Tuesday, August 31, 2010

Ngorat awek kurang matang

Gambar Hiasan

Kematangan fikiran tidak bergantung kepada usia seseorang awek, tetapi bergantung kepada cara didikan dan pengalaman hidup yang dilalui. Biasanya awek yang kurang matang lebih mementingkan diri sendiri daripada perasaan orang sekelilingnya.

Mengorat awek ini memerlukan pengorbanan yang besar daripada diri anda. Anda perlu mengorbankan masa dan perasaan anda demi memenuhi keperluan awek ini. Kadangkala kerana rupa paras yang cun, anda menipu diri sendiri dengan mengatakan sayang, pada hakikatnya anda sebenarnya tidak menyukai awek ini.

Perkara yang terbaik adalah berterus terang tentang apa yang tidak disukai dan memberitahu keperluan anda. Hati-hati. Kadangkala, awek yang cun agak sombong dan angkuh, mereka yakin bahawa mereka boleh dapat mana-mana lelaki yang diingini, tanpa menyedari lelaki lain belum tentu boleh menandingi diri anda. Jadi anda perlu bersedia untuk ditinggalkan dan yakin bahawa anda akan dapat yang lebih baik atau pun sekurang-kurangnya boleh membahagiakan anda.

Ngorat awek gersang


Awek gersang tidak mendapat layanan yang baik daripada pasangannya. Samada layanan dari segi fizikal, emosi, seksual mahupun material. Ia berkencenderungan untuk mencari orang lain bagi mengisi kekosongan hidupnya. Awek ini biasanya akan menceritakan masalah rumahtangganya kepada prospeknya dengan harapan mendapat perhatian daripada orang tersebut.

Hati-hati jika anda berkawan dengan awek ini. Ia akan memerangkap anda dan kebarangkalian anda dituduh sebagai pemusnah rumah tangga orang adalah tinggi. Sebaiknya anda perlu mengehadkan hubungan anda dengan awek ini secara profesional dan jangan terlalu simpati dengan awek ini. Kadangkala ia sengaja menokok tambah cerita supaya anda lebih simpati kepadanya.

Jika berlakunya kekasaran dari segi fizikal, adalah baik jika anda menasihatkannya untuk melaporkan kepada pihak polis atau memohon fasakh daripada mahkamah syariah.

Saturday, August 7, 2010

Petua Untuk Mendapat Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Pertemuan Pertama


PERNAHKAH anda mengaturkan janji temu dengan seseorang? Tidak kiralah orang itu seseorang yang anda kenali, ataupun juga belum pernah anda temui. Tentu saja semua inginkan sesuatu pertemuan istimewa berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.Tetapi bagaimana pula jika pertemuan itu tidak seperti mana yang anda inginkan dan membuatkan anda bertukar menjadi tidak selesa dan berperasaan ingin segera lari dan pulang ke rumah? Pastinya segala yang diimpikan menjadi suatu ‘mimpi ngeri’ yang harus dirahsiakan kepada umum.

Bersemuka kenalan baru tidak semestinya menjadi pengalaman indah seperti diimpikan lelaki atau wanita…

Tentu bagi mereka yang pernah mengalami pengalaman membuat janji temu mempunyai banyak kisah tersendiri sepanjang menjayakan sesi bertemu seseorang itu. Apatah lagi bila mengenangkan pelbagai taktik biasa yang kerap kali digunakan ketika pertemuan itu dirancang.

Macam biasalah bila janji temu dilakukan pasti ada beberapa syaratnya yang ditentukan seperti warna pakaian, jenis potongan rambut, ketinggian, berat dan lokasi pertemuan. Sejauh mana seseorang itu mampu mengikuti syarat yang ditetapkan bergantung kepada kejujuran pasangan itu sendiri.

Itu belum lagi tindakan yang lebih ekstrim yang dirancang seperti menyuruh kenalan menyamar sebagai tuan empunya diri, semata-mata takut untuk berhadapan dengan pasangan buat pertama kali.

10 Cara Menggagalkan Pertemuan Pertama

1) Jangan menghantar gambar terkini
2) Jangan membuat sesuatu yang mungkin menarik perhatiannya
3) Datang lewat
4) Sering merungut
5) Bersikap kurang sopan
6) Sengaja meninggalkan dompet
7) Kerap membuat panggilan telefon
8 ) Asyik bercakap besar
9) Berkelakuan tidak senonoh
10) Berkongsi cerita tidak elok

Langkah penting untuk pertemuan pertama

  • Sentiasa menghormati pasangan dan menjadi pendengar yang setia.
  • Jangan sesekali meninggi diri seperti memiliki kedudukan kewangan yang kukuh, anda hebat, begitu sihat dan sebagainya yang boleh ‘mencacatkan’ kelebihan diri mu.
  • Sila matikan telefon bimbit bagi mengelak sebarang gangguan. Tindakan itu sedikit sebanyak membuktikan betapa anda begitu serius dan menghormati janji temu itu.
  • Gayakan penampilan mengikut kesesuaian umur anda. Janggal sesekali menggayakan penampilan yang anda sendiri malu untuk berada di khalayak.
  • Bersikap jujur.
  • Jangan sesekali menjadikan janji temu anda itu sebagai medan untuk membuka cerita isu semasa dan debat.
  • Harus tahu bila menghadiri temu janji

  • Tidak semua orang menyukai anda. Mengikut fakta, purata 95 peratus masyarakat tidak akan menyukai pasangan janji temu. Tentu kamu juga pernah berperasan begitu? Justeru, terimalah seadanya yang kemungkinan orang lain juga tidak boleh menerima anda di pertemuan pertama.
  • Jangan sesekali meletak harapan terlalu tinggi dalam pertemuan pertama.
  • Ingat fakta “no pain, no gain’? Dalam sesuatu pertemuan itu, ia lebih kepada ‘no risk, no gain’. Anggaplah jika tidak menghadapi sesuatu risiko, anda tidak akan berjaya.
  • Anda tidak akan berjaya sekiranya tidak bermain dalam ‘permainan’ di pertemuan pertama itu.
  • Cetuskan strategi untuk memenangi hatinya.
  • Sebelum mengaturkan janji temu

    1) Membaca akhbar atau majalah popular untuk mengetahui perkembangan terkini.
    2) Pilih lebih awal lokasi pertemuan bagi mengelak membuang masa membuat pilihan destinasi pertemuan.
    3) Sediakan profil lengkap butiran peribadi anda berserta dengan gambar. Pastikan gambar di ambil di kawasan yang cantik dengan pancaran cahaya yang terang.
    4) Pastikan hanya anda saja berada di dalam foto itu.
    5) Cuba untuk kelihatan bersikap terbuka.
    6) Pastikan penampilan anda kemas dan tidak selekeh.
    7) Tidak sesekali sibuk pada hari pertemuan diaturkan bagi memastikan anda tidak lewat tiba.

    Tips Untuk Membina Pesona Diri (Untuk Wanita)


    Anda cemburu melihat kawan anda dikelilingi lelaki sedangkan anda hanya terkebil-kebil keseorangan. Dia ada aura..daya penarik. Tapi itu yg difikirkan anda sedangkan anda sendiri boleh membina daya penarik itu pada diri anda.

    Di sini ada tips-tips yg boleh anda ikuti untuk membina pesona diri anda dikalangan lelaki…

    1. Lelaki suka kepada wanita yang yakin pada dirinya. Jadi jika anda yakin pada diri anda, suka pada diri anda dan dapat menerima diri anda sendiri seadanya, maka lelaki juga akan mudah menyukai diri anda. Walaupun anda berparas rupa sederhana, keyakinan anda akan menyerlahkan suatu pesona yg luar biasa. Lelaki tidak suka akan perempuan yg asyik merungut tentang hidungnya yang tidak mancung atau tubuhnya yg rendah kerana sememangnya kejadian Tuhan tidak boleh dipinda. Bersyukurlah!

    2. Belajar untuk berdikari. Sesetengah lelaki menganggap wanita yg pandai berdikari mempunyai pesona yg tersendiri. Lelaki tidak suka wanita yang asyik bergantung pada orang dan sentiasa mengharapkan pertolongan lelaki. Tetapi ada juga sesetengah lelaki yg amat suka wanita yg manja dan sentiasa memerlukannya. Dia akan berasa dirinya hebat apabila dapat memberi pertolongan kepada wanita. Jadi, sesuaikan diri anda mengikut keadaan. Kalau nak tukar tayar kereta, apa salahnya meminta tolong pada kawan lelaki. Lagipun mana ada wanita yang ’superwoman’?

    3. Jangan berpura-pura bodoh untuk memikat hati lelaki. Untuk apa? Adakah anda suka memikat lelaki yg bodoh pula? Jadilah diri anda sendiri..tapi janganlah pula berlagak pandai dalam segala hal kerana ia hanya menjengkelkan. Oleh itu, gunakan kebijaksanaan anda dengan bijaksana juga!

    4. Jaga penampilan diri anda dengan memakai pakaian yg anda selesa memakainya. Jangan terikut-ikut dengan perkembangan fesyen utk nampak cantik kerana tidak semua fesyen sesuai untuk anda. Anda mungkin menjadi mangsa fesyen dan nampak hodoh! Terus merudum pesona anda!ikuti perkembangan trends yg sesuai dan menarik

    5. Jangan terlalu rendah diri jika anda tidak cantik seperti artis atau model. Lagipun, anda sendiri tidak mengharapkan lelaki yg bakal menjadi pasangan anda utk kacak seperti Brad Pitt. Jadi, pastikan anda sentiasa selesa dengan diri anda. Wanita yang sentiasa berfikiran negatif terhadap dirinya pasti hanya akan memancarkan aura negatif di persekitarannya. Cara utk mengatasi perasaan rendah diri ini, cuba imaginasikan diri anda seorang puteri dan berjalan, berdiri, makan dan melakukan sesuatu seperti seorg puteri yg hebat. Ambil contoh Paris Hilton. Tak semua lelaki akan menganggap dia mempesonakan jika dia berfikiran negatif terhadap dirinya dan asyik terperuk dalam sangkar emasnya. Tetapi kerana dia yakin dirinya seperti seorang ‘princess’ dan ‘act like a princess’ dia menyerlahkan pesona dirinya yang begitu hebat! hehe

    6. Sekiranya anda ke majlis keramaian, cuba untuk masuk ke dalam kumpulan kawan-kawan lelaki anda dan berbual-bual. Lelaki lain akan berasa hairan mengapa ada seorg wanita yang nampak mesra di dalam kelompok lelaki. Tentu ada sesuatu yang menarik pada diri anda dan membuat lelaki itu pula tertarik untuk mendekati anda.

    7. Beri perhatian kepada penampilan lelaki yang cuba anda dekati. Sekiranya dia membuat potongan rambut baru yg nampak menawan atau memakai tali leher yg cantik, pujilah dgn ikhlas. Lelaki selalu berusaha utk nampak menarik tetapi jarang mendapat pujian. Jadi pujian anda tentu membuat dia rasa bangga dan gembira.

    8. Jangan sesekali minum alkohol. Perbuatan ini sudahlah haram disisi agama malah akan memabukkan anda. Sekiranya anda mabuk, sudah tentu anda akan bercakap merepek-repek dan membuat anda kelihatan amat murah dan meloyakan..

    9. Pupuklah sikap menghargai. Ucapkan terima kasih pada perkara-perkara yg kecil sekalipun. Senyumlah di kala anda meluahkannya. Ia membawa makna yang besar.

    10. Tanya lelaki tentang pekerjaannya dan hobinya. Dengar dengan teliti apa yang dikata dan ramahlah bertanya soalan tentang perkara-perkara yang diminatinya. Tentu lelaki itu seronok berbual-bual dengan anda. Anda pun secara tidak langsung mendapat pengetahuan baru tentang dunia lelaki! Mana tahu dia mengajak anda menyertai team futsalnya dan ini memberi peluang kepada anda utk lebih mengenalinya!

    11. Relaks dan selesakanlah diri anda apabila bergaul dengan ramai orang. Semakin anda selesa dengan diri anda, semakin selesa orang yang berada disekeliling anda terhadap diri anda. Anda hanya akan kelihatan kelam-kabut sekiranya anda gemuruh.

    12. Sekiranya anda berusaha menarik perhatian seseorg lelaki, pastikan anda berdua memang sesuai dan sepadan di antara satu sama lain. Membuang masa sekiranya anda membuat seorang lelaki itu ‘perasan’ atau jatuh hati pada anda tetapi kemudian anda menyesal gila asyik dikejarnya!! Ingat, pesona anda bukan bertujuan utk mempermain-mainkan hati lelaki dan juga bukan utk digunakan utk test market!

    13. Semasa berbual-bual dengan lelaki, jangan mengumpat atau bercakap buruk tentang wanita lain kerana lelaki hanya akan menganggap anda cuba membuat dia berfikiran negatif terhadap wanita lain. Ini akan memburukkan pesona diri anda.

    14. Setelah berbual-bual, berikan kata-kata ‘pesona’ kepadanya seperti “Saya suka betul berbual-bual dengan awak..rasa seronok dapat berkenalan dengan awak. Boleh tak kita saling keep in touch selepas ini?”..Tentu hati lelaki itu rasa bangga dan dalam masa yg sama ‘cair’…hehehehe

    15. Jangan asyik muncung di dalam majlis. Nanti orang kata kita sombong. Senyumlah selalu dan mungkin senyuman anda membuat seorang lelaki tertawan! Senyuman adalah sedekah yg paling murah tetapi berharga! Ia mungkin pesona anda yg tersembunyi!

    16. Jika anda berada bersama seorg lelaki yg anda minati, anggaplah dia sebagai seorg kawan dan pasti dapat mengurangkan debaran jantung anda apabila berada dekat dengannya.

    17. Jangan sesekali meminta lelaki membeli hadiah itu dan ini kepada anda. Contohnya anda mendengar khabar dia akan Perth, Australia. Anda pun sibuk memujuk dia membeli ole-ole mahal dan suara anda yg kasar terus berubah manja. Lelaki tentu menganggap anda seorang ‘gold digger’ atau perempuan materialistik kerana anda sanggup meminta hadiah darinya walaupun anda tiada kaitan dengannya langsung. Lelaki akan lebih menghormati seorang wanita yg tidak meminta-minta. Jika dia mengambil berat tentang diri anda dan menganggap anda seorg yg istimewa, pasti dia akan ingat pada anda dan akan tergerak utk membeli sesuatu utk anda walau anda tidak memintanya. Kejutan seperti ini adalah lebih menyeronokkan. Anda dan dia sama-sama teruja!

    18. Lelaki amat suka pada wanita yg berfikiran terbuka dan dapat gelak bersama-sama pada lawak jenaka mereka. Wanita yg mudah tersinggung atau terlalu serius membuat lelaki jadi rimas. Tetapi kita juga perlu ingat setakat mana kita boleh berfikiran terbuka kerana kita bukan seperti orang Barat yg dapat menerima segalanya.

    19. Seorang wanita yg pandai bergurau dan memiliki ’sense of humour’ yg tinggi merupakan seorg wanita yg mempesonakan pada pandangan sesetengah lelaki. Seperti wanita, lelaki juga suka dihiburkan dengan cerita-cerita jenaka dan bila wanita dapat membuat seorg lelaki itu ketawa, itu tandanya wanita itu memang mempunyai aura pesona yg tersendiri. Selain lawak jenaka, apa salahnya jika sekali-sekala wanita pula mengusik lelaki dan membuat mereka tersipu malu..(suka tapi malu!) Kadang-kadang gurau senda dan usik-mengusik dapat menjalin hubungan yg lebih mesra.

    20. Bila berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, jangan asyik bercakap tentang diri anda. Dan jangan membolot perbualan sehingga tiada ruang untuk dia mencelah. Selain itu, terlalu pendiam pula membuat lelaki itu cepat bosan atau kehabisan idea utk berbual-bual dengan anda. Oleh itu berpada-padalah dalam percakapan. Dari segi psikologi, seseorg individu memang suka bercakap-cakap tentang dirinya. Jadi, biarlah dia puas bercakap tentang dirinya dan selepas itu barulah anda bercakap tentang diri anda. Walaupun mungkin dia menceritakan A-Z tentang dirinya, janganlah anda pula beritahu segala-galanya tentang diri anda. Simpanlah sedikit supaya diri anda ada ‘aura’ dan ‘pesona’ misteri.

    21. Awas! Jangan sesekali bercakap besar tentang diri anda atau menceritakan segala kenangan indah anda bersama bekas teman lelaki anda. Sejarah silam anda perlu dilipat kemas kecuali dia bertanya bersungguh-sungguh. Itupun berikan secara umum sahaja. Sesetengah lelaki memang suka mengorek atau ingin tahu siapa lelaki-lelaki yg pernah hadir dalam hidup anda. Sekiranya anda bercakap besar dan menceritakan betapa bertuahnya anda pernah bercinta dengan si A dan si B yg hebat, anda tersilap langkah!! Pesona anda bukan semakin naik tetapi semakin menjunam. Walaupun mereka ingin tahu, tiada lelaki yg suka dibanding-bandingkan dengan lelaki yg lain. Mungkin mereka berasa hebat sekiranya dapat memiliki anda yg pernah bercinta dengan orang-orang yg hebat, tetapi perasaan itu hanya sementara sahaja dan selepas itu mereka akan dihantui dengan perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap anda.

    22. Jika anda terserempak dengan lelaki yang anda minati, ramahkan diri anda menegurnya walau bercakap Hai! Atau senyumlah padanya. Walaupun perkara ini nampak kecil, tetapi lama-lama si dia akan sedar akan kehadiran dan kewujudan anda dan mungkin dia pula yg akan menegur anda dahulu dan mengajak anda minum petang di ‘mapley’ berhampiran pejabat!

    23. Jual mahallah sedikit..Jangan nampak seperti kita pula terlebih-lebih mahu mengenalinya. Jika anda dan dia bertukar-tukar nombor telefon, pastikan anda menunggu dia menelefon anda atau menghantar sms kepada anda terlebih dahulu. Wanita yang jinak-jinak merpati memang mempunyai daya pesona yg tinggi dan mencabar lelaki utk memilikinya. Tapi jangan terlebih jual mahal..takut nanti langsung tidak laku..hehehee!! Gunakan ‘common sense’ utk memberi respon yg sewajarnya.

    24. Menghormati lelaki. Seperti wanita yg ingin dihormati, lelaki juga begitu malah lebih lagi kerana mereka memiliki ego yg tinggi. Respek amat penting bagi lelaki. Wanita yg tidak menghormatinya atau mengejek-ejek kebolehannya membuat ego mereka tercalar. Oleh itu, hormatilah pendiriannya, kerjayanya, pemikirannya dan impiannya. Dan walaupun anda berasa dia tidak mampu, sekurang-kurangnya berikan dia sokongan utk dia mencapai cita-citanya dan beritahulah padanya bahawa anda percaya akan kebolehan dia. Kata-kata semangat dari anda membuat dia bertambah hormat pada anda. Jadi anda dan dia dapat saling hormat-menghormati. Wanita yang dihormati lelaki adalah wanita yang pasti mempunyai pesona.

    25. Peganglah pada janji. Semua orang suka individu yang bersikap jujur dan amanah. Jika kawan lelaki anda menceritakan rahsia peribadinya pada anda, janganlah anda menjaja ceritanya pada org lain utk mendapat tumpuan. Memanglah si penyebar gossip akan popular, tetapi mahukah anda menjadi popular seperti itu? Sekiranya bocor rahsianya sehingga satu pejabat tahu, sudah pasti dia mengesyaki anda sebagai dalangnya. Anda bukan mendapat pesona tetapi kutukan!

    26. Dalam perbualan anda dengan kelompok rakan lelaki anda, janganlah asyik berkata tidak tahu apabila ditanya tentang sesuatu. Kalau tak tahu memang wajarlah kata tak tahu tetapi kalau semuanya tak tahu, mereka akan mengganggap anda wanita yg tidak bijak dan susah di bawa ke dalam majlis. Kalau mereka berhasrat ingin berkenalan dengan anda pun, terencat hasrat mereka. Pesona anda hilang! Oleh itu, cuba belajar untuk peka pada persekitaran dan isu-isu semasa supaya anda dapat menyelit dalam perbualan kawan-kawan lelaki anda dan memberikan pendapat bernas bila ditanya. Banyakkan membaca terutamanya suratkhabar! Membaca meluaskan pengetahuan. Jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara, jangan pula malu utk bertanya. Malu bertanya sesat jalan pula…

    27. Jika di tempat kerja anda ada majlis anjuran syarikat, apa salahnya menawarkan diri untuk membantu. Apabila anda bekerjasama dalam satu pasukan yg hebat dan kerja yg dihasilkan juga hebat, pasti anda juga akan terkena tempias pujian. Orang akan mengenali anda dan secara tidak langsung meningkatkan pesona diri anda.

    28. Begitu juga jika anda ada bakat terpendam. Jangan sia-siakan kerana bakat adalah satu pesona. Anda tidak perlu menjadi penyanyi dan pelakon utk menonjolkan bakat. Jika anda pandai menyanyi, sertailah aktiviti karoeke anjuran tempat kerja anda. Kalau pandai berlakon, sertailah lakonan utk aktiviti hari keluarga anda. Jika anda ada bakat sebagai MC atau pengerusi majlis, tawarkan diri anda untuk mempengerusikan sesuatu majlis yg diadakan. Dengan cara ini, pesona diri anda akan menyerlah dan orang ramai akan lebih mengetahui akan kewujudan anda dalam sesuatu organisasi. Peluang untuk anda mengenali ramai org pun akan lebih cerah.

    29. Jika berbual-bual dengan lelaki yg anda minati, pastikan perbualan itu ada topik yg menarik dan tidak hambar. Utk lebih fun and funny, selitkan sedikit game dalam perbualan tersebut. Anna suka tanya soalan macam..” Describe urself in one word” dan entah kenapa trik tu selalu menjadi kerana lelaki2 yg anna tanya tu pasti berfikir panjang dan akhirnya tergelak-gelak semasa memberi jawapan. Jawapan yg diberikan mesti lucu dan ini dapat ‘break the ice’! One point extra!

    30. Jika anda pernah berbual-bual dengan seorg lelaki tentang sesuatu perkara, lain kali bila bertemunya tanyalah soalan yg berkaitan dengan perkara tersebut. Contohnya, dia pernah beritahu anda akan menyertai pertandingan menembak. Jadi, tanyalah tentang kejuaraan tersebut. Jika dia menang tempat pertama ’sharp shooter’, ucapkan tahniah kepadanya. Perkara-perkara kecil sebegini dpt memberi makna yg besar.

    31. Jangan HIPOKRIT. Jujurlah dengan diri sendiri dan pada org lain. Jangan kerana anda ingin memikat seorang lelaki, anda bersetuju dengan semua kata-katanya. Jika anda benci menonton ESPN, janganlah menipunya dengan mengatakan saluran itu saluran kabel kegemaran anda. Cakap sajalah anda tidak suka menonton bola sepak tetapi tidak bermakna anda tidak mahu mengambil tahu tentangnya. Jika anda benci kucing, janganlah berpura-pura menyayangi kucing jalanan di kaki lima di depannya hanya kerana anda tahu dia amat menyukai kucing.

    32. Pikat lelaki dengan masakan. Cubalah risik pada kawan2 lain apakah makanan kegemaran lelaki yg anda minati. Kemudian cubalah memasak makanan tersebut dan bawalah masakan tersebut di pejabat utk dikongsi bersama teman-teman sepejabat dan si dia. Manalah tahu anda menepati ciri-ciri wanita idaman hati! Bagi yang tidak tahu memasak.belajar dari sekarang, masih belum terlambat lg!

    33. Jangan sesekali merendah-rendahkan lelaki tentang ketidakmampuannya samada melalui perbuatan atau kata-kata. Contohnya jika kawan lelaki anda tidak mampu membeli kereta, janganlah asyik mengungkit-ungkit tentang ketidakmampuannya atau menyindirnya. Suatu hari nanti mungkin anda terdesak memerlukan pertolongannya dan motor dia juga yg anda tumpang!

    34. Lelaki akan lebih respek pada wanita yg menjaga kesopanannya terutama dalam segi pergaulan dan penampilan diri. Wanita yang berpakaian terlalu menjolok mata hanya akan memberi tanggapan pada lelaki bahawa wanita tersebut terlalu bergantung kepada kecantikannya semata-mata utk mendapat perhatian. Jadi, berpakaianlah secara ‘modest’ tetapi ada kelas. Wanita sebegini lebih mempesonakan. Bak kata kawan2 anna pada wanita yg berpakaian sopan..”She’s a lady! Respect her like a lady!”

    35. Selalu senyum. Senyuman wanita mampu mencairkan lelaki. Jadi selalunya senyum kepada lelaki yang anda minati

    35. Jangan selekeh. Anda tidak perlu membeli pakaian atau alat solek yg mahal utk kelihatan menarik tetapi cukuplah sekiranya anda sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Walau sibuk mana pun anda, curi masa utk melayan diri anda seperti membasuh rambut, memotong kuku, membuang ‘misai’ jika ada, merawat muka, memakai losyen badan, merawat tumit kaki yg pecah dan sebagainya…Semua ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Begitu juga dengan pakaian. Pastikan pakaian anda sentiasa bersih dan bukan dipakai berhari-hari baru basuh. Kebersihan diri anda perlu dijaga.

    36. Jika anda meminati seorg lelaki dan dia semacam tahu niat anda utk mendekatinya tetapi malangnya tidak memberi respon atau telah berterus-terang pada anda bahawa dia tidak mahu sebarang hubungan atau komitmen dengan sesiapa pun saat itu, abaikan saja dia..Tidak ada cara utk mengubah pendiriannya itu yg keras seperti batu. Tak perlulah anda mengeluarkan semua pesona diri anda untuk memikatnya. Lupakan dia..dan teruskan kehidupan seperti biasa. Lagipun, anda telah belajar pelbagai tips utk menyerlahkan pesona diri anda dan pasti di luar sana ada banyak lelaki yg lebih menghargai diri anda!!

    Kenali Hati, Cinta Lelaki


    Romantis

    Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

    Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

    Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
    Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

    Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.

    1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

    Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

    2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

    3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

    4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

    5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

    6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

    7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

    8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

    9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

    10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

    11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

    12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

    13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

    14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

    p.s : Fakta yang diolah dalam artikel hampir menyamai kajian dalam buku Men are from Mars, Women are from Venus.

    Thursday, August 5, 2010

    Awal kahwin VS Hujung Kahwin

    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Jom kita pergi shopping"
    Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Jom kita pergi shopping"
    Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa..naik lrt ke..drive ke..teksi ke.."

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Jom kita pergi shopping"
    Suami : "apa shopping moping..?..aku kompang kang...."
    ***

    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
    Suami : "OK..no problem.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
    Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
    Suami : "awak nikah je lah ngan mamak kedai tu..."
    ***

    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Ayang mengandung.."
    Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
    Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
    Suami : "Haiii..anak awak..memang ikut mak...gerenti bengong nyer..."
    ***

    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
    Suami : "OK..no problem.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
    Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
    Suami : " apa kata awak masak, awak kemas, awak buat sumer...saya nak kuar ngan maid kita yg baru ni...."..
    ***

    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
    Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
    Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke?"

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
    Suami : "kompang nak ?"...
    ***

    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
    Suami : "takpe, biar abang masak.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
    Suami : "masak jer la apa2 jer.."

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
    Suami : " bakar je lar dapur tu..."...

    Lelaki Ensem vs Lelaki Tak Ensem

    Kalau lelaki handsome pendiam
    Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
    kalau lelaki tak handsome pendiam
    Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


    kalau lelaki handsome berbuat jahat
    perempuan akan kata: nobody's perfect
    kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
    perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


    kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
    perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
    kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
    perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


    kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
    perempuan akan kata: sepadan sangat...
    kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
    perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


    kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
    perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
    kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
    perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya>> >meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


    kalau lelaki handsome penyayang binatang
    perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
    kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
    perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...


    kalau lelaki handsome bawa BMW
    perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
    kalau lelaki tak handsome bawa BMW
    perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?..


    kalau lelaki handsome tak mau bergambar
    perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
    kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
    perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


    kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
    perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
    kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
    perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


    kalau lelaki handsome bersedih hati
    perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
    kalau lelaki tak handsome bersedih hati
    perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Popular Sepanjang Zaman