Saturday, December 25, 2010

Perkara tentang lelaki yang perempuan patut tahu

Artikel ni aku tulis bedasarkan pandangan aku semata- mata sebagai lelaki...

1)Lelaki bukan cari seorang perempuan yang cantik sahaja. Tapi lelaki mahukan seorang perempuan yang mempunyai personaliti dan perangai yang baik
2)Lelaki tak suka orang lain mengorat kekasih dia
3)Lelaki boleh suka kan perempuan dalam seminit sahaja kemudian terus lupakan bila tak suka
4)Lelaki suka sms atau cakap "tngh buat ape tu" dan "dah makan ke belum" bile pegang handphone
5)Lelaki mungkin berpoya-poya dan mengorat perempuan2 yang lain seharian tetapi sebelum lelaki tido mereka akan pikir kan tentang perempuan yang mereka sayang dan benar2 ambil berat
6)Lelaki suka memandang perempuan cantik walaupun mereka dah berkahwin dan berpunya..tetapi dalam hati mereka yang tercantik hanya lah kekasih mereka
7)Apabila lelaki terlalu sayangkan kamu dia akan buang segala keburukan tentang diri kamu
8)Lelaki gilakan senyuman perempuan..jd senyum lah selalu
9)Lelaki tak suka bila kamu sembang pasal bekas kekasih kamu
10)Apabila lelaki mahu berjumpa dengan family kamu itu bermaksud dia sudah bersedia untuk berkahwin dengan kamu
11)Lelaki juga menangis!
12)Lelaki tulen sangat benci kan gays..sangat menjijikan hehe
13)Ketinggian perempuan tidak menjadi suatu masalah bagi lelaki tetapi berat badan ya hehe
14)Lelaki lebih suka bersms dari bercakap dalam telepon
15)Apabila lelaki melepaskan kamu agar kamu bahagia itu bermakna dia sangat cintakan kamu!

Wednesday, December 22, 2010

Jenis Awek-Awek Yang Mengecewakan

Ada sesetengah awek yang aku jumpa dunia, muka cun, lawa, cantik, solid, comel, rupawan dan sebagainya lah. Tapi itu hanya rupa dan body sahaja.

Ko pasal semua perempuan kau nak hentam kan shakir? Oh kali ni aku senaraikan beberapa jenis gadis yang memang agak mengecewakan bagi aku. Aku act sayang kaum korang ni, korang kan kaum favourite aku. So, gadis-gadis tak laku atau janda-janda tua mimpi nak kahwin lagi tu boleh take note lah.

10) Lesbian.

Ini memang mengecewakan. Hari tu aku lepak ngan member dekat Jusco, aku naik tangga bergerak sekali ternampak la awek cute gila ar kira memang cair ar sampai sekali pandang nampak macam Mizz Nina, dua kali pandang nampak macam Amanda Bynes, tiga kali pandang nampak macam Miley Cyrus.Tapi sayang, boyfriend dia penkid. Adoi. Lelaki punya la banyak. Baik-baik, hensem, kacak macam aku, tapi itu yang kau pilih?

Thanks sebab you pilih i..

9) Emo

Emo kalau manja then senang pujuk tak apa la juga. Macam emo comel-comel manja lah kiranya macam Anis lah okay dia dah perasan dah. Tak apa, dia senang pujuk. Emo macam ni tak apa. Tapi kalau bab dah emo melenting-lenting memang failed lah. Bukan aku sorang je tak suka. Semua lelaki pun tak suka. Kalau nak emo pun. Biar la emo yang diam-diam. Kira orang tahu la yang dia tu emo sebab diam semacam je. Part ni baru best. Kalau dalam drama Korean mesti ada lelaki datang duk kat tepi awek tu. Lelaki tu mesti hensem gila lah kalau tak hensem pun akan jadi hensem sebab tatap setiap hari. Lelaki yang tak hensem tu pujuk dengan suara cover then awek tu pelan-pelan cair. Then senyum. Then dekat-dekat. Then terjatuh. then Tercium. Then terpeluk. Then then then ah macam tak pernah tengok cite Korean la korang. Aku taw korang hantu tengok cerita-cerita macam tu. Faham-faham je la. haa, cuba kalau awek tu jenis emo melenting, lelaki tak hensem tu rela jadi gay kot. Dah la kecoh, emo, bising pula tu.

8) Got too high level of confident.

Siapa yang dipanggil mak tiri maksudnya dia tu ada high level of confident. Suka sangat mencapap. Kalau dalam kelas, dia lah yang nak jadi leader. Entah apa point tak tahu lah.Kalau bagus tak apa lah juga. Mak-mak tiri ni kalau dalam seminar, mesti dia yang nak bertanya. Masa bertanya tu mesti dia rasa yang dia tu hot gila ah. Dalam hati puji je diri sendiri ye la orang tak akan pandang kalau tak lawa ye tak? Adoi. Ada confident sangat kat kena tempat. Benci, benci, benci. Hahah.

7) Terlampau menunjukkan asset mereka yang tak seberapa.

Perempuan macam ni bagus. Dia tahu yang dia tak lawa. Tapi dia still nak orang suka kat dia. Eh. Kalau cam tu, kira tak adalah bagus sangat lah. Well, dia sedar yang dia tak lawa, jadi dia guna la apa yang dia ada. Tayang itu ini. Bukak sana sini. Umur 20 tapi pakai baju saiz adik aku yang sebaya kucing tu. Tapi sebenarnya beauty is in the eyes of beholder. Dan aku pasti dia tak tahu tu. So tak perlu lah tayang apa tu semua.

Yang aku pelik dengan perempuan yang berpakaian sexy ni satu je. Aku tak faham kenapa dia suka tayang aset apa semua and bila lelaki asyik pandang di kata pula lelaki tu gatal. Kalau para gadis semua nak tahu, para lelaki ni sebenarnya tak suka pandang benda tu semua. Dia orang just...erm.. em.. paham-paham sendiri.

6) Gedik

Part ni memang agak banyak lah kan. Biasanya ada kat golongan yang cantik dan golongan yang perasan cantik. Pantang ada lelaki yang hensem atau perasan hensem nak mengurat, terus jual murah. Ya. Tapi jual murah awal-awal je. Layan-layan je. Geli-geli and gatal-gatal je. Blanja-blanja makan je. Nak tu and nak ni je. Tapi sampai je bab lelaki tu nak mintak no phone. Dengan sinisnya dia kata tak boleh. Macam la no telipon dia mahal sangat. Bukan no Vip pun.

Bab buat aksi aerobic kat depan orang awam tak tahu la pula aku kalau dikategorikan sebagai gedik. Aku tak pernah lihat. Tapi kalau bab pakai macam ahli gimnastik atau Lady Gaga tu then mengaerobik depan aku tu dah selalu aku tengok.

5) Tak reti masak

Bab ni aku tak nak komen banyak-banyak. Tapi aku memang agak kecewa dengan gadis tak reti masak. Aku cakap kecewa, bukan benci or tak suka or so on or ect. Tapi bila fikir elok-elok, okay juga dapat isteri yang tak reti masak. Ada point nak ‘makan luar’. Hahaha!

Tapi, dalam kes ni, still boleh belajar memasak kan?

4) Nama tengah mereka adalah “gossip”

Bila sebut perempuan, mesti ingat gossip. Tak payah cakap la, majoriti member-member perempuan aku semua kuat bergossip. Alahai, gossip tu tak elok sebab sebarkan aib orang. Tapi kalau gossip untuk nk tahu perangai sebenar orang lain memang tak de hal lah. Tapi okay lagi gossip dari fitnah. Bab fitnah memang sakit hati.

3) Asyik promote boyfriend

Kalau awek tu ada blog, mesti kiri kanan atas bawah taruk muka bf dia. Tak kira la hansem ke tak. Then bila putus je cepat-cepat buang gambar tu then kat blog sibuk la tulis ayat cover nak tutup malu sebab dah tak single. Bodoh punya perempuan. Tak tahan bila cakap “ Yes! Akhirnya aku single. Freeeeee”. Lelaki hensem lain yang baca semua mengeluh. Nak kena susah-susah invi YM pulak lah sebab takut kena mengurat. Alah, shakir ni jeles sebenarnya sebab tak ada gambar awek nak letak kat blog dia. Ni kalau ada sah dah bersepah-sepah konon nak tunjuk ada awek. Oh tidak begitu, aku tak suka show off Lisa Surihani dekat korang. :P

2) Queen control

Aku kesian tengok member aku kehulu-hilir dengan awek dia saje. Macam tak de life. Sampai member-member ko tinggal. Come on la. Macam lah budak perempuan yang ko kepit bakal korang kahwin. Buat tambah dosa je (oh emo sangat ni) Ok, aku memang tak taw nak tulis apa pasal jenis ni. Kira cukup la aku tulis jangan kawen ngan gadis queen control.

1) Awek yang musuh dengan semua yang berkaitan dengan ex bf and ex kawan dia.

Lelaki kalau putus dengan awek, dia akan tak berapa dekat je dengan awek tu je. Tapi kalau perempuan jenis ni, putus dengan lelaki, semua kawan lelaki tu, mak, ayah, saudara, ipar duai, besan apa semua dia musuhkan sekali. Aku kau ke kawan baik ke adik beradik apa, semua black listed lah. Kawan tak kawan, putus tetap putus. Siapa cakap kawan baik apa semua long lasting? Setakat nak putus kawan tu, senang sangat doe. Kiranya kalau awek tu putus ngan bf dia, aku yang jadi kawan baik bf dia dia pulau kan skali. Tak mo cakap ngan aku aku tegur tak mo layan. Padahal aku tak de kene mengena pun.

Mana-mana gadis yang dah cukup syarat tu, boleh isi borang ya.
Anyone?

Artikel ni di copy sebejik-bejik dr blog shakir tanpa ada pengeditan hehe...

Credit goes to shakir click here

Monday, December 20, 2010

Review Online Novel: Awk Kenangan Terindah

Yup citer ni memang lah tersangat panjang dan meleret leret mcm kereta api hehehehe...tapi mesti kesemua tertanya tanya nape panjang sgt citer ni kan..jawapan nya adalahhhhhh..jeng jeng....ini adalah online novel sebab tu panjang kihkihkihkihkih..cerita ni di cipta hanya bertujuan untuk menguji tahap kesabaran korang membacanya sampai habis hehehe...memang tabik spring sape yg baca sampai habis hehehe..org tu memang takde keje hehehehe......

Apapun sebenarnya bnyk ayat-ayat jiwang yang boleh korang tiru time msg ngn awek atau balak korang bile baca citer ni...hehe.....So akhir kata sesapa yg tersangat boring dan takde keje nk di abiskan leh baca sampai korang tertido ..lima hari baca pun tak abis hahahahaha...bak kata seorang pembaca cerita ni..cerita ni basi..yup bukan je dh basi tapi dh expired hehehe....apa pun tunggu kemunculan novel yang baru..erm....novel???tukar mood ke cerpen lah plak hehehehe..pendek sikit kan hehehe

Online Novel - Awak....Kenangan Terindah (part 9-end)

Esok petangnya....awak sms saya....
Awak tanya saya tengah buat apa?....
Saya cakap....Tengok TV....awak katner tu?
Awak cakap....'Kat Genting lagi, tengah layan permainan kat sini....
Tapi dah nak balik dah....'
Saya tanya lagi....Awak sihat ke?
Soalan bodoh kan wak....dah tentulah awak sihat....
Tidak takkanlah boleh main lagi....heheee....
Awak jawab....'Saya sihat. Sayang sihat tak? Tengah buat apa tu?'
Saya cakap kat awak....Saya sihat jugak, tengah tengok TV....
Awak dah makan? Awak, saya rindu sangat kat awak!
Awak balas....'Dah makan tadi. Mahal wakkk....
Saya makan mihun goreng ngan air tin kena Rm11:-)....
Awak dah makan ke belum tu? Ooo....awak rindu saya erk....
Awak pejam mata, bayangkan saya ada bersama awak!'....
Saya terkedu....ayat awak yang terakhir tu buat saya rasa sebak....
Sungguh! Saya seolah memiliki kebahagiaan yang terindah....
Detik ini detik yang sangat istimewa dalam hidup saya....
Dan juga tahun baru yang benar2 memberi makna pada saya....
Saya berdoa dalam hati, moga kebahagiaan ini berpanjangan.

Awak....
Malamnya....saya dah pun selamat sampai ke KL....
Dan saya tau awak pun dah lama pulang dari Genting....
Saya sms awak....Saya tanya awak....Ada ingat saya tak hari ni?
Awak jawab....'Ntah! Tak ingat kot:-)'....
Wajah saya berubah tatkala membaca jawapan awak....
Rasa sedih....sebab awak langsung tak menjaga hati saya....
Kot iye pun tak ingat, bagilah jawapan yang cover2 sikit....
Tapi takpelah, berterus-terang lebih baik....
Saya cuba memujuk diri sendiri....
Saya cakap kat awak....Tak ingat ye? Takpelah kalau gitu....
Awak dah makan?....Saya bertanya....
Lalu awak membalasnya kembali....
'Baru lepas makan McD, mak beli tadi....
Alaa....apalah awak ni, mestilah saya ingat si sayang saya ni....
....Kan ke siang tadi saya hantar mesej kat awak:-)'....
Saya jadi blur untuk beberapa saat setelah membaca sms awak....
Ada ke awak sms saya siang tadi?
Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal....
Kemudian akhirnya tersenyum malu....
A'ah laa....macam mana saya boleh terlupa....
Heheee....nampaknya saya dah berprangsaka buruk pada awak....
Tapi awak pun satu....saja nak mainkan saya....
Apapun, saya senang dengan gurauan awak....
Sebab gurauan awak gurauan yang membawa bahagia!



Awak....
Hari ini hari baru....
Saya memulakan kerja seperti biasa, dengan semangat yang baru....
Tapi sayang ianya tidak berpanjangan....
Untuk kesekian kalinya, saya diserang gastrik!
Lebur sedikit semangat yang saya sematkan sejak semalam....
Mujur saya dah standby ubat2 saya dalam laci ofis....
Berguna juga ketika saat2 sebegini....
Sedang saya berperang dengan rasa sakit ni sendirian....
Tiba-tiba pintu department saya terkuak....
Saya tak pandang pun ke arah sesusuk tubuh yang masuk tu....
Uh! Tentulah staff kat ofis ni jugak....Bisik hati saya.....
Sehinggalah saya terdengar satu suara....
Suara yang cukup saya kenali....
Takkan dia kot!....Tiba-tiba rasa berderau darah ni....
Saya meneruskan kerja saya tanpa menoleh ke arah belakang....
Dan memasang telinga mendengar bicara antara awak dengan ketua saya....


Awak....
Tak tau kenapa....bila awak ada kat sini....
Biarpun hanya mendengar suara awak....
Dan melihat kelibat awak sekilas....
Tapi ianya cukup untuk buat saya jadi tak tentu arah....
Sakit perut tadi seakan tidak terasa....
Hmmm....panahan cinta lagi ke ini???
Sebaik saja awak turun ke tingkat bawah....
Saya menerima satu kiriman sms....
'Assalamualaikum. Hai! Bz nye dia buat kerja....'
Saya tersenyum....timbul satu idea nakal di kepala....
Lantas saya membalas sms awak....
Waalaikumussalam. Hai! Mana awak tau saya bz ni?....
Saya bertanya....kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tau....hehee....
Awak membalasnya....'Awak tak perasan saya naik atas tadi?'....
Saya tergelak kecil....dapat membayangkan respon dari awak....
Saya membalas....Awak ada kat sini ke?....
Saya tak perasan pun awak naik tadi? Ada ke??
Awak balas balik....'Erm kusyuknya dia buat kerja....
....sampai tak perasan saya naik atas tadi'....
Kali ni saya tergelak besar....Alahai awak....
Mudahnya awak percaya kata-kata saya....lurus jugak awak ni erk!
Kalaupun mata saya ni tertutup....
Telinga saya ni masih boleh mendengar....hati saya ni boleh merasa degupannya....
Untuk mengesan kehadiran awak di sini....

Saya menukar topik....tak mau bergurau lagi....
Saya cakap kat awak....yang saya rindukan awak....
Awak balas....'Rindu dekat awak jugak....
Nanti saya naik, saya nak tengok awak....
Awak pandang tau dekat cermin pintu nanti'....
Saya cakap....Ok!
Dan segera memusatkan pandangan ke arah pintu ofis saya....
Tak lama kemudian, awak naik....
Awak pandang saya dari luar pintu sambil tersenyum....
Saya membalas senyuman awak....
Lepas berjumpa dengan ketua saya....awak turun....
Tapi sekali lagi memandang saya dari arah pintu....
Saya perasan awak masih berdiri di luar....
Lalu saya berpaling memandang awak....
Dan kita sama-sama tersenyum....
Aduhai....betapa bahagianya saya rasa di saat ini....
Sedang saya dibuai kegembiraan, ketua saya menyapa....
Dia cakap kat saya....yang awak ni very nice boy!
Dia cakap lagi....kalau dia belum kahwin, sure dia dah tackle awak....
Saya tergelak besar....hemmm....tak padan dengan sakit!
Mana taknya, kelakar tengok gelagat ketua saya tu....
Lagipun bila sebut jer nama awak, pasti ianya buat saya senyum meleret....
Terselit juga rasa bangga di hati saya mendengar pujian tu....
Ketua saya sempat berpesan, yang saya patut berusaha untuk dapatkan awak....
Sebab awak dia rasa awak betul2 nice....
Saya cakap kat ketua saya jujur....yang saya sedang berusahalah ni....
Sebab saya pun yakin yang awak baik orangnya....
Cuma saya tak pasti adakah saya cukup baik untuk awak....
Tiba-tiba saya rasa rendah diri....
Melihat reaksi daripada saya, ketua saya segera menyambung kata....
Dia cakap....yang saya pun nice jugak tapi kena lebih nice....
Saya tersenyum kembali setelah menerima sokongan dari seorang ketua....
Walaupun jarak umur kami jauh, berbeza agama....
Tapi masih ada sentimen kasih sayang yang merapatkan kami....

Cerita kita tak berhenti di situ....
Sebab lepas awak turun, kita sms lagi....
Saya bagitau awak....tentang kesihatan saya hari ni....
Hmmm....sengaja nak bermanja dengan awak....
Awak cakap kat saya....'Erm tu la lambat makan. Tak sarapan. Makan ubat tu!'
Awak menasihati saya....tegas!
Saya katakan pada awak....
Sorry awak....saya bukan sengaja tak nak sarapan....
Tapi tak sempat...Tapi takpe, saya dah makan ubat pun, TQ!....
Huh! Inilah alasan yang selalu saya guna pakai bila awak menasihati saya....
Degil jugak saya ni kan, hehee....
Awak balas balik....'Lepas tu awak rehat jap, jangan buat keje dulu tau'....
Sekali lagi awak memberi nasihat....tapi kali ni lebih lembut....
Sungguh! Saya terharu dengan perhatian awak....
Dan pastinya bunga-bunga cinta dalam hati saya makin mekar!

Awak....
Petangnya....sakit gastrik saya makin menjadi-jadi....
Bukan semakin baik....biarpun saya dah makan ubat....
Ntahlah....saya sendiri tak pasti adakah saya menghidap penyakit lain....
Pernah juga doktor yang merawat saya....
Mengesyaki yang saya berkemungkinan kena apendiks....
Dan meminta saya buat pemeriksaan lanjut di HU....
Tapi sehingga sekarang saya belum pergi ke sana....
Sebab saya takut! Takut ngan doktor, jarum dan ubat:-P....
Lebih kurang pukul 5 petang tu....awak tiba2 call....
Terkejut jugak....ntah mimpi apa agaknya awak....
Owh....rupanya awak nak tanya keadaan saya....
Saya berterus-terang pada awak tentang keadaan saya....
Memang tak boleh nak tipu....
Sebab awak boleh mendengar dengan jelas suara saya....
Yang tertahan-tahan menahan kesakitan....
Dan awak nampaknya risau mendengar khabar saya....
Berkali-kali awak menasihati saya agar jaga makan....
Cepat2 pergi ke hospital....makan ubat, bla....bla....bla....
Saya tekun mendengar dan sesekali tertawa kecil....
Lama juga saya terpaksa menadah telinga ni mendengar syarahan awak....
Akhirnya barulah saya diberi peluang bersuara....
Saya tanya....awak kat mana sekarang ni....
Sebab saya baru perasan, masa awak bercakap tadi....
Mulut awak macam penuh jer....mungkin awak bercakap sambil makan....
Awak ketawa sambil menjawab....'A'ah la wak, saya kat kedai makan ni....
....tengah makan, lapar. Jomlah makan sekali!'....
Saya turut ketawa....teruklah awak ni....tak senonoh....
Lepas awak letak telefon, saya menghantar satu sms buat awak....
Saya cakap....Awak, terima kasih sebab telefon tadi....
Sayang jugak awak kat saya erk:-)....
Awak membalas ringkas....'Mestilah sayang:-). Hari ni balik pukul berapa?'
Saya jawab....Pukul 6, sekejap lagi baliklah....
Awak berpesan supaya saya berhati-hati balik nanti....

Dan pukul 6.42 petang tu, sekali lagi awak sms saya....
'Dah sampai rumah ke belum tu? Sakit sangat ke?'....
Tapi saya tak balas pun, sebab lepas membersihkan diri....
Saya segera berbaring....Saya betul2 tak tahan lagi....
Saya perlu tidur....untuk menghilangkan rasa sakit ni....
Pukul 8 lebih, baru saya sms awak....
Bagitau awak yang saya dah ok....
Dan meminta maaf sebab lambat balas sms awak....
Awak cakap....'Takpe. Saya just tanya keadaan awak....
....Risau saya....Erm awak makan nasi tau....
Saya rasa awak kena sarapan pagi la'....
Saya mengiyakan kata-kata awak dan bertanya....Kenapa awak risaukan saya?
Hampir setengah jam saya menanti balasan awak....baru awak balas....
'Sorry, baru lepas makan. Saya risaulah coz tadi masa saya call....
....awak cakap macam tersekat-sekat tahan sakit....
Awak pergilah klinik, check. Degillah sayang ni!'....
Saya ketawa membaca ayat awak yang terakhir....betul ke saya degil???
Sekali lagi saya memberi alasan yang sama....
Saya cakap saya takut nak pergi check....
Lagipun tak tau nak pergi dengan sape....
Awak membalas....'Erm saya bawak awak pergi klinik Sabtu ni nak?'
Saya berfikir-fikir sebelum memberi jawapan....
Ikutkan hati ni, memang saya nak awak temankan....
Tapi....saya maluuu....Malu dengan awak....
Ntah kenapa saya masih berperasaan begini terhadap awak....
Jadi saya cakap kat awak....
Takpelah, doktor kat klinik suruh saya pergi hospital....
Tapi saya seganlah nak pergi dengan awak....
Awak balas balik....'Pergi hospital mana? Kenapa segan plak?
Habis tu awak pergi dengan sape nanti?'....
Saya jawab....Pergi dengan kawan saya kot!....
Awak tanya saya....'Kawan yang mana? Kawan yang selalu ambik awak tu ke?'
Saya cakap....A'ah. Sebab dengan dia saya tak segan sangat....
Awak katakan pada saya....'Oyeker. Kalau macam tu takpelah....
Awakkan dah lama berkawan dengan dia'....
Saya terdiam....dapat merasakan kelainan pada ayat awak tu....
Belum sempat saya bertanya lanjut, handphone saya berdering....
Panggilan daripada kawan saya....hampir 1 jam kami bersembang....
Saya nak stop awal, tapi takut plak kawan saya tu terasa hati....
So nak tak nak....saya layan jelah....
Tapi saya tak fokus sangat dengan topik perbualan kami....
Sebab minda saya ni dok teringatkan awak....
Bimbang juga kalau2 awak dah tertidur....

Bila tamat jer perbualan kami, saya segera membalas sms awak....
Huh! Nasib baik awak belum tidur....
Saya mintak maaf pada awak dan menerangkan perkara yang sebenar....
Dan saya tanya awak....apa maksud kata-kata awak tadi....
Awak membalasnya....'Ooo patutlah lambat balas. Sakit lagi ke perut tu?
Maksud saya, kawan awak kan dah lama kenal awak....
....Dia lebih tau keadaan awak:-)'....
Saya tak berpuas hati dengan jawapan awak....
So direct saya cakap kat awak....
Kata-kata awak ni lain macam jer....awak cemburu ker?. Perut saya dah ok....
Awak, saya tak pernah pun tegur awak bila awak datang ofis saya kan?
Awak jawab....'Ada la cemburu:-). erm tu la awak. Saya pun macam tu....
Lainkali kita tegur la nak?'....
Saya cakap....Ok, nanti kalau kita terserempak kat tangga ke kat mana....
Kita bertegur sapa ye:-)....Tapi takut awak lak segan ngan staff kat situ....
Awak membalas....'Hehee....segan sikit la, tapi takpe. Awak dah makan ke?
Saya cakap....Dah makan dah....
Awak, nak tau tak....tadi masa awak datang ofis....
Ketua saya kata awak nice sangat!....
Dia kata lagi, kalau dia still single dah tentu dia tackle awak:-)....
Awak balas....'Eh! Bila masa awak makan? Tak nampak pun:-). Masak lauk apa?....
Erm dia cakap macam tu ye? So dia ada agak tak yang saya mesej dengan awak?
Terperanjat saya bila dia cakap saya nice boy....erm nice ke saya ni?'....
Saya tergelak bila awak tanya macam tu....
Saya jawab....Alaa, sambil mesej2 dengan awak ni saya makanlah....
Memanglah awak tak nampak, awak bukan duk sekali ngan saya:-). Masak lauk biasa2 jer....
Dia tak tau pun awak mesej dengan saya....
Tapi betul la dia cakap, awak memang nice:-).Awak....awak ada rindu kat saya tak hari ni?
Saya mengalih topik....
Awak jawab....'Tentulah. Coz sekarang ni kalau saya tak hantar mesej kat awak....
Saya mesti fikir awak tengah buat apalah tu....
Saya asyik ingat jer awak:-)....Sayang awak!'.....
Kali ni senyum saya makin melebar....dah sampai ke telinga pun:-P....
Saya gembira mendengar pengakuan ikhlas dari awak....
Dan saya yakin ianya benar2 tulus dari hati awak....
Tapi sengaja saya nak menyakat awak....
Saya tanya....Betul ke apa yang awak cakap tu?
Awak, esok pakai baju warna apa?....
Awak balas....'Betul. Awak tak percaya dekat saya ke?.....
....Erm esok tak tau nak pakai baju warna apa....
Awak esok nak pakai baju apa pulak?'.....
Saya jawab....Saya pun tak tau lagi....
Tapi selalunya kalau hari Rabu saya pakai T-shirt ofis jer....
Awak membalasnya....'Oyeker. Awak pakai apa pun lawa!:-)....
Erm esok nak saya ambik? Nak jumpa awak la esok....
Nak borak2 dengan awak ....nak tak?'....
Saya terkedu....Ish! Macam tak percaya jer awak nak jumpa saya ni....
Pinggan retak nasi dingin, orang dah ajak mestilah saya ingin....
Hehehee....Pantun apa ni? Lain macam jer....
Lalu saya katakan pada awak....Saya nak....
So jumpa awak esok. Saya nak tidur dah ni, ngantuklah awak....
Gud nite awak, sweet dreams. Take care ye....
Awak membalasnya....'Erm sayang dah ngantuk ye....
Gud nite sayang saya, moga mimpi yang indah2 ye sayang....
Take care....Assalamualaikum.....Erm tak sabar nak tunggu esok:-)'
Saya tersenyum membaca mesej terakhir awak malam tu....
Dalam hati tak putus2 mengucapkan syukur padaNya atas kebahagiaan ini....



Awak....
Akhirnya hari ini tiba jugak....
Kita akan bertemu....ermm...nak pakai baju apa ni yer?
Teringat saya kata2 awak semalam....'Awak pakai baju apa pun lawa'....
Saya tersenyum....terselit sedikit rasa bangga di hati....
Lalu saya mencapai sepasang baju kurung untuk dipakai....




Awak....
Seperti biasa saya menghantar sms buat awak pagi itu....
Sekadar mengucapkan selamat pagi....
Tapi balasan sms daripada awak sedikit mengecewakan saya....
Awak bagitau saya yang awak tak dapat jumpa saya petang nanti....
Awak demam....dan hari ini awak ambil MC....
Hmmm....tak jadi lagi....Saya mengeluh sendirian....
Nak buat macam mana....awak ni memang mudah jatuh sakit....
Tiba-tiba pulak tu boleh jatuh sakit! Hairan betul saya....
Saya tanya awak sedikit tak puas hati....
Awak....kenapa semalam awak ok jer? Hari ni tiba-tiba demam pulak....
Awak bagitau....yang awak dah rasa tak sedap badan sejak semalam....
Tapi awak sengaja tak nak bagitau saya....
Sebab awak fikir awak akan okey keesokkannya....
Mana tau, demamnya makin melarat hari ini....
Saya akur dengan keadaan awak....biarpun sedikit kecewa....
Sebab saya pun tak nak jadi apa2 kat awak....
Rasa bersalah pun ada gak ni, sebab dah mula fikir yang bukan2....
Saya pesan kat awak supaya makan ubat....
Dan banyakkan rehat....saya sayangkan awak....
Awak membalas....'Sayang awak jugak. Awak buat keje elok2....take care'....

Awak....
Hari ini saya rasa masa terlalu panjang....
Saya mula dihimpit kebosanan....
Mana taknya, hidup ini rasa sepi tanpa sms awak....
Teringin juga saya nak call awak....atau paling tidak pun sms awak....
Tapi saya takut mengganggu awak pulak....
Erm....saya hubungi awak malam nanti ajelah!

Awak....
Malamnya, saya gelisah dalam penantian....
Saya ternanti-nanti sms dari awak....tapi hampa....
Akhinya saya buat keputusan untuk sms awak dulu....
Tak lama kemudian awak membalas....
Awak bagitau yang demam awak masih belum kebah....makin teruk....
Terbit rasa simpati terhadap awak....saya risaukan awak....
Saya memendekkan perbualan kita pada malam itu....
Memberi ruang untuk awak berehat....
Saya meminta awak ke klinik esok jika keadaannya masih tak berubah....
Juga saya sampaikan rasa rindu saya ni buat awak....
Awak membalasnya....tulus....
'Ok sayang, kalau tak ok esok saya pergi klinik....
Miss u 2. Saya saayangg awak & rindu awak....Gud nite....
Give u flying kiss dari sini....tangkap tau lepas tu simpan dalam hati awak:-). Bye'
Saya terdiam....tanpa sedar airmata saya bergenang....
Bukan sebab sedih....tapi terharu dengan kata2 awak malam tu....
Awak....saya akan simpan semuanya tentang awak dalam hati....
Di tempat yang paling istimewa untuk orang yang istimewa....
Kerana awak sememangnya istimewa di hati saya selamanya....

Awak....
Tengahari esoknya, saya call awak....
Saja nak follow up keadaan awak hari ini....
Awak kata....awak still MC....demam lagi....
Saya tanya awak....Dah makan ubat ke? Tak pergi klinik?....
Awak jawab....'Dah makan dah, klinik pun dah pergi....
....Tapi tak tau la kenapa kali ni demamnya berpanjangan pulak'....
Saya sengaja menyakat awak....
Saya kata kat awak....Awak tu antibodi memang tak kuat pun....
Memanjang je jatuh sakit, boleh kata setiap bulan....
Awak ketawa lantas membalas....
'Mana ada setiap bulan, kadang2 je la wak....'
Saya senang mendengar tawa awak....
Hilang sekejap rasa rindu di hati ini....
Saya cakap kat awak....Yelah tu, kadang2 konon....
....kejap selesema la, demam laa, sakit perut la....
Awak ketawa lagi....dan membalas....
'Ala wakk....saya demam jarang2, mana ada selalunya....
....habis nak sakit....nak buat macam mana kan?'....
Saya tersenyum....Ada2 je alasan awak ni kan....
Saya cakap kat awak....
Oklah awak, saya nak pergi lunch ni....nanti petang saya call awak lagi ye!
Saya nak kacau awak....biar awak rimas dengan panggilan saya, heheee....
Awak tergelak kecil di hujung talian....'Boleh, awak call laa. Saya tak rimasnya....'
Saya ikut ketawa....bahagia mendengar suara awak!

Awak....
Petangnya saya memang nak call awak....
Tapi sayangnya petang tu saya sibuk sangat....
Tak menang tangan nak buat semuanya....
Sudahnya saya terpaksa lupakan niat saya untuk telefon awak....
Takpelah, malam nanti saya mesej awak....bisik hati saya....
Pukul 6 lebih saya sampai di rumah....
Tiba2 handphone saya berdering nyaring....saya tengok nama yang tertera....
Hati saya menjerit tidak percaya....awak call!
Awak kata, awak sengaja call sebab saya tak call pun awak petang tadi....
Saya memohon maaf pada awak, saya betul2 tak sempat nak call....
Awak kata takpe, kalau saya tak call....awak boleh call saya kan!
Saya senyum meleret....gembira tak terkata....
Saya tanyakan kesihatan awak....
Awak kata demamnya dah kurang sikit....
Saya tanya lagi....awak takpe ke telefon saya ni?....
Kan belum sihat betul lagi....awak rehatlah....
Awak jawab....'Takpe, saya boring duk kat rumah ni....
Asyik tidur je....jadi lesu badan. Sampai dah tak boleh nak tidur dah'...
Saya tanya....Mak ngan adik awak takde ke kat rumah?
Awak jawab....'Takde, ntah pergi mana ntah'....
Petang tu kita berbual hampir 1 jam....
Gembira rasanya dapat berbual dengan awak....lama pulak tu!

Awak....
Pukul 10.41 malam itu, saya sms awak....
Walaupun petang tadi dah berbual agak lama....
tapi tak lengkap rasanya putaran hari ni tanpa sms awak dulu....
Saya tanya keadaan awak, masih risau kalau2 awak demam lagi....
'Waalaikumussalam awak. Badan panas balik, dah makan ubat dah....
....tapi jangan risau, esok pasti sihat. Tu tengah buat apa? Dah makan?'
Saya jawab....Dah makan, tengah tengok tv....
Teringat kat awak, tu yang sms tu....awak ada ingat saya?....
Awak, saya nak tanya ni....jawab dengan ikhlas ye!....
Erm awak marah tak bila saya selalu call awak, sms awak?....
Awak jawab....'Ingat awak jugak, TQ coz take care saya:-)....
Mana ada saya marah, saya suka....
Tertunggu2 jugak tadi bila awak nak call, kata petang nak call:-)?....
Erm esok insyaAllah petang saya jemput awak balik kerja ye!'....
Saya ternganga....biar betul mamat ni....
Kan ke masih demam....kalau dah sihat sekalipun....
.... takkan saya nak menyusahkan awak pulak?....
Tapi awak cakap kat saya....awak nak jumpa saya....
Dah lama tak tengok saya kata awak....
Akhirnya saya setuju....sebab tentunya saya juga begitu....
Malam ni saya penat, jadi bercadang nak tidur awal.....
Jam masa tu dah pukul 11.30 malam....
Saya bagitau awak....dan minta awak juga tidur....
Awak jawab....'Oo macam tu. Awak penat hari ni, tidur awal la....
....Rest badan tu....Huh! Sejuknya awak....'
Saya sedikit kalut membaca ayat awak yang terakhir....
Saya cakap kat awak....
Sejuk sangat ke? Awak ok tak ni? Awak dah makan ubat kan?
Selimutlah satu badan, biar berpeluh....nanti cepatlah sembuhnya....
Awak jawab....'A'ah la yang, dah selimut satu badan dah....
Takpe, jap lagi ok la tu. Awak tidur la, dah pukul berapa ni!....
....Awak penat kan? Kesian awak....'
Saya terdiam sambil dalam hati berkata....
"Orang kesiankan dia, dia pulak kesiankan orang....hmmmm...."
Saya akhiri perbualan kita malam tu dengan ucapan selamat malam yang ringkas.


Awak....
Pagi ini saya kembali bersemangat nak buat kerja....
Hmmm....mana taknya, awak kan dah janji nak ambil saya petang ni....
Tapi....jadi ke tak kali ni ye?
Petang tu lepas lunch saya mesej awak....
Tiba-tiba rasa rindu sangat kat awak....
Apa agaknya yang awak sedang awak buat sekarang ni?
Tak perlu menunggu lama, saya menerima balasan dari awak...


'Waalaikumussalam. Baru ingatkan sayang, dah dapat mesej:-)....
Dah makan dah, tadi makan maggie....
Perut ada sakit2 sikit laa....awak dah makan?'
Saya tergelak sendirian....kan betul apa yang saya cakap....
Awak ni memang kerap sakit....semalam demam, hari ni sakit perut lak....
Saya cakap kat awak.... Dah tau sakit perut kenapa makan maggie jer?
Awak sakit perut kenapa?....
Awak jawab....'Saya kena cirit-birit, tak tau la salah makan ke apa....
Tadi kat ofis, nampak ada maggie....rasa teringin lak, so saya makan la'....
Saya tergelak kecil....awak ni ada2 jer....
Awak tanya saya....'Erm hari ni ayang balik pukul berapa? Nak saya jemput ke?'
Saya mengerutkan dahi....E'eh datuk ni....kan ke semalam dia kata nak ambik?
Takkan dah lupa kot! Atau awak buat2 lupa?....
Saya pura2 sedih....saya cakap kat awak....
Laa....bukan ke semalam awak kata nak ambik? Tak jadi lagi ye:-(...
Awak balas....'Jadi, sape kata tak jadi...saje jer tanya, hehee....'
Eeee....awak ni jahat! Saja nak kenakan saya....
Saya cakap kat awak....Ok, nanti kalau dah sampai awak bagitau ye. TQ!
Awak membalas ringkas....'Ok, sayang tunggu tau'....

Awak....
Petangnya seperti yang dijanjikan, awak datang menjemput saya....
Dan terlerai sudah rindu saya untuk hari itu setelah melihat senyuman awak....
Awak bawa saya pergi makan KFC kat satu tempat tu....
Erm....dah lupa la nama tempat tu....ape ye wak?
Awak memilih untuk duduk berhadapan dengan saya....
Saya jadi malu tiba-tiba....nak makan dengan awak macam ni ker?Adushh....
Saya menelan ayam goreng perlahan-lahan....
Errk...rasa tersekat, perut rasa kenyang....adui....
Ni yang payah ni, saya masih gagal membuang rasa malu dalam diri ni....
Bila saja berdepan dengan awak...biarpun ini bukan kali yang pertama....
Awak memandang saya....lantas bertanya....
'Kenapa macam tak lalu jer nak makan?'....
Saya terkesima....awak perhatikan saya ke? Bisik hati saya sendirian....
Saya jawab....Err....bukan tak lalu....err....segan sebenarnya ngan awak....
Jujur saya memberitahu....
Awak tertawa kecil sebelum menyambung kata....
'Ala awak ni, buat macam biasa jer....makanlah, jangan segan ngan saya'....
Saya hanya mengangguk....dan meneruskan aktiviti makan2 petang tu....
Suasana agak diam, uhh! Rasa lemas begini....kekok!
Otak saya ligat berfikir mencari kata2 untuk memecahkan kesunyian....
So macam mana kerja awak hari ni? Banyak tempat kena pergi?
Sekadar berbasa-basi saya bertanya....
Awak menjawab perlahan....'Kerja ok, tak banyak sangat tempat kena pergi hari ni....'
Lepas tu, tiba2 handphone saya berbunyi....ada mesej masuk....
Rupanya dari bakal mertua adik lelaki saya....
Ada masalah sikit dengan anak dia dan adik saya....
Hmm...diorang ni tak habis2 buat masalah....
Kelam kabut saya call adik lelaki saya tu, tanya tentang masalah tu....
Kesudahannya....saya jadi buntu, tak tahu nak buat apa....
Pada awak saya ceritakan masalah saya....sedikit segan....
Itupun setelah awak bertanya ingin tahu....
Mulanya saya tak nak cakap, bimbang apa pulak persepsi awak nanti....
Tapi nasib baik awak ok....awak minta saya selesaikan dengan adik2 saya dulu....
Kalau saya tak dapat selesaikan, barulah bolah dibawa berbincang dengan mak abah saya....
Sebab awak kata....saya tak patut buat orang tua saya di kampung risau....
Saya menerima nasihat awak....sedikit gembira kerana awak boleh dibawa berbincang....
Selesai makan, awak terus hantar saya pulang....

Dalam perjalanan pulang tu, sempat lagi awak mengajak saya keluar esok....
Hmmm...awak kata nak tunaikan janji yang belum tertunai....
Saya tersenyum lantas bersetuju dengan cadangan awak....
Dalam hati gembira bukan kepalang....
Mana taknya, selama ni kita hanya keluar makan sekejap jer....
Tak pernah nak keluar lama2...spend masa sehari bersama....
Gementar pun ada....risau kalau2 awak boring keluar dengan saya nanti....
Saya bagitau awak....yang saya kerja separuh hari esok....
Jadi saya minta awak ambil saya di ofis tepat jam 12 tengah hari....
Sampai saja di rumah....saya terus mandi dan solat.....
Lewat tengah malam tu, saya mesej awak....
Mata ni tak boleh nak tidur...asyik terkenangkan awak....
Pun rasa gelisah menanti hari esok.....alahai hati.....
Awak balas mesej saya....hmmm nampaknya awak tidur lewat malam ni....
Maklumlah awak tak perlu bangun pagi untuk pergi kerja esok....
Saya cakap kat awak....yang siang tadi saya rasa puas hati sangat....
Awak tanya saya....'Yeker? Puas hati macam mana tu sayang?'....
Saya terkedu....pergh! Bab sayang2 ni yang rasa dibuai2 nih....
Saya cakap kat awak....Saya puas hati dapat tengok awak lama2 tadi....
Dah lama pun tak jumpa awak kan....
Awak balas....'Oo....macam tu. Esok kita nak pergi mana sayang?'
Toiii....adeh! Sayang lagi??! Ni dah terbuai makin tinggi nih....
Saya jawab....Tak kisah la pergi mana pun, ikut awak la....
Awak balas balik....'Ikut sayang la, asyik ikut orang jer:-('....
Jawapan awak buat tawa saya meletus....
Memang betul pun, selama ni bila kita nak keluar...
Dan bila awak tanya nak ke mana, saya asyik jawab...''..ikut awak laa....''
Erm....nampaknya kali ni saya yang kena beri cadangan....
Kalau tak, awak mungkin akan bosan dengan saya satu hari nanti....
Puas berfikir akhirnya saya membuat keputusan untuk tengok wayang esok....
Awak setuju....dan tanya kita nak tengok kat mana?
Spontan saya menjawab....Kita tengok kat kedai basikal kot:-)....hehee....
....Kat panggung wayang la wakk....tapi lokasi mana, tu awak yang kena pilih....
Awak membalas....'Kedai basikal?Hehee....pandai awak erk....
....maksud saya tadi, kat tempat mana? Erm kita tengok kat OU jelah awak ye'....
Saya ketawa kecil sebelum menghantar jawapan OK dengan pilihan awak....
Kemudian awak tanya saya....'Nak tengok citer apa?....'
Saya tanya awak balik....Citer apa yang tengah main sekarang ye?....
Awak balas....'Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Erm, saya pun tak tahu....
Kita tengok jelah citer apa yang ada kat sana nanti....then baru kita decide....'
Saya hanya bersetuju dengan pendapat awak....itu yang sebaiknya....
Awak...tanpa sedar rupanya malam kian larut....
Dan dengan berat hati saya menghentikan perbualan kita untuk hari itu....

Awak....
Bangun pagi ni saya rasa bersemangat sangat....
Dan yang pastinya....saya rasa berdebar-debar menanti tengahari nanti....
Saya membelek2 pakaian yang ada....erm tak tau nak pakai baju apa....
Puas berfikir akhirnya saya memilih jeans biru....
....bersama T-shirt berlengan panjang berwarna putih+pink....
Saya hanya ingin nampak simple saja hari ni....hari2 lain dah penat bergaya:-)
Awak....
Dek kerana ketidaksabaran saya....
Pukul 10 pagi tu....saya sms awak....
Saya rasa nervous....dan risau kalau2 awak mungkir janji lagi....
Saya tanya awak....ingat tak janji kita hari ni?....
Tak lama kemudian awak balas....
'Orang ingatla....mana boleh lupa. Nanti kita jumpa ye....
Awak buatlah kerja dulu. Erm saya nak tau hari ni pakai baju warna apa:-)?'
Saya jawab....Ok, nanti kita jumpa. Hari ni saya pakai baju biasa je....
....Jeans biru dengan T-shirt warna putih+pink....
Awak balas....'Oyeker...mesti cute kan! K jumpa nanti'....

Awak....
Tengahari tu....awak datang tepat pada waktunya....
Dengan hati yang berdebar, saya menghampiri kereta awak....
Saya meloloskan diri ke dalam kereta sebaik saja memberikan salam...
Awak tersenyum memandang saya....
Debar di dada kian bertambah....seakan mahu pecah!
Sebaris ayat terpacul di mulut awak....'Awak nampak cute hari ni!'....
Saya tersipu2 mendengar pujian awak....tak tau nak cakap apa....
Kalaulah awak boleh selam perasaan saya sekarang ni....hmmm....
Saya cakap kat awak....Mana ada cutenya, biasa jer....
Awak balas balik....'Eh! Taklah, cute. First time saya tengok awak pakai macam ni....
Selalunya awak pakai formal kan, hari ni simple....so nampak cute'....
Wah! Hati saya makin berbunga kembang mendengar pujian awak....
Nasib baik saya kat sebelah awak dan dalam kereta, kalau tak....
Dah tentu saya menjerit suka dan melompat macam budak kecil....heheee....
Saya melirik ke arah awak....diam2 memerhatikan pakaian awak....
T-shirt hijau susu berjalur....ada warna pink sikit....simple!
'Kita pergi kat OU Damansara ye....pernah pergi sana tak?'....
Soalan awak mematikan pemerhatian saya....
Saya jawab....Tak kisah ke mana pun, yang penting awak tahu jalannya....
Lagipun saya tak pernah pergi kat sana....
Awak balas....'Yeker tak pernah pergi? Ok kalau macam tu kita pergi sana jelah!
Ermmm....nak tengok citer apa ye wak?'....Awak memandang saya sekilas....
Saya berfikir-fikir....tapi gagal mencari jawapan....
Ntah kenapa tiapkali awak memandang saya....saya jadi blur sekejap....
Lama sepi tanpa suara....akhirnya saya menjawab....
Erm bukan ke awak kata sampai sana baru nak pilih citer apa?
Sekarang ni yang saya tahu citer Castello yang tengah ditayangkan....
Awak balas....'Castello erk? Awak nak tengok citer tu ker?'....
Saya cakap....Tak kisah citer apa pun, layan jer....
Tapi rasanya awak tak berminat nak tengok filem melayu ni kan?
Saya bertanya sengaja menduga awak....
Pantas awak menjawab....'Saya bukan tak minat, tapi kurang sikitlah....
Tengok citer gak ar....erm macam citer kelakar2 yang Apek berlakon tu ker...
Tapi kalau awak nak tengok citer Castello tu, saya leh temankan....'
Saya terdiam....dalam hati memang nak sangat tengok citer tu....
Sebab saya minat dengan Erra Fazira dan pelakon baru Lyana Jasmin tu....
Saya cakap kat awak....Tak syoklah kalau gitu....
Nanti saya tengok sorang2....awak kat sebelah boring lak....
Kita tengok dululah citer apa yang ada ye....
'Ok!' Sepatah awak menjawab....sambil tersenyum manis....
Senyuman yang selalu buat saya angau....hehehee....

Sesampai je kat OU tu, kita terus ke tingkat atas....
Taklah susah mencari panggung wayang tu....
Sebab awak nampak macam dah biasa dengan tempat ni....
Saya tanya awak....Selalu ke awak datang kat sini?
Awak jawab....'Taklah selalu sangat, kadang2 jer....'
Dengan sape? Awek erk?....Saya bertanya lagi....
Pantas awak menjawab....'Taklah, dengan kawan2 jer'....
Saya tak bertanya lagi....bimbang kalau saya tanya lebih lanjut....
Jawapan yang bisa merobek hati pulak yang saya terima....
Saya agak takut2 ketika melangkah menaiki escalator tu....
Jadi tiapkali menggunakannya, saya pasti agak ketinggalan di belakang awak....
Mungkin perasan dengan gelagat saya...awak bertanya....'Kenapa?'
Saya tersenyum sebelum menjawab....
Saya sebenarnya risau nak naik benda alah ni....
Bukan apa, dulu masa kat Pahang saya pernah jatuh dari escalator....
Awak mencelah....'Hah! Pernah jatuh? Tergoleklah? Macam mana leh jatuh?
Saya jawab....Tergolek dok awak....malu sangat masa tu...
Semua orang tengok....Adik saya yang no.5 la....
Masa dia kecik dulu dia takut naik escalator ni....
Kebetulan masa nak naik tu, dia kat belakang saya....
Dia tarik baju saya....saya pulak tak pegang kemas escalator tu, tu yang terus jatuh....
Tergolek2 wak....saya siap menjerit....'Tolong!Tolong!....
Tengah golek2 tu, saya nampak ada satu lelaki berbangsa Cina ni terus letak barang dia....
Dan meluru ke arah saya....Dia bantu saya sampai saya naik ke atas....
Perghh! Rasa macam heroin diselamatkan hero lak...heheee....
Masa tu tak payah cakaplah segannya....Tak tahu nak letak muka ni kat mana....
Semua orang kat dalam kompleks tu tengok....
Yang bengangnya, Along dan adik2 saya yang lain pakat dok gelak sakan....
Mula2 memang marah sangat kat adik saya yang buat saya jatuh tu....
Tapi lepas tu saya sendiri ketawa terbahak-bahak....kelakar kan!
Sejak daripada tu la, saya agak berhati-hati bila nak naik escalator tu....
Saya bercerita panjang lebar tanpa memberi ruang awak mencelah....
Habis jer saya bercerita, awak ketawa mengekek....luculah tu!
Tapi saya tak kisah...saya gembira bila awak ketawa....
Saya ralit memandang wajah awak tanpa awak sedari....


Awak....
Sampai je kat tingkat atas....
Kita terus menuju ke kaunter tiket....
Meninjau-ninjau movie apa yang bagus untuk ditonton....
Erm...takde yang menarik perhatian saya kala itu....
Kecuali cerita Castello....huhuhuu.....
Setelah berbincang akhirnya kita mencapai kata sepakat....
Awak beratur membeli tiket dan saya menunggu awak di tepi....


Masa tayangan nampaknya lambat lagi....
Jadi awak mencadangkan agar kita pergi jalan-jalan dulu....
Erm....awak kata awak lapar, nak makan.....
Saya cakap....saya ikut jer, tapi awaklah pilih nak makan kat mana....
Sebab saya tak pernah sampai kat tempat ni....
Awak tersenyum memandang saya....dan mengatur langkah dengan hati-hati....
Saya hanya mengikut langkah kaki awak....
Ke kiri langkah awak, ke kiri lah saya....
Ke kanan langkah awak, ke kanan jugalah saya.....
Hampir lenguh kaki saya ni, tapi kita tak sampai2 pun kat tempat yang dituju....
Tiba-tiba awak bersuara....'Awak lenguh ke berjalan dengan saya ni?'....
Err....awak ni macam tahu2 jer apa yang saya rasa sekarang ni.....
Saya jawab....Tak pun, ok jer lagi ni ha....
Saya senyum memandang awak sedang di dalam hati menggumam sendirian....
Huhuhu....Ok konon....kaki ni memang dah lenguh cik abang oii....
Awak cakap kat saya....'Awak, sebenarnya kan.....ermm....
....saya pun tak ingat kata mana letaknya foods court tu.....'
Saya menghamburkan tawa....kelakar tengok memek muka awak....
Mungkin rasa bersalah kot....hehee....
Awak menyambung kata.....'Tapi saya pasti, memang ada foods court tu....
Jom kita cari lagi ye! Awak sure tak penat ke?'....
Saya tergelak kecil....kemudiannya menjawab....
Saya larat lagi ni nak berjalan, cuma takut awak tu jer tak tahan lapar.....
Tapi betul ke awak tau ni?.....Sengaja saya menduga awak....
Awak dengan confident menjawab....'Tahu, betul ada...saya pasti!....
Saya pernah pergi....Kat tingkat bawah....tapi saya lupa la tingkat berapa....'
Awak buat saya tergelak lagi dengan jawapan awak....cutenya muka awak masa tu!

Setelah agak lama berjalan, akhirnya kita berhenti di hadapan sebuah foods court....
Erm....dapat jugak cari tempat ni, punyalah payah....
Awak tanya saya....'Awak nak makan kat sini ke atau nak makan fast food?'....
Saya jawab....Ala awak ni....dah separuh tenaga kita cari tempat ni....
Baru sekarang awak tanya saya pilihan lain?
Awak tergelak.....ringkas menjawab....'Lupalah nak tanya tadi....so macam mana?'
Saya biarkan soalan awak tak berjawab....
Sebaliknya saya tanya balik soalan tu pada awak....
Awak nak makan apa? Nasi ke fast food?....
Awak terdiam seketika....berfikir mungkin....
Kemudian awak bersuara....'Saya nak tengok lauk apa dulu,....
....kalau best kita makan kat sini ye? Awak tak kisah ker?'
Saya jawab....tak kisah pun, makan apa-apa pun boleh....
Saya mengekori langkah awak dari belakang....
Lepas beberapa minit, awak melangkah keluar dari foods court tu....
Awak cakap kat saya....'Lauk dia tak best sangat la, kita makan fast food la ye?'....
OK...sepatah jawapan dari mulut saya sambil mengukir senyum....
Dan baru beberapa tapak kita melangkah, awak berhenti....
Awak cakap....'Awak, kita makan kat sini jelah....
Nak makan fast food takut ramai orang pulak....'
Saya tergelak....lantas berkata....
Awak ni kan, cakap macam orang India la....kejap nak makan fast food....
Lepas tu kejap lagi nak makan nasi pulak....
Baik awak fikir betul-betul, awak nak makan apa sebenarnya?....
Awak ikut ketawa dengan pertanyaan saya....
Awak jawab....'Ntahla, saya pun tak tahu nak makan apa....
Rasa macam nak makan nasi, tapi fast food pun nak makan jugak...hehee....
Macam orang India ye? Takpe, awak kan faham....
Sebab awak suka tengok citer Tamil....hehee....'
Awak tergelak sakan....dan saya terkedu kejap sebelum ikut ketawa dengan kata-kata awak....
Hampeh betul! Dalam nak kenakan awak, saya pulak yang terkena....

Kita masuk semula ke dalam foods court tu.....dan awak mula memilih lauk....
Saya memerhatikan perlakuan awak...memang sah awak ni lapar.....huhuhuu....
Perasan diperhatikan, awak menegur....'Awak tak nak makan ke?'
Saya menggeleng....Tak nak. Tak rasa nak makan pun, dah kenyang la wak....
Awak makanlah....saya temankan je ye....
Awak mengangguk dan meminta saya mencari tempat duduk terlebih dahulu....
Setelah membeli secawan air, saya duduk di satu bangku menanti awak....
Tak lama kemudian awak datang bersama satu pinggan makanan....
Awak duduk berhadapan dengan saya....dan memulakan suapan....
Saya agak galabah bila duduk berhadapan macam ni....
Walaupun saya tak makan, tapi ntah kenapa saya rasa kekok nak bergerak....
Heheee....sebenarnya saya nak makan, tapi segan nak makan depan awak....
Saya segan nak pandang muka awak, segan nak bertentang mata....
Bila terpandang mata awak...pergh! Bisa jatuh cinta untuk yang kesekian kalinya dong....hahah!
Lagipun, bila dengan awak ni....perut yang kosong pun tiba-tiba boleh jadi kenyang:-)

Awak memulakan perbualan....tanya itu, tanya ini....
Dan saya membalasnya, juga bertanyakan awak itu dan ini....
Sekadar memeriahkan suasana....walaupun kadang2 pertanyaan saya tu ntah apa2 pun....
Tapi yang agak menyentuh hati saya....dan membuatkan saya terdiam.....
Bila saya tersilap tanya awak tentang si dia yang awak puja....
Saya tanya awak....Tak nak jumpa dia ke?....
Spontan awak menjawab....
'A'ah....ni kejap lagi lepas keluar ngan awak saya nak jumpa dia la ni....
Dah telefon dia tadi cakap nak jumpa, heheee'....
Saya hilang kata-kata saat itu...hati di dalam dah mendung....kejap lagi hujan la tu....
Lambat2 saya membalas kata2 awak....Ha ok la tu, pergilah jumpa dia....
Awak memerhatikan wajah saya....'Awak cemburu ye?'
Sekali lagi saya terdiam sebelum menjawab....
Taklah....buat apa nak cemburu.....
Terpulanglah kat awak nak jumpa dia ke sape...saya mana ada hak nak larang....
Lagipun saya kenalah terima hakikat yang awak kenal dia dulu sebelum saya....
Ada nada lirih dan sayu dalam kata2 saya....
Hilang senyuman yang terukir mula-mula tadi....Saya menundukkan wajah....
Sekarang dalam hati dah mula hujan....Wuaaaaaaa....kenapa macam ni?
Bodoh betul saya ni....kalaulah saya tak sebut tentang dia tadi....hmmmm....
Mendengar jawapan saya, awak membalas....
'Ala awak ni, saya tipu jer....mana ada saya nak jumpa dia....
Dia kan sekarang belajar kat Johor....saja jer saya nak tengok reaksi awak tadi....
Hah! Nampak sangat muka awak berubah bila saya cakap nak jumpa dia tadi, hehee....'
Saya mengangkat wajah....memandang awak sekilas....
Saya menafikan kata2 awak....Mana ada berubahnya muka saya, ok jer....
Awak balas balik....'Ala, saya tahu awak cemburu....memang muka awak berubah tadi, hahaha!'
Saya menggigit bibir....muka dah merona merah....
Alahai....kenapa la hari ni saya asyik termalu dengan tindakan diri sendiri....
Kalaulah saya lebih relaks dan tenang tadi....

Kita kat dalam panggung....Penonton mula memenuhi ruang....
Perasaan saya berdebar-debar sekarang ni....
Pertama kali menonton wayang bersama awak....
Rasa macam mimipi....duduk bersebelahan....
Awak tanya saya....'Selesa tak tempat ni? Ok?'
Saya jawab....Ok jer.....
Tayangan dah bermula....dan saya mula memusatkan perhatian pada layar skrin....
Pura-pura je tu....ahaks! Sebenarnya saya gagal memberi tumpuan....
Dek kerana gugup bila berada di sebelah awak....dalam keadaan begini....
Bila nak bercakap, kena bisik2....
Kalau kurang dengar, terpaksa rapatkan diri....
Aduh....sesak nafas dibuatnya....
Awak kelihatan macam tak selesa....Asyik membetulkan kedudukan.....
Saya tak pasti samada awak tak selesa....
Atau boring dengan citer Castello ni....
Saya tanya awak....Kenapa wak? Macam tak selesa jer?....
Atau awak boring tengok citer ni? Tak suka yer?
Awak jawab....'Takdelah, saya cuma nak duduk dengan selesa....
Saya tengah tengoklah ni, nak tahu juga citer dia macam mana....hehee....'
Saya hanya mengangguk....
Dan apa yang saya suka tentang awak ni, awak jenis yang suka ketawa....
Melihat gelagat saya yang konon2 kusyuk tu....
Awak tiba2 menghadang pandangan saya dengan tapak tangan awak.....
Saya agak terkejut dengan tindakan awak yang diluar jangkaan tu....
Saya tak menepis tangan awak yang menghadang tu....
Sebaliknya hanya mengelakkan wajah ke tepi....
Kemudian saya menoleh ke arah awak....
Awak tersenyum memandang saya....
Awak cakap....'Amboi, kusyuknya dia tengok....sampai tak bersuara'....
Saya tersenyum sebelum membalas....
Takdelah kusyuk sangat....cuma tengah cuba nak faham cerita ni....
Awak membalas ringkas....'Oyeker, hehee....saja jer kacau awak'....

Habis menonton....awak tanya saya....'Nak ke mana lepas ni?'
Saya jawab....Erm....tak tahulah wak nak ke mana....awak rasa?
Awak tanya saya balik....'Awak ada nak beli apa-apa ke?'....
Saya jawab....Takde, tak retilah nak membeli kat tempat besar-besar macam ni....
Kita sekarang menuruni eskulator....
Dan seperti biasa saya agak takut2 menuruni eskulator tu....
Awak berdiri di sebelah saya dengan tenang....
Selamba awak berkata....'Ha ni nak kena pegang tangan ni, meh sini'....
Saat mendengar kata2 awak tu, jantung saya berdegup lebih pantas daripada normal....
Tapi saya ego wak...saya jual mahal....
Saya kata kat awak....Takpe, saya boleh turun sendiri....
Erm, sebenarnya saya patut tahu yang awak....
....cuba cari jalan untuk pegang tangan saya....
Masa awak menghadang mata saya dengan tapak tangan awak....
Awak mungkin berharap agar saya mengalihkan tangan awak....
Tapi saya tak buat begitu....saya kaku....
Dan sekarang awak memberi 'hint' untuk saya fahami kata2 awak....
Saya masih tetap begitu....beku untuk memahami semua tu....

Kita keluar daripada pusat membeli-belah tu....
Terus menuju ke kereta.....dan kemudian awak memandu tanpa arah tujuan....
Berfikir-fikir destinasi mana harus dituju....
Maaf ye wak....saya tak tahu bab2 jalan ni....
Saya hanya menyerahkannya bulat2 pada awak untuk buat keputusan....
Kesian awak....terpaksa brain storming sorang2:-P....
Akhirnya awak berhenti di sebuah kedai makan....
Saya tak pasti kat mana tempat tu....
Awak kata awak lapar....nak makan, hehee.....
Saya pun lapar nih....tadi dah tolak rezeki dah....
Kali ni mesti makan....jadi soal segan tu tolak tepi....
Nanti dek kerana segan, gastrik saya datang lagi....
Erm....sekali lagi awak memilih untuk duduk berdepan dengan saya....
Awak leka memerhatikan saya....mulut awak tak berhenti berbicara....
Sampai saya jadi tak keruan....segan diperhatikan....
Saya minta awak....supaya tak memandang saya begitu....
Saya jadi segan nak makan....serba tak kena ni....
Tapi awak pulak merajuk....Awak kata kat saya....
'Ok, saya tak pandang dah awak....saya nak merajuklah....
....tak nak cakap dengan awak'....
Saya tahu awak main2....jadi saya sengaja mencabar awak....
Saya cakap....Betul ke tak nak cakap ngan saya? Ok..., jangan cakap!....
Awak diam....memusatkan pandangan ke arah kaca tv....sambil makan....
Wah....awak ni macam betul2 nak merajuk nih....
Takpe, saya bagi awak peluang merajuk selama mana awak nak....
Enggan mengalah, saya turut mendiamkan diri....

Lama....sepi....tanpa bicara....
Saya tiba-tiba rasa bersalah....lantas saya cuba memujuk awak....
Saya mengatur bicara dengan hati-hati....
Tapi awak saja nak eksyenkamen....Tak makan dek pujuk....
Selamba mulut awak menuturkan....
'Eh! Dengar macam suara orang....sape yang bercakap ni ye?'....
Awak buat2 sedang mencari sesuatu....
Saya mengetap bibir....Gelagat awak buat saya geram!
Saya memandang awak tak berkelip....awak juga memandang saya....
Sekali lagi mulut awak laju menuturkan kata....
'Saya bukan pandang awak, saya pandang kat belakang awak tu'....
Tiada senyuman di bibir awak....
Saya tambah geram.....dalam masa yang sama rasa bersalah....
Tiba-tiba saya rasa sebak....tubir mata dah mula digenangi air jernih....
Cengeng betul saya ni....Terasakah saya dengan kata2 awak tadi?
Cepat2 saya mengawal rasa yang bersarang di dalam....
Bimbang merosakkan sejarah indah yang terukir hari ini....
Saya cuba buat2 kelakar dengan awak....saya kata kat awak....
Ha'ah kan...suara sape ye? Macam suara langau jer....
Awak buat2 tak dengar....sebaliknya meneruskan suapan ke mulut....
Saya mati akal....tak tahu nak kata apa lagi....Jadi saya ikut diam....
Melihat reaksi saya sebegitu, akhirnya awak ketawa....
'Hehehee....saya memain jer, saja nak kenakan awak....
Padahal bukan merajuk pun....sorry yer....heheee....'
Hampeh tul awak ni! Dah hampir2 buat jiwa saya berkecamuk ni....
Awak kata memain jer....Tapi....
Yang saya nak sensitif sangat ni kenapa yer??




Lepas makan, awak tanya saya lagi....Nak ke mana?
Saya jawab tak tahu....awak mendiamkan diri....
Saya mula merasakan sesuatu yang tidak enak akan berlaku....
Lantas saya meminta awak menghantar saya pulang....
Awak menuruti permintaan saya....
Sampai di perkarangan rumah, awak memberhentikan kereta....
Awak memandang saya....tanpa berkata apa-apa....

Saya juga mendiamkan diri....membalas pandangan awak....
Tak tahu apa lagi yang nak saya katakan pada awak....
Lama membisu, akhirnya saya bersuara....
Saya cakap kat awak....
Terima kasih kerana sudi keluar dengan saya hari ni....
Maaflah kalau awak rasa bosan keluar dengan saya....
Awak menjawab ringkas....
'Sama-sama. Mana ada bosan, ok jer....'
Saya lantas meminta diri....melangkah perlahan-lahan....
Menjauhi kereta awak....
Tapi awak masih di situ....memandang ke arah saya....
Saya menoleh ke arah awak kejap....
Dan ketika itu, kereta awak mula meluncur pergi.

Awak....
Sebenarnya....saya....
Dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena....
Saya rasa tak gembira keluar dengan awak....
Betul....mula-mula tadi saya gembira sangat....
Tapi di akhir pertemuan kita....entah kenapa....
Saya rasa macam....pertemuan tadi tak cukup sempurna....
Mungkin....saya membosankan awak:-(....
Mana taknya....saya asyik jawab....
.... ''Ntahla...tak tahulah...terpulangla....'' bila ditanya....
Arrgghhhh!!! Kusutnya....

Awak....
Sehari selepas pertemuan tu....
Awak tak lagi hubungi saya....
Saya sms awak....tapi awak tak balas....
Kenapa???....
Mungkin betul....saya ni membosankan....kaku!
Saya nak call awak....tapi saya malu...
Malu kalau-kalau saya gelabah je lebih....
Awak....malam tu....
Saya tak dapat lena....teringatkan awak....
Tiba-tiba air mata ni menitis....
Terasa murahnya air mata seorang wanita....
Yang menangis....hanya kerana merindui seoarng lelaki....
Yang hatinya entah pada siapa....

Awak....
Pagi tu....suria terang-benderang....
Rasanya dunia saya kembali ceria....
Mana taknya....awak sms saya! Awak cakap....
'Sorry semalam line handphone saya rosak la....
....Call and message pun tak boleh...
Mesej awak semalam pun tengah malam tadi baru saya dapat....
....Saya baru keluar dari kedai Digi ni'....
Saya tersenyum meleret....Saya balas mesej awak...
Saya kata....Oyeker, patutla....
....ingatkan awak dah tak nak kawan dengan saya lagi....
Saya menanti balasn dari awak....
1 minit....5 minit....10 minit....
Sampai ke malamnya....tapi awak langsung takde respon....
Dunia saya kembali gelap....suram...muram....sepi....

Awak....
Hari ni hari kedua awak tak sms saya....
Hari ni Hari Raya Korban wak....awak tak nak wish saya ke?....
Saya tak balik beraya di kampung....
Memandangkan cuti hanya sehari...
Lagipun pada awalnya saya rasa tak kisah....
Sebab saya fikir....awak ada di sini.... dekat dengan saya....
Rupanya....kita dekat tapi jauh!
Pukul 9.18 minit pagi tu....saya terima kiriman sms dari awak....
'Assalamualaikum. Hye! Selamat Hari Raya....
Semalam sorry....saya dah tidur....
Anyway, moga berbahagia pada hari ini....take care:-)'
Awak....
Tiba-tiba saya jadi sendu sendiri....
Air mata mula bertakung....menunggu masa jatuh ke pipi....
Saya gagahkan diri membalas sms awak....
Sekadar mengucapkan kata-kata yang sama....
Sebab saya dapat rasakan....
Yang awak tak ingin melanjutkan perbualan kita....
Kepala saya terasa berat dengan pelbagai persoalan....
Yang tak mampu saya cari sendiri jawapannya....
Memang tepat telahan saya....
Sebab selepas detik itu.... awak tak lagi menghubungi saya....

Awak....
Hari ni saya singgah kejap kat Puchong....
Hmmmm....saat saya melintasi kawasan perumahan awak....
Makin kuat ingatan saya pada awak....
Hari ni masuk hari kedua awak tak sms saya....
Selama 2 hari tu jugakla...saya menahan diri dari mencari awak....
Saya tak mahu tunduk pada perasaan saya....
Saya ego...saya nak awak cari saya dulu....
Tapi awak beku....langsung tak hubungi saya....
Awak....apa sebenarnya yang berlaku?....
Soalan itulah yang bermain di fikiran saya....
Mungkin awak tak lagi menyukai saya seperti awal-awal dulu....
Atau mungkin juga....sesuatu telah berlaku pada awak....
Hah? Betul ke?....Takkanlah....
Tapi kalau betul macam mana?
Gagal menahan diri dari terus dihimpit persoalan....
Saya kuatkan semangat...beranikan diri....
Tebalkan muka sms awak....


Saya kuatkan semangat...beranikan diri....
Tebalkan muka sms awak....
Hi awak! Apa khabar? Sepi jer...
Saya menanti dengan penuh debaran....
Tak lama kemudian awak membalas ringkas....
'Hye! Sihat. Tak menyepi....ada jer:-)'
Saya jadi hilang kata-kata....tak tahu nak tanya apa....
Padahal dalam kepala saya ni sarat dengan pelbagai persoalan....
Tapi saya tak dapat nak luahkan....
Tak mampu....saya....segan nak tanya lebih-lebih....
Sebab saya jelas....yang hubungan kita ni masih belum bernama....
Apa hak saya nak soal awak macam-macam?
Saya jadi sedih sendiri....




Awak....
Dah 3 hari awak tak mesej saya....
Dan ini kali kedua awak buat saya macam ni....
Dulu awak hilangkan diri 3 hari juga....
Masa tu awak kata, awak sengaja nak duga saya....
Dan awak rasa ada something not good dalam hubungan kita....
Tapi kali ni saya tak pasti apa pula alasan awak....
Di saat ini saya betul-betul merindui awak....
Namun saya tak pasti adakah awak juga merindui saya....
Adakah awak juga merasai kekosongan yang saya sedang alami....
Awak....saya sedaya upaya mencuba....
Cuba menguatkan hati dan semangat untuk melupakan awak....
Seandainya itu yang bermain di fikiran awak ketika ini....

Awak....
Dari 3 hari....jadi 13 hari....
Dalam tempoh tu....saya tak sms awak....tak juga call awak....
Dan dalam tempoh itu juga, saya tak menerima sebarang khabar dari awak....
Awak tak datang ofis saya....jadi saya tak dapat tengok awak....
Rasanya....nak jer saya rosakkan komputer saya ni....
Biar itu jadi alasan....untuk saya hubungi awak....
Biar itu jadi alasan....untuk awak datang ke ofis saya....
Biar itu jadi alasan....untuk saya berjumpa awak....
Tapi saya tak buat macam tu awak....
Sebab saya tahu malu....malu pada diri sendiri....
Saya malu....kerana terlalu mengharapkan awak....
Malu kerana mendambakan kasih awak....
Nak tak nak....saya hanya mampu bersabar....
Awak...
Saya sangka hati saya dah cukup keras....
Tapi rupanya hati awak lebih keras dari saya....
Awak seolah-olah tak kisah jer....sedangkan saya?
Tahukah awak....apa yang saya lalui dalam tempoh tu?
Dalam 3 hari pertama saya ditinggalkan sepi....
Saya asyik bersedih....memikirkan apa salah saya....
Saya jadi tak lena tidur....tak bersemangat....
Bila tak dapat tidur....saya mula mencari coklat....walaupun di tengah malam!
Orang kata coklat elok untuk redakan stress....
Memang betul....tapi hanya seketika....
Sebab tak lama kemudian saya mula berfikir lagi....
Tentang awak....Tentang kita....
Tak cukup dengan coklat....esoknya....
Saya pergi beli semangkuk besar ais krim....
Ais krim juga salah satu cara untuk saya tenangkan diri....
Sejak dari dulu lagi....bila ada masalah, saya suka makan ais krim....
Masa tu saya tak fikir dah tentang masalah kegemukan....
Asalkan saya dapat meredakan sedikit perasaan saya ni....
Tu dah cukup....
Sambil makan ais krim....saya menangis awak....
Saya tak dapat menahan kesedihan saya....
Saya sedih bila saya gagal mencari puncanya....
Saya betul tak tahu awak....Kenapa awak tak pernah cuba untuk beritahu saya?
Saya sudu lagi ais krim ke mulut saya....
Kali ni dengan suapan yang lebih banyak....
Tapi air mata saya semakin laju menuruni pipi....
Saya gagal mengawal perasaan saya awak....gagal!
Esoknya....saya tak sihat....selesema....
Gara-gara makan ais krim tengah-tengah malam....
Tapi saya tetap tak serik....untuk tiga hari berturut-turut....
Saya masih makan ais krim....pada tengah-tengah malam....
Coklat tak saya lupakan....2 makanan tulah yang menjadi peneman setia saya....
Saya tak kisah, biarpun keesokannya saya pasti jatuh sakit....
Habis semangkuk...saya beli lagi....buat stok....
Tapi hubungan kita tetap dingin....
Tak menampakkan apa-apa perubahan....
Awak....
Teganya awak buat begini pada saya....
Awak tak rindu pada saya ke? Sekali pun tak pernah?

Awak....
Hari ni hari yang ke-14 saya ditinggalkan dengan penuh tanda tanya....
Tak saya duga....awak tiba-tiba muncul di ofis saya....
Saya terkejut bukan kepalang....saat itu hanya mata saya yang mampu berbicara....
Saya mengerling sekejap-sekejap ke arah awak....
Nak pandang lebih-lebih, takut awak perasan pulak....
Awak bercakap dengan ketua saya....
Saya hanya memasang telinga....mendengar suara awak....
Saya rindukan suara awak....rindu nak tengok awak....
Hmmmm....air mata saya bergenang lagi....
Tapi awak tak tahu kan....mungkin tak pernah nak ambil tahu....
Dan tiba-tiba awak berpindah tempat....
Awak datang ke tempat saya! Cuak sekejap saya....
Tapi awak buat tak tahu jer dengan saya:-(
Tiada sepatah kata pun lahir dari mulut awak....
Kalau awak bersuara pun, cuma dengan ketua saya....
Saya ni awak buat macam tunggul mati jer....
Sampai hati awak!
Kali ni saya menangis lagi....tapi hanya dalam hati....

Awak....
Tengahari tu, saya lunch dengan kawan-kawan saya kat ofis...
Kitorang order McD hari ni....
Baru je saya mengambil tempat di sisi kawan saya....
Tiba-tiba handphone saya berbunyi....Ada mesej masuk....
'Assalamualaikum. sorry tadi tak tegur....
....Take care ye. Makan McD elok-elok:-)'....
Saya agak tergamam dengan kedatangan mesej tu....
Sape lagi pengirimnya....kalau bukan awak!
Awak buat saya makin pening....
Apa sebenarnya yang awak sedang cuba lakukan?
Saya tak tahu samada saya patut tersenyum....atau tak...
....kala menerima mesej awak....
Kerana yang pastinya, ada rasa sebak bersarang di hati saya....

Awak....
Saya tak balas pun mesej awak hari tu....
Saya keraskan hati....biar awak rasa sepertimana yang saya rasa....
Tapi saya masih berharap, yang awak akan mesej saya lagi....
Hmmm....penantian saya nyata sia-sia....
Penantian yang tak berpenghujung....
Hakikatnya awak kini mula menjauhkan diri dari saya....
Saya terpaksa terima semua ni....
Peritnya awak, menanggung rasa ini bersendirian....
Pernah beberapa kali, dek kerana terlalu rindukan awak....
Tanpa sedar saya menjerit....''Rindunya saya kat awak!!!!''
Eeeee....geramnya!!! Kenapa awak buat saya macam ni???
Tak sedar pula saya masa tu Along saya berdiri di belakang saya....
Along saya kata saya bodoh! Macam tak boleh hidup tanpa lelaki....
Pilunya hati saya saat tu....bodohkah saya?
Tak....saya tak bodoh! Along tak faham apa yang saya rasa....
Along tak selami hati saya....takde sape yang faham....
Melainkan mereka yang pernah melaluinya....

Saya buka diari saya....penuh dengan catatan tentang kita....
Mesej-mesej yang pernah awak hantar pada saya....
Semua tertulis dalam diari saya ni....saya salin awak!
Sebab saya nak selalu ingati saat-saat tika kita masih rapat....
Saya ingat lagi....bila Along saya tengok saya salin semua mesej awak....
Along kata....saya takde kerja....buat benda tak berfaedah....
Takpe, saya telan saja kata-kata tu....
Along takkan faham....
Dan bila saya baca balik kesemua mesej awak....
Mata saya berkaca....saya menangis lagi....
Dulu....awak pernah kata....yang awak rasa saya ni buah hati awak....
Awak kata....saat itu hanya saya dalam fikiran awak setiap masa....
Tapi sekarang? Saya tiada tempat lagi ke dalam fikiran awak?
Dulu....awak kata, rindu pada saya....
Padahal kita baru jer lepas berjumpa....
Sekarang? Ke mana menghilangnya rindu itu awak?
Dulu....awak kata, awak sayangkan saya....sungguh-sungguh!
Awak kata, awak rasa bertuah dapat bersama, berkawan dengan saya....
Awak kata lagi....awak suka pada saya....
Sebab saya cantik, lemah-lembut, suka merendah diri....tak menunjuk-nunjuk....
....dan awak rasa saya dah mula menambat hati awak....
Sekarang? Saya tak lagi buat awak rasa bertuah ye?
Saya tak lagi menambat hati awak kan!
Semuanya dah berubah kan awak....
Saya menangis lagi, sayu sangat hati saya ni awak....

''Alangkah sukarnya memadam, bayangan masa silam....
Di dalam keberanian terusik jua perasaan...
Tiada hentinya, memanjatkan doa....semoga jiwa ini terus tabah....
Sesungguhnya saat yang terindah hamyalah sementara....
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa....''


Awak...
saya sangat merindui awak pada masa ini,
alangkah awak tahu perasaan saya di saat ini,
saya cukup gembira jika dapat meluahkan apabila kite bersama di sisi.

Awak...
selepas kejadian semalam tu saya berasa serba salah,
saya taknak melukakan hati kecil awak tapi saya tak bermaksud nak melukakan hati kecil awak,
saya berusaha memujuk agar awak tak memarahi saya pada waktu itu,
tapi usaha itu hanya sia-sia.



Awak...
semalaman saya tak boleh tidur tentang hal semalam itu ,
saya menyesal dengan perbuatan saya ,
alangkah awak tahu betapa sayangnya saya pada diri awak?,
alangkah awak tahu betapa sedihnya apabila awak mengatakan kata-kata yang menggores hati kecil saya?
Air mata yang berlinangan di kelopak mata bercucuran di pipi saya,
alangkah awak tahu betapa pedih nya jika kehilangan seseorang yang kita sayangi?
Andai kata perpisahan berlaku di waktu itu saya akan berusaha memujuk awak supaya percayakan saya ..dan pujuk..pujuk..pujuk lagi..
tapi kenapa saya pujuk?..kerana awak telah merampas hati saya..itulah sebabnya..

Awak...
saya berterima kasih sebab maafkan saya dan percayakan saya keesokan harinya,
saya bersyukur sangat sebab awak dah maafkan saya,
akhirnya pujukan saya berjaya =) ,
malam di saat kejadian itu juga saya berdoa supaya ALLAH kekalkan hubungan kami ,
akhirnya termakbul juga doa-doa saya pada tempoh hari.

Awak...
saya teringat awak buatkan saya sandwich tempoh hari,
saya rindu sangat-sangat dengan sandwich awak itu,
bila awak nak buatkan saya sandwich tu lagi?kata saya pada awak..
awak berkata..nanti bila kita jumpa saya akan buatkan sandwich ayam dekat awak lagi..
saya berkata...tapi bila wak?..lama lagi larr..
saya sedih tatkala dia berjauhan di sisi saya,
saya terpaksa akur dengan takdir yang memisahkan kami buat sementara waktu.

Awak..
sekarang awak dah makin sibuk ,
saya sedih dan keseorangan di sini,
alangkah gembiranya saya jika awak menemani saya sekarang ini,
alangkah baiknya apabila kita dapat sms seperti dahulu kala?,
awak..saya sangat rindu awak pada pagi ini...saya rasa awak pun sama ..tapi rindu saya ni buat saya hendak menangis...

Awak...
saya banyak terkenang sewaktu kita keluar bersama,
awak belanja saya macam-macam,
tapi saya malu untuk terima nya ..
alangkah jika saya balas balik perbuatan awak itu?tapi bila?..
bila awak akan balik wak ?bila wak?

Awak...
saya menghargai semua perbuatan yang awak curahkan pada saya,
kasih sayang yang tak terhingga dan belaian yang mampu membuatkan hati saya cair..
saya terkenangkan sekali lagi sewaktu kita keluar bersama..
awak...SAYA RINDU AWAK! jerit hati kecilku...
saya harap awak dengar jeritan saya..
tapi malangnya ianya bukan dari mulut saya...
ianya tak didengari oleh sesiapa...

Awak...
semalam anniversary kita...
saya tertido..sehinggalah pukul 2 pagi saya terbangun semula dan menghantar awak sms happy anniversary..
awak balas kiriman sms saya pada waktu itu juga..
kiriman sms awak membuatkan saya terharu..
sweet sangat awak punya kiriman sms tu..

Awak...
saya taktahu nak habiskan cerita saya ini,
saya harap awak baca luahan hati saya,
saya berharap awak adalah teman sehidup semati saya,
sebab awak adalah perempuan yang saya CINTAI selama saya hidup ini..

Sunday, December 19, 2010

Online Novel - Awak....Kenangan Terindah (part 8)

Awak....
Esok malamnya saya sms awak....rindu!
Tapi awak bagitau yang awak demam....
Saya tanya awak....Teruk ke demamnya? Dah makan ubat?
Awak cakap....'Dah makan....taklah teruk sangat'....
Awak juga mintak maaf daripada saya....
Sebab mungkin tak dapat keluar tengok wayang esok dengan saya....
Saya kata....Takpe, awakkan tak sihat. Duk rumah jelah, rest....
Dan saya tak nak kacau awak....Awak tidur awal ye....
Awak kata....'OK, thanks. Sorry sekali lagi sebab tak dapat keluar'....
Selepas membaca sms awak yang terakhir tu, saya termenung....
Hampa juga sebab tak dapat jumpa awak....
Sedangkan dah 3 hari saya menunggu kedatangan hari esok....
Tapi akhirnya tak jadi pulak....
Tapi takpelah....nak wat camner, awak tak sihat.

Esok malamnya....saya sms awak lagi....
Tanya khabar awak....dah sihat ke belum....
Awak cakap....'Dah ok la sikit, sorry le tak dapat keluar hari ni'....
Saya cakap....Never mind, kita boleh keluar lain kali....
Awak dah makan belum? Ubat dah makan?
Awak cakap....'Belum. Jap lagi la....tengok kalau ada selera'
Saya balas....Tengok dulu? Awak makan la sikit, kesian kat perut tu....kosong....
Kalau tak makan macam mana nak ada tenaga....
Promise dengan saya, yang awak akan makan!
Tegas saya katakan pada awak....
Awak balas....'Oklah wakk....jap lagi saya makan. I promise'....
Saya senyum....
Malam tu awak tidur awal....tapi sempat ucapkan kata rindu buat saya....
Ermmm....bahagianya rasa!

Awak....suatu hari tu awak call saya....
Awak kata saja nak call....nak dengar suara....
Ala, saya faham....awak rindukan saya la tu kan, hehee....
Saya pun rindu sangat kat awak....rindu sesangat!
Tapi nape tak boleh nak cakap ni....
Err....kata-kata ni hanya tersekat di kerongkong saya....
Mungkin kerana segan....atau mungkin juga kerana ego!....
Bila awak dah letak telefon, mula la saya rasa menyesal....
Nape la tadi saya tak tercakap? Nape berat sangat mulut ni nak luahkan semuanya?
Malamnya....saya sms awak....
Tanya awak....rindu saya tak?
Awak jawab....'Miss U so much! U?'....
Saya cakap....Saya pun rindu sangat2 kat awak!
Awak tanya saya balik....
'Yeker? Tadi siang masa saya call nape tak cakap?'....
Saya jawab....Saya segan. Nak cakap, tapi tak terluah....
Awak balas....'Tu pun nak segan, cakap je. Hehee...'
Kita berbual sekejap saja....sebab esok kerja.

Awak....hari yang lainnya pulak....
Awak sms....tapi masa tu dah pukul 12 malam lebih....
'Assalamualaikum. Hye! Dah tidur ke?'
Saya jawab....Waalaikumussalam. Belum lagi, tengah teringatkan awak....
Awak balas....'Oyeker. Cian awak....
Erm, esok saya ambik awaklah....kita jumpa yek'....
Mulanya saya terkejut juga....tiba-tiba je awak cakap nak ambik....
Saya tanya awak....Macam mana awak nak ambik?Nape tiba-tiba jer?....
Awak jawab....'Saya ambik awak macam hari tu la....
Saya kesian tengok awak, menanti-nanti je....
Takpe, esok saya ambik. Tunggu tau! Sure saya ambik awak'....
Saya tak puas hati dengan jawapan awak....
Saya cakap pada awak....Sebab kesian? Bukan sebab rindu?....
Tak naklah saya kalau macam tu....
Awak jawab....'Bukan kesian la. Saya pun nak jumpa awak....
....rindu jugak nak jumpa awak'....
Tengok awak ni....tadi cakap lain, ni cakap lain plak....
Saya kata kat awak....Tak yah lah, menyusahkan awak jer....
Awak balas....'Erm, ok lah kalau awak tak nak....
Takpe....yang sebenarnya saya memang nak jumpa awak'....
Aduh....ni yang lemah ni....
Saya memang tak boleh dengar ayat "takpe..." tu....
Mulalah jatuh kesian....serba salah pun iye gak....
Jadi saya katakan pada awak...
Ok!Ok! Esok awak ambik saya....
Awak balas....'Heheee...tapi awak balik kul berapa esok? Pukul 6 ke 8?
Saya cakap...Erm, tak tau lagi. Esok saya bagi tau awak erk....
Oklah, saya nak tidur dah ni....malam ni awak wish saya dulu....
Awak balas...'Ok. Gud nite sweet girl....
....Mizz u n thanks 4 everything. Mmuahh! Assalamualaikum'....
Terkedu jap saya membaca mesej awak tu....
Tidur dalam senyuman lagi la saya malam ni, huhuhuuu....

Awak....
Hari ni saya rasa bersemangat nak buat kerja....
Saya rasa mood saya sangat baik....
Saya asyik tersenyum je....
Mana taknya, petang ni saya akan bertemu dengan awak....
Rasa macam dah lama jer tak tengok awak....
Saya kerling jam di tangan.....baru pukul 10.35 pagi....
Ah! Lambat lagi....
Setiap detik dan saat yang berlalu, saya rasa begitu perlahan....
Benarlah bak kata pepatah....''Penantian itu suatu penyeksaan''....
Saya cuba sibukkan diri saya dengan kerja-kerja kat ofis ni....
Tapi otak, hati dan perasaan saya ni semuanya asyik ingat awak....
Mata saya ni asyik nampak awak....Ermmm, teruk dah saya ni....
Pukul 5.00 petang....Ada lagi satu jam....
Tapi sepanjang hari ni awak tak mesej saya apa-apa pun....
Ntah jadi ke tak ni? Tiba-tiba saya rasa tak sedap hati...
Nak tanya awak ke tak yek?
Karang kalau tanya, macam saya pulak yang beria-ria....
Tunggu dululah....mungkin jap lagi awak akan contact saya....
Pukul 5.30 petang....awak still tak cakap apa-apa....
Jadi saya buat keputusan untuk bertanya pada awak....
Saya buang sikit rasa malu tu....
Saya sms awak....saya cakap....
Awak, saya balik pukul 6. Awak jadi ambik saya tak ni?
Tak lama kemudian, awak balas....
'Maaflah awak. Saya tak dapat ambik awak hari ni....
Saya kat tempat client lagi ni, tak tau balik pukul barapa....
Saya sibuk sangat, tak sempat nak jumpa awak, sorry ye'....
Menyirap darah saya ni membaca balasan sms daripada awak....
Tak jadi lagi? Bz?....
Mood saya yang sejak pagi tadinya sangat baik....mulai berubah....
Seolah-olah awan mendung yang gelap....
Menunggu masa melepaskan hujan-hujannya....
Geram dan marah bercampur menjadi satu....
Geram sebab awak selalu mungkir janji di saat-saat akhir....
Marah sebab kenapa awak tak bagitau saya awal2?
Kalau awak bagitau awal2, saya akan faham dengan kesibukan awak....
Ni tak....awak diam jer....
Kalaulah saya tak tanya tadi, agaknya tercongoklah saya sorang2....
....kat depan ofis saya ni....menanti awak yang tak mungkin datang....
Kalaulah awak ada kat depan saya sekarang ni....
....nak jer saya sumbat mulut awak tu dengan bola!
Pandai berjanji....tapi tak pandai nak tepati....
Semalam beria sangat nak ambik....geramnya!!!!!
Dek kerana geram yang teramat sangat....
Saya terus delete sms awak....
Saya off handphone saya....
Saya tau....awak tentu akan sms saya....untuk mintak maaf....
Dan tentunya akan call saya bila sms awak tak berjawab....
Tapi buat masa ni saya tak bersedia....
....tak bersedia nak dengar permohonan maaf awak tu....
Geram + marah + malu + kecewa....semua ada!
Pukul 8 lebih tu, baru saya on handphone saya....
Tu pun sebab hati saya ni meronta-ronta nak tau....
Samada awak ada sms n call saya atau tak....
Sebaik saja saya on kan handphone tu....
Nah! Banyaknya sms masuk dalam inbox saya....
Dan ada lebih kurang 8 kali missed call dari awak....
Saya baca sms awak....
'Nape saya call awak tak dapat?Awak marahkan saya ye?....
Saya mintak maaf kerana tak dapat jumpa awak hari ni'....
Maunya tak marah! Uhh! Biarkan....saya tak nak balas sms awak....
Baik saya pergi mandi n solat dulu....tenangkan hati ni....
Lama saya berfikir....nak maafkan ke tak....
Ermmm....hati seorang perempuan....tak ubah macam kerak nasi....
Keras mana pun, bila direndam dengan air....lembut juga akhirnya....
Manalah saya sampai hati nak biarkan awak terus dihambat rasa bersalah....
Orang kata dalam marah....ada sayang....
Dalam benci....ada rindu....tak tahan beb!
Saya jawab sms awak....
Tapi saya tak bagitau pun tentang rasa geram saya tadi tu....
Malas nak panjangkan cerita....
Saya kata handphone saya takde bateri, lupa nak charges....
Dan saya kata kat awak....yang ni last sms saya boleh send kat awak...
Kredit dah habis....nanti dah top up baru saya sms awak semula.

Esoknya....tiada lagi kiriman sms daripada saya buat awak....
Dan awak pun....langsung tak sms saya....
Takpe....saya nak tengok sampai mana awak nak bertahan....
Pukul 9 malam, takde....pukul 10 malam....pun takde....
Pukul 11 malam....takde jugak....
Ermmm...boleh tahan awak ni ye....takpe, takpe....
Pukul 11.05 minit malam tu, handphone saya berbunyi....
Tit....tit....tit....1 message received....
Saya buka....'Hye! Saya tau awak takde kredit....
Saya cuma nak ucapkan SELAMAT MALAM Cik Sxxxxxx '....
Saya senyum....yes! Mengalah jugak awak akhirnya....hehee....

Esoknya....
Tiba-tiba je saya nampak awak kat ofis saya ni....
Kebetulan masa tu saya ada kerja kat bawah....
Terperanjat jugak....tapi saya berlagak cool....
Buat-buat tak nampak awak....
Sedangkan masa tu saya memang lalu di sebelah awak jer....
Bila saya naik atas....saya tengok handphone saya ada 1 mesej....
'Ai, terus jer:-('....ringkas sms awak saya terima....
Saya senyum dan membalas....
Habis takkan nak tegur awak pulak depan staff2 yang lain....
Nanti apa kata diorang....
Awak balas balik....'Ye jugak kan, tapi saya pandang awak....
....siap senyum lagi....tapi awak pulak tak pandang saya'....
Saya tersenyum....erm, walaupun saya tengok awak sekejap je tadi....
Tapi saya dapat rasakan yang mood awak baik hari ni....
Saya tanya awak....Ada apa2 ke? Macam happy jer.... Dah makan?
Awak jawab....'Happy dapat tengok awak, hehee....dah makan, awak?'
Saya cakap....Dah. Awak nampak cute la hari ni:-)....
Awak balas....'Hehee. Yeker, mana ada cute....
....Saya tengok awak tadi bz jer'....
Saya tak sempat nak balas sms awak tu....
Sehinggalah awak send sms yang seterusnya....
'Awak, saya balik dulu. Bye! Take care....'
Saya balas sms awak....saya cakap....
Cepatnya! Sorry la wakk, tak sempat nak balas sms awak tadi....
Saya bz sangat....Ok awak pun take care. Hati2 drive tu....
Awak balas balik....'Ok, thanks'

Awak....
Kebelakangan ni, saya bz sangat....selalu OT sampai pukul 8 malam....
Sampai kat rumah kadang dah pukul 9 malam....
Lepas tu nak mandi, nak solat, basuh baju, memasak....penatnya....
Bila dah penat tu, malas la pulak nak layan sms....
Sms daripada awak pun saya tak balas....
Masuk hari ni, dah 2 hari saya tak sms awak....
Tapi awak tetap tak putus asa....awak try sms saya lagi....
Masa tu pukul 7.19 malam....saya still kat ofis....
'Assalamualaikum. Hye! Erm, awak apa khabar?'
Saya jawab....Waalaikumussalam. Baik. Sorry le lama tak sms awak....
Awak balas....'Tu la. Awak senyap jer bila saya bagi mesej'....
Saya cakap pada awak....Saya sibuk, banyak kerja....asyik OT jer....
Ni pun dah 2 hari sakit kepala....
Awak balas....'Erm sakit kepala? Kenapa? Awak ada check doktor tak?
....Jangan cakap awak tak nak pergi, bahaya la awak!'....
Saya cakap....Tak tau la kenapa, mungkin tak cukup tidur or penat....rindu saya tak?
Awak jawab....'Rindu. Tu yang mesej awak. Awak?
....Erm jap lagi awak baliklah ye!'
Saya balas....Rindu jugak. Ok jap lagi saya balik, pukul 8....
K lah awak, saya nak siapkan kerja saya ni....
Balik nanti saya mesej awak ye.

Saya sms awak sebaik saja saya sampai di rumah....
Awak, saya baru sampai kat rumah....
Saya nak mandi jap n nak solat....
Awak tunggu saya ye! Jangan tidur lagi, nanti saya mesej awak....
Boleh tak tunggu ni?....
Saya bertanya pada awak....
Awak jawab....'Ok sayang, saya tunggu:-)'....
Automatik saya tersenyum apabila menerima balasan daripada awak....
Lepas semua kerja saya selesai, baru saya mesej awak....
Tu pun dah lewat....saya cakap kat awak....
Sorry sekali lagi ye awak, saya lambat. Basuh baju n makan dulu tadi....
Sorry ye sayang! Err...boleh ke saya panggil awak sayang ni:-)?
Awak jawab....'Boleh, tak salah.Oo....patutlah lama saya tunggu:-)....
....Sape ada kat rumah?'....
Saya cakap....Along jer. Sure boleh ni? Kotlah awak tak suka saya panggil macam tu....
Awak balas....'InsyaAllah awak. Nanti kita bersama....
Apa yang awak harapkan, InsyaAllah akan tercapai juga'....
Ha?!! Apa awak cakap ni? Macam lari dari tajuk jer....
Saya balas balik....Tak faham. Boleh explain dengan lebih jelas tak?
Sekali lagi awak menjawab....'InsyaAllah, suatu hari nanti. Awak sanggup tak tunggu tu?'
Blur lagi saya....tapi dalam blur-blur tu saya jawab juga....
Saya katakan pada awak....Saya sanggup tunggu. Tapi nak tunggu apa ni?
Awak balas....'Erm, takde apa-apalah wakk:-) '....
Eeh awak ni....main tarik-tarik tali pulak....
Ingat senang saya nak berpuas hati dengan jawapan awak tu....
Saya tanya awak sekali lagi....
Awak cakap apa ni? Nak suruh saya tunggu apa?....
Awak ni....nanti saya asyik berfikir je apa maksud awak ni....
Cakaplah apa dia wakk....bagi clue sikit jer....awak cakap tentang apa?
'Perasaan'.....Sepatah jawapan dari awak saya terima....
Saya balas....Tak fahamlah awak. Cakaplah terus-terang....
Kan senang....sakit kepala dah ni saya berfikir....
Saya masih cuba memujuk awak....
Tapi awak cuma menjawab....'Erm tak faham2 pulak :-)'...
Aduh....susahnya nak buat awak cakap terus-terang ni....
Nampak gayanya awak ni tak makan pujuk....
Takpelah, saya tak nak desak awak lagi....
Rasanya saya tau kot apa yang awak nak sampaikan tu....
Tapi tak taulah sama ke tak apa yang saya fikir ni....
.... dengan apa yang awak nak sampaikan tu....
Tunggu jelah....lalu saya tukar topik, tak nak cakap pasal hal tu lagi....
Saya tanya awak....Awak ada sweater warna hitam kan?
Awak jawab....'A'ah....ada. Kenapa?'....
Saya cakap....Takde apa. Saja tanya....
Sebenarnya saya suka sangat tengok awak pakai sweater tu....
Nampak macam cute sangat!
Awak balas....'Oo....patutlah awak cakap pasal sweater....
....alaa....saya tak cute la:-). Awak, saya rasa lainlah malam ni!'
Saya tanya awak....Apa yang lainnya?
Awak jawab....'Perbualan kita malam ni'....
Saya tanya awak balik....Kenapa dengan perbualan kita malam ni?
Awak cakap....'Tak ada apa-apa....'
Eeeiii....awak ni memang pandai pancing minat saya....
Dah la tu....tak nak cakap pulak....
Saya ni tak boleh kalau orang main cakap separuh2....
Mulalah saya nak cungkil sampai habis, perasaan ingin tau tu membuak-buak....
Saya katakan pada awak....
Awak ni kan, suka buat saya pening. Cakap berkias-kias....
Bila saya tanya, awak cakap takde apa-apa....
Awak balas....'Erm, janganlah marah. Ala, saya saja jer'....
Saya balas balik....Tak marah pun cuma geram! Cakap belit-belit....
Akhirnya awak cakap....'Hehee, dah la wak. Dah lewat ni....
Saya pun dah mengantuk. Awak bila nak tido?'....
Saya jawab....Saya pun dah mengantuk gak ni....
Awak tidur, saya pun tidurlah....cepat wish saya dulu!
Awak cakap kat saya....'Gud nite sayang! Erm, untuk saya?'
Pendeknya? Takpe, lelaki ni memang tak pandai nak buat ayat panjang2 agaknya....
Saya forwardkan satu cute sms buat awak....ada gambar teddy bear....
Tapi awak tak nak....awak cakap....
'Erm tak nak yang tu. Tu bukannya dari awak....Awak just forwardkan kat kita:-( '....
Pulak dah....erm awak ni demand la....
Apa yang saya nak wish kat awak erk....
Puas berfikir, akhirnya saya dapat ciptakan kata-kata indah buat awak....
Dan saya send pada awak....
Awak balas....'Hehee....sweetnya. Terharu saya. Thanks'
Saya senyum, gembira kerana awak menghargainya....
Saya cakap kat awak....Sama2. K awak, gud nite. Assalamualaikum....
Awak balas balik....
'Erm nanti esok awak call saya ye. TQ! Waalaikumussalam'
Saya kehairanan....rasanya bukan perbualan kita yang lain malam ni....
Tapi awak yang lain....mimpi apa ntah nak saya call awak esok....
Tidurlah....mata dah berat sangat ni....ZzZzzz....

Esoknya, saya tak call pun awak....
Kredit saya tak cukup nak buat call out....
Saya hanya sms awak pada sebelah malamnya....
Seperti biasa, saya tanya awak tengah buat buat apa?
Tunggu sms dari saya ke?....
Awak jawab....'A'ah, tertunggu-tunggu. Tengah duk minum dengan kawan'....
Saya tanya awak lagi....Betul ke tunggu? Awak kat Shah Alam ye?....
Saya cuba meneka kedudukan awak....
Awak jawab....'Mestilah sayang. Sayang, awak teka salah....
Saya dekat Klang. Dah makan ke tu?'....
Sayang? Terpana saya membaca kata-kata awak....romantisnya!
Senyum dah makin melebar ni....
Aduh! Mau tak tidur malam ni....asyik tersengih jer, hehee....
Saya tanya awak....Rindu saya tak? Awak, erm boleh tanya sikit?
Awak ada contact kawan JUSCO awak tu lagi tak?....
Saya tau saya kerap tanyakan soalan ni pada awak....
Tapi ntah kenapa, saya sentiasa ingin tau....
Mungkin kerana saya bimbang awak masih mengharapkan dia....
Awak jawab....'Rindu sangat! Erm awak?....
Tentang kawan saya tu, macam tu jer wakk....
Saya pun dah lama tak contact dia. Dia pun sama, tak dengar citer....
Ntahlah wak, erm kenapa?'....
Saya cakap....Takde apa, tanya je....
Awak tanya saya balik....'Awak cemburu erk?'....
Saya jawab....Erm kalau saya cemburu pun, bukannya boleh buat apa....
Saya takde hak atas awak, siapalah saya nii.....
Awak cepat-cepat membalas kata-kata saya tadi....
'Ala awak ni....janganlah cakap "siapalah saya ni"....
Saya tak sukalah macam tu....saya tau macam mana rasa cemburu....
Saya mintak maaf ye wakk....erm awak sayang saya tak?'....
Ringkas saya menjawab....Ntah, tak tau!
Awak tanya saya balik....'Kenapa tak tau?'
Saya senyum....Hehee, saya memain jer....
Of course la saya sayang awak....kalau tak, takdelah macam sekarang....
Awak balas....'Ooo....thanks coz sudi menyayangi diri saya....
Pukul berapa nak tidur ni?'....
Saya jawab....Lambat lagi, tengah tengok tv....
Erm saya tak tau kenapa la saya sayang sangat kat awak....
Awak rasa kenapa erk?.....Saya bertanya....
Awak jawab....'Ntah, mana saya tau....hehee....
Saya rasa sebab awak suka kat saya, betul tak?'
Awak ni buat saya ketawa jer dengan jawapan awak tu....
Mestilah sebab suka baru saya ada rasa sayang tu kat awak....
Mungkin ada faktor-faktor lain yang buat saya sayangkan awak kan?
Tapi....kadang-kadang kita tak perlukan sebab untuk sayangkan seseorang tu....
Cinta tak memerlukan sebab....
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang....
Namun begitu, ia boleh dirasa di dalam hati....
Cewah, berfalsafah pulak saya ni....
Hah! Tadi awak tanya saya, sekarang saya tanya awak pulak....
Awak sayangkan saya tak?
Awak jawab....'Erm, ntah. Tak nak cakap:-)'....
Saya mengetap bibir....Teruknya! Awak ni kedekut ngan jawapan la....
Saya paksa jugak awak cakap....
Tapi awak berdegil....tetap tak nak cakap....
Sebaliknya awak tanya saya....
'Kalau saya cakap, awak nak bagi apa dekat saya:-)'....
Uhh! Main sistem barter la pulak....Ni yang malas ni....
Kalau awak cakap jer kan senang! Jimat kredit awak, jimat kredit saya ni....
Tak payah nak tanya banyak kali....
Saya berfikir seketika dan kemudiannya menjawab....
Saya kata kat awak, yang saya akan tunaikan apa saja permintaan awak....
Awak tanya saya untuk kepastian....'Erm betul ke apa-apa jer?'
Saya cakap....Betul. Anything! InsyaAllah saya akan tunaikan....
Tapi jangan mintak yang melampau dah la....Apa yang awak nak?
Dalam hati saya berharap agar awak mintak yang senang2 jer....
Asalkan jangan buat permintaan macam Puteri Gunung Ledang tu....sudahlah....
Mana nak cari? Pengsan saya nanti....
Awak katakan pada saya....
'Erm saya nak awak call saya jap lagi. Cakap rindu kat saya, boleh;-)?'
Saya tersengih....permintaan yang agak mudah untuk ditunaikan....
Eh! Jap....check baki kredit dulu....
Alamak....ada Rm1.20 jer....takut tak cukup nak call awak....
Kejap mungkin boleh kot....tapi kalau dah bercakap mana boleh sekejap....
Gerenti melarat jadi lama....malulah kalau tiba2 line terputus....
Dah la line lain2....awak Digi, saya Celcom....
Ish! Macam mana ni? Tak dapatlah saya nak tunaikan malam ni....
Saya cakap pada awak....
Saya boleh tunaikan, tapi bukan malam ni....
Kredit tak cukup. Err....saya hutang dulu boleh?
Awak jawab....'Kalau macam tu kena tunggu la. Tunggu awak, boleh ke:-)'
Eeeii....teruklah awak ni. Bukan nak bertolak ansur dengan saya....
Saya cakap kat awak....Awak ni kedekut! Nak suruh cakap tu pun susah....
Kalau macam tu awak simpan jelah perasaan awak tu, saya tak nak tau....
Awak balas....'Eh, ayat awak tu macam marah jer. Awak marah ye?'
Saya cakap....Tak marahnya kat awak tu, sayang lagi ada la:-)....
Tapi geram la kat awak ni....
Awak balas....'Aduh! Cair saya....Geram kenapa pulak?'
Saya jawab....Geram sebab awak ngelat! Tadi awak tanya saya, saya jawab jer....
Tapi bila saya tanya awak, awak tak nak cakap....tak aci betul....
Awak katner dah tu? Tak balik lagi ke? Dah lewat ni....
Awak balas....'Ooo....ingat geram apa tadi....
Tengah on the way nak balik....erm saya bukan nak ngelat....
Cuma awak takleh nak tunaikan....
.... so saya kena tunggu awak dulu then baru boleh bagitau:-)'
Saya balas balik....Yelah tu, ok kalau tak nak bagitau takpe....
Awak tunggu jelah saya bayar hutang awak tu dulu, tapi tak tau bila....
Saya nak tidur dah, cepat wish saya!
Sementara tunggu awak reply sms saya....
Saya dah ready dah nak tidur, dah baring pun kat tilam yang empuk ni....
4 minit kemudian, handphone saya berdering....
Erm?!! Awak?....Saya terus terbangun dari pembaringan....Saya jawab panggilan tu....
Saya tanya kenapa....
Awak cakap....'Nak wish awak. Gud nite. Rindu awak!'....
Aduh! Sungguh menggetarkan hati dan jiwa saya ni....
Saya tergelak kecil....dah terbalik pulak....
Patutnya saya yang call n wish awak macam tu....
Awak cakap....'Tu lah pasal, terbalik. Tapi takpelah....
Saya rasa saya nak cakap kat awak, jadi saya call la'....
Wahhh....touchingnya! Saya pun rindu kat awak....
Thanks ye sebab call, dapat saya dengar suara awak malam ni sebelum tidur....
Awak tergelak dari hujung talian sana....
Dan awak kata....'Takpe, saya pun memang rindu kat awak....
K lah, awak tidur ye. Gud nite sayang! Assalamualaikum'
Saya membalas....Ggu..gud nite kat awak jugak. Waalaikumussalam....
Tersangkut-sangkut ayatnya....
Dek kerana terkedu mendengar ayat awak yang terakhir tu....
Selalunya awak wish thru sms jer....tapi malam ni saya dapat dengar live lagi!
Talian diputuskan....dan malam ni pastinya saya terlena....
Diulit mimipi yang sangat indah!


Awak....
Pagi ni saya pergi kerja saya dengan mood yang ceria....
Rasa penuh bersemangat untuk memulakan hari saya....
Seakan hidup saya ni sudah sempurna, dengan kehadiran awak....
Pukul 10 pagi tu....saya menerima satu kiriman sms....
'Assalamualaikum awak. Selamat pagi. Bz ke tu?Saya ada dekat bawah ni:-)'
Saya tersenyum....nak tipu lagilah tu....taktik lama!
Saya tak dengar pun collegues saya cakap PC diorang ada masalah....
Atau ada masalah email down ke, software ke apa....takde pun....
So kenapa pulak awak nak datang?
Saya balas....Waalaikumussalam. Selamat pagi....
Taklah bz sangat....Eleh, saya tak percaya awak ada kat bawah....
Nak main-mainkan saya la tu kan....
Awak balas balik....'Erm, kalau tak percaya cubalah turun bawah'
Dup!Dup!....Tiba-tiba jer jantung saya berdetak kencang....
Betul ke awak ada kat bawah?Ni yang buat saya tak senang duduk ni....




Tapi saya tak naklah nampak sangat yang saya ni excited dengan kedatangan awak....
Jadi saya buat-buat cool....
Saya tanya awak....Bila awak sampai? Tengoklah, nanti rajin saya turun;-)....
Awak jawab....'Baru jer. Erm, kalau rajin plak dia'....
Saya senyum sorang2 depan PC ni....
Nasib baik kedudukan meja saya ni agak strategik....
Baris hadapan, dekat dengan pintu....
Dapatlah tengok orang yang keluar masuk....
Dan takdelah orang perasan sangat ngan gelagat saya ni....
Kalau tak, maunya saya ni di cop sebagai orang sewel....
Saya mencari-cari kerja yang boleh membuatkan saya turun ke bawah....
Saya nak tengok awak....rindu sangat ni!
Takkan nak buat-buat fotostat lagi....
....macam yang pernah awak cadangkan dulu tu....
Idea tu tak best....ermmmm....jumpa purchaser!
Tapi ada ke kerja yang nak diselesaikan dengan purchaser?
Saya membelek-belek kertas kerja di atas meja....
Hah! Ada....receiving report untuk shipment daripada Hong Kong ni....
.... ada problem sikit....Yes! Ada reason untuk saya turun ke bawah....
Tapi....malulah....Sure awak tau saya kenapa saya turun kan!
Ah! Lantaklah....Lagipun saya pasti yang awak pun nak tengok saya gak....
Hehee....perasan!
Saya turun....berhati-hati mengatur langkah....
Persis seorang peserta America's Next Top Model lagaknya....
Yang sedang membuat catwalk....
Humm....malunya kalau tiba-tiba tersadung depan audiens kan....
Dengan kerlipan lensa kamera di sana-sini....Glamour tuu....
Ceh! Sempat lagi saya ni berangan....
Saya melintasi tempat awak membuat kerja....
Awak memandang saya....lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang manis....
Adoii....meruntun jiwa....saya tiba-tiba jadi gelabah....
Langkah saya menjadi kaku....
Nasib baik tak terjatuh tadi....kalau tak, malu!
Setelah urusan saya selesai....cepat-cepat saya naik ke atas....
Lemas duk lama-lama kat bawah ni....
Tambah pulak kalau Sales Manager saya ada....
Erm, dapat tengok awak kejap pun jadilah....
Saya cuma nak pastikan awak betul-betul berada di ofis saya....

Tak lama kemudian....Awak pulak naik ke atas....
Jumpa dengan ketua saya....
Ala, saya tau awak sengaja naik....nak tengok saya kan!
Kali ni saya bukan perasan....sebab awak sendiri pernah bagitau saya....
Yang kadang tu awak sengaja turun naik ke department saya....
Semata-mata nak tengok saya....
Konon-konon nak cari cd la....nak tanya itu laa....
Padahal takde apa pun....Hahaha!
Masa awak berbincang dengan ketua saya tu....
Saya hanya diam tak bersuara apa....tapi jangan tak tau....
Senyuman saya ni dah sampai ke telinga dah ni....
Puas saya cuba sembunyikan senyum, tapi susahnya....
Walhal saya sendiri tak tau senyuman ni kerana apa, untuk apa dan untuk siapa....
Masa awak nak turun bawah tu....awak memandang saya melalui cermin pintu....
Saya perasan awak sedang memandang saya....
Jadi saya menoleh ke arah awak....
Awak senyum....dan saya melambaikan tangan ke arah awak....
Sambil tersenyum simpul....dan awak membalasnya....
Cewah! Macam dalam citer hindustan lak....
"Kuch-Kuch Ho Ta Hai....Dil To Pagal Hai''....
Humm....memang sesuatu telah terjadi di antara kita....dan hati ni dah giler!
Awak....
Hati saya ni meronta-ronta nak tengok awak lagi....naiklah awak....
Krekkkkk....pintu terbuka, dan awak muncul di balik pintu tu....
Awak betul-betul naik!....Saya tersenyum lebar lagi....
Ni yang tak tahan ni....dan ulang tayang untuk babak hindustan tu berlaku lagi....
Bahagianya!!!!! Tak lama kemudian, awak sms saya....
Bagitau yang awak dah nak balik....
Saya wish kat awak....Bye-bye! Bawak kereta elok-elok. Take care. I miss U....
Awak balas....'Ok, awak pun sama take care. Miss U 2'

Awak....
Malamnya saya sms awak....
Saya katakan pada awak....tentang perasaan saya....
Kenapa saya asyik rindukan awak?
Awak balas....'Mana kita tau, erm tadi kan awak dah tengok saya'....
Saya cakap....Memanglah, tapi lepas jumpa makin rindu pulak....
Awak nampak smart sangat tadi....Erm awak tak rindu kat saya ke?
Awak jawab....'Yeker nampak smart? Hehee....TQ!....
Ada rasa rindu jugak. Tadi bila saya tengok awak....
Saya senyum jer sorang-sorang:-)'....
Saya tanya awak....Senyum sorang-sorang? Kenapa?
Awak jawab....'Sebab saya suka tengok awak!'
Sekali lagi saya bertanya....Nape suka tengok saya? Kelakar ke?
Awak jawab....'Sebab awak lawa, cantik....'
Saya tersengih....bangga gak dengan pujian sebegitu....
Apatah lagi ianya datang dari orang yang saya suka....dan sayang!
Giliran awak pulak bertanya saya....
'Girl yang kat belakang tempat awak tu, staff baru ye?'
Saya cakap....A'ah. Mana awak tau? Awak suka dia ye:-(?'
Awak jawab....'Tadi nampak. Erm, suka jugak:-) Nanti kirim salam kat dia ye'
Saya balas....Gatal jugak awak ni ye! Boleh, nanti saya sampaikan....
Betul awak suka kat dia ni? Esok saya cakap kat dia....
Agak geram saya mencoretkan kata-kata tu....maunya tak jealous!
Awak balas....'Hehee. Takde ler. Saya main-main jer. Sorry....'
Saya cakap kat awak....Betul ke main-main?....
Ala, kalau awak betul suka kat dia takpe....
Saya boleh tolong awak adjustkan....tapi dengan satu syarat....
Awak balas....'Betul lah saya main-main jer....
.... Erm apa syaratnya tu? Nak tau jugak.... boleh?
Saya jawab....Syaratnya, awak kena carikan pakwe lain untuk saya....
.... sebagai pengganti awak!
Awak balas....'Hehee....kalau macam tu, tak nak la:-)'....
Saya tanya awak semula....Kenapa pulak tak nak?
Awak jawab....'Erm, tak nak ar. Coz awak dah mencuri hati saya:-)....
Tapi kalau awak dah paksa jugak saya carikan orang lain....
hmmm....nak buat macam mana....terima jeler:-('
Saya ketawa....Tau pun tak nak....
Timbul idea nakal di fikiran saya....lalu saya tanyakan pada awak....
Saya curi hati awak? Maknanya sekarang ni awak takde hati la ni?
Habis tu, awak tak report polis ke:-)?
Awak jawab....'Tu la, ingat nak report polis gak. Tapi takde dalam kes la....'
Tawa saya meletus lagi....dan saya katakan pada awak...
Baiknya awak....jangan risau, saya akan jaga hati awak ni baik-baik....
Awak balas....'Takpelah, saya biarkan awak ambik hati saya....
Sebab saya tau, awak memang baik hati'....
Saya senyum....rasa terharu tiba-tiba, dengan kata-kata awak ni....
Saya tanya awak....tengah buat apa tu? Bila nak tido?
Awak cakap....'Tengok tv. Awak nak tido dah ye?'
Saya cakap....Kejap lagi kot...
Awak balas....'Nanti awak dah nak tido, bagitau saya. Saya wish awak nanti....
Saya kata....Ok. Tadi siang balik kerja pukul berapa?
Awak cakap....'Pukul 6.30 petang. Penat jugaklah hari ni....
.... banyak kena pergi tempat client....
Awak pulak balik pukul barapa? Makan dah ke belum ni?
Saya jawab....Pukul 6 lebih jugak la....Dah makan....
Awak, saya dah ngantuk ni....saya wish awak dululah ye....
Gud nite, jangan tido lewat. Rindu n sayang awak, mmuah!
Saya closing dengan kata-kata ni....
''Satu yang indah dalam hidupku, satu itulah DIRIMU''....
Awak balas....'Erm, dah nak tido ye. Ok sayang....
....Selamat malam, miss u 2. Sorry la takde kata-kata yang indah:-) have a sweet dream'
Saya senyum....Takpe, saya faham wakkk....
Ucapan ringkas macam tu pun dah cukup buat saya.

Awak....
Malam yang lainnya.....awak sms saya.....
Awak kata awak baru balik kerja....
Dan awak mengadu....'Penat ar awak'....
Saya suruh awak take rest dulu....mandi, solat dan makan....
Awak balas....'Ok sayang. Erm awak sayang saya?'
Saya senyum....dah nak masuk maghrib pun sempat lagi nak feeling....
Soalan awak saya jawab dengan pertanyaan....
Awak pulak macam mana? Sayang saya tak?....
Awak jawab....'Orang tanya dialah tadi....Orang sayang la....'
Kali ni saya tersengih lebar lalu membalas....
Saya pun sayangkan awak!
Awak balas balik....'Terima kasih sebab sayangkan saya....
Oklah, kita sambung kemudian yek'....

Pukul 9 lebih tu, saya menerima satu sms....
Mulanya saya ingat sms tu dari awak....tapi saya silap....
Sms tu adalah kiriman seseorang dari masa silam saya....
1st luv saya! Dia bukan nak apa pun....hanya bertanya khabar....
Saya terkejut jugak....sebab dah lama dia tak hubungi saya....
Sejak dia berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya....
Gadis yang sangat saya kenali....anak jiran di belakang rumah saya....
Dan sekarang mereka dah pun memiliki seorang anak yang comel....
Tapi saya faham, dia dah kahwin....
Tak elok kalau kami kerap berhubungan....
Saya cuba berlagak biasa....dan bertanya keadaan dia pula....
Yelah....orang berbudi, kita kenalah berbahasa....
Dia kata dia ok, sihat....
Saya tanya tentang kehidupan dia sekarang ni....
Alhamdulillah....dia kata dia bahagia sangat....
Ntah kenapa saya rasa cemburu....
Sepatutnya saya yang berada di sisi dia sekarang ni....
Ah! Kalaulah dapat diputarkan kembali masa yang lalu....
Saya takkan tega melukakan hatinya....yang tulus mengasihi diri saya....
Tapi masa tu saya budak lagi....baru habis SPM....
Tak boleh nak fikir dengan matang pun....
Lagi pulak hubungan saya dengan dia tak direstui keluarganya....
Apa yang saya mampu lakukan di saat usia semuda itu?
Saya takde kekuatan pun nak mempertahankan cinta kami ni....
Dia tanya macam mana pulak dengan saya? Bila nak kahwin?
Satu persoalan yang mengguris hati saya....
Dalam hati saya menjawab....
"Macam mana nak kahwin, saya tak jumpa lelaki yang baik seperti awak"
Air mata mula bergenang....sedihnya....
Awak sedang berbahagia ketika ini....tapi saya masih mencari....
Saya katakan pada dia....2,3 tahun lagi kot. Belum sampai seru lagi....
Dan dia membalas....'Lambatnya?Tak elok kahwin lambat2 ni....
Kalau dah ada yang sesuai, kahwin jelah....'
Kata-kata dia sekali lagi menghiris hati saya....Bercakap memang mudah....
Saya cakap kat dia....Tu perancangan saya jer....Jodoh di tangan Allah....
Sampai masa nanti, bila tiba jodoh saya dan sampai seru....kahwinlah saya....
Dia membalas....'Ok, saya doakan awak bahagia selalu....
....dan bertemu dengan jodoh yang lagi baik daripada saya'
Setitis air mata menitis di pipi saya....
Cepat2 saya seka sebelum along saya melihatnya....
Perbualan kami berhenti hanya setakat itu....

Perasaan yang bercelaru itu membuatkan saya rasa sedih....
Saya perlukan seseorang sebagai teman bicara....
Dan minda saya teringatkan awak....
Lalu saya mengirimkan sms buat awak....
Saya luahkan kesedihan saya pada awak....
Awak membalas....'Erm kenapa jadi macam tu?....
Alaa....sabarlah. Kan awak kata 2-3 tahun lagi....'
Sedikit sebanyak kata-kata awak memberi kesan pada saya....
Saya cakap....Memanglah, tapi tu la....saya rasa cemburu....
Tengok dia bahagia....Saya ni masih lagi mencari....
Saya bukan bermusuh dengan dia....
Just rasa sedih bila teringat kenangan lama tu....
Tapi takpelah, saya kena redha dengan semua ni....
Doakan jelah dia bahagia selamanya bersama keluarga dia....
Awak membalas....'Tu la, redha jer yer. Erm saya kan ada:-)'....
Awak memujuk....buat saya tersenyum....
Sengaja saya tekankan pada awak....
Memanglah awak ada....tapi tak confirm lagi macam mana....
Lama saya menanti balasan daripada awak....
Akhirnya awak membalas....'Oyeker macam tu?.... K lah awak, tidurlah....
Saya pun dah ngantuk ni. Kita sambung lain kali ye. Gud nite n take care'....
Saya terpinga-pinga....cepatnya awak surrender malam ni....
Tapi takpelah, kan ke awak penat....
So gud nite untuk awak jugak, Zzzz....

Awak....
Sepanjang hari ni awak tak sms saya apa-apa pun....
Mulanya saya fikir awak sibuk, tak sempat nak sms saya....
Jadi saya pun tak sms awak....sebab tak nak kacau....
Tapi keesokannya awak still tak sms saya....
Saya rasa gelisah....ke mana awak menghilang?
Atau awak ni nak menyombong dengan saya?
Takpe....kita tengok siapa dulu mengalah....
Saya cuba melawan....seperti sebelumnya....
Awak....
Saya rasa sepi tanpa awak....
Rasanya ingin saya hubungi awak, untuk bertanya khabar....
Tapi sifat ego yang menebal dalam diri saya nii....
....membuatkan saya tak ingin menyerah kalah....
Masuk hari ketiga....awak masih diam tanpa berita....
Saya semakin tak keruan....asyik terkenangkan awak....
Saya mula terfikir....kenapa awak tiba-tiba mendiamkan diri?
Awak dah tak sayangkan saya lagi?
Ermmm....mungkin awak dah jumpa orang lain....
Atau mungkin juga awak dah berbaik dengan teman Jusco awak tu....
Betul ke macam tu?....Buat seketika saya terfikir sampai ke situ....
Namun cepat-cepat saya usir fikiran2 sebegitu....
Kerana tak mau ianya meracuni kasih sayang yang telah saya semaikan untuk awak....
Mungkin awak tak sihat....Tak sihat?
Kalau betul tak sihat, seharusnya saya dulu yang sms awak....
Tapi, saya maluuu....nanti nampak sangat saya yang tersua-sua....
Nampak sangat yang saya lebih perlukan awak berbanding awak perlukan saya....
Dan yang ketaranya, nampak sangat saya yang kalah....
Tak boleh! Tak boleh! Saya tak boleh buat macam tu....
Buat malu diri sendiri jer....
Saya bertingkah pendapat dengan diri sendiri....
Tapi rasa rindu yang membuak-buak ni tak dapat nak dibendung lagi....
Persoalan yang bersarang di hati ini memerlukan jawapan daripada awak....
Dan ada ketikanya membuatkan saya sedikit tertekan....
Antara ego dan rindu....yang mana satu patut saya menangkan?
Tiapkali saya cuba menangkan rasa rindu....
Tangan saya akan pantas mencapai telefon....
Baru saja nombor awak saya dial....tiba-tiba ego saya menggunung....
Takkan saya pulak yang nak cari awak dulu?
Cepat-cepat saya matikan talian sebelum ianya bersambut....
Berjam-jam saya berfikir....nak call awak ke tak nak?
Nak mesej awak dulu....atau tunggu saja awak mesej saya?
Awak....
Hidup saya jadi tak tentu arah dalam 3 hari ni....
Saya lebih banyak berfikir dan selalu termenung....
Kadang-kadang sampai sakit kepala kerana terlalu banyak berfikir....
Dan kadang-kadang sampai menitis air mata....
Dek kerana rindu yang tak tertanggung....
Saya mengimbau kenangan ketika kali terakhir kita berbual....
Cuba mencari di mana silapnya....
Dan akhirnya saya menemui jawapannya....
Cerita tentang xbf saya! Rasanya inilah punca yang buat awak menyepikan diri....
Tapi kenapa pulak? Takkan awak cemburu kot?
Atau saya ada tersalah cakap masa kita berbual tentang tu?
Saya berfikir-fikir lagi....
Mungkin awak terasa bila saya cakap yang hubungan kita belum confirm lagi....
Ntahlah, saya pun tak sedar yang kata-kata saya tu....
....akan menyentuh hati awak....
Sedangkan saya tak bermaksud macam tu pun....
Perlu ke saya call awak untuk bertanya sendiri?
Saya tak tau apa yang patut saya lakukan....
Hmm....Ada baiknya saya solat Asar dulu....
Sekurang-kurangnya dapat saya menenangkan hati ni....
Dan dapat berfikir apa tindakan yang sepatutnya saya ambil....
Alhamdulillah....selepas itu saya mendapat jawapannya....
Hati saya kuat mengatakan yang saya patut telefon awak....

Pukul 7.00 malam tu....saya menguatkan semangat....
Saya dail nombor awak dan menanti dengan perasaan yang pelbagai....
Berdebar-debar ada....malu pun ada....
Takut pun ye jugak....takut awak tak layan....
'Hello, assalamualaikum'....Satu suara kedengaran dari hujung sana....
Suara seseorang yang sangat saya rindui....
Lepas menjawab salam, saya terus bertanya....
Ke mana awak menghilang? Diam jer 3 hari ni....Awak sihat?
Awak jawab....'Saya sihat. Tak menghilang ke mana pun....
Saya ada je kat sini'.....
Saya tanya lagi....Habis tu nape awak tak sms saya pun?
Awak marah kat saya ker?....
Awak jawab....'Takdelah, mana ada marahnya. Saya bz sikit'....
Saya membalas....Oyeker? Tapi takkan tak sempat nak sms?
Mesti ada apa-apa ni....Kalau tak, takkan tiba-tiba jer awak diam?
Cakaplah terus-terang....sebab apa awak jadi gini?
Sekali lagi awak menegaskan....'Takde apa-apalah awak....
Nak cakap apanya....mana ada apa-apa....
Awak kat ofis lagi ke ni? Pukul berapa nak balik?'....
Saya membalas....A'ah kat ofis, nak baliklah ni jap lagi....
Eh! Awak jangan nak tukar topik pulak yer....
Saya tau mesti ada something nii....Baik cakap!....
Saya menekan awak lagi....memaksa awak untuk bercakap jujur....
Awak ketawa....'Heheheee....Takde apa, betul awakkk...Saya OK jer....'
Huh! Awak ni memang susah nak berterus-terang....
Tapi kali ni saya takkan mengalah....
Saya tau macam mana nak buat awak berkata benar....
Saya cakap kat awak....Saya tau kenapa awak diam jer....
Awak terasa hati ye bila saya cakap tentang exboyfriend saya hari tu?
Saya bertanya direct....membuka ruang untuk awak meluahkan rasa....
Tapi awak tetap tak mengaku....Awak hanya tertawa....
Lalu menyambung kata....'Takdelah, mana ada saya terasa hati....
Saja jer saya nak diam....sebab tu jer....'
Tengok tu....tak nak mengaku lagi....ego betul awak ni erk!
Saya cakap kat awak....Awak tipu! Saya tau awak terasa hati....
Awak cemburu erk?Awak nii....napelah susah sangat nak cakap?
Luahkan jer....Kan senang....tak payah nak simpan-simpan....
Awak ketawa lagi....dan akhirnya mengaku....
'Heheee....Adalah rasa cemburu sikit'....
Saya tergelak....Betul awak cemburu? Bestnya!!!
At least dapat juga saya tau respon daripada awak....
Kan ke cemburu tu tandanya sayang....
Saya katakan pada awak....
Yang saya mintak maaf kalau kata-kata saya tu....
....mengguris hati awak....saya takde niat pun....
Dan saya langsung tak terfikir tentang perasaan awak....
....sewaktu saya bercerita tentang exboyfriend saya tu....
Awak membalas....'Takpe, saya faham'....
Saya tanya awak....Macam mana kalau saya pun diam jer macam awak?
Saya tak call or mesej awak....agaknya awak akan contact saya tak?
Awak tergelak kecil dan menjawab....
'Hehehee....tak taulah. Tapi saya tunggu jugak....
Manalah dia ni....tak call pun....
Nasib baik awak call hari ni....ingatkan tak nak call dah'....
Saya terus membalas....Mulanya saya pun tak nak call....
Segan jugak, takut awak tak nak layan....
Tapi tak bolehlah....rindu! Awak tak rasa apa-apa ker?
Awak jawab....'Saya pun rindu juga kat awak....
Tapi saya tengok dan tunggu jelah....
....tengok awak nak contact saya ke tak, hehee....'
Saya turut tergelak....teruklah awak ni! Sengaja mendera perasaan saya....
Tapi saya bersyukur sangat....hubungan yang dingin kembali pulih.

Awak....
Pukul 7.58 minit malam tu, awak sms saya....
'Assalamualaikum. Erm dah balik ke belum tu?'....
Saya tersenyum....Hah! Sekarang baru nak sms saya ye....
Saya jawab....Tengah siap-siap nak baliklah ni....
Awak, lain kali janganlah buat macam tu lagi ye!
Erm, tadi ada benda saya nak cakap....tapi tak tercakap...
Awak balas....'OK, saya tak buat macam tu lagi....
Saya minta maaf tau. Erm, apa yang awak nak cakap?'....
Saya jawab....Saya maafkan awak....
Sebenarnya saya tak sangka apa yang saya cakap tu....
Boleh buat awak cemburu....Tapi, betul ke awak cemburu ni?
Macam-macam yang saya fikir bila awak diam je....
Awak membalas semula....'A'ah. Apa yang awak fikir bila saya buat macam tu?'
Saya jawab....Saya fikir awak dah tak sukakan saya lagi....
Mungkin awak dah jumpa girl lain....
Atau mungkin dah berbaik dengan kawan JUSCO awak tu:-(...
Awak balas...'Erm sampai ke situ pulak. Takdelah....
Saya takkan buat macam tu kat awak....
Saya punya cara, kalau saya tak suka saya akan cakap....
Ermmm....awak cemburu ke?'
Saya kata kat awak....Mestilah cemburu!....
Awak, saya tak fahamlah.....
....kenapa awak nak menjauhkan diri dari saya?
Takkan sebab cemburu je kot? Mesti ada sebab lain....
Awak jawab....'Coz saya ada rasa macam saya ni sibuk2 je kat awak....
Bila nak call awak, rasa macam kacau jer. Bila nak mesej....erm, tunggulah!
Mungkin awak jawab mesej, sebab nak sedapkan hati saya jer....
Erm, tulah sebabnya....'
Saya terkejut dengan kata-kata awak....
Tak sangka rupanya awak ada anggapan yang sedemikian....
Saya cakap kat awak....Saya mintak maaf....
Kadang-kadang saya lambat balas sms awak....
Bukan sebab tak suka atau membalas sekadar nak sedapkan hati awak....
Cuma adakalanya saya sibuk dengan kerja....
Bila balik rumah, saya akan settlekan semua kerja saya dulu....
Sebelum membalas sms awak....
Lepas tu barulah best nak main sms pun, takde nak fikir apa dah....
Kalau awak rasa nak call, call je....saya tak rasa terganggu pun....
Saya rasa gembira menerima panggilan awak....
Harap awak jangan fikir yang bukan2 lagi....
Panjang lebar saya menerangkan....supaya awak faham keadaan sebenar....
Awak membalas....'Oyeker, ok next time saya fahamlah....
Erm, awak....esok saya ambik awak ye?'....
Saya berfikir....dan kemudiannya memberikan persetujuan....
Apatah lagi kita sudah lama tak bertemu.

Awak....
Esok paginya saya menerima 1 kiriman sms daripada awak....
'Assalamualaikum. Morning awak! Saya ada kat bawah:-)'....
Saya tersenyum....kali ni saya percaya....
Sebab saya dengar collegue saya call awak....
Mintak awak datang untuk betulkan PC dia....
Tapi hari tu saya bz....jadi lambat balas sms awak....
Dan yang paling teruk....saya diserang gastrik!
Badan saya dah mula menggeletar....menahan kesakitan....
Tapi kerja yang menimbun membuatkan saya terpaksa bertahan....
Saya tak nak ambik MC....sebab kalau saya ambik MC....
Bermakna awak takkan menjemput saya pulang dari kerja hari ni....
Dan saya takkan dapat berbual dengan awak lebih lama....
Saya tak nak! Saya rela menahan sakit ni....demi awak....
Saya turun ke tingkat bawah....untuk fotostat satu dokumen....
Di kala itu saya ternampak kelibat awak....
Saya tersenyum dalam kesakitan....
Sebaik saja saya balik ke department saya....
Rasa sakit itu semakin menyucuk-nyucuk.....perut saya rasa senak!
Saya tertunduk menahan sakit....sambil memicit kepala....
Sakit dari perut dah naik ke kepala....saya rasa pening....

Awak....
Tetiba jer awak naik ke department saya....
Saya hanya memandang awak sekilas....tanpa senyuman....
Sambil tu cuba meneruskan kerja-kerja saya....
Awak duduk di belakang saya....untuk betulkan PC kawan saya tu....
Tak lama kemudian, saya dengar handphone saya berbunyi....
Ada mesej masuk....saya tau ianya daripada awak....
'Bznyer....cian dier. Kenapa tu, sakit kepala ke?'....
Saya membalas....saya sakit gastrik!....
Kebetulan ketika itu ketua department saya menghampiri meja saya....
Dia dapat melihat saya yang sedang menahan kesakitan....
Lantas bertanya keadaan saya....samada saya OK atau tak....
Saya katakan yang saya OK....boleh bertahan lagi....
Lagipun dah makan ubat sekejap tadi....
Ketua saya terus meminta bantuan seorang teman....
Untuk mengambil minyak angin dari seorang teman lain di tingkat bawah....
Awak....masa tu saya dapat melihat reaksi cemas daripada awak....
Awak hanya diam memerhati....tapi dari raut wajah awak....
Saya tau ada garis kebimbangan....

Awak....
Tak lama kemudian, selepas kerja awak selesai....
Awak meminta diri untuk beredar ke tempat lain....
Saya rasa sedih....sebab awak tak cakap apa-apa pun....
Sedangkan saya tau awak risau melihat keadaan saya....
5 minit selepas awak beredar....handphone saya berdering....
Panggilan daripada awak!....
Setelah menekan butang hijau....kedengaran suara awak....
'Awak, sakit sangat ke? Awak OK tak ni?'....
Hampir menitis air mata saya ni....tak sangka awak prihatin sebenarnya....
Maafkan saya awak....sebab fikir yang bukan2 tadi....
Dengan suara yang tersekat-sekat saya menjawab....Saya OK....
Awak bertanya lagi....'Pagi tadi tak makan ke?'....
Saya jawab....Makan, tapi tak taulah kenapa sakit lagi....
'Awak tak nak pergi klinik ke? Ambik MC laa...balik rumah, rehat'....
Saya cakap kat awak....Saya tak nak. Saya dah makan ubat,kejap lagi OK la ni....
Awak membalas kata2 saya....
'Boleh ke awak tahan ni? Saya risaulah awakk....
Tengok! Awak bercakap pun tersekat2 ni. Macam sakit sangat jer....Betul ke OK ni?'....
Sekali lagi saya meyakinkan awak....yang saya boleh bertahan....
Akhirnya awak membalas....'Oklah kalau gitu. Kalau ada apa-apa bagitau saya ye?....
Saya nak balik dah nii....Karang tengahari jangan lupa makan!....
Nanti bertambah sakit lagi. Awak take care ye'....
Saya cakap....OK, thanks! Awak pun sama, elok-elok....Bye!

Awak....
Pukul 1.48 minit petang tu....awak sms saya....
Hanya untukm mengetahui keadaan diri saya....
'Erm dah lunch ke belum tu? Dah OK ke sakit awak tu?'....
Saya membalas....Dah makan dah, pukul 12 tadi....
Sakit pun dah OK sikit, don't worry. Thanks for your concern....
Awak dah makan?....Saya bertanya....
Awak jawab....'Dah jugak. Betul ke dah Ok ni?'....
Saya cakap....Betul, saya OK. Balik nanti awak jadi tak ambik saya?....
Awak membalas....'A'ah, ambik....balik petang ke malam?'....
Saya jawab....Malam, pukul 8. Saya OT hari ni....
Awak balas balik....'OK, saya ambik awak'....
Saya tersenyum....rasa bertuahnya saya....
Kerana memiliki seorang teman yang caring seperti awak....

Awak....
Pukul 7.30 malam tu, awak sms saya....
Bagitau saya yang awak akan sampai lambat....
Saya membalas ringkas....Ok! Saya tunggu....
Awak....saya menanti kehadiran awak dengan sabar....
Saya tengok jam....dah pukul 8 lebih....
Masa tu hanya tinggal saya dan 2 orang office-mates saya jer....
Diorang pun dah bersiap-siap nak balik....
Saya mula rasa cemas....
Lantas saya segera menelefon awak....bertanya kedudukan awak sekarang....
Awak cakap awak dekat Damansara lagi....
Saya segera meminta awak cepat datang....sebab semua orang dah nak balik....
Awak menyuruh saya meminta bantuan office-mate saya tu....
Untuk temankan saya seketika....kerana awak dalam perjalanan....
Awak....saya bertambah cemas....dan gelisah....


Awak....saya bertambah cemas....dan gelisah....
Nasib baik office-mate saya tu baik hati....
Sanggup menemani saya sehingga awak datang....
Sementara menunggu awak....
Office-mate saya tu tak asyik bertanya....
Siapakah gerangannya orang yang saya sedang tunggu ni?....
Dan dia berminat untuk mengenali siapa awak sebenarnya....
Saya ketawa....dan berkata....semestinya dia mengenali awak....
Kerana awak selalu datang kat office kami....
Tapi saya tak sebut nama awak, sebaliknya meminta dia tengok sendiri nanti....


Awak....
Pukul 8.30 malam tu....baru awak sampai di office saya....
Saya rasa lega....dan mengucapkan terima kasih pada teman saya tu....
Tapi teman saya tu pulak terintai-intai siapa gerangan awak dari balik pintu....
Sempat dia menyuruh saya agar meminta awak keluar dari kereta....
Saya tersenyum lagi....dan meminta dia berfikir dengan baik....
Saya pasti dia akan dapat jawapannya sendiri....
Awak....
Sebaik memberi salam dan memboloskan diri ke dalam kereta....
Awak segera meminta maaf daripada saya kerana kelewatan awak....
Saya cakap....tak kisah, yang penting awak dah sampai....
Awak tersenyum....dan kemudiannya berkata....
'Awak, kita pergi minum kejap ye! Tapi awak belanja saya....
Saya tak cukup duitlah, baru jap tadi saya bagi kawan pinjam....
Tu yang lambat sampai ni....jumpa dia dulu tadi....Boleh tak?'....
Saya agak terkejut dengan permintaan awak....
Tapi cepat-cepat mengangguk....tanda boleh....
Awak....saya terkejut tadi bukan apa....
Yang sebenarnya, saya sendiri risau kalau-kalau tak cukup duit nak bayar nanti....
Kalau setakat nak belanja minum tu, lepaslah....
Tapi kalau makan tu....aduii!! Mungkin saya terpaksa cuci pinggan kat kedai tu, hehee....
Duit saya tertinggal kat rumah, yang ada dalam beg ni tak silap hanya RM3 sahaja....
Sampai kat kedai, saya memesan teh 'O' ais....dan awak memesan teh panas....
Awak tanya saya....'Tak nak makan ker?'....
Saya tersenyum, cuba menyembunyikan perkara sebenar....
Saya cakap....Tak nak makan, kenyang lagi. Awak?....
Awak jawab....'Saya pun tak nak. Nak minum jer, dahaga sangat'....
Kita berbual-bual....bertanya khabar, bercerita tentang 'kehilangan' awak dulu....
Dan saya ceritakan perihal office-mate saya tu pada awak....
Awak tersenyum....lalu berkata....
Yang awak tak kisah pun kalau dia tau tentang kita....

Tepat pukul 9 malam, kita beredar....
Saya terus ke kaunter pembayaran....gelabah saya dibuatnya....
Takut kalau tak cukup duit nak bayar....alaa....malunya!!!
Saya berdoa dalam hati....minta-minta cukup!
Awak berdiri di belakang saya....'Cukup duit tak nak bayar ni?'....
Gulp! Saya menelan liur....dan memaniskan muka....Cukup!....
Saya meyakinkan awak....dan sebenarnya meyakinkan diri sendiri....
Saya meminta awak tunggu di kereta....sebab saya tak nak termalu di depan awak....
Awak....nasib baik cukup! Saya menarik nafas kelegaan....
Kalau tak, tak taulah saya nak sorok muka saya ni kat mana....
Malu tak dapat nak belanja awak....walaupun hanya segelas minuman....
Selepas itu saya segera menuju ke kereta awak....
Masa tu hujan dah mula merintik....
Sebaik saja masuk ke dalam kereta....hujan di luar semakin lebat....
Awak mengucapkan terima kasih kepada saya....
'Thanks ye awak....sebab belanja saya tadi....
Saya mintak maaflah, terpaksa mintak awak yang belanja....
Ikutkan saya nak belanja awak tadi....
Tapi kawan saya tu pulak tiba-tiba nak pinjam duit....
Saya tak sempat nak keluarkan kat ATM, so saya bagi jelah berapa yang saya ada'....
Saya tersenyum memandang awak....dan berkata....
Takpe....kali ni saya belanja awak, selalunya awak yang belanja saya....
Cewah! Elok jer saya ni bercakap....Kalaulah awak tau cerita sebenar, hehee....
Sedar-sedar, kita dah pun sampai di rumah saya....
Awak bersuara....'Hujan lebatlah awak, macam mana awak nak naik?'....
Saya cakap kat awak....Saya tunggu sekejap dalam kereta awak boleh?
Nanti bila dah reda, saya naik ye?....
Awak jawab....'Boleh, tapi nanti saya parking kat tepi jap....
Ok....erm, nak buat apa ye wak? Kita borak-borak ye?'....
Saya tersenyum memandang awak....sedang di dalam hati bergetar hebat!
Tiba-tiba awak bertanya....'Awak, kenapa awak sayang kat saya?'....
Mak aii! Awak tanya saya depan2 gini? Macam mana nak jawab?....
Segan tuu....tapi, saya jawab gak soalan awak....
Errr....ntah! Mulanya saya just suka tengok jer....tapi lama2 jadi sayang plak....
Awak tersenyum, lalu membalas....
'Oyeker. Pelik jugak ye....saya ni mana ada yang istimewanya, biasa jer....
Tapi saya mintak maaflah, sebab tak dapat nak declare lagi hubungan kita....
Saya bukan tak suka kat awak, saya suka....tapi....
Kita kawan-kawan dulu erk? Lepas tu, kita tengoklah macam mana nanti....
Bukan apa, saya takut kalau tak jadi nanti....saya pulak dipersalahkan'....
Saya mengangguk faham....sebab saya pun pernah berada dalam situasi yang sama....
Awak bertanya lagi....'Awak, lelaki yang macam mana ye yang awak impikan?'
Hmm....awak pernah tanya saya soalan ni, tapi mungkin awak lupa kot!
Saya cakap kat awak....
Saya nak cari lelaki yang boleh buat magik...
'Hah?! Lelaki yang boleh buat magik? Yang pandai buat silap mata ke?Hehee'....
Awak bertanya hairan.....kemudiannya tergelak....
Saya senyum sebelum menjawab....
Bukan macam tu, awak nii....Maksud saya lelaki yang boleh buat magik tu....
Adalah lelaki yang boleh buat saya selalu merindui dia....
Biarpun dia ada di sisi saya, saya tetap merinduinya....
Walaupun saya baru lepas jumpa dia, tapi saya masih rasa rindu padanya....
Dan bila dia tiada....saya sentiasa ternanti-nanti kehadirannya....
Juga kerana ada rindu di hati ni....
Lelaki yang buat saya rasa rindu, benci, geram, sayang dan marah dalam satu masa....
Yang buat saya jadi sasau, susah hati....dan gembira kemudiannya....
Pendek kata lelaki yang memberi pelbagai perasaan pada diri saya....
Saya menerangkan dengan panjang lebar....dan awak setia mendengar....
Awak tanya saya....'Habis tu awak dah jumpa ke lelaki macam tu?'
Mulut saya menjawab....Belum....
Tapi hati saya cakap....''Macam dah jumpa jer....Mungkin awaklah orangnya''

Awak....di luar hujan semakin lebat....
Saya dapat melihat air mula bertakung....silap haribulan boleh banjir ni....
Saya rasa bersalah pula pada awak....sebab terpaksa temankan saya....
Tapi awak kata takpe....hujan lebat, nak buat macam mana?
Dan awak kata, kita boleh gunakan masa ni untuk berbual lebih panjang....
Saya sengaja menduga awak....Saya tanya awak....
kalau hujan ni tak berhenti sampai pukul12 macam mana?
Awak sanggup ke tunggu?....
Awak jawab....'Saya tunggu jelah....sampai hujan berhenti...
Saya ada payung, tapi kat belakang....Nak ambik payahlah awak....'
Saya balas....Takpelah, saya tunggu hujan reda dulu....
Takpe kan awak?....
Awak jawab....'Ala awak nii....takpe, kita tunggu jelah hujan reda....
Awak, air makin naiklah....macam mana awak nak naik atas nanti?'....
Hah?! Biar betul awak ni....
Saya segera mengalihkan pandangan ke luar....
A'ah laa....air makin naik, tapi taklah tinggi mana....
Saya cakap kat awak....saya boleh redah lagi....
Awak ketawa....lalu menyambung kata....
'Awak, kalau air naik tinggi....terpaksalah awak berenang macam itik, hehee....'
Awak ketawa besar....siap dengan gaya renang itik lagi....
Saya turut ketawa....senang dengan gurauan awak....
Rasa bahagia....bila berdua begini....
Awak....saya cakap kat awak....
Saya suka hari hujan....sebab suasananya macam romantik jer....
Redup, berangin....dengan bunyi setiap titisan airnya....
Buat jiwa rasa tenang....dan bebas....
Seolah-olah melepaskan segala isi dalamnya....
Tapi kalau hujan ribut beserta guruh dan petir tu....buat saya rasa takut!
Awak tersenyum memandang saya....
.
Awak....setelah lebih 1 jam kita menunggu....
Akhirnya hujan agak reda....
Saya meminta diri untuk naik ke rumah....
Sewaktu saya baru nak membuka pintu kereta....
Awak tiba-tiba bersuara....
'Awak....ermm....kalau saya nak bersalam dengan awak boleh tak?'....
Saya tergamam seketika....tak tau nak jawab apa....
Lama kemudian baru saya cakap pada awak....
Bagi saya 1 sebab kenapa awak nak bersalam dengan saya....
Awak jawab....'Sebab saya tak pernah bersalam dengan awak sebelum ni'....
Sekali lagi saya terdiam....berfikir-fikir patut ke saya izinkan?
Hmmm....akhirnya saya menghulurkan tangan pada awak....
Awak menyambutnya....dan menggenggam erat....
Di saat itu, terasa seolah-olah saya terkena kejutan elektrik....
Muka saya terasa panas....maluu....tapi mahu, hehee....
Awak tersenyum memandang saya....
Aduh! Ni yang tak tahan nih....cepat2 saya leraikan genggaman awak....
Awak kembali bersuara....
'Nak pinjam payung tak? Saya ada payung kat belakang'....
Saya menolak....kerana hujan renyai2 jer, saya boleh redah....
Awak bertanya sekali lagi untuk kepastian....
'Betul ke tak nak pakai payung? Kang kena hujan demam plak'....
Saya tersenyum sebelum menjawab....Takpe, terima kasih....
Awak kemudiannya meminta maaf daripada saya....
'Awak, maaflah. Saya tak dapat nak tolong hantarkan awak naik ke atas....
Sebab paras air agak tinggi....nanti basah kasut saya, hehee....'
Saya tersengih mendengarnya....awak ni ada-ada jer....
Saya membalas gurauan awak....Yelah, kasut mahal....
Awak menjawab balik....'Tu la pasal, kasut mahal, heheheh....'
Dan kita sama2 ketawa....mesra!
Setelah memberi salam dan mengucapkan terima kasih....
Saya keluar daripada kereta awak....
Sempat juga saya berpesan pada awak supaya berhati2 memandu....
Awak mengangguk dan menjawab....'OK'
Saya berlari-lari anak....sebelum kembali menoleh ke arah awak....
Awak masih di situ....memerhatikan saya....
Saya melambaikan tangan....tanda selamat tinggal....
Awak membalasnya....
Dan perlahan-lahan kereta awak meluncur pergi....

Awak, saya gembira sangat hari ni....
Walaupun saya diserang gastrik....tapi saya ada awak yang prihatin....
Walaupun saya cemas kerana awak terlambat ambil....
Tapi akhirnya awak menenangkan saya dengan kehadiran yang pasti....
Walaupun saya tak cukup duit nak belanja awak makan....
Tapi saya rasa ianya kenangan manis yang tak dapat dilupakan....
Kerana saya rasa kita sama2 berkongsi kesusahan tu....
Walaupun saya terperangkap di dalam hujan....
Tapi bagi saya tu hujan rahmat....
Sebab saya diberi kesempatan untuk berada lebih lama di sisi awak....
Walaupun awak cakap awak tak berani nak declare hubungan kita....
Saya rasa saya masih boleh menerimanya....
Kerana setidak-tidaknya awak dah berterus-terang dengan saya....
Pelik kan? Walaupun ada rindu dan sayang antara kita....
Namun kenapa kita masih menafikan kewujudannya?
Ermm....tapi saya rela biarpun hubungan kita ni tak bernama.

Awak....
Pukul 11 malam tu....saya sms awak....
Sekali lagi mengucapkan terima kasih untuk hari yang indah tadi....
Juga untuk meluahkan rasa rindu yang terpendam ni....
Erm....nampaknya awaklah orangnya yang boleh buat magik tu....
Awak membalas sms saya....
'Sama2. Nanti saya ambik awak lagi K!....Rindu awak jugak....
Saya pun happy jumpa awak tadi....'
Saya tersengih membaca balasan daripada awak....
Saya tanya awak lagi....
Boleh ke awak ambik saya lain kali? Tak apa ke?
Awak....awak nampak smart pakai baju kemeja hijau tu....
Warna favourite saya pulak tu....hijau!
Baju baru erk? Tak pernah nampak pun awak pakai?
Awak jewab....'Boleh. Nanti saya ambik awak yek....
Eh! Ada laa....saya pernah pakai baju tu pergi ofis awak....baju lama....
Erm awak pun nampak lawa hari ni, warna favourite saya....biru:-)'
Wah! Bertambah bahagianya saya bila dipuji....
Saya tersenyum....dan mengajukan soalan yang seterusnya....
Soalan yang saya kira, kerap ditanya pada awak....
Awak sayang saya tak? Awak nak tidur dah ke?
Awak jawab....'Sayang. Awak sayang saya tak? Erm belum nak tidur lagi'....
Saya membalasnya....Saya pun sayangkan awak....
Awak, kalau awak nak tidur....awak wish saya dulu ye!....
Saya menunggu....hampir setengah jam....tapi awak tak balas pun....
Saya agak awak dah tertidur ni....
Awak memang selalu gini....cakap tak nak tidur, tapi tiba2 senyap....
....erm....jadi baik saya pun tidur....
Selamat malam semua....ZzZz....

Awak....
Esoknya pulak....awak sms saya....
Masa tu dah pukul 7.08 minit malam....
Awak tanya saya....'Hye! Awak dah balik ke belum tu?'....
Saya jawab....Dah balik, kat rumah dah pun. Awak kat mana tu?
Awak cakap....'Saya dekat rumah kengkawan saya kat Shah Alam....
Balik kerja tadi terus pergi ke sini....Sakit kepala la awakk....'
Saya tanya awak....Sakit kepala kenapa? Kena hujan ke masa balik semalam?
Awak jawab....'Tak taulah, mungkin jugak kot'....
Saya suruh awak makan ubat....sebab saya tau antibody awak tak kuat....
Kalau dibiarkan, esok sure awak jatuh sakit punya....
Tapi awak cakap kat saya....balik rumah nanti baru awak makan....
Kalau makan sekarang, takut mengantuk pulak masa nak drive nanti....
So saya pesan kat awak....supaya tak berlama kat rumah kawan tu....
Balik awal....makan dulu lepas tu telan ubat....tidur awal!
Awak balas....'Ok. Awak, cuti tahun baru nanti awak balik kampung tak?
Saya cakap....A'ah balik....sambut tahun baru kat sana. Awak?
Awak jawab....'Saya mungkin nak pergi Genting kot....
Kawan2 ajak pergi sana....so saya ikut jelah....
Lagipun dah lama saya tak naik Genting tu'.....
Saya membalas kembali....Oyeker....seronoklah awak nanti....
Erm....sedihlah tak dapat tengok awak bila cuti nanti:-(....
Membaca balasan saya, awak segera memujuk saya....
'Ala awak ni, janganlah sedih....Lepas cuti nanti kita boleh jumpa lagi:-)....
Saya cakap....Memanglah....tapi lama laa....3 hari tuu....
Awak masih cuba memujuk saya....
'Erm kalau gitu, kita jumpa nak esok? Saya ambik awak....'
Saya tersenyum girang....dan terus menjawab....
Dah tentulah saya nak! Tapi betul ke ni?....
Awak meyakinkan saya....yang kita pasti bertemu esok....
Senyuman di bibir makin melebar....hmmm....
Saya nak tengok awak puas2 bila jumpa nanti....
Boleh buat stok bila2 rindu....semasa berada di kampung nanti, ahaks!


Awak....
Hari ni pagi2 lagi awak dah hantar sms kepada saya....
'Assalamualaikum. Hye cik adik sayang:-). Morning! Hari ni sihat?'
Saya balas....Waalaikumussalam, morning!....
Hai awak! Saya sihat jer. Awak pulak? Erm rasa miss la kat awak....
Awak membalasnya kembali dengan satu pertanyaan....
'Erm....miss jer ke?'....
Saya senyum....dan menjawab....Bukan miss jer, semua ada(",)....
Awak, hari ni saya balik pukul 6 petang....boleh ke awak ambik?
Awak jawab....'Boleh. Saya ambik awak nanti yer sayang:-)....
Lagipun saya memang nak pergi ofis awak, nak hantar barang....
Saya senyum lagi....gembira kerana akan bertemu awak petang ni....
Saya cakap kat awak....Oklah kalau macam tu. Jumpa petang nanti ye....

Awak....
Saya asyik mengira waktu....menanti hari petang....
Tak sabar rasanya....apatah lagi lepas ni kita akan berpisah agak lama....
Tapi saya baru teringat....petang ni kat ofis saya ada New Year's party....
Saya tak join pun....Maklumlah, party tak halal:-)....
Pukul 5.30 petang tu....saya sms awak....
Bagitau keadaan di ofis saya sekarang....
Bukan apa, takut awak terkejut pulak bila masuk ke ofis saya nanti....
Bau minuman keras menusuk ke hidung....
Ada staff tu....dah mula mabuk!
Tak lama kemudian, awak membalasnya....
'Oyeker? Teruk sangat ke? Erm....saya masuk kejap jelah....
....Nak hantar barang ni kat collegue awak'....
Saya cakap kat awak....Oklah kalau awak dah cakap gitu....
Pukul 6.12 petang....awak tiba di ofis saya....
Saya segera mendapatkan awak....lantas bertanya....
Awak, betul ke awak nak masuk dalam?Saya rasa tak payahlah kot....
Soalan saya awak biarkan tanpa jawapan....
Sebaliknya awak mengemukakan soalan....
'Kenapa? Teruk sangat ke keadaan kat dalam tu?'
Saya jawab....A'ah.Diorang tengah mabuk tu....
Takut lain pulak jadinya nanti....
Lagipun kalau awak jumpa dia, ntah2 dia pun tak faham awak cakap apa....
Awak saya lihat termanggu seketika....mungkin sedang berfikir....
Akhirnya awak bersuara....'Oklah kalau macam tu....
Lainkali jelah saya bagi barang ni kat dia erk'....
Saya mengangguk....lalu mengukirkan sebuah senyuman....

Kita masuk ke dalam kereta....
Dan awak bertanya ke mana arah kita nak pergi ni....
Saya cakap....terpulanglah kat awak....
Saya ikut jer....lagipun saya tak tau sangat tempat2 yang best sekitar ni....
Kereta awak meluncur laju menuju ke satu destinasi....
Yang saya sendiri tak pasti apa nama tempatnya....
Awak bawa saya makan di sebuah restoran KFC....
Kita duduk berhadapan....saya rasa gementar tiba2....
Segan nak makan depan awak nih....
Saya tengok awak selamba jer makan....awak kata awak lapar!
Saya cuba habiskan makanan saya secepat yang boleh....
Tapi ntah kenapa....bila bersama awak....saya rasa kenyang....
Kenyang tengok senyuman awak kot....hehee....
Aduhaiii hati....
Sudahnya saya makan sikit jer....
Awak....lepas makan, awak hantar saya balik....
Saya gembira hari ni....dapat tengok awak biarpun hanya seketika.

Malamnya....
Saya rasa lapar....jadi sekali lagi saya makan....
Huhuu....tadi dengan awak rasa kenyang jer....
Dah balik rumah ni tiba2 rasa lapar pulak....
Inikah penangannya cinta??? Ahaks!....
Sambil makan tu, saya sms awak....
Saya katakan yang saya rindu....
Awak membalasnya dengan kata2 yang romantis....
'Erm sayang rindukan ayang? rindu awak jugak:-)....
....Tengah watpe tu sayang?'....
Huk!Huk! Hampir tersedak saya dibuatnya setelah membaca kiriman awak....
Awak panggil saya sayang....tu mungkin saya dah biasa....
Tapi bila awak menggunakan perkataan ayang sebagai ganti diri awak....
Erm....saya kira itu sesuatu yang agak luar biasa....
Rasa macam nak pengsan....
Sampai tak tertelan nasi kat dalam mulut ni....
Saya tersengih-sengih macam kerang busuk....
Sempat ditegur Along saya....
Katanya....elok sangatlah tu makan sambil sms....
Lantas saya segera menghabiskan baki makanan di pinggan....
Selepas membasuh pinggan, barulah saya membalas sms awak....
Saya cakap....Sorry awak, saya makan tadi. Tu yang lambat balas....
Wah! Awak sekarang dah pandai romantik2....belajar dari mana:-)?
Awak jawab....'Tak belajar dari mana2....sendiri laa....
Erm patutlah ayang tunggu lama....Sayang makan apa tu?'....
Aduh mak! Sekali lagi awak buat saya rasa macam nak pengsan....
Jiwang betul awak malam ni....saya hampir tak kenal awak....
Saya cakap kat awak....Saya makan nasi, lapar:-)....
Awak, terima kasih sebab ambil saya balik kerja....
Dan terima kasih sebab belanja saya makan tadi....
Saya gembira dapat berkawan dengan awak....
Awak balas balik....'Sama2. Saya jugak berterima kasih dekat awak....
....kerana sudi berkawan dengan saya....
Saya berharap sangat hubungan kita berjalan dengan lancar:-)....'
Saya sedikit terharu dengan kata2 awak....
Saya tanyakan pada awak....Betul ke apa yang awak cakap ni?
Awak jawab....'Laa, betul. Saya dah lama tak rasa macam ni....
Kenapa awak tanya? Awak tak suka ke saya cakap macam tu?'
Saya cakap....Bukan tak suka, cuma pelik sebab tiba-tiba awak cakap gini....
Ni yang buat saya sayang kat awak nih!
Selamba saya menitipkan kata2 itu....
Dan awak membalasnya....'Saya pun sayang awak jugak, sayang:-)'
Membaca kiriman awak, saya bertanya lagi....
Awak sayang saya banyak ke sikit? Kenapa awak sayang saya?....
Awak jawab....'Sayang banyak. Entahlah awak....
Mungkin sebab saya dah jatuh hati dengan awak:-)....
Saya tersenyum....tapi masih tak puas hati dengan jawapan awak....
Jadi saya ajukan lagi soalan untuk awak....
Sayang banyak tu, banyak macam mana?
Awak jatuh hati dengan saya atas sebab apa?
Awak tak kisah ke berkawan dengan saya?....
Awak jawab....'Erm banyaknya soalan dia....penat saya jawab:-)....
Saya tak kisahlah sayang....'
Saya ketawa....tengok tu! Saya tanya banyak, awak jawab satu jer....
Tak aci betul....Saya tanya lagi sekali pada awak....
Sengaja mendesak awak....
Awak cakap....'Saya tak taulah wakk....Perasaan tu datang sendiri....
Ermm....dia suka tak?'....
Saya katakan pada awak, yang saya terima jawapan awak tuu....
Dan saya sukaaa....sangat!
Tapi saya nak tidur dah ni....ngantuklah awak....
Erm malam ni awak wish saya dulu boleh?
Awak membalas....'Erm sayanglah dulu....'
Saya cakap kat awak....
Asyik saya jer yang wish awak dulu....kali ni awaklah pulak....
Wish yang paling best kat saya ye:-)!....
Akhirnya awak mengalah....
'Oklah. Selamat malam....Sayang hanya untukmu seorang!
....Take care n I Miss U'....
Di saat membaca balasan terakhir awak tu....
Saya terasa seolah-olah berada di alam yang lain....
Malam itu terasa indah sangat!
Dan saya ingin memegang kata-kata awak tu sebagai satu azimat!


Awak....
Hari ini hari Sabtu....Saya akan pulang ke kampung....
Selepas tamat waktu kerja...pada pukul 12 tengahari nanti....
Pagi tu juga....awak sms saya....
'Assalamualaikum sayang. Morning! Erm bz ke tu?'
Saya jawab salam awak....saya katakan yang saya tak bz....
Dan saya tanyakan pada awak....Dah mandi ke belum ni? Dah sarapan?
Awak jawab....'Dua2 belum:-). Baru bangun....
....Erm tadi pergi kerja sape hantar sayang?'
Saya tersengih....kata-kata awak selalunya mengejutkan saya....
Perkataan 'sayang' tu buat saya rasa disayangi....
Saya bagitau awak....yang saya tumpang kawan pagi tadi....
Saya juga bagitau yang saya akan pulang ke kampung lepas ni....
Bersama dengan Along dan pakcik saya....
Awak balas....'Eh! Kan awak kata semalam pakcik awak dah balik kampung dulu....
Alaa....awak tak cakap awal2, kalau tak boleh jugak saya hantar:-)....
....Awak dah sarapan ke?'
Saya tergelak sendirian....Hmm,mesti best kalau awak yang hantar saya pagi tadi....
Tapi macam mana saya nak mintak tolong awak....
Sedangkan hubungan kita sendiri masih samar2....
Lainlah kalau awak ni memang sah pakwe saya....
Dah tentu tanpa segan silu saya akan meminta bantuan awak....hahaha!
Saya cakap kat awak....yang saya balik dengan pakcik saya yang lain....
Nasib baik saya mempunyai ramai saudara-mara di sini....
Saya juga bagitau yang saya belum sarapan....
Dan saya tanyakan pada awak....pukul berapa awak nak bertolak ke Genting?
Awak cakap....'Mungkin tengahari, tapi tak taulah....Ikut kawan2....'
Sempat saya berpesan, supaya awak berhati2 dalam perjalanan nanti....
Awak cakap...'Erm ok, tak nak kacau awak buat kerja....
....Elok2 buat kerja tu. Miss u sayang....bye!'
Saya tersengih lagi sebelum membalas....I miss u 2!


Awak....
Sepanjang dalam perjalanan balik ke kampung....
Saya asyik teringatkan awak....
Sungguh! Saya merindui awak tika ini....
Agaknya apa yang sedang awak lakukan sekarang?
Dah sampai ke kat Genting?
Dalam berfikir-fikir, akhirnya saya terlena....
Bila tersedar, saya lihat ada 1 mesej dalam inbox saya....
Saya baca....mesej tu datangnya daripada awak....
Ringkas saja ayatnya....tapi cukup untuk buat saya faham....
Yang awak juga mengingati saya....
'Erm, senyap jer dia ni:-('....
Saya membalas....Assalamualaikum. Sorry awak, saya tertidur tadi....
Tak sedar ada mesej masuk. Awak kat mana dah tu?
Saya baru sampai kat Bentung ni....
Awak balas balik....'Waalaikumussalam. Oyeker, baik2 ok!....
....Saya dah nak gerak ke Genting ni'....
Saya balas....Ok, TQ! Awak pun sama hati2....I miss u!
Awak membalasnya kembali....'Ok, I miss U 2 sayang'.

Awak....
Pukul 7.05 minit malam....awak sms saya lagi....
'Awak, saya dah sampai....sejuknya! Sayang dah kat mana tu?'
Bibir saya menguntum senyum sebaik saja membaca kiriman awak....
Saya balas....Oyeker. Ingat jugak awak kat saya erk!
Saya dah sampai kat rumah pukul 5 lebih tadi....
Awak balas balik....
'Saya ingat sayang. Kalau sayang ada kat sini mesti lagi best!
....Erm dah makan ke belum tu?'....
Saya jawab....Dah makan, awak? Betul ke ingat ni? Bila awak nak balik?
Awak cakap....'Betul. Nanti bila2, kita pergi sini nak?
Kita main permainan kat sini....saya tengok best jer....
May be esok baliklah lepas countdown. Saya dah makan sebelum datang sini....
Saya balas....Hehee....InsyaAllah nanti kita pergi k!
Oklah awak, dah maghrib ni. Kita stop sini dulu ye....
Take care, sayang awak! Happy New Year 2006! Enjoy ur day....
Awak membalasnya kembali....'Ok, awak pun sama take care....
....Sayang awak jugak, mmuahh!!! Happy New Year too'.

Awak....
Lepas solat maghrib tadi....saya rasa penat sangat....
Mata ni mula terasa berat....
Saya berbaring seketika di atas katil untuk merehatkan badan....
Tapi akhirnya saya terus tertidur tidak sedar....
Setelah agak lama tertidur....saya terjaga....
Baru teringat yang saya belum lagi menunaikan solat isyak....
Dari dalam bilik, saya dapat dengar suara dari peti TV....citer Tamil!
Dan juga riuh-rendah suara adik2....
Ntah kenapa liat benar untuk saya bangun....
Terasa betul2 penat dan mengantuk!
Selang beberapa minit, saya terlelap kembali....
Kali ni lebih lama....hinggalah saya terjaga semula kemudiannya....
Suasana di rumah tidak seriuh tadi....lebih tenang....
Tapi suara daripada peti TV masih kedengaran....
Saya pasti Along dan adik saya yang no.5 masih berjaga....
Pukul berapa dah ni? Saya terpisat-pisat....
Astagfirullahal'Azim....saya dah terlajak tidur ni....solat isyak pun belum....
Saya meraup muka....lalu segera bangun....
Saya lihat adik2 yang kecil sedang lena diulit mimpi....
Saya tengok jam....Ya Allah! Dah hampir pukul 1 pagi....
Saya capai handphone yang tergantung di dinding....
Ada 1 mesej saya terima....saya baca....
'Selamat Tahun Baru sayang!:-)'....
Alamak! Macam mana saya boleh terlupa yang malam ni malam tahun baru?
Saya betul2 tak ingat tentang hari ni....
Rasa kesal tak sudah....
Kerana terlepas menyaksikan countdown yang disiarkan secara langsung di TV....
Lebih kesal kerana tak dapat menjadi orang pertama yang wish awak....
Paling kesal bila dikhabarkan nenek dan pakcik datang bertandang ke rumah tadi....
Tak dapat bertemu dengan mereka....
Dan sekali lagi rasa kesal kerana terlepas untuk menonton cerita Tamil....
Sedangkan saya dah lama menanti tayangannya....
Citer best tuu....tajuknya ''Chandramukhi'' lakonan Rajnikanth dan Jyotika....
Dah tentulah saya tau siapa pelakonnya....
Sebab saya ni peminat setia filem Tamil....hahaha!
Ops! Terlupa pulak nak balas mesej awak....
Saya segera menekan kekunci handphone....
Saya agak awak belum tidur lagi waktu ni....
Tentunya awak sedang meraikan hari ini bersama teman2....
Assalamualaikum...Selamat Tahun Baru awak....
Sorry, saya baru bangun tidur....
Langsung terlupa yang malam ni malam tahun baru....
Dah terlepas nak tengok countdown:-(....Awak katner tu?
Tak lama kemudian, awak membalas....
'Waalaikumussalam. Sayang penat sangat ni.....
Saya kat dalam kereta, tengah duduk rehat2....
Sayang tidurlah kalau mengantuk....'
Saya senyum....keprihatinan awak buat saya rasa terharu....
Saya gembira....terlalu gembira dengan penerimaan awak....
....terhadap diri saya....biarpun tanpa ucapan yang satu tu....
Sekurang-kurangnya saya tau awak memberikan respon yang positif....

Saya cakap kat awak....Taklah, saya tak ngantuk....Dah tidur lama tadi....
Macam mana sambut countdown kat sana? Meriah tak?
Awak jawab....'Seronok sangat awak! Dapat tengok bunga api....meriahlah!'
Saya senyum lagi...dapat saya bayangkan wajah awak yang ceria....
Saya balas balik....Yeker? Erm seronoklah awak erk....
Saya pulak yang rugi...terlepas nak tengok countdown:-(....
Awak....SAYA RINDU SANGAT KAT AWAK!
Spontan saya meluahkannya....
Memang itulah yang saya sedang rasai saat ini....
Awak membalas....'Oyeker, ciannye dia.....
Erm awak rindu kat saya, nak cakap dengan saya ke?
SAYA PUN RINDU KAT AWAK:-)'....
Saya hampir nak menangis membaca luahan hati awak....
Saya pasti, seyakinnya pasti....yang awak turut merasai apa yang saya rasai....
Saya berfikir2....memang kalau boleh saya nak sangat dengar suara awak....
Sebab saya terlalu rindukan awak!
Tapi sayangnya tak boleh....saya kat kampung sekarang ni....
So faham2 jelah, line kat sini tak clear....putus2....
Kalau saya call awak pun, belum tentu saya boleh dengar suara awak....
Hmmm....terpaksalah saya gigit jari malam ni....
Tak dapat dengar suara awak....huwaaaaaaa!
Saya terangkan pada awak tentang keadaan saya....
Nasib baik awak faham....
Saya tanyakan pada awak....Apa azam awak tahun ni?
Ringkas awak menjawab....'Adalah, mana boleh bagitau'....
Saya tergelak....sabar jelah awak ni, tu pun nak berahsia....
Saya tanya lagi....Apa bezanya tahun baru ni dengan tahun lepas pada awak?
Awak jawab....'Bezanya tahun ni saya ada awak:-)....
....Erm apa pulak azam sayang?'....
Awak, saya hampir menjerit membaca sms awak....
Awak buat saya rasa macam berada di atas angin, tak jejak di bumi!
Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih pada awak....
Kerana menghargai kehadiran saya di sisi awak....
Sebelum memberitahu azam saya pada awak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman