Monday, March 28, 2011

Kenapa Wanita Lain Sudah Mempunyai Teman Lelaki... Dan Awak Masih Single?


Cuba awak lihat di sekeliling awak sekarang, dan perhatikan wanita-wanita lain. Awak akan lihat wanita-wanita lain yang rata-ratanya tidaklah menarik, sudah lanjut usia, taklah cantik sangat, tidak berpelajaran dan agak tidak berjaya. Jauh bezanya dengan diri awak yang lebih menarik, muda, cantik, berpelajaran dan berjaya. Namun, sebahagian daripada mereka mempunyai lelaki yang sudi menemani mereka seumur hidup!

Mungkin awak merasakan mereka ini tidak menarik di mata lelaki tetapi hakikatnya mereka sudah mempunyai teman lelaki malah berkahwin! Kenapa mereka mempunyai seorang lelaki yang sanggup berkorban segalanya sedangkan awak masih lagi keseorangan tanpa teman?

Kenapa Awak Masih Keseorangan Tanpa Teman?

Rasanya saya bukanlah orang yang pertama mengajukan soalan di atas kepada awak. Betul tak? Mungkin awak sudah bosan dan sering gelisah apabila kawan-kawan atau ahli keluarga asyik mengajukan soalan-soalan seperti berikut:

  • "Bila awak nak cari teman lelaki?"
  • "Bila awak nak kahwin?"
  • "Awak bila nak tamatkan zaman bujang?"

dan sebagainya.

Saya faham... awak bukannya tidak mahu kahwin ataupun mencari teman lelaki. Kalau ikutkan hati, sekarang juga ingin bercinta atau melangsungkan perkahwinan bersama si dia yang tersayang tetapi apakan daya kerana dunia ini seolah-olah tidak adil.

Selama ini setiap lelaki yang duduk di sebelah awak hanya memandang awak sekali, bangun, dan beredar begitu sahaja! Kenapa ini terjadi kepada awak? Adakah awak ditakdirkan hidup keseorangan? Adakah awak tidak mempunyai nasib sebaik wanita-wanita lain?

Tidak! Awak tidak mendapat teman lelaki ataupun suami kerana awak tidak mencari cinta tersebut!

Cinta Sejati Tidak Akan Datang Bergolek...

Betul tu dan saya tidak punyai sebab untuk menipu awak. Awak sebenarnya berhak mendapat mana-mana lelaki yang awak inginkan sepertimana wanita-wanita memperolehinya. Ya, siapa sahaja lelaki di dunia ini, awak berhak untuk menjadi teman wanita atau isterinya! Namun, dengan satu syarat iaitu awak perlu mencari cinta sejati tersebut.

Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 19.23% penceraian berlaku kerana tiada persefahaman! Menarik bukan, fakta telah menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.

Fakta yang awak perlu tahu...

Baiklah saya akan dedahkan beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang...

  • Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
  • Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
  • Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
  • Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
  • Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
  • Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
  • Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
  • Minda awak adalah aset yang terbaik.

Semua fakta di atas adalah fakta yang sangat tepat. Ketahui kenapa dan belajar bagaimana untuk berhenti daripada menunggu sang putera raja datang mengetuk pintu rumah awak! Letakkan diri awak di atas kerusi pemandu, cari putera idaman awak dan berbahagialah...

Thursday, March 24, 2011

9 JENis WaNita Yg Jd PerHatian..

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang. ( Kalau muka kau garang macam singa ... laki kau pun takut nak balik rumah.. baik dia kawin dengan singa kat zoo.. apa bezanya kan)


2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.( ala.. manja manja sikit lah.. ni tak . bila dia minta di manjai, korang kata depa buang tebiat)


3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. (Ni masa laki kau sibuk nak pergi kerja masa tu lah kau sibuk nak carik gaduh.. tu yang elok elok takder ot, terus balik lambat)




4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.( tak salah puji suami, ni tak kalau jumpa kengkawan, asyik mengadu perihal suami yang begini lah begitula, dah lah tu lagi puji puji suami org lain.. tu yang suami kau pergi puji pompuan lain)


5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.(kan aku dah kata, tak percaya ke)


6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.(Ni tak.. bila laki kau cerita pasal bola, kau bising bising lagi ugut tidur luar bilik bila tiba musim bola, tak sporting langsung.. tu yang ngadu kat bibik tu)




7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.(ni nak ajak balik rumah mak mertua, ada je alasan ko..kucing nak beranak pon boleh dijadikan alasan.. hihi.. tu aku ke?)





8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang
wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.( Ko dah jadi bini orang .. pandai pandailah... ni tak... kat office pon nak gedik... bagilah chance kat yg bujang macam aku ni.. hik hik)


9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg
susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.*( Laki ko yang sedekah.. nape ko yang bising lak? kecoh betul)



Sumber:Blogkiter

Monday, March 21, 2011

Jenis Cantik


Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

-Artikel iluvislam.com

tanda-tanda wanita meminati lelaki

dia tak senang duduk
sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya..jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda..biasanya tanda2 awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja..walaupun dia sekadar mengatakan 'maaf', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

tunjuk minat
sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina..setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya..sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda..lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara(freehair)..jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

anda diperkenalkan kepada rakannya
bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya..slah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan2nya 'ini aku punya',dan satu lagi ialah untuk mereka menilah anda..jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan2nya, namun jangan sampai dia cemburu.

dia menjual dirinya
jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya..secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi dimiliki.

bercakap terbuka
biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya..hanya jika dia betul2 berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan..anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakannya. OW!

membayangi anda
bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang2 anda..ke mana saja andapergi, pasti dia akan mengikuti anda..dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan walaupun tiada kena mengena dengan dirinya..dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda..berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.

anda diajak ketempat lain
dia ingin meluang kan masa yang lebih privasi bersama anda..mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau meluahkan perasaannya terhadap anda..kata2 manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya..anda enjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

Sumber:Blog Musikituaku aka Jiwa musik

Sunday, March 20, 2011

10 sebab lelaki di REJECT

1. terburu-buru
kadang-kadang ada sesetengah lelaki ni dia jenis terlalu mendesak atau tak menyabar. baru kenal perempuan tu seminit dua terus nak couple. tupun kenal lepas tengok profile pic fb die cun try tegur kat chabox die layan lak kan. hmm apa lagi ulat bulu dah naik daun laaa...

2. gatal@miang
hmmm ni memang sah-sah awal-awal lagi kene reject. ko baru kenal tak sampai sebulan dah nak cakap ***** dengan pasangan ko. ni kalau dengan aku dah dapat title gila s*x terus aku bagi kau. kepada lelaki minta jaga la skit tutur kata dan topik perbualan tu. walaupun niat nak bergurau tapi sila hormati pasangan anda dan jaga sensitiviti tak kira di mana jua anda berada.cewah!.

3. playboy
ni pula jenis mata keranjang. pantang tengok perempuan comel terus nak rembat. kalau muka tu hensem macam shahz jazsle kira ok la jugak. can be accepted! tapi muka pun macam mat bangla tukang timbang sayur kat pasaraya ada hati nak sapu awek comel. put ypurself in front of mirror first la bro.. tapi yang muka hensem ni pun jangan la ingat muka tu hensem sekali petik sepuluh datang suka-suka hati je nak tukar-tukar perempuan. ko nampak buku tigalima lima aku yang keras ni??

4. menanam gula di tepi bibir
awww! manisnya bibir u.. kalah madu.. lelaki memang suka berkata-kata manis. tapi manis-manis buah sudahla. manis-manis sangat nanti dapat penyakit diabetis tahap kritikal kang susah lak kan. ikutkan hati nak sepak je laki yang suka berkata-kata manis ni. hoi perempuan! freeze kan diri anda sekali sekala. jangan mudah sangat cair dengan kata-kata mereka ok..

5. jiwang terlampau
alahai... spesis ni pun agak merimaskan jugak sebenarnya. perempuan suka romantik not jiwang.. jiwang-jiwang ni cam geli sket kot. pada saya la..tak tau la pada korang kan..


6. suka mengkritik
em.. kesiannya sape yang dapat bf suka mengkritik. setiap sudut dia nak komplen. itu tak betul ini tak betul. tak pernah nak back up kita. asyik-asyik kita jugak yang salah dan tak betul. laki macam ni patut di reject je!!!

7. tak matang
tak matang dari segi pemikiran, membuat keputusan, pengurusan dan sebagainya. perempuan suka lelaki yang boleh diharap dan ada masa depan. dah kalau diri sendiri pun dia tak boleh nak handle maknanya dia tak matang la tu. mungkin sebab dia masih muda? atau jiwa dia muda sentiasa tak pernah nak matang-matang.

8. kurang mengambul berat
lelaki macam ni jenis buat tak amibik kisah je pasal pasangan. nak buat apa, nak jadi apa die tak kisah. tak marah, tak meghalang dan juga tak menyokong. sesetengah perkara memang seronok sebab terasa bebas tapi kadang-kadang tu nak juga la dia caring pasal kita kan. tapi kalau dah macam tu gayanya kita bako je la.. ;p

9. tak serius dalam relationship
em, ni satu perkara yang saya sangat tak faham dengan lelaki. sebab banyak dah pengalaman bukan saya yang mengalami tapi kawan-kawan terdekat. kenapa lelaki sekarang ni kebanyakannya tak serius dalam perhubungan? bila dilihat dari mata kasar dia macam serius, sanggup berkorban untuk kita tapi disebaliknya ada benda yang tersirat. tak tau la pada mereka ni perempuan tu macamane. adakah untuk dipermainkan perasaan mereka sahaja?

10. tak menjaga penampilan diri
walaupun anda lelaki penampilan juga penting. contohnya macam cara berpakaian ke, penjagaan muka ke.. semua ni penting tau. supaya anda kelihatan kemas. bila kemas barula sedap mata memandang. walaupun anda tidak di dalam kategori hensem tapi bila anda bijak bergaya secara automatik anda termasuk dalam kategori hensem. believe me! ala tak payah nak bergaya sangat la. cukup sekadar mengemaskan diri je dah bole..

Sumber:http://tehanurfateha.blogspot.com/2011/03/10-sebab-lelaki-di-reject.html

Saturday, March 19, 2011

Kenapa Kau Sering Sakiti Hatiku?

Aku menulis kisah hidupku bukanlah untuk meminta simpati daripada sesiapa tetapi hanya sekadar ingin meluahkan perasaan yang aku pendam selama ini.

2 Januari ... semua orang gembira meraikan tahun baru tetapi tidak aku yang sering diselubungi dengan kesedihan. Tarikh itu memberi kesan yang amat mendalam terhadap diriku. Aku berkata demikian kerana pada tarikh itulah hubunganku dengan si dia berakhir dan kebetulan pada keesokan harinya, 3 Januari merupakan hari jadiku. Arrggh.. kenapa harus jadi begini...

Dia seorang lelaki yang simple n baik hati malah dialah seorang lelaki yang berjaya membuka pintu hatiku dan menarik perhatianku setelah aku gagal di alam percintaan. Hariku bertambah ceria dan bermakna dengan kehadirannya. Aku suka akan sikapnya yang pemalu apabila setiap kali kami bertemu dan senyumannya membuat hatiku berasa tenang sekali. Tetapi di dalam setiap perhubungan itu pasti ada pasang surutnya. Hatiku sakit apabila setiap kali dia cuba menipu diriku. Bukan sekali dua dia telah menipu diriku tetapi banyak kali.

Aku tahu dia masih berhubung dengan teman lamanya iaitu A. Aku tidak kisah jika mereka berhubung hanya sebagai teman biasa sahaja. Tetapi hatiku sakit apabila terlihat mesej mesra mereka. Aku tanyakan hal ini kepada si dia tetapi dia berkeras menafikannya. Aku berasa rendah diri apabila dia sering kali memuji perempuan yang lebih cantik daripada aku. Aku sedar, aku bukanlah seorang perempuan yang cantik tetapi aku bersyukur dengan kurniaanNya. Aku merasa dia tidak memerlukan diriku dan cintaku di dalam hidupnya. Mungkin dia memilihku hanya untuk menghilangkan rasa kesunyiannya.

