Tuesday, July 27, 2010

Dejavu - Realiti Bridge

Untuk entry kali nie aku nak sambung citer pasal entry aku sebelum ni jodoh dan teori correlativity.

Pernah tak anda mengalami sesuatu situasi tetapi ada terasa seolah-olah ianya pernah berlaku sebelum ini atau pun anda terasa pernah bermimpi mengenainya sebelum ini. Situasi ini dikenali sebagai Dejavu. Dejavu biasanya berlaku apabila anda akan atau sedang menemui seseorang yang sangat negetif atau akan mengalami situasi yang sangat negetif hingga boleh mengubah hidup ke arah yang negetif. Saya namakan fenomena ini sebagai reality bridge.

Sekiranya anda berkahwin dengan seseorang ketika berlakunya reality bridge, kebiasaannya perkahwinan itu tidak akan sampai 6 bulan, ini bergantung juga kepada daya tahan seseorang kerana perkahwinan yang dilalui itu sangat susah dan menyakitkan. Atau mungkin anda ditawarkan pekerjaan lain yang gajinya mungkin lebih lumayan tetapi rupanya bahaya sedang menanti anda dalam pekerjaan tersebut.

Menurut ilmu correlativity, reality bridge adalah kesan dari pancaran sinar nuclear lemah yang berada dalam persekitaran anda. Sinar ini mempengaruhi frekuensi electromagnet tubuh anda menjadi negetif. Frekuensi negetif boleh menyebabkan anda tertarik kepada orang-orang atau kawasan yang negetif. Jika anda membeli rumah ketika berlaku reality bridge, anda mungkin akan terbeli rumah yang berhantu atau kawasan yang mungkin mendatangkan kerugian kepada anda di masa hadapan.

Ada beberapa tips untuk mengatasi reality bridge. Antaranya ;-

- Jangan ikut reaksi atau character orang-orang yang negetif yang anda temui
- Pastikan emosi anda sentiasa stabil dan positif ketika berlakunya Dejavu
- Jangan buat keputusan besar terutama yang melibatkan masa depan anda ketika berlakunya
Dejavu seperti berkahwin, beli rumah atau bertukar kerja

Sekiranya anda menemui seseorang awek ketika berlakunya Dejavu, ambillah masa 2 tahun untuk mengenalinya. Jangan ambil keputusan terburu-buru untuk berkahwin dengannya. Mungkin perempuan itu tidak sesuai dengan anda.

Tuesday, July 20, 2010

Petua mencari jodoh menggunakan internet


Mengikut statistic yg dijalankan di negara maju dan membangun terdapat sepuluh perkahwinan yang terbina daripada seribu perkahwinan dan mereka ini berkenalan melalui internet.

Salah satu contoh di negara kita yang terkenal adalah pasangan wardina safiyah. Wardina sendiri berkenalan dengan suaminya melalui internet. Jadi memang tidak mustahil kita bertemu jodoh melalui internet. Terdapat beberapa sebab kita terpaksa mencari jodoh menggunakan internet antaranya adalah kerana;
  • Sibuk dengan kerjaya masing-masing
  • Rakan-rakan di tempat kerja masing-masing dah berpunya atau sudah berkahwin
  • Malu untuk mengorat secara dekat
  • Sudah buntu dan habis ikhtiar untuk mencari di luar
Di bawah adalah beberapa contoh tips;

1. Cari menggunakan website yang sesuai

Penulis sendiri pernah menggunakan website mencari jodoh untuk mendapatkan pengalaman sendiri. Website yang paling ramai digunakan di malaysia ialah http://www.myjodoh.net

Lazimnya, pasangan yang berkenalan di dunia siber (di myJodoh atau di mana-mana) akan mula menjalinkan hubungan melalui emel, Yahoo Messenger, MSN Messenger, Skype dan sebagainya. “Sembang-sembang” dan proses berkenalan tersebut akan dilanjutkan dari alam internet ke alam telekomunkasi selepas habis waktu bekerja. Beratus-ratus ringgit wang yang mereka “derma” kepada syarikat telekomunikasi. Semua ini akan menjadi semakin rancak jika kedua-duanya berada di jarak yang jauh. Seorang di Johor, seorang di Kuala Lumpur. Semua ini akan menjadi lebih rancak jika salah seorang baru sahaja dikecewakan. Tengah frust!

Kemudian mereka akan bertukar-tukar gambar apabila telah wujud sedikit kepercayaan atau bersembang melalui telefon, mendengar suara masing-masing. Di dalam jangka masa ini, lazimnya telah wujud rasa sayang, rindu, cemburu, berharap dan percaya … sedangkan masih belum bertemu!

Apabila telah bersedia, mereka akan bertemu untuk kali yang pertama. Lazimnya berdua-duaan. Lazimnya akan terdetik di dalam hati salah seorang “alaaaahai! kenapa dalam gambar nampak lain!??” atau “kenapa dalam emel, sms dan YM pandai berbahasa?” atau “eh .. kenapa suara dia lain macam jer..” atau “eh .. nampak macam laki orang jer ni!” dan seribu satu kekecewaan yang melambangkan orang yang dijumpai tidak seperti apa yang dikhayalkan.

Menurut kebanyakan pasangan yang berkahwin di myJodoh, mereka tidak menghadapi masalah ketika pertama kali berjumpa. Melalui aduan-aduan yang saya lihat daripada pengguna myJodoh, mereka yang menghadapi masalah ketika pertama kali bertemu, akan cuba “menjauhkan diri.” Ini akan membuat pasangan yang seorang lagi kecewa, marah dan terasa dipermainkan!

Akhirnya, myJodoh yang akan dipersalahkan!

2. Kenal pasti kriteria yang kita mahukan

Pertama sekali, kenal pasti ciri-ciri yang anda mahu sebelum mula berkenalan dengan seseorang. Untuk mengenal pasti ciri-ciri yang anda ingin, anda perlu kenal diri sendiri terlebih dahulu. (ada penjelasan panjang untuk ini) Jika orang yang anda kenal itu tidak menepati “ciri-ciri asas” seperti umur, status perkahwinan, tinggi, berat, tempat tinggal, asal, kufu dan lain yang anda kehendaki (maklumat-maklumat ini anda boleh dapati dengan bertanya melalui sistem pesanan myJodoh atau sebarang kaedah di internet), tidak perlu lanjutkan hubungan, tidak perlu buang masa, tidak perlu menanam sebarang harapan dan janji, tak payah tengok muka pun tak mengapa. Goodbye, sayonara!

Jika si dia menepati ciri-ciri yang dikehendaki, ajaklah berjumpa “ramai-ramai” dan bukan berdua-duaan. (Rasanya, tidak perlu saya jelaskan fekahnya di sini.) Pertemuan beramai-ramai di tempat awam yang terbuka akan menghilangkan suasana romantik, suasana berahi dan sebarang ketakutan. Anda boleh bertanya tentang pekerjaan, pelajaran, pengetahuan agama dan kekeluargaan. Semua jawapan akan membongkar latar belakang, pemikiran dan identiti sebenar seseorang. (Ini pun saya tak boleh nak lanjutkan keterangan, agak panjang – maaf. Mungkin nak kena tunggu majalah Nur invite jadi columnist kot … :) mungkin baru boleh terangkan.)

Dari saat ini, anda telah meneliti kesesuaian dan telah “melihat” serta “mendengar” orang yang anda ingin jadikan calon pasangan hidup. Kemudian fikir, fikir dan fikir. Jangan terburu-buru menolak dan jangan terburu-buru menerima. Minta pendapat rakan-rakan yang ikut serta di dalam pertemuan. Kemudian beristikharahlah. Jika petunjuk yang datang adalah positif maka eloklah disudahi dengan ikatan perkahwinan. Ajak sahaja si dia berkahwin. Ia akan berlaku dengan pantas dan mudah, InsyaAllah. (Ingat, anda melakukan setelah mendapat petunjuk daripada tuhan.) Perbincangan pra dan pasca perkahwinan biasanya akan berlaku di sini. Sebagai contoh, siapa akan bertukar tempat kerja, hantaran, mas kahwin, pertunangan, tarikh bertemu kaum keluarga … