Friday, August 19, 2011

Pompuan Merajuk Vs Lelaki Merajuk


Kenapa ye perempuan suka sangat nak merajuk? Kenapa juga lelaki sangat malas nak pujuk perempuan yang merajuk? Haa..tentu semua sudah sedia maklum selalunya pasangan bercinta je yang sangat suka melakonkan drama merajuk dan pujuk ini. Tetapi tahukah anda bahawa rajuk perempuan ini telah menjadi lumrah alam dan perempuan ini dijadikan Allah swt sebagai makhluk yang mempunyai jiwa yang amat halus buatanNya?

Pelik juga lelaki seolah-olah menghukum perempuan yang merajuk ini sebagai gedik. Kaum lelaki harus tahu bahawa perempuan tidak akan sekali-kali merajuk jika kaum lelaki tahu bagaimana hendak mengendalikan jiwa kaum hawa ini. Kaum hawa pun kalau merajuk janganlah melampau-lampau sangat. Sikit-sikit sudahlah. Kalau setakat si dia terlupa nak beli belacan pun nak merajuk juga? alahai..Merajuk ini ada macam-macam cara dan style..hehehe. Ada yang tak bertegur sehari suntuk. Ada yang jika dapat hadiah mahal baru berhenti rajuknya. Ada yang menangis berguling-guling dan tak kurang juga yang tak bertegur sapa hingga berbulan-bulan *mak oiiii merajuk fesyen alaf baru agaknya* :)

Perempuan bila merajuk akan tulis kat facebook status yang sedeh2. Selalunya kalau pompuan merajuk, mereka akan mematikan langsung talian telefon bimbit dorang. Bila keadaan agak reda sikit dan rasa keadaan agak terkawal, dorang akan buka semula talian telefon bimbit dorang. Perempuan  akan rasa seronok bila nampak sms yang menunjukkan 'misscall' si dia berkali-kali. Perghh..rasa amat dihargai. Masa itu dorang rasa sangat disayangi. *cheewah*..bukan aku yang cakap tapi perempuan tau hehe

Umum dah tahu, lelaki ada macam-macam kategori. Ada yang romantik, ada yang kasar, ada yang ganas gila tetapi dalam hati ada taman *hehehe*. Semua atas diri lelaki tersebut masing-masing. Mungkin cara pendidikan atau cara persekitaran yang mendidik lelaki sedemikian rupa. Tanyalah mana-mana perempuan didunia ini sekalipun. Mereka amat mendambakan lelaki yang suka memanjakan diri mereka. Memanjakan disini bermaksud sentiasa prihatin akan tarikh istimewa bagi anda berdua, sentiasa prihatin akan perasaan mereka dan sentiasa memahami dan meletakkan mereka bagai puteri dihati anda sebagai kekasihnya. Mungkin anda kurang berikan kasih sayang secukupnya untuk si dia. Mungkin anda sudah lama mengabaikannya. Macam-macam alasan si dia boleh merajuk. Selalunya perempuan ini jarang merajuk kecuali ada sebab tertentu yang dia fikir yang dia tidak salah untuk merajuk.

Bukan susah nak pujuk perempuan ini. Jika si dia merajuk, anda hanya perlu cepat-cepat pujuk dengan kata-kata manis anda. Biar anda kurang kacak tetapi ayat mesti power bro ! Sendiri mahu ingat. Tidak semestinya anda perlu pujuk kekasih anda dengan pemberian hadiah yang mahal-mahal. Kalau anda berduit, apa salahnya telefon si dia dan luang masa sejam dua. Selami hatinya. Atau belikan hadiah yang comel seperti cupscake, bunga mawar hidup, coklat cadbury, kek coklat dan sebagainya. Kalau anda bukan berduit dan poket ala-ala kering kontang, cukup hanya dengan kata-kata manis. Tekan menu-message-create message-taip nombor hp si dia-taip *hai sayang..dah2 lah tu merajuk..jgn majuk lagi ye? i love you*-send message-delivery report-delivered. Haa..sah hati si dia akan cepat-cepat sejuk. Confirm! Bukan susah sangat pun ! Itupun malas ke lelaki nak pujuk? adoyai..

Apapun, dalam bercinta ini perlu ada tolak ansur. Merajuk itu kadang-kadang boleh mengeratkan lagi hubungan cinta anda. Jika terlampau merajuk pula akan membawa kepada kekeruhan hubungan anda berdua. Maka tolak ansur itu adalah penting. Faham kehendak si dia. Maka pembawaan rajukan itu adalah penting. Kalau sekarang baru zaman bercinta dah malas nak pujuk, bila dah nikah, isteri mengandung merajuk begini merajuk begitu. Camna? adeh..Janji anda tahu kendalikan hubungan anda semuanya pasti akan okay. Lelaki juga harus belajar memujuk. Perempuan juga harus belajar mengawal diri dari berterus-terusan merajuk. Belajar. Belajar. Belajar. Jangan malas belajar. Tidak rugi. Internet kan ada. Gunakan lah peluang yang ada untuk memahami pasangan anda.

