Saturday, October 22, 2011

Kecantikan lelaki kegagahan wanita?


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa 


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab:Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Sumber:https://www.facebook.com/pages/Islam-The-way-of-Life/109219139144091

Thursday, October 20, 2011

Kenapa Perempuan Lambat Kawin

Menurut pakar jiwa dari Barat, Dr. Louis E Bisch bahawa orang perempuan suka disayangi dan menyayangi. Namun, fenomena perempuan lambat berkahwin semakin ketara terutama di kalangan mereka yang mempunyai kedudukan kerjaya yang stabil.

Antara punca yang dikena pasti menyebabkan kebanyakan perempuan lambat berkahwin ialah:

1. Kebanyakan perempuan bekerjaya berpandangan jauh mengenai pencapaian bidang yang diceburi dan memberi alasan mahu memantapkan kerjaya mereka ke tahap yang benar-benar stabil atau peringkat tertinggi sebelum berkahwin. Mereka meletakkan kepentigan perkahwinan dan berkeluarga sebagai perkara kedua dalam hidup mereka.

2. Menganggap dengan berkahwin dan berkeluarga lebih awal, pencapaian dan kepuasan dalam kerjaya terhalang. Mereka khuatir tumpuan lebih beralih kepada keluarga dan kebebasan bekerja lebih masa terjejas.

3. Khuatir jika mereka berkahwin awal, mereka tidak dapat membantu keluarga dan memberi tempoh tertentu kepada dirinya sebelum bersedia membina keluarga sendiri.

4. Mereka ingin berkahwin tetapi kedudukan dan pangkat dalam kerjaya mereka menghalang. Kesukaran mencari pasangan kerana tidak ramai lelaki yang mahu mempunyai isteri yang berpangkat dan pendapatan lebih tinggi berbandingnya.

5. Faktor personaliti perempuan itu sendiri. Adakalanya perempuan itu sendiri yang cerewet dan pemilih dalam mencari pasangan. Ini berlaku apabila perempuan itu mempunyai pangkat dan status dalam kerjayanya.

6. Ingin memantapkan ekonominya sendiri sebelum berkahwin. Dengan itu mereka memberikan tempoh atau sengaja melewat-lewatkan hasrat mereka untuk berkahwin.

7. Masyarakat kini bersikap terbuka dan seakan-akan menerima isu perempuan bekerjaya lambat kahwin sebagai perkara biasa.

8. Putus cinta dan trauma terhadap cinta. Menganggap lebih baik tidak berkahwin kalau bukan dengan orang yang dicintai.

9. Kerana perempuan belum jumpe lelaki yang hensem dan comel seperti aku huahua..gurau je k...jgn muntah plak..

Friday, October 14, 2011

Antara lelaki dan perempuan

Tadi aku ada terbaca pandangan sorang perempuan ni..erm..nak kata betul pun salah nk kata salah pun betul gak...hehe...conpius2..bak kata pepatah jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga-karam singh walia hehehe....apa pun jom baca pandangan pompuan nie..sumbernya terpaksa dirahsiakan atas sebab2 keselamatan beliau hehe..


Kebanyakan permulaan sesebuah hubungan.... Penilaian aku sendirilah
Perempuan : susah untuk memulakan sesebuah hubungan kerana sifat malu.. Dipermulaan hubungan selalunya perempuan akan tunggu tindakan pihak lelaki dulu macam call...salunye boipreng akan col... boipreng akan ajak kuar dulu...perempuan akan ikut sahaja... sayang yang biasa2 saja.... kalo boipreng col.. layankan aje.. kalo boipreng xcol pon xkesah... (dipermulaan sesebuah perhubunganla)
Lelaki : Dipermulaan hubungan akan tunjukkan kecaringan dorang tahap dewa... col 5minit sekali dalam sehari... sampai pompuan naik pitam nak angkat fon... kalo leh hari2 nak jumpe kekonon rinduuuuu.... suara ala2 gentelman ...manja...cakap berlapik.... susun kata2 takut awek merajuk kalo tesilap cakap...kalo awek lambat angkat fon or xangkat fon tye elok2 n cakap pecaya je ape awek wat(di permulaan hubungan)

Perempuan : (hubungan dah agak lama) akan menyayangi boipreng die sepenuh ati....salu nak dengar suara boiprengnye.... pompuan plok take over col boiprengnye.... dah berani ajak boiprengnye kua..duu tuggu boipreng dulu yg ajak..sekrng awek ajak dulu .... dulu cakap ngan boipreng sikit2 je...boipreng lagi cakap bnyk but now...awek lagi cakap byk...mcm2 cite kua... salu rindu nak jumpe boipreng... dulu xkesah pon jumpe ke x jumpe....
Lelaki : (hubungan dah agak lama) makin jarang nak col...mesej pon harom nak balas sekarang alasan bz bz bz..... suara time col da mcm mintak makan sup kaki org... suara asyik nak tegas je..kekonon macho la...uwekkk.... salu curiga kat awek...kalo awek lambat angkat fon or xangkat memg kaw2 kene maki.... sob3 :(.... jumpe pon da jarang2... alasan same bzzzzz...

kesimpulannya... Perempuan makin lama perhubungan itu mereka makin menyayangi pasangan mereka tetapi lelaki makin lama perhubungan itu mereka makin tidak menghargai pasangannya....(bukan kata lelaki itu x sayang tetapi mungkin mereka fikir awek nya itu sudah jd hak mereka dan tidak penting bagi mereka untuk menjga perasaan awek mereka itu... kerana mereka telah memiliki cinta si awek) sadis kan
Macam yg aku ckp...tak semua lelaki begitu kan..dan takde statistik juga yg cakap ramai lelaki berperangai begitu hehehe....apa pun tepuk dada tanya iman kihkihkih

Bagaimana Cara Mengenali Lelaki Memikat Wanita Pilihannya?, Cara Memikat

Senarai di bawah ini mungkin membantu anda mengenali cara lelaki memikat seorang wanita yang disukainya.

1. Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seorang wanita yang diminatinya. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya memberitahu secara tersirat bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya. Renungan juga berbeza-beza. Jika teman sepejabat, kadang-kala si wanita menjadi rimas dan tidak selesa kerana asyik diperhatikan tetapi apabila bersua bertentangan mata, si lelaki buat tidak endah sahaja. Mereka sering mencuri pandang dan mermehatikan setiap gerak-geri wanita yang diidamkan.

2. Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita.Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar dengan menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing wanita itu. Namun,berwaspadalah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

3. Ada juga sesetengahnya memikat melalui orang lain. Contohnya, lelaki itu mendampingi ahli keluarga seperti ibu, adik, kakak, mahupun bapa wanita itu. Mereka akan berbuat baik, selalu menjenguk, bertanya khabar dan menghantar cenderahati semata-mata ingin memikat hati ahli keluarganya. Jika mereka semua sudah berkenan dengan si lelaki tadi, mudahlah dia meneruskan taktik memikat wanita tersebut. Hal ini kerana wanita tidak akan banyak kerenah jika keluarga sudah berkenan kerana bagi wanita, ia sudah memadai.

4. Lelaki yang tinggi egonya ada kalanya memikat dengan cara mengutuk wanita yang disukai. Wanita jangan terperanjat jika terjumpa lelaki begini. Mereka suka menyakitkan hati wanita itu kadang-kala sehingga menitiskan air mata. Bukan mereka tidak berani, tetapi mereka belum bersedia untuk menyatakannya. Sekurang-kurangnya dengan menyakat wanita idaman, membolehkan dirinya sentiasa hampir dengan wanita walaupun dengan cara yang tidak disenangi.

5. Selain itu,terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini tiada lain selain bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup. Tetapi awas lelaki, jangan terlalu berlebih-lebihan atau membangga diri.

6.Bagi lelaki yang aktif atau dikategorikan sebagai yang sukakan cabaran, cara mereka agak berlainan. Mereka suka jika membawa si wanita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung, memanjat, berkayak, berkhemah, berbasikal, memancing dan banyak lagi. Ia semata-mata untuk melihat sama ada si wanita sesuai atau tidak dengan cita rasanya.

Wednesday, October 12, 2011

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan


Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir lapan puluh peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.

Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.

Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:


* Jangan sesekali memungkiri janji.

* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman