Sunday, June 12, 2011
Seseorang Yang Mencintai Kamu
Seseorang yang mencintai kamu, tidak dapat memberikan alasan mengapa dia mencintaimu. Dia hanya tahu, di matanya kamulah satu-satunya.
Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah/gila/sengal/stres. Tapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikanmu.
Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tau. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas SMS-nya atau panggilannya, kerana dia peduli dan dia tidak ingin sesuatu terjadi ke atas kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapanmu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup/berdenyut/bergetar untuk kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan dia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman selama-lamanya.
Seseorang yang mencintai kamu, selalu memberitahumu untuk tidak berfikir terlalu banyak, kerana dia sudah merencanakan semuanya untukmu. Dia ingin memberikan kehidupan yang terbaik di masa mendatang. Dia ingin memberikanmu suatu kejutan, percayalah dia dapat melakukannya.
Seseorang yang mencintai kamu, mungkin tidak bisa mengingat kejadian/kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahunmu, tapi dia tahu bahawa setiap detik yang dia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah hari ini.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak mahu berkata aku mencintaimu dengan mudah, kerana segala yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia sedia mencintaimu, tetapi hanya dia yang akan mengatakan kata I Love You pada situasi yang istimewa, kerana dia tidak mahu kamu salah mengerti, dia mahu kamu mengetahui bahawa dia mencintai dirimu.
Seseorang yang benar-benar mencintai kamu, akan berasa bahawa sesuatu harus dikatakan sekali saja kerana dia berfikir bahawa kamu telah mengerti dirinya. Jika berkata terlalu banyak, dia akan berasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia/tersenyum.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak tahu apakah dia harus menelefonmu ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan SMS setelah beberapa jam. Jika kamu menanyakan: mengapa dia tidak menelefon, dia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan daripada dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar-benar berguna.
Seseorang yang mencintaimu, selalu memanggil kamu dengan sebutan gadis kecil, tapi sewaktu dia menginginkan untuk membuat keputusan besar, dialah orang pertama yang ingin mendengar pendapat daripada kamu.
Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan 'I LOVE U' ada di dalam dompetnya.
Seseorang yang mencintaimu, saat bertengkar, dia akan meminta maaf dengan tak terkontrol (secara terus menerus) meskipun kamu yang bersalah dan nantinya dia akan mengirimkan SMS kepadamu: Sayang, sebenarnya itu adalah kesalahan kamu dan kamu sendiri sudah mengetahuinya.
Seseorang yang mencintaimu, jarang mengatakan kata-kata manis. Tapi kamu tahu, dia memang mencintai kamu! Cinta itu subjektif, cinta itu ada sejuta satu gambaran rasa... apa yang penting jujur dan ikhlas - kamu pasti bahagia dengan cinta.
Sumber: http://hello-bebeh.blogspot.com/2009/01/catatan-6-seseorang-yang-mencintai-kamu.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Cinta Dalam Islam
(9)
Janji Temu
(2)
Kisah Cinta
(14)
Lelaki
(6)
Madah Cinta
(4)
Misc Cinta
(1)
Online Novel
(10)
Perkahwinan
(24)
Personaliti
(23)
Puisi
(3)
Putus Cinta
(4)
ta'aruf
(1)
Teori Cinta
(16)
Tips Cinta
(31)
Tips Mengorat
(20)
Wanita
(6)
Popular Sepanjang Zaman
-
"kenapa lelaki nie susah sangat nak paham jiwa perempuan yek??" korang (khususnya perempuan) pernah tak tertanya @ terfikir perkar...
-
Senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya. 1. Kaum lelaki lazimnya cuba memi...
-
Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita. ...
-
1. lelaki tidak suka perkara perkara remeh…mungkin bagi wanita ia perkara yang penting tetapi bagi lelaki ia mungkin perkara remeh.bagi le...
-
Korang suka dekat sorang awek ni.. awek ni pulak belum kenal siapa korang, dan korang pulak dah dapat nombor telefon awek ni dari seorang ...
-
Madah Romantis Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak y...
-
Entry kali nie adalah pandangan dari blog sarah honey dan apihelnino ...erm..aku rasa entry dorang ni berkualiti dan patut di share hehe..t...
-
Awek gersang tidak mendapat layanan yang baik daripada pasangannya. Samada layanan dari segi fizikal, emosi, seksual mahupun material. Ia ...
-
Masih menanti Prince Charming? Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tent...
-
GIRL: Assalamualaikum..u,sihat?camane keje?ok? Tiada balasan… GIRL: hurmm..dia busy kot..xpelah..nanti dia balas la tu.. 10minit . . . 1jam ...
sweet....
ReplyDeleteCinta Allah jua yang abadi
ReplyDelete:-)