Pada saat itu aku ingin memutuskan hubungan kami tetapi dia merayu kepadaku supaya jangan meninggalkan dirinya. Aku meneruskan perhubungan kami. Tetapi sekali lagi aku berasa kecewa sangat apabila dia lupa akan tarikh birthdayku dan yang paling menyakitkan hatiku apabila dia lupa akan nama penuhku. Mungkin dia lupa segala2nya tentang diriku. Teman lelaki jenis apa yang lupa akan nama penuh teman wanitanya sedangkan aku sudah memberitahunya sebanyak dua kali. Setahu aku dia tidak mempunyai ramai kawan perempuan. Dan selama ini dia tidak pernah mengambil berat pasal diriku. Aku sihat atau sakit dia tidak pernah mengendahkanya. Kali ini aku memaafkannya.

Pada 1 Januari, aku melihat sikapnya aneh sekali selepas sebulan kami tidak bertemu kerana dia menyambut Christmas di kampungnya. Oh ya, si dia juga bukan seorang Muslim tetapi dia sering bertanya kepadaku tentang cara perkahwinan orang Islam. Saat itu dia sering mencari kesalahanku sehinggakan pada 2 Januari aku bertekad untuk memutuskannya. Dia berasa seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Aku tahu itu sebenarnya yang dia mahukan daripada aku.

Padahal dahulu dia pernah berjanji bahawa dia tidak akan melukakan hatiku lagi setelah aku memberi peluang yang ketiga kepadanya. Tetapi janji itu tidak memberi apa-apa makna kepada dirinya. Dan akhirnya dia telah memungkiri janjinya kerana dia telahpun menyakiti hatiku. Aku sedih lebih-lebih lagi pada keesokan harinya merupakan birthday ku. Sekarang sukar bagiku lagi untuk mempercayai lelaki setelah tiga kali gagal di dalam percintaan. Bagiku single itu lebih baik daripada hati kita sering disakiti oleh orang yang kita cintai.

Sumber:Gua

Terima Kasih Atas Derita Yang Kau Tanamkan

kisah ini berlaku 4 tahun yang lepas dan aku menulis bukan untuk membuka pekung di dada. tapi biarlah menjadi pengajaran kepada semua pembaca...

emm... aku pun tak tahu bagaimana hendak memulakan cerita ini. biarlah aku kenalkan diriku sebagai Y sahaja. aku merupakan siswazah daripada sebuah universiti tempatan di Sabah. aku mengenali teman lelaki ku A, yang kini menjadi bekas teman lelakiku, sewaktu aku berada di tahun pertama pengajian. perkenalan kami terjadi sewaktu sepupu A ingin menjadikan aku teman wanitanya tetapi aku lebih tertarik untuk menjalinkan hubungan dengan A. rupanya dalam diam A juga mempunyai perasaan yang sama terhadap aku. dan akhirnya kmi menjadi pasangan kekasih.

semuanya berjalan seperti biasa pada awalnya. susah senang kami lalui bersama. aku juga telah mengenali seluruh keluarga besar A. dan alhamdulillah mereka cukup melayan aku dengan baik. begitu juga dengan keluarga ku. mereka juga tidak menghalang hubungan aku dengan A. tetapi lain pula dengan kawan-kawan ku yang kurang bersetuju. tapi semua itu aku tak ambil peduli. yang penting kedua-dua belah pihak telah bersetuju. dan aku juga cukup menyayangi A kerana dia terlalu baik jika hendak d bandingkan dengan bekas teman lelaki ku yang dahulu. tapi semua itu hanya seketika...

semuanya berubah bila hubungan kami menginjak tahun kedua. apabila A telah memulakan businessnya sendiri. aku mula di datangi oleh panggilan-panggilan yang aku sendiri tidak tahu siapa pemilik suara itu. pada mulanya aku malas mahu melayan tapi bila dah sampai tahap maki hamun aku dalam telefon, itu aku memang tak dapat terima. aku telah bertanya kepada A tentang panggilan tersebut tetapi dia menafikan sekeras-kerasnya malah dia menuduh aku yang bermain kayu tiga di belakangnya. betapa aku sedih dengan tuduhan tidak berasas itu. dan akhirnya untuk memulihkan hubungan kami, aku terpaksa mengalah dan yang paling mengejutkan aku di paksa untuk membuktikan kesucian serta kasih sayang ku pada dia. ya tuhan...

akhirnya aku akur. segala-galanya telah dia dapat dari ku. tuhan saja yang tahu bagaimana keadaan aku ketika itu. insan yang selama ini ku sangka boleh menjaga aku rupa-rupanya tidak ada beza dengan lelaki lain d luar sana. dalam masa yang sama, hubungan kami berjalan seperti biasa. tiada lagi gaduh-gaduh dan bermasam muka. dia juga ada menyatakan hasratnya untuk melamar aku. dalam aku berangan dan menyulam impian untuk hidup bersamanya, aku di kejutkan dengan panggilan telefon dari perempuan yang sama. dia memujuk aku untuk berjumpa dan aku bersetuju. kami telah menetapkan masa yang sesuai untuk bertemu tanpa pengetahuan A. dan hari yang di janjikan telah tiba. aku masih ingat sebelum aku bertemu dengan dia, aku sudah merasakan ada sesuatu yang tidak baik telah terjadi.

ya, apa yang telah aku rasakan memang betul-betul berlaku. perempuan itu merayu pada aku supaya aku putuskan dengan A kerana mereka telah terlanjur. dia merayu-rayu memohon agar aku mngundurkan diri dengan alasan yang dia masih muda dan masih bersekolah. yang paling mengejutkan perempuan tu masih lagi di tingkatan 5 sekolah agama. ya rasul, apa yang patut aku buat? aku buntu memikirkan semua ini. kalau aku tak mengalah, perempuan itu telah mengugut untuk membunuh diri. tapi bagaimana dengan aku? patut kah aku berkorban untuk orang lain sedangkan diriku sendiri terpaksa menanggung derita memutuskan hubungan dengan insan yg aku sayang?

belum habis masalah itu, aku di kejutkan lagi dengan berita kehamilan ku. dalam debar ternyata aku gembira. kerana aku yakin baby ini akan mengikat aku dengan A. aku sudah tidak peduli lagi tentang perempuan itu. yang paling penting sekarang janin yang ada dalam kandungan ku harus membesar dengan sihat. lalu ku khabarkan berita gembira ini kepada A dengan harapan dia juga turut merasakan yang sama seperti aku. tapi ternyata aku salah. A meminta aku untuk menggugurkan kandungan aku dengan alasan yang dia belum bersedia. aku tidak dapat menerima permintaan A dan terus merayu agar dia mngahwini aku secara sah. kering sudah air mata,habis sudah kata-kata pujuk rayu ku pada A.

kini hanya satu sahaja jalan yang ada. aku yakin dengan menceritakan tentang bayi ini kepada keluarga A, mereka akan memujuk A untuk menikahi aku. dengan perasaan takut dan gementar, aku gagahi jua untuk bersemuka dengan mereka. berharap agar mereka boleh mencari jalan keluar untuk memujuk A. tetapi setelah aku meluahkan semuanya kepada keluarga A, lain pulak yang jadi. aku sungguh tidak menyangka yang mereka juga tidak bersetuju jika A mengahwini aku dalam masa terdekat ini. alasan mereka memang tidak boleh d terima akal. hanya kerana A baru memulakan perniagaannya dan tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk mengahwini aku sedangkan mereka adalah golongan orang yang berada. dan yang paling menyedihkan aku, ibu A sendiri meminta aku menggugurkan kandungan ku. ya Allah, ibu jenis apakah dia? tidakkah dia tahu perasaanku sebagai wanita yang sama seperti dia?

mendengarkan cadangan ibu A itu telah menyedarkan aku bahawa kini aku memang telah salah dari mulanya kerana terlalu percaya yang mereka juga menyayangi aku sepertimana aku menyayangi mereka. akhirnya dengan tekad dan berbekalkan duit yang di berikan oleh ibu A untuk menanggung kos tersebut, aku bersumpah tidak akan memaafkan apa yang telah meraka sekeluarga lakukan tehadapku. Alhamdulillah, sekarang aku masih mampu meneruskan hidupku seperti biasa walaupun kadang kala peristiwa ini menganggu ku. aku bersyukur kerana masih punya kesempatan untuk berubah dan aku lebih senang dengan kehidupan ku sekarang. tidak ada lagi insan yang bernama lelaki dapat menapak dalam hatiku meskipun terlalu ramai yang ingin mendampingiku. biarlah, aku lebih rela begini. aku harap suatu hari nanti aku akan bertemu dengan insan yang betul-betul tahu menghargai aku.

sebelum aku mengakhiri cerita ini, aku telah mendapat khabar dari teman lama ku yang juga merangkap teman baik A. dia telah menceritakan tentang budak perempuan yang dulu pernah merayu aku juga mendapat nasib yang sama sperti aku. dan yang paling mengejutkan, dia juga memberitahu yang A kini tidak sihat seperti dulu. dia mempunyai masalah dengan hatinya dan kini masih menunggu penderma hati yang sesuai. mungkin inilah balasan yang telah dia lakukan terhadap aku. mungkin juga bukan hanya aku. yang pasti, Allah lebih mengetahui...

ketahuilah A, aku kini lebih bahagia. terima kasih atas penderitaan yang telah kau tanamkan dalam hidupku. aku doakan supaya kau selamat dan teruslah berjuang untuk hidupmu.

Sumber:Gua.com

Thursday, March 10, 2011

50 tips pikat lelaki

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Friday, March 4, 2011

Ada Apa Dengan Cinta?

Tetiba aku rasa nk tulis tentang cinta....cinta tu boleh buat korang jadi ape?happy?sedih?terkongkong?keliru?marah?atau cemburu?

Cinta sepatutnya memberi kesan yg positif kpd seseorang..bertambah rajin belajar..bertambah semangat dan rajin di tempat kerja atau ia memberi kesan yg sebaliknya..deactive acount fb?tutup blog?ponteng keje?tukar no telepon?..cinta juga mampu mengubah penampilan seseorang..dari seorang yang tak tahu fashion kpd tahu.menjaga berat badan untuk kurus...untuk ape buat semua tu..hanya kerana ingin menarik perhatian si dia dan cinta kpd dia...

Cinta sejati?adakah dgn menyerah kan segalanya itu cinta sejati?...itu cinta berani mati namanya hehe...cinta bukan kerana rupa tapi kerana hati, agama dan sbgnya. Bertahun-tahun bersama si dia dan rasa ingin sehidup semati dengan si dia dan ingin ke syurga bersama si dia..adakah itu dikira cinta sejati..mungkin...aku sendiri tak pasti...

Adakah cinta selepas berkahwin itu kolot?tidak bukan..hanya mereka yg berfikiran duniawi je berfikir begitu..tidak ada istilah 'kapel' sebenarnya dalam islam..jikalau si jejaka sudah berkenan dengan seseorang gadis..selidik latar belakang si gadis dan berjumpa dengan keluarga untuk memperisterikan dia..tapi adakah ia praktikal dengan zaman sekarang..yup masih boleh cuma perlu di sesuaikan dengan masa dan keadaan sekarang...

Yup kadang kala aku sendiri sudah serik untuk bercinta..rasa dah tak sanggup nk hadapi semua ni..aku rasa aku nk berkahwin dulu kemudian baru bercinta..jadi aku sentiasa berfikiran positif..

Kenapa harus jeles dengan orang lain yang sedang hangat bercinta..berbalas sms..bergayut setiap malam...kuar berdating.tengok wayang sekali..amik gambar sekali..letak pic kt blog sekali hehehe.....yup aku jeles..manusia normal mcm aku ade perasaan cemburu jugak..cuma aku pikir positif...pikir ade bende lain yg lebih penting..kerja, family dan sudah tentu lah agama itu berada no 1....

Buat ape menangis kerana cinta..membazir air mata je.baik menangis kerana takutkan azab dan seksaan di hari murka..baik menangis mengenang kita akan masuk syurga atau kita menjadi ahli neraka..baik menangis kerana takutkan azab kubur..

Hidup ni bukan untuk cinta sehaja..

wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman