Tuesday, February 22, 2011
"Bukan rupa yg sy tgnk tp hati budi awak!!"Boleh caya ke?
Entry kali ni bukan lah untuk mengutuk lelaki mahupun wanita hehe...just nak share pengalaman aku dan nak tahu ape pulak pendapat korang..
Faktanya...
Semua pompuan yang aku kenal dan pernah ada scandal ngn aku ckp dorang tak pandang rupa paras tp yg penting hati budi..boleh caya ke..kalau laki plak yg cakap
"sy x tengok rupa awk, tapi hati awak" anda caye kata2 ni?!! hehe...
Kalau laki aku sendiri pun tak caya walaupun aku laki hahaha...Mengikut kajian yg dilakukan oleh majalah Remaja sendiri menunjukkan bahawa lelaki sekarang mmg MAJORITINYA lebih pandai melihat daripada berfikir..
justeru unjuran perdebatan adalah menuntut kita untuk membuktikan bahawa lelaki sememangnya suka pada perempuan yang cantik paras rupanya..dan ia sememangnye betul..itu MAJORITI lelaki mengakuinya..begitu juga sebaliknya..siapa nak orang yang bakal hidup bersama dengan kita mukanya hodoh..kita pun x senang,kan??
namun,x perlu arr terlalu melihat kepada aspek kecantikan paras rupa semata-mata..bagaimana dengan kecantikan akal fikiran dan budi bahasa..itu semua x boleh dipandang sebelah mata oleh kaum Adam...bagi aku sebenarnya kecantikan paras rupa itu merupakan salah satu aspek yang minor jika dibandingkan dengan aspek yang lain....tp aku tak nk hipokrit..yup aku tgnk luaran gak huhuhu..
Hakikatnya pada zaman kini, kata-kata tersebut hanyalah satu ‘propaganda’ atau ‘taktik’ bagi kebanyakan orang lelaki untuk memancing si wanita. Sememangnya kita juga mengetahui bahawa orang lelaki mempunyai sifat yang berbeza daripada orang wanita. Orang lelaki lebih sukakan kepada sesuatu yang dilihat cantik atau indah daripada segi luaran dan bukanlah dalaman, berbeza dengan orang wanita yang lebih melihat kepada dalaman daripada luaran. Antara buktinya, lihatlah kebanyakan wanita hari ini. Kebanyakan mereka bertemankan seorang lelaki yang kurang kacak atau bahasa sopan dan berterus terangnya; hodoh nak mampus haha. Kenapa hal ini berlaku?. Adakah buta wanita ini?. Jawapannya tidak!. Mereka memilih lelaki itu bukanlah kerana rupa parasnya yang hodoh haha, tetapi mereka tertarik kerana kata-kata si lelaki tersebut yang membuatkan hatinya cair dan sikapnya yang bagi mereka adalah ‘caring’ dan bersikap jujur. (hakikatnya sebab lelaki tu penuh poket!. Hahaha sorry terkantoikan.)
“Perghhh!, cun sial awek tu dowwwww”....”baik dowww awek tunye TUT”. Ha..itulah antara kata-kata ''nakal'' kebanyakan orang lelaki. Tetapi timbul persoalan untuk bagaimana mereka memancing si wanita tersebut. Adakah dengan berjubah dan berserban? (for sure minah tu lari). Adakah dengan membawa tasbih di tangan dengan diiringi mulut yang sentiasa berzikir? (dasar penipu!). Macam-macam lagilah cara-cara dan idea-idea yang cuba dikerahkan oleh sebahagian mereka untuk memancing si wanita.
Seorang lelaki sekalipun kuat pegangannya pada agama, dia juga tidak akan terlepas daripada melihat atau memilih wanita daripada rupa parasnya. Ini kerana seperti yang diterangkan tadi bahawa sifat atau naluri orang lelaki yang lebih suka melihat luaran daripada dalaman. Tidak menjadi masalah juga sekiranya kita mendengar ada di antara orang lelaki yang mengatakan begini; “Saya lebih utamakan adab, dan pegangan agama oleh wanita tersebut, tetapi saya juga melihat kepada rupa parasnya.” Kalau kita teliti kata-kata ini kita boleh melihat bahawa katanya untuk melihat kepada rupa paras bukanlah bermaksud si awek tu kena cun melecun, tetapi maksud sebenarnya ialah ‘sedap mata memandang’. 'cantik dalaman, cantik luaran.'
lumrah manusia memilih kecantikan. tak kira lelaki ataupun perempuan. tidak dapat dinafikan kebanyakan lelaki ,memilih kecantikan. tetapi perlu diingatkan bahawa yang cantik itu kadang2 beracun.. lain padang lain belalang..paham tak peribahasa aku ni hehe. maksudnya lain lelaki lain cara dia memilih perempuan. senario pada masa sekarang cukup popular iaitu lelaki akan mencari perempuan yang cantik untuk couple tetapi akan mencari perempuan yang boleh menjalankan tanggungjawab seorang istri untuk berkahwin. pada masa itu, paras rupa mungkin berada pada tempat ke brape entah... sering terjadi apabila keluar dengan rakan2, pasti yang cantik akan menjadi perhatian lelaki. perkara tersebut memang dah jadi lumrah bagi seorang lelaki.... perempuan pulak, jangan hipokrit apabila anda memilih pasangan hidup. mungkin tidak handsome tapi sedap mata MEMANDANG. jadi, rasanya tidak adil untuk menyalahkan satu2 pihak sedangkan perkara ini adalah fenomena yang biasa.....
Entry ni untuk kita sama-sama memperbaiki diri termasuk diri aku yg hina ni..so mari kita semua sama2 terasa hehehe...
P.S Seindah perhiasan adalah wanita solehah..sejuk ibu mengandung hehehe
Wassalam dari Kumbang Jingga kihkih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
Cinta Dalam Islam
(9)
Janji Temu
(2)
Kisah Cinta
(14)
Lelaki
(6)
Madah Cinta
(4)
Misc Cinta
(1)
Online Novel
(10)
Perkahwinan
(24)
Personaliti
(23)
Puisi
(3)
Putus Cinta
(4)
ta'aruf
(1)
Teori Cinta
(16)
Tips Cinta
(31)
Tips Mengorat
(20)
Wanita
(6)
Popular Sepanjang Zaman
-
"kenapa lelaki nie susah sangat nak paham jiwa perempuan yek??" korang (khususnya perempuan) pernah tak tertanya @ terfikir perkar...
-
Senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya. 1. Kaum lelaki lazimnya cuba memi...
-
Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita. ...
-
1. lelaki tidak suka perkara perkara remeh…mungkin bagi wanita ia perkara yang penting tetapi bagi lelaki ia mungkin perkara remeh.bagi le...
-
Korang suka dekat sorang awek ni.. awek ni pulak belum kenal siapa korang, dan korang pulak dah dapat nombor telefon awek ni dari seorang ...
-
Madah Romantis Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak y...
-
Entry kali nie adalah pandangan dari blog sarah honey dan apihelnino ...erm..aku rasa entry dorang ni berkualiti dan patut di share hehe..t...
-
Awek gersang tidak mendapat layanan yang baik daripada pasangannya. Samada layanan dari segi fizikal, emosi, seksual mahupun material. Ia ...
-
Masih menanti Prince Charming? Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tent...
-
GIRL: Assalamualaikum..u,sihat?camane keje?ok? Tiada balasan… GIRL: hurmm..dia busy kot..xpelah..nanti dia balas la tu.. 10minit . . . 1jam ...
Betul3.. Org skrg byk memandang pd rupa paras.. Hati budi jatuh nombor 2..
ReplyDeleteceh.. kj ke? hahaha...
ReplyDeleteNot all of them ..
ReplyDeleteFor me, I Choose which had a good heart courtesy of looks only ..
Because there is no point to the couple who looks ok, but his/her heart is evil absolutely..:)
masing2 memiliki keindahan dan kecantikan yg tersendiri (:
ReplyDeleteselalunya di mulut cakap lain.hati cakap lain
ReplyDelete