Akhir kata, selamat memujuk dan selamat merajuk.renung2 kan dan selamat beramal Berfikirlah positif bahawa mungkin rajuk si dia itu menandakan bahawa anda sudah lama tidak prihatin akan keadaan dirinya. Moga segalanya selepas ini akan menjadi okay tiba-tiba. Tata.

Nota kaki untuk si dia :
Kalau sy pujuk tak betul tolong tunjuk ajar k hihih peace

Thursday, August 18, 2011

Wanita:Susah sangat ker nak paham dorang??


Dialog 1

Wanita: Cantiknya beg tu bang..
Lelaki: O ye ke..awak berkenan ke..awk beli lah..
Wanita: Ermm..takpe lah bang..beg yang ni masih cantik lg

Maksudnya si isteri nak suruh suami dia beli kan beg tu walaupun isteri dia cakap tak nak...selalunya pompuan tak cakap apa yg dorang mahu sbb dorang lebih banyak bercakap guna bahasa tubuh..erm..paham tak?aku pun tak paham..hehe

Dialog 2
 
Wanita: Tolong jangan cari sy lagi..sy tak nk jupe awk..jangan col atau msg sy lg...grrrrr
Lelaki: Ok fine!!..kalau itu yg awk mahu...grrrrr

Selalunya situasi ni berlaku bila si pompuan tengah merajuk..walaupun pompuan tu ckp jgn cari lg, or col die tapi sebenarnya dia mahu dipujuk..so korang kena lah wat something untuk pujuk dia..g umah dia ke..bawak dia g mkn choki2 ke..aiskrim pop ke untuk pujuk dia balik....apa yang di ucapkan oleh pompuan tak semestinya sama seperti yg dorang ckp...pepatah melayu kata..cakap tak serupa bikin kihkihkih...

Naluri pompuan memang sentiasa mahu dipujuk..tapi tak semua laki reti pujuk pompuan sbb lelaki ada ego yg tinggi...pompuan melihat usaha memujuk sebagai salah satu tanda yg dorang disayangi....

Dialog 3
Suami:Eh bnyk awk masak arini..ade ape2 ke..
Isteri:Takde lah biase je..lauk biase je lah bang..
Suami:Arini awk nampak cantik sikit dari hari lain..baju baru ke
Isteri: Eh ye ke bang..selama ni saya tak cantik ke..
Suami:Ok lah sy dah kenyang nk tido penat...
Kenkadang kita tak paham apa yg isteri kita nak..setiap bende yang pompuan buat ada makna yang tersirat yang kekandang lelaki tak paham hehe....aku ckp mcm aku dah kawin je.hehe..seorang pompuan boleh bersedeh sepanjang hari memikirkan perasaan org lain tapi lelaki pulak terbalik..seorang lelaki boleh bersedeh sepanjang hari dek kerana pasukan bolanya kalah!

P.S Jadi wanita2 jangan terlalu memendam apa yang korang rasa..kenkadang atau sekali skala kalau nampak mcm lelaki tu tak paham pompuan kena berterus terang..orang penang cakap.."Cakap biaq teranggg!!!"

P.S.S Entry ni bukan untuk mengutuk pompuan tetapi supaya lelaki belajar untuk memahami 'bahasa' wanita...

Friday, August 12, 2011

Hati menangis..


Kenapa ia tak seperti yang aku rancangkan
Aku malu kepada ibu dan ayah ku
Aku malu kepada ibu dan ayah dia
Hatiku menangis kerana sayangkan dia
Dia gadis pertama datang ke rumah ku
Gadis pertama bertemu dengan kedua ibu bapa ku
Pertama kali juga aku bertemu ibu bapa si gadis
Buat pertama kali juga aku melihat ibu aku gembira
Gembira melihat ada gadis yang suka kan aku
Gembira barangkali melihat aku mungkin
Mungkin menamatkan zaman bujang aku
Aku sedar iman aku senipis kulit bawang
Kerana dia aku berubah...

Hatiku menangis
Apa yang harus aku cakap kan kepada ibu ku
Tak sampai hati aku melihat ibu aku bersedih
Aku tak menyalahkan takdir
Tapi aku salahkan diri aku yang tak cukup baik..
Dia layak mendapat yang lebih baik dari aku
Tak mungkin aku dapat menyintai orang lain lagi
Kerna aku sayang kan dia
Kerna aku ingin menjadikan dia isteri aku







Tuesday, August 9, 2011

Mengapa tiada jodoh


Antara penjelasan mengapa tiada jodoh

Pendapat Oleh Penulis Emjay

“Assalamualaikum wbt sekelian muslimin

Setengah orang mendapat jodoh pada usia 16 tahun dan setengah yang lain hanya dapat jodoh pada usia 40an dan setengah mereka pula mati sebagai anak dara / teruna.

Adakah Allah mempunyai sifat pilih kasih dengan hanya memberikan jodoh kepada orang tertentu sahaja?? Persoalan seperti ini boleh merosak akidah seseorang.

Kalau merujuk surah Assyura ayat 30, setiap musibah dari Allah adalah kerana dosa manusia. Saya redha dan mengakui bahawa segala musibah yang menimpa saya selama ini adalah disebabkan kesilapan saya belaka.
Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan.

Ramai orang telah ditutup hatinya oleh syaitan dari mengenali / muhasabah kesilapan mereka. Bila mereka gagal mengenalpasti kesilapan ini, hiduplah mereka terus menerus tanpa rahmat Allah yang satu ini.

Antara dosa perempuan atau lelaki yang menyebabkan rahmat kahwin ditolak oleh Allah ialah:

1. Pernah berusaha melalui bomoh melalui mandi bunga, memakai susuk dsb agar dicepatkan jodoh mereka. Dosa ini sangat besar kerana mensyirikkan Allah.

2. Mengamalkan ilmu sesat dari “ustaz” atau orang pandai yang sebenarnya seorang bomoh sesat seperti ilmu membaca mentera bila keluar rumah, ilmu kunci tubuh bagi wanita dsb. Ilmu ini mengundang pertolongan dari syaitan seperti mudah mesra dengan semua orang dsb tetapi orang ini tidak sedar akan janji iblis yang membantunya dan antara janji tersebut ialah orang ini akan dipastikan tidak kahwin sampai mati.

3. Berkata sombong seperti seorang rakan saya “aku kalau nak kahwin, aku petik aja jari, 10 orang datang nak kahwin dengan aku”. Sombong adalah milik Allah sahaja (Al Mutakabbir) dan dilarang manusia mengamalkan sifat ini. Kita pastinya melayakkan pelbagai azab Allah sekiranya mengamalkan sifat sombong ini.

4. Terlalu memilih Mr Right / Ms Right dengan sewenang-wenang menolak pilihan yang ditentukan Allah. Kebanyakan orang yang tidak berkahwin ini sebenarnya pernah dilamar oleh seseorang tetapi terus menolak mentah-mentah tanpa merujuk kepada Allah seperti melalui sembahyang istikhorah atas alasan seperti tidak sama taraf dsb. Allah sudah menetapkan dalam Al Quran bahawa perempuan baik dijodohkan dengan lelaki baik dan sebaliknya. Kalau perempuan macam Erra Fazira, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad.

5. Rosak akidah mereka dengan menolak hukum Allah seperti poligami, hudud dsbnya. Setengahnya sanggup bercakap seperti “aku sanggup jadi anak dara tua sampai mati dari menjadi isteri kedua”. Membenci mana-mana hukum Allah sudah cukup melayakkan diri untuk menjadi Kafir. Dosa ini adalah dosa paling besar dalam Islam dan inilah antara punca azab musibah yang Allah turunkan seperti musibah tidak dapat jodoh.

6. Putus asa dan mengeluh. Mengeluh bukan ciri orang Islam. Terus menerus mengeluh akan terus menerus mengundang azab Allah. Putus asa seperti berkata “biarlah aku menjadi anak dara tua sampai mati” akan mengundang musibah yang berat dari Allah iaitu kekal tidak berkahwin. Allah membahasakan orang yang putus asa ini agar mencari tali untuk menggantung diri sampai mati (bunuh diri)

7. Banyak berbuat dosa mengundang pelbagai musibah dari Allah. Ada manusia yang malas sembahyang dan ada juga yang gemar berbuat maksiat pastinya mengundang azab musibah dari Allah. Apatah lagi kalau dosa berzina.

8.Tidak mahu mendalami ilmu agama juga adalah satu dosa kerana belajar agama adalah wajib untuk semua orang. Tidak melakukannya mengundang dosa yang kelak mengundang pelbagai musibah azab dari Allah.

Allah tidak pernah pilih kasih dengan memberikan jodoh hanya kepada sebahagian orang sahaja. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri. Kezaliman inilah yang mengundang musibah azab dari Allah dan tidak dapat jodoh adalah antara pelbagai musibah azab dari Allah SWT.

Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH.

Sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi ilmu, silalah email :: kangmasjb@hotmail.com

Lawatilah laman saya di :: http://emjayjb.multiply.com/
Sekian sahaja untuk kali ini.

Wassalam wallahualam

http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com/


P/s Kawan-kawan jom kita pakat komen artikel ni pula. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Biarpun puan-puan masih belum mempunyai zuriat tetapi puan-puan mempunyai suami yang baik. Lain benar dengan kaum sejenis kita yang belum berumah tangga biarpun sudah berusia lanjut. Biarpun sibuk dengan kerjaya tetapi saya percaya wanita-wanita ini akan tetap rasa kesunyian tanpa insan yang bergelar suami dalam meniti usia yang kian lanjut. ~ Idea ni saya dapat dari Tranungkite(TKO).

Sumber:https://nuriman.wordpress.com/2009/07/21/mengapa-tiada-jodoh/

Monday, August 8, 2011

60 PETUA MENCARI JODOH



1. Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang
menanti Dan biasanya ianya
Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajib
berusaha. Doa, usaha yang
Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan
tawakkal, insyallah akan
Menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh
kerana mudah patah semangat.
Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna
agar diri anda jadi seperti
?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda
kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati
yang murni. Berusahalah
Untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua
Orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan
jaga ibadah, solat
Taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf,
Bersedekah Dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda Dan
anda akan menarik sayang
Terhadap anda. Jika anda membenci orang,
ditakuti bakal pasangan anda
Akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus
sentiasa bersedia untuk
Bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, Kita perlu sentiasa
Dalam keadaan yang paling menarik setiap
masa. Tanggapan pertama adalah yang
Terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan,
Wajah Dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan
Bakal pasangan anda.

10. Buka hati Dan minda anda untuk menerima
cinta. Cinta boleh
Berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa
Bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui Mata lalu turun ke hati.
Justeru, perhebatkan
Hubungan Mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih
Sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang
Dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini
Secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang Dan patah hati
sebab lewat menyatakan
Hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang
baik disegerakan (iaitu
Menyatakan perasaan anda kepada bakal
pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk
Berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa
merasakan mereka yang memulakan perkenalan
Walaupun sebenarnya orang perempuan yang
mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra Dan
bersemangat menggunakan lidah,
Mata, hati Dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan
Terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan
Kepada minat Dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri
Sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti
kawan lama walaupun baru
Berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan
segera agar bakal pasangan
Rasa selesa.

18. Makin mudah Kita menceritakan hal peribadi
yang munasabah kepada
Bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada Kita.

19. Berdoa Dan latih diri agar Kita pandai
mendampingi orang lain Dan
Seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang
perangai yang
Menyebabkan orang benci kepada Kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang
yang masih Ada perasaan
Benci terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau
Tidak tertarik kepada Kita. Justeru buang
semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap
bakal pasangan. Tetapi,
Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda
amat sukar untuk berkenalan
Dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada
perempuan yang simple,
Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan
redha dengan setiap pemberian
Lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada
lelaki yang memberi
Perhatian, penghargaan Dan penghormatan
kepada mereka. Justeru, orang lelaki
Janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah
orang perempuan.
Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan Dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan Dan kesilapan kecil yang
Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal
Pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan
bahasa badan yang penuh
Kemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang Ada persamaan Dan
Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat.
Terlalu banyak persamaan
Membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang Ada sikap Dan
Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal
pasangan, nyatakan yang
Anda sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual Dan bercakap. Lelaki
Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai
Persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama
Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka
Kepada kucing, suka melancong atau suka
ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat
gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama
gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama
mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada
kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal
pasangan anda.
Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu
cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan
kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan.
Carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang
suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan
kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang
gentleman ? bersopan
santun, suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai
dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan
sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih
prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati
sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan,
memancing, dan aktiviti
macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan
terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya
mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki
tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku
salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak
ansur, pandai mendengar,
bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang
perempuan harus fokus kepada
fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan
yang berjela-jela dan
memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. Tanya
kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri
nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan
sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya
kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana
yang tenang. Doakan dia dan beri masa Untukdia
merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara
terus terang, ringkas Dan objektif. Orang
perempuan sering bercakap secara berlapik,
terperinci Dan Banyak yang tersirat.

ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.

Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga.
Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?

Kasih sayang daripada ibu bapa.
Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?

Latar belakang agama.
Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?

Pendidikan.
Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?

Latar belakang budaya dan sosioekonomi.
Bandingkan latar belakang masing-masing – lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.

Kepintaran.
Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?

Hubungan dengan mentua.
Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?

Sikap dari segi kewangan.
Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?

Bilangan anak.
Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?

Masalah seksual.
Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.

Pemilih tempat tinggal.
Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin – di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?

Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?
Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi

Sumber: 
1)www.malaysiamaya.com/
2)http://nuriman.wordpress.com/2009/07/26/60-petua-mencari-jodoh/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman