Apa ada pada tarikh lahir?
Tarikh lahir sangat penting dalam hidup. Jika anda lupa tarikh lahir awek anda. Maka awek anda akan terluka dan menyangka dirinya tidak lagi penting dalam hidup anda.Kemungkinan awek anda akan lari merajuk ke ke batu belah batu bertangkup hehe... Jika anda menghadiahi sesuatu kepada awek anda pada hari lahirnya, awek anda terasa dihargai asalkan hadiah itu bersesuaian dengan citarasanya. Ini berbalik kepada personaliti awek anda, jika dia jenis yang materialistik, sudah tentu ia membutuhkan(perlu) hadiah yang mahal bukan?kihkih... Ini bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk membeli hadiah yang sesuai...kalau awek ada yg jenis islamik beli lah tudung mawi world ke yg penting ikhlas walaupun tak mahal.. Cara yang terbaik adalah mengenalpasti apa yang selalu dia hajati sebelum ini. Apakah minatnya? Apakah cita-citanya? Dengan memenuhi keperluan-keperluan ini sudah tentu anda akan diletak tinggi dalam hidupnya.
Ciri-ciri mengikut tarikh lahir
Kita akan mengguna teorem runge kakuta based on table Hanh-Marzukezics
Lihat contoh ni: 4 august 1986
Personaliti
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa bertenang dan peramah. Seorang yang sangat peka dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Biasanya individu ini bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Individu ini mendengar nasihat yang diberikan tetapi mungkin tidak ikut kerana individu ni hanya suka mendengar nasihat. Sekiranya diberi tugasan,individu ini mempunyai kebolehan untuk mengikut. Individu ini sangat bagus dalam kerja P.R. Pencapaian dalam kehidupan ialah selepas 45 tahun. Kelemahannya pula individu ini menarik ramai orang suka bercakap jahat. Individu ini juga membawa cerita. Seorang yang sangat degil.
Ciri-ciri Percaya dengan yakin, kuat terhadap prinsip diri sendiri...Boleh memimpin dan menarik penyokong tetapi berakhir dengan tekanan...Sangat emosional, sentiasa sibuk...Perancang yang sibuk, sentiasa berada di dalam keadaan tertekan...Penyokong akan memberi nasihat; menarik minat perempuan...Perniagaan anda akan menghasilkan pulangan yang baik...
Kesihatan
Kesihatan
Penyakit Masalah hati / pundi hempedu, Kemarahan, Tidak penyabar/mudah hampa atau kecewa, Masalah mata, Masalah dengan keseimbangan/koordinasi, Masalah tendon / urat, Kekurangan kelenturan/kekakuan, kekejangan terutama di bahagian bahu, kekejangan otot, Rasa pahit di mulut, Haid yang tidak teratur (Jika perempuan/wanita)..
Pekerjaan
Pekerjaan
Makanan, Restoran, Berita, Majalah, Telekomunikasi, Penerbangan Kargo, Minyak & Gas, Loji Penjana Tenaga, Kabel Janakuasa, Bahan Api, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan, Tenaga Kerja, Makanan Segera, Kantin, Fesyen, Pencahayaan, Gedung Serbaneka, Perhiasan Pakaian, Senjata, Minuman Panas, Pereka, Penulis, Karyawan Filem, Jururawat, Fund Raiser, Penyambut Tetamu, doktor haiwan, Ahli Psikologi......
Cara nak mengira analisa ni anda perlu memahami dulu teorem dan table kat atas tu dulu baru. Selepas dah paham insyallah anda boleh mengetahui kesemua ciri-ciri manusia dia atas muka bumi ni tanpa ada masalah
Melalui tarikh lahir juga anda juga boleh mengenal pasti spending pattern awek ini, sex orientasinya, keserasiannya dengan anda dan kebarangkalian untuk bertemu jodoh. Selamat mencuba
Cara nak mengira analisa ni anda perlu memahami dulu teorem dan table kat atas tu dulu baru. Selepas dah paham insyallah anda boleh mengetahui kesemua ciri-ciri manusia dia atas muka bumi ni tanpa ada masalah
erm, mana nak dapat teorem n table kat atas tu?
ReplyDelete