Sunday, September 18, 2011

10 Perkara Kalau Lelaki Cakap.....



1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
   Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.

2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
   Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.

3.Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je. 
   Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.

4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.
   Maknanya: ye,memang kami tdo pon.

5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?
   Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.

6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
   Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.

7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
   Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.

8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.

9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..
   Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel ble mrajok.kihkihkih

10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
    Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.

*punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea.tata~
 

Tuesday, September 13, 2011

Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu

Wanita oh wanita. Macam2 jenis wanita yang kita leh jumpa kat dunia ni. Macam2 perangai dan sifat. Ada yang baik, ada yang tak baik, ada yang belum dara, ada yang dah tak ada dara ditebuk tupai, ada yang pakai tudung, ada yang free hair, ada yang hatinya lembut bak kapas, ada yang hatinya keras cam batu dan sebagainya. So jenis mana yang mudah ditipu? Jawapannya adalah semua jenis. Semua jenis wanita mudah untuk ditipu.

So mari kita selami jenis2 wanita yang mudah ditipu. Kalau korang nak tambah2 lagi ke, dipersilakan k. Mungkin di sini aku statekan hanya sebahagiannya sahaja.

1) Wanita yang mudah percayakan laki.
Yang ni aku rasa yang paling banyak terkena. 'I terlalu sayangkan U tau. I sanggup berkorban apa saje untuk U. Maruah I, duit I dan semuanya I serahkan kat U. U jangan tinggalkan I tau'. Dah sayang katakan, semua sanggup bagi. Bukan aku tak nak korang percayakan laki, tapi jangan terlalu percayakan 100%. Kalau tak, siap sedia la untuk jadi merana satu ari nanti.

2) Wanita yang terdesak nak kahwin.
'Alamak, umur aku dah lebih 30 tahun ni. Kenapa la aku ni tak jumpa2 lagi jodoh aku ni. Kalau ada je orang nak kat aku, aku bedal terus, sebab tak nak digelar andartu nanti'. Sifat gelojoh ni la yang selalu memerangkap kaum wanita. Main rembat je sape2 pun. Last2, hancus.

3) Wanita yang suka bersosial
Gi kelab, gi disko, teguk arak, telan pil, mabuk sana khayal sini, last2 esok tengok video klik bogel tersebar kat internet. Time tengah syok dan mabuk, bukan sedar pe2 pun. Main layan je sume. Last2, nyesal tak sudah.

4) Wanita yang tak mementingkan ilmu.

Aku tak cakap wanita yang ada degree ke, master ke, PHD ke, mesti akan terlepas dari kena tipu ni. Aku rasa makin tinggi ilmu tu, makin senang nak kena tipu. Itu bagi aku la. Ntah nape. So apa yang penting sekarang, ilmu agama kena kuat dan kesedaran dalam diri itu sendiri. Kena kuat dari segi pendirian hidup.

5) Pentingkan faktor fizikal.
'Wah, mamat tu hensem gila vavi la. Kalau aku dapat mamat tu, alangkah bahagianya aku. Oh mamat, aku sudah jatuh dari katil keranamu'. Makin hensem laki tu, makin la korang kena kuatkan sistem 'pertahanan' diri tu. Ada ke bapak2 ayam yang tak hensem? Kalau ramai wanita yang dah kena tipu dengan laki yang tak hensem, apatah lagi laki yang hensem. Jaga2.

6) Jenis yang sabar tak bertempat.
Jenis ni boleh diibaratkan sebagai 'makan hati berulam jantung' atau mungkin dah sampai tahap 'makan tangan berulam kaki' kot, hoho. Dah tau diri tu terseksa disebabkan perangai atau sifat laki yang bengong lagi bangang tu, tapi duk terhengeh2 lagi kat jantan keparat tu. Duk layan2 lagi jantan tu. Alasannya sebab 'I kesianlah tengok dia, tak sanggup tengok dia ada problem'. Hotak ko. Kalau dia ada problem, baru nak cari ko. Bila dah tak ada problem, dengan ko pun dia campak sekali jauh2.

p/s: adakah ni faktor gejala lesbian makin menjadi2 sekarang?

Sumber:http://fadzlibakri.multiply.com/journal/item/191

20 Sebab Lelaki Tak Kawin...hehehe

Kebanyakan lelaki di malaysia sekarang nie mengalami masalah kawin lambat? agaknya kn adakah ini antara 20 sebab  penyebab nya?? ..heheh

 anda rasa fakta atau auta?...

1."Duit lum cukup lagi". Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!
2. "Nak beli kereta dulu baru nak kahwin". Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu.. .
3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ?da duit abangku saying, takde pitis sayangpun abis!
4."Tak datang seru lagi kot". Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.
5."Banyak sangat halangan". Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!
6."Belum bersedia la". Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat.
Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.
7. "Ilmu tak cukup la". Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat ?impi basah? yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga? soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!
8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri". Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.
9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan" . Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la". Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.
11."Jodoh tak sampai lagi kot". Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!
12."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan? .abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!
13. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka". Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!
14."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la". Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
15."Dia nie suka pasang ramai org sangat". Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.
16. "Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Pompuan memang camtu..
17. "Nak carik yang solehah lah". Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.
18. "Masalah la". Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.
19. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la". Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.
20. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia

Mgkin sebab2 di atas tiada kena mengena langsung dengan diri anda atau anda ada sebab tersendiri .. meh le sambung  ..


mekacih

sumber:http://fadzlibakri.multiply.com/journal/item/195

Friday, September 9, 2011

Dialog Cinta: Gurl and Boy

GIRL: Assalamualaikum..u,sihat?camane keje?ok?
Tiada balasan…
GIRL: hurmm..dia busy kot..xpelah..nanti dia balas la tu..
10minit
.
.
.
1jam
GIRL: U..busy sangat yer? Keje baik2 yer..nanti dah balik sms or call I ok..love u..
.
.
.
.
24jam
GIRL: U..nape xblas langsung msg i..you penat yer hari ni..keje busy yer?ok..i faham..gudnite dear..esok ada lagi..i tunggu..
.
.
.
.
Keesokkannya..
GIRL: Assalamualaikum…u, sihat ke ari ni…dah makan?
……..
.
.
.
2hari lepas tu…
.
.
.
BOY: hai sayang…how are you today? U sihat? Sorry..i tak busy pun..i pegi makan angin dekat Cameroon..kawan I ajak..kitorang ambik cuti 2hari..i seronok sangat sampai xsempat nak balas msg you..sorry ea sayang…

GIRL: U pegi makan angin tak bagitahu i??sampai hati u..

BOY: Ala…takkan tu pun nak marah..i bukannya pegi dengan perempuan lain..ni pun kira baik I bgtahu u..

GIRL: ada I kata u pegi dengan perempuan lain?? Xkan nak type msg bgathu pun susah??i kat sini risau u xbalas2 msg i..i call pun u buat tak tahu je..i risau tau tak..

BOY: U ni hal kecik camni pun nak jadikan hal..

10Minit……no reply..

BOY: merajukla tu..lantak u lah..
Boleh nampak kan cara laki pikir ngn pompuan pikir sgt berbeza..bg pompuan sesetengah perkara besar tapi bagi lelaki dorang anggap macam perkara kecil je....

Wednesday, September 7, 2011

5 Sebab Perempuan Menipu

5 Sebab Perempuan Menipu

Kejujuran di dalam satu hubungan adalah amat penting. Namun setiap orang di dunia ini tidak pernah lari dari pada masalah. Keretakan sesuatu hubungan selalunya disebabkan penipuan dari salah satu pasangan. Tapi kali ini kita akan mengupas sebab-sebab perempuan menipu lelaki. Untuk lelaki pula mungkin pada entri akan datang.

1. Bosan
Hati perempuan lembut sentiasa menginginkan perhatian dan dimanjakan. Jika kurang diberi perhatian mereka akan berasa bosan dengan hubungan yang terjalin. Malah, mereka berasa diri mereka tidak dihargai. Mereka tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar bahawa mereka sudah berasa bosan dengan pasangan mereka.

2. Balas Dendam
Mungkin seringkali ditipu dengan bekas teman lelaki, perempuan membuat keputusan untuk menipu teman lelaki barunya dengan niat membalas dendam. Mereka berfikiran lelaki ini adalah penipu besar dan tidak boleh dipercayai. Bak kata pepatah orang putih “What you give you get back” tapi balas dendam yang terbaik adalah memaafkan.

3. Hidup Terkongkong
Semua orang pastinya tidak mahu hidup mereka dikawal atau dikongkong oleh orang lain. Ruang kebebasan mereka telah dirampas oleh teman lelaki mereka. Kalau dah 24 jam call tanya tengah buat apa, dengan siapa. Siapa boleh tahan macam itu, lama-kelamaan orang akan mula berasa benci. Percaya satu sama lain adalah penting.

4. Power Of Money
Semua orang nak duit kerana duit juga seseorang itu hilang arah tuju. Zaman sekarang dengan adanya duit anda dapat menguasai dunia. Dengan duit anda boleh membuat macam-macam tidak kira kearah kebaikan atau sebaliknya. Sesetengah orang perempuan hanya memandang harta lelaki itu sahaja. Mana yang banyak duit, lelaki itu yang akan dipilih sebagai teman hidup mereka. Namun perempuan yang seperti ini hanya segelintir sahaja dan tidak ramai.

5. Orang Ketiga
Kebanyakan perempuan menipu adalah disebabkan mereka sudah ada penganti baru. Mereka terpaksa menipu dengan pelbagai alasan kerana takut untuk berterus-terang tentang kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka itu. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Lambat laun, rahsia orang ketiga tetap akan terbongkar juga.

Sumber:http://ohlepak.com/5-sebab-perempuan-menipu

8 Cara Menjadi Suami Yang Hebat


Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. 

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
 

Tuesday, September 6, 2011

Penghujung Cintaku

Sebelum aku memulakan entri pada ptg yg mendung lagi best utk tido ni..aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua warga kuala lumpur dan juga warga bangi jugak terutamanya..eh aku duk cheras nape ke bangi plak..ade lah citer nya hehe

Baiklah, kita mulakan dengan entri yang aku hendak tulis pada ptg ini sambil bertemankan bunyi kipas yang sedang berpusing di dlm bilik betul-betul di tepi aku sebelah komputer acer aspire (komputer meja aku sejak kt utm..lama kan)hihi. Tetapi bagaimana harus aku mulakan? Aku...aku sebenarnya malu kerana apa yang hendak ditulis di sini adalah berkenaan dengan kisah cinta aku. Sedangkan, aku tidak biasa membicarakan tentang cinta. Ahh...malunya...hikhikhik (gedik kan.).kesian3 (gaya upin dan ayah pin)...

Aku ni sebelum kenal dia mempunyai bnyak kisah dan pengalaman bercinta terutamanya dengan gadis-gadis omputih..caucasian org ckp..hehe..aku dulu bercinta ngn taylor swift..argh sungguh berangan kamu..dushhhhhh..tumbuk diri sendiri bg sedaq sikit

Kisahnya bermula bila dia tegur aku kt fb..dia ckp entry dalam blog aku ni macam sama ngn kisah hidup dia..dia dah lama ada dlm frenlist fb aku..ntah bile aku add dia pun aku tak tau hehe.dulu hobi aku memang add org je..org tak add aku pun aku g add org hehe..kami cuma start sembang2 dlm fb dulu..bertukar2 pendapat pasal isu2 semasa...pastu bila dah lama aku rasa macam ada kimia.fizik dan biologi.hehe..kemudian baru ajak jupe kt luar..sbb aku seyes nk kawin ngn dia..tempoh perkenalan kami agak singkat..pas aku wat solat istikharah tak sampai 6 bulan kami dah plan nk bertunang kemudian berkahwin..ciri2 yang aku cari ada pada dia..jadi untuk membuktikan aku betul2 seyes nk kahwin ngn dia aku g jupe family dia dulu..dia pun dh jupe family aku..restu kedua2 family itu penting...

Semoga mereka2 yang di luar sana yang masih mencari..teruskan usaha..jgn cepat putus asa....kenkadang kita tak jangka bagaimana kita jupe jodoh kita.mungkin di alam maya macam aku..mungkin di bus stop atau stesen komuter mcm citer dlm cerpen dan drama.mungkin juga di tempat kerja.dan mungkin juga pilihan mak bapak mcm kawan aku hehe..ini semua rancangan TUHAN... Aku tingat satu pepatah..Kenkadang jodoh kamu adalah org yang dekat ngn kamu..

berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri

aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu


P.S Lagu ni si dia tujukan untuk aku..jgn jeles tau korang .bluek.:-p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman