turut kalian hanya merendahkan nilai kalian disisi lelaki? Namun
bagi seorang isteri pula sifat itu sangatlah penting. Itu melambangkan
bertapa setianya kamu dengan suamimu. Tapi bukan bermakna kamu akan
membiarkan mereka melakukan kesilapan dalam membuat keputusan.
Mereka(suami-suami) ini perlukan kamu untuk memberi penilaian dalam
membuat keputusan.
Satu lagi wahai perempuan dan
isteri. Ini rasa dek aku sama jer, baik sebelum kamu menjadi isterinya
atau sesudah menjadi isteri mereka. Janganlah kalian memakai mekap yang
tebal-tebal, sampai nampak berkilat-kilat muka. Sampai kalau berpeluh
meleleh-leleh macam air susu... Yarkkkk!!!! Tak sanggup laaa aku. Cukup
la badan tak bau busuk, bibir tidak nampak lebam dan pucat. Kalau tidak
jangan salahkan suami-suami kalian kerana jarang mencium pipi kamu. Dan
jangan mengerutkan kening kamu semua bila boyfriend korang menyeberang
jalan tanpa memegang tangan korang. Laju jer dia jalan, seolah-olah tak
mahu ada kaitan aper-aper ngan kamu. Dia malu la tur dengan mekap yang
dah macam opera cina.
Wahai perempuan semua, andai kata
adik korang datang menyibuk sewaktu teman lelaki korang datang
bertandang kerumah dan minum petang disana. Jangan sekali-kali korang
menengking adik korang depan dia. Sebab itu akan membuatkan mereka
berhenti untuk melangkah lebih jauh dalam perhubungan kalian. Dan wahai
isteri-isteri yang cantik akhlak semua. Jangan kamu memarahi anak-anak
kamu dengan suara yang nyaring dan gertakan-gertakan yang menakutkan.
Kerana suami-suami sangat sensitif akan keadaan ini sebenarnya. Walaupun
pada pemerhatian kamu mereka seolah tidak mengambil pusing. Tapi
sebenarnya mereka sangat sakit hati ketika itu. Kalaulah kalian itu
bukan ibu-ibu kepada anak-anaknya, mungkin kalian telah makan penampar
dari pagi-pagi buta lagi dah.
Satu perkara yang selalu
diabaikan oleh perempuan bila mereka bergelar isteri. Suami kamu
sebenarnya suka kalau kamu nakal dengan mereka. (bagaimana? Laaa lua
pikir la sendiri) Hahahaha.... Tau kenapa? Sebab lelaki nih, sama ada
dia lelaki, suami atau ayah. Mereka tetap nakal sampai bila-bila. Jadi
imbangilah kenakalan mereka. Dan dalam hati mereka pula, mereka, lelaki
ini sangat lambat tuanya. Forever young. Hehhehee.....
*phewww....syabas terima kasih, anda berjaya menghabiskannya... :p
bagus la semua entri dalam blog ni..semua pasal relation laki n pompuan..thnx for the info
ReplyDeletehttp://infoaday.blogspot.com/