Friday, August 19, 2011
Pompuan Merajuk Vs Lelaki Merajuk
Kenapa ye perempuan suka sangat nak merajuk? Kenapa juga lelaki sangat malas nak pujuk perempuan yang merajuk? Haa..tentu semua sudah sedia maklum selalunya pasangan bercinta je yang sangat suka melakonkan drama merajuk dan pujuk ini. Tetapi tahukah anda bahawa rajuk perempuan ini telah menjadi lumrah alam dan perempuan ini dijadikan Allah swt sebagai makhluk yang mempunyai jiwa yang amat halus buatanNya?
Pelik juga lelaki seolah-olah menghukum perempuan yang merajuk ini sebagai gedik. Kaum lelaki harus tahu bahawa perempuan tidak akan sekali-kali merajuk jika kaum lelaki tahu bagaimana hendak mengendalikan jiwa kaum hawa ini. Kaum hawa pun kalau merajuk janganlah melampau-lampau sangat. Sikit-sikit sudahlah. Kalau setakat si dia terlupa nak beli belacan pun nak merajuk juga? alahai..Merajuk ini ada macam-macam cara dan style..hehehe. Ada yang tak bertegur sehari suntuk. Ada yang jika dapat hadiah mahal baru berhenti rajuknya. Ada yang menangis berguling-guling dan tak kurang juga yang tak bertegur sapa hingga berbulan-bulan *mak oiiii merajuk fesyen alaf baru agaknya* :)
Perempuan bila merajuk akan tulis kat facebook status yang sedeh2. Selalunya kalau pompuan merajuk, mereka akan mematikan langsung talian telefon bimbit dorang. Bila keadaan agak reda sikit dan rasa keadaan agak terkawal, dorang akan buka semula talian telefon bimbit dorang. Perempuan akan rasa seronok bila nampak sms yang menunjukkan 'misscall' si dia berkali-kali. Perghh..rasa amat dihargai. Masa itu dorang rasa sangat disayangi. *cheewah*..bukan aku yang cakap tapi perempuan tau hehe
Umum dah tahu, lelaki ada macam-macam kategori. Ada yang romantik, ada yang kasar, ada yang ganas gila tetapi dalam hati ada taman *hehehe*. Semua atas diri lelaki tersebut masing-masing. Mungkin cara pendidikan atau cara persekitaran yang mendidik lelaki sedemikian rupa. Tanyalah mana-mana perempuan didunia ini sekalipun. Mereka amat mendambakan lelaki yang suka memanjakan diri mereka. Memanjakan disini bermaksud sentiasa prihatin akan tarikh istimewa bagi anda berdua, sentiasa prihatin akan perasaan mereka dan sentiasa memahami dan meletakkan mereka bagai puteri dihati anda sebagai kekasihnya. Mungkin anda kurang berikan kasih sayang secukupnya untuk si dia. Mungkin anda sudah lama mengabaikannya. Macam-macam alasan si dia boleh merajuk. Selalunya perempuan ini jarang merajuk kecuali ada sebab tertentu yang dia fikir yang dia tidak salah untuk merajuk.
Bukan susah nak pujuk perempuan ini. Jika si dia merajuk, anda hanya perlu cepat-cepat pujuk dengan kata-kata manis anda. Biar anda kurang kacak tetapi ayat mesti power bro ! Sendiri mahu ingat. Tidak semestinya anda perlu pujuk kekasih anda dengan pemberian hadiah yang mahal-mahal. Kalau anda berduit, apa salahnya telefon si dia dan luang masa sejam dua. Selami hatinya. Atau belikan hadiah yang comel seperti cupscake, bunga mawar hidup, coklat cadbury, kek coklat dan sebagainya. Kalau anda bukan berduit dan poket ala-ala kering kontang, cukup hanya dengan kata-kata manis. Tekan menu-message-create message-taip nombor hp si dia-taip *hai sayang..dah2 lah tu merajuk..jgn majuk lagi ye? i love you*-send message-delivery report-delivered. Haa..sah hati si dia akan cepat-cepat sejuk. Confirm! Bukan susah sangat pun ! Itupun malas ke lelaki nak pujuk? adoyai..
Apapun, dalam bercinta ini perlu ada tolak ansur. Merajuk itu kadang-kadang boleh mengeratkan lagi hubungan cinta anda. Jika terlampau merajuk pula akan membawa kepada kekeruhan hubungan anda berdua. Maka tolak ansur itu adalah penting. Faham kehendak si dia. Maka pembawaan rajukan itu adalah penting. Kalau sekarang baru zaman bercinta dah malas nak pujuk, bila dah nikah, isteri mengandung merajuk begini merajuk begitu. Camna? adeh..Janji anda tahu kendalikan hubungan anda semuanya pasti akan okay. Lelaki juga harus belajar memujuk. Perempuan juga harus belajar mengawal diri dari berterus-terusan merajuk. Belajar. Belajar. Belajar. Jangan malas belajar. Tidak rugi. Internet kan ada. Gunakan lah peluang yang ada untuk memahami pasangan anda.
Akhir kata, selamat memujuk dan selamat merajuk.renung2 kan dan selamat beramal Berfikirlah positif bahawa mungkin rajuk si dia itu menandakan bahawa anda sudah lama tidak prihatin akan keadaan dirinya. Moga segalanya selepas ini akan menjadi okay tiba-tiba. Tata.
Nota kaki untuk si dia :
Kalau sy pujuk tak betul tolong tunjuk ajar k hihih peace
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Cinta Dalam Islam
(9)
Janji Temu
(2)
Kisah Cinta
(14)
Lelaki
(6)
Madah Cinta
(4)
Misc Cinta
(1)
Online Novel
(10)
Perkahwinan
(24)
Personaliti
(23)
Puisi
(3)
Putus Cinta
(4)
ta'aruf
(1)
Teori Cinta
(16)
Tips Cinta
(31)
Tips Mengorat
(20)
Wanita
(6)
Popular Sepanjang Zaman
-
"kenapa lelaki nie susah sangat nak paham jiwa perempuan yek??" korang (khususnya perempuan) pernah tak tertanya @ terfikir perkar...
-
Senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya. 1. Kaum lelaki lazimnya cuba memi...
-
Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita. ...
-
1. lelaki tidak suka perkara perkara remeh…mungkin bagi wanita ia perkara yang penting tetapi bagi lelaki ia mungkin perkara remeh.bagi le...
-
Korang suka dekat sorang awek ni.. awek ni pulak belum kenal siapa korang, dan korang pulak dah dapat nombor telefon awek ni dari seorang ...
-
Madah Romantis Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak y...
-
Entry kali nie adalah pandangan dari blog sarah honey dan apihelnino ...erm..aku rasa entry dorang ni berkualiti dan patut di share hehe..t...
-
Awek gersang tidak mendapat layanan yang baik daripada pasangannya. Samada layanan dari segi fizikal, emosi, seksual mahupun material. Ia ...
-
Masih menanti Prince Charming? Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tent...
-
GIRL: Assalamualaikum..u,sihat?camane keje?ok? Tiada balasan… GIRL: hurmm..dia busy kot..xpelah..nanti dia balas la tu.. 10minit . . . 1jam ...
haha..mengada je laki mintak pujuk heh.perhatian lebih.XD
ReplyDeleteeh lelaki pown kuat merajuk gak pe~
ReplyDeletekalo xmau pujuk...sila pastikan xbuat salah utk small matter....=)
ReplyDeletelelaki kalau majuk lg ssh kot? haha
ReplyDeletekadang wanita nie dianggap tak punya hati. perlu mengikut apa sahaja kehendak lelaki yang belum menjadi suami.
ReplyDeleteminta perhatian ni.. hehe
ReplyDelete