Thursday, July 11, 2013

8 Cara Mengenal pasti Lelaki Penyayang

1) Suka Haiwan

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Berat Akan Orang Tua

- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat ***** saje bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah

-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

Mari Merancang Kejutan Untuk Si Dia ! :)

Hye Babes :)

Siapa dikalangan anda yang suka pada kejutan, sila angkat tangan? Wah..nampaknya Kak Bedah, Kak Peah dan Makcik Piah dibelakang rumah turut angkat tangan. Eh. Si Tompok kucing Pak Long Seman pun angkat tangan juga? Memang hebat. Semua suka pada kejutan ya. Termasuklah saya dan anda kan :) *semua watak diatas hanya rekaan semata-mata dan tiada kena mengena antara yang hidup atau yang meninggal dunia. Sila abaikan ye. Terima kasih* :)

Kali ini saya ingin berkongsi saat saya merancang kejutan buat seseorang pada hari ulangtahunnya. *tak habis-habis catatan untuk meraikan cinta ye?* Jika anda ingin merancang sebarang kejutan, mungkin catatan ini akan mendatangkan idea buat anda *tingggg...haa..nampak tu ada mentol idea muncul diatas kepala anda..hehehe :)* Tak salah anda mencuba asalkan si dia tersenyum riang :D

Tidak susah. Sangat mudah dan romantik. Anda hanya perlu ada laptop dan jari sahaja. Opsss..wang pun perlu juga. Jangan lupa. Semua barang dalam dunia ini mesti guna wang. Masuk tandas pun kena guna wang juga. Semua guna wang kecuali masuk ke masjid :)

Hanya dengan satu klik sahaja, anda akan dapat merancang kejutan yang bermakna untuk si dia. Tidak kisahlah samada keraian apa yang ingin anda raikan. Ulangtahun. Hari Kekasih. Permohonan Maaf atau anda ingin pamerkan rasa simpati. Semua perasaan anda dapat digambarkan hanya dengan pembelian secara online ini.

Jom kita lihat apa yang dapat saya rancang kejutan untuk ulangtahun si dia dengan bajet yang begitu ciput giler. Perkataan bergaris itu amat penting kerana jika kita bajet melebihi dari apa yang kita rancangkan, tidak mustahil diulang suara sekali lagi ya *tidak mustahil* anda akan berjalan kaki pergi ke kuliah atau ke pejabat selepas berbelanja melebihi dari yang anda mampu.


Nampak yummy kan?


Hasilnya : Wah..si dia tersenyum panjang sepanjang hari :)

Infografik Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu


10 Faktor Kamu ‘Andalusia’

Sesiapa sahaja memerlukan masa dan ruang untuk menyendiri sebaik sahaja putus dengan bekas kekasih hati. Namun, janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk mencari pengganti takut-takut ada yang bergelar ‘Andalusia’ nanti. Jadi, jom ketahui 10 faktor kenapa kamu 'terlajak'.

1)Terlalu komited dengan kerja sehinggakan diri sendiri lupa hendak mencari pengganti.
2)Kekurangan calon suami yang boleh dijadikan sebagai suami.
3)Fobia atau mungkin mempunyai sejarah hitam dengan kaum lelaki.
4)Memikul bebanan dan tanggungjawab yang berat seperti terpaksa penyara seluruh keluarga atau adik beradik yang masih bersekolah. (selalunya terjadi pada anak sulong)
5)Terlalu selesa dengan kehidupan solo sehinggakan terlupa untuk berpasangan.
6)Mempunyai masalah psikologi seperti masalah dengan komitmen atau mempunyai krisis yang sukar untuk di fahami.
7)Rasa rendah diri yang teramat rendah hingga menyebabkan dirinya sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain.
8)Mempunyai perangai yang menjengkelkan lelaki sehinggakan tak ada seorang pon yang sanggup mendekatkan diri.
9)Terlalu memilih dan ‘high demand’ dalam mencari calon suami.
10)Suka berprasangka terhadap seseorang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman