Apa yang menyebabkan individu di luar sana masih lagi memilih mengekalkan status solo selain belum sampai jodoh? Ayuh kita singkap bersama mengapa dan kenapa?
1. Terlalu Memilih
Mereka yang mempunyai tahap penilaian yang tinggi pasti akan menjadikan seseorang itu memiliki sifat yang begitu memilih. Lebih-lebih lagi apabila berbicara mengenai soal pasangan. Bagi mereka pasangan yang ingin dijadikan teman meluah dan berkongsi segala rasa perlulah serba serbi sempurna di mata mereka.
Sekiranya salah satu kriteria yang ditetapkan tidak menepati piawaian yang ditetapkan. Maka jangan harap untuk seseorang itu mendapat peluang kedua kembali bertemu janji. Ini kerana, mereka lebih rela hidup solo sehingga muncul si dia yang benar menambat hati!
2. Jual mahal
Tidak salah untuk seseorang itu jual mahal terutama bagi golongan wanita. Namun sifat terlalu jual mahal yang tunjukkan juga mungkin akan menjadikan anda seorang yang sukar didekati dan akhirnya membujang sampai ke tua.
Sifat jual mahal yang tidak kena tempat ini kadang-kadang menyukarkan peluang anda memulakan sesi perkenalan. Tidak salah jika sekali-sekala anda yang cuba menegur individu yang anda minati. Itu bukan menandakan anda gatal tetapi hanya sekadar bersikap ramah.
3. Suka Menilai
Sikap ini kadang-kadang tidak disedari oleh tuan empunya badan. Ini kerana, bagi mereka sikap ini sekadar tindakan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup takut ditipu dan dipermainkan. Walaupun kadang-kala terlihat terlalu melampau kerana langsung tidak memberi peluang kepada orang lain untuk cuba mendekati.
Ada sahaja yang tidak kena dan tidak sempurna di mata mereka dalam menilai seseorang. Sikap suka menilai atau ‘judgemental’ ini antara satu faktor menjadi punca mereka masih berstatus solo.
4. Mudah Mengalah
Jangan terlalu cepat mengalah jika proses perkenalan tidak berjalan seperti yang diharapkan. Cuba dan terus mencuba tanpa rasa putus asa. Walaupun sudah beberapa kali temu janji dan masih tidak berjumpa si dia serasi di hati.
Ya, tidak dinafikan samapi satu tahap anda mungkin rasa bosan dan penat dengan proses perkenalan yang tiada kesudahan. Masih tidak berjumpa si jantung hati. Berhenti merungut, sekurang-kurang anda dapat mengumpul koleksi kawan baharu dan tiada salahnya untuk anda terus menjalin persahabatan dengan mereka.
5. Kuat Kerja
Bangun pagi tidak lain dan tidak bukan yang bermain di minda adalah kerja. Ini adalah salah satu sindrom khusus kepada mereka yang kuat bekerja hingga tiada masa untuk diri sendiri apa ntah lagi untuk bersosial mencari pasangan.
Menghabiskan masa bekerja hingga lewat malam. Kemudian pulang ke rumah tiada daya lagi terus lena diulit mimpi. Esoknya kembali bekerja seperti biasa. Sudah tiba masanya buat si solo mencari masa untuk diri sendiri mencari seseorang yang boleh buat hati berbunga tersenyum bahagia.
Tuesday, December 15, 2015
Monday, November 2, 2015
7 Langkah Jadi Lelaki Idaman Malaya!
Apa yang menjadikan lelaki lebih menarik di mata wanita? Adakah penampilan mereka, sikap mereka, komunikasi mereka dan sebagainya?
Berdasarkan video di atas, terdapat 7 cara yang anda (lelaki) boleh ikuti untuk kelihatan lebih menarik di hati wanita.
Ini terutamanya bagi anda yang payah sangat nak dapat pasangan. Boleh cuba tip mudah ini.
1. Wanita lebih tertarik pada lelaki yang menyandang beg guitar, berbanding beg sukan atau gym.
2. Pakailah baju warna merah, ia melambangkan kuasa, status dan personaliti. Anda lebih menarik berbanding lelaki yang memakai baju warna hitam dan gelap.
3. Jangan lupa untuk senyum, agar wajah tidak nampak masam dan sombong.
(Sumber foto: Mstar)
4. Jangan berpeluk tubuh, sebaliknya gayakan bahasa tubuh anda agar wanita berasa lebih senang untuk berkenalan atau tertarik.
5. Hati-hati ketika menghantar mesej Whatsapp, kesalahan ejaan yang kerap membuatkan wanita tidak tertarik pada anda, hasil kajian match.com
6. Wanita sangat tertarik kepada lelaki yang gemar mengguna 'emoji' dalam mesej mereka. Aumm!
7. Tak perlukan orang tengah untuk 'mengorat' si dia. Gunakan haiwan peliharaan kerana wanita sukakannya!
Monday, August 17, 2015
Kenali Wanita Memiliki Cinta Paling Jujur
Oleh Izzah Abbasy
Hubungan akan lebih indah apabila mempunyai pasangan yang benar-benar jujur. Seorang wanita yang jujur dalam cintanya tidak akan memaksa seorang lelaki untuk menerima dirinya.
Hubungan akan lebih indah apabila mempunyai pasangan yang benar-benar jujur. Seorang wanita yang jujur dalam cintanya tidak akan memaksa seorang lelaki untuk menerima dirinya.
- Dia tidak akan menghalang seorang lelaki untuk mencintai orang lain kerana dia tahu itu bukan haknya untuk menentukan pilihan hati seseorang lelaki.
- Dia tidak akan menaruh dendam dan sedia memaafkan apabila cintanya ditolak oleh seorang lelaki.
- Dia berhenti melakukan perkara yang tidak disukai oleh lelaki itu.
- Dia akan memastikan lelaki itu sentiasa hidup bahagia dan terjaga melalui doa dan jika boleh, melalui pesanan kepada orang terdekat lelaki tersebut.
- Malah dia akan melepaskan lelaki itu pergi apabila lelaki itu meminta agar berhenti mencintainya dan meninggalkan dia, kerana dia lebih rela membiarkan lelaki itu gembira dengan kehidupan dan cinta yang telah dipilih lelaki itu daripada terseksa melayan cintanya.
- Wanita yang benar-benar jujur dalam cinta tidak akan terhenti setakat itu sahaja cintanya, malah dia akan menjadi lebih penyayang dan pemaaf serta berani mencintai orang lain dalam meneruskan kehidupan selepas dipinggirkan kerana hatinya sentiasa wujud api cinta yang tidak pernah padam, dan dia tahu itu juga yang dikehendaki oleh lelaki yang pernah disukainya.
- Dia juga tidak sekali-kali akan meninggalkan lelaki yang ikhlas mencintainya kembali, kerana cinta dalam hati wanita ini terlalu jujur untuk menggantikan lelaki yang benar-benar menyayanginya dengan yang lain walau apa musibah datang sekali pun.
Malangnya ramai lelaki terlepas pandang wanita seperti ini dan sering memilih kaca yang bergemerlapan indah sebagai cinta setianya walaupun banyak kali dilukai oleh kaca yang sama. Sungguhpun begitu, di antara lelaki-lelaki ini, yang baru belajar menjadi bijak akhirnya akan belajar untuk mengenali berlian dan memperolehnya setelah sekian lama dilukai.
Orang yang dinaungi hidayah akan rasa takut jika kehilangan rasa jujur dan rasa syukur. Wanita bersikap jujur ini mempunyai hati yang begitu suci dalam percintaan.
Sunday, March 15, 2015
Nampak Simple Tapi Beri Makna Besar Dalam Hubungan
Ucap terima kasih
Mungkin kita tidak perasan yang kita sering mengucapkan terima kasih pada orang lain, namun tidak pada pasangan kita. Untuk mengelakkan dari masalah tidak mengambil berat antara satu sama lain, cuba untuk berikan tanda penghargaan kepada pasangan sekurang-kurangnya sehari sekali. Cukuplah dengan ucapan terima kasih sudah boleh membuat pasangan rasa dihargai.
Lakukan perkara seperti mula-mula kamu bersamanya
Membakar kek dari hasil tangan sendiri, menghadiahkan sejambak bunga, meninggalkan nota cinta di dalam tas kerjanya atau mungkin tinggalkan mesej melalui peti simpanan suara melalui telefon bimbit. Bukan hanya boleh mengembalikan memori indah kala baru sahaja bersama, malah sekaligus mengimbas kembali saat bahagia kala bulan madu kalian. Pastinya perasaan cinta dan kasih itu segar semula.
Aktif bersama-sama
Bagaimana hendak pastikan si dia turut serta aktif bersama? Mungkin dengan meminta pertolongan di taman rumah anda, mengubah suai dekorasi kamar tidur, atau mungkin anda ingin merasakan hasil tangannya melalui masakan. Ianya peluang baik untuk anda menghabiskan waktu bersama dengan lebih bermakna.
Bermanja dengan pasangan di khalayak ramai
Tidak kira sama ada berada di parti, janjitemu bisnes atau hanya bersiar di pusat membeli belah, berikan si dia signal yang anda sentiasa mengambil berat. Pegang erat tangannya, senyuman atau mungkin dakap si dia di sisi pasti buatkan hatinya bahagia bersama anda. Elakkan membuat lawak sinis yang boleh memalukan pasangan anda di hadapan khalayak ramai mahupun teman rapat kalian.
Belajar untuk menyoal dengan baik
Pastikan anda menyoal dengan tutur kata yang baik agar ia tidak mengundang salah faham. Sebagai contoh, jika anda memerlukan pertolongan si dia kala di dapur, cuba untuk bertanya dengan penuh kelembutan dan kemesraan agar apa yang diminta itu tidak bertukar menjadi paksaan. Juga jangan lupa untuk tunaikan janji anda jika sudah bersetuju akan permintaannya. Gagal untuk menepati janji buatkan keharmonian itu berkurangan.
Kata cinta padanya
Tuliskan nota cinta di atas sekeping kertas atau mungkin melalui e-mel sudah boleh memberitahu si dia akan perasaan cinta anda padanya. Kongsikan padanya segala kebahagiaan yang si dia berikan kepada anda, tuluskan pernghargaan atas segala pengorbanannya atau mungkin jelaskan harapan dan perancangan masa hadapan yang kalian inginkan. Dan setahun sekali, jangan lupa untuk memperbaharui komitmen kalian dalam perhubungan serta sambut ulang tahun perkahwinan dengan membawa si dia ke tempat percutian romantik.
Utamakan hubungan perkahwinan kalian
Ia umpama satu peraturan yang paling penting dalam sesebuah perhubungan adalah mengutamakan hubungan kalian. Sebagai contoh, jika anda mempunyai masa lapang, utamakan untuk meluangkan waktu bersama si dia terlebih dahulu daripada perkara lainnya.
|
Saturday, March 7, 2015
Adakah cinta mu bertepuk sebelah tangan
1. Anda sering mencari si dia dahulu
Bagi LadyLista yang sering kali mencari lelaki sebelum si dia mencari kamu. Itu merupakan permulaan sesuatu petanda buruk. Ketahuilah lelaki yang mengukai anda pasti akan memulakan langkah sebelum wanita itu.
2. Perkenalkan anda sebagai sahabatnya
Ketika anda bersamanya dengan teman-teman atau pun kenalan, anda pasti akan diperkenalkan sebagai sahabat. Dia juga seboleh-bolehnya menidakkan hubungan istimewa antara kamu dengannya. Dari situ petanda besar bahawa si dia tidak menyimpan perasaan dengan mu.
3.Tak mengendahkan diri anda
Bukan setakat telefon tidak berangkat, mesej tidak berbalas, kadang-kala anda seperti tidak wujud dari pandangannya. Bukan kamu tak juga menjejakinya melalui media sosial tetapi si dia akan cuba mengelak dari berbual dengan anda. Carilah lelaki yang memang benar-benar ikhlas dan tunjuk sayang anda. Bukan lelaki yang hanya pandai bermain kata-kata di bibir sahaja.
4.Menggoda wanita lain semasa bersama anda
Sekiranya si dia benar menyukai kamu, dia seboleh-bolehnya akan mengambil berat mengenai kamu. Akan melakukan yang terbaik untuk kamu, namun jika si dia cuba menggoda wanita lain,kamu haruslah sedar cinta mu itu tidak lebih hanya sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja.
5.Mengelak apabila berbicara tentang perasaan
Jika anda cuba membuka cerita mengenai hati, atau meluahkan perasaan kamu kepadanya pasti banyak alasan yang diberikan olehnya. Anda begitu beria untuk mencari masa sesuai untuk meluahkan perasaan kepada si dia. Ketahui lah, jika si dia menyukai anda, segalanya pasti berlaku tanpa dirancang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Categories
Cinta Dalam Islam
(9)
Janji Temu
(2)
Kisah Cinta
(14)
Lelaki
(6)
Madah Cinta
(4)
Misc Cinta
(1)
Online Novel
(10)
Perkahwinan
(24)
Personaliti
(23)
Puisi
(3)
Putus Cinta
(4)
ta'aruf
(1)
Teori Cinta
(16)
Tips Cinta
(31)
Tips Mengorat
(20)
Wanita
(6)
Popular Sepanjang Zaman
-
"kenapa lelaki nie susah sangat nak paham jiwa perempuan yek??" korang (khususnya perempuan) pernah tak tertanya @ terfikir perkar...
-
Senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya. 1. Kaum lelaki lazimnya cuba memi...
-
Pendapat ini timbul kerana kebanyakan wanita sekarang menganggap lelaki zaman kini agak lurus dan tidak ramai yang pandai menggoda wanita. ...
-
1. lelaki tidak suka perkara perkara remeh…mungkin bagi wanita ia perkara yang penting tetapi bagi lelaki ia mungkin perkara remeh.bagi le...
-
Korang suka dekat sorang awek ni.. awek ni pulak belum kenal siapa korang, dan korang pulak dah dapat nombor telefon awek ni dari seorang ...
-
Madah Romantis Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak y...
-
Entry kali nie adalah pandangan dari blog sarah honey dan apihelnino ...erm..aku rasa entry dorang ni berkualiti dan patut di share hehe..t...
-
Awek gersang tidak mendapat layanan yang baik daripada pasangannya. Samada layanan dari segi fizikal, emosi, seksual mahupun material. Ia ...
-
Masih menanti Prince Charming? Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tent...
-
GIRL: Assalamualaikum..u,sihat?camane keje?ok? Tiada balasan… GIRL: hurmm..dia busy kot..xpelah..nanti dia balas la tu.. 10minit . . . 1jam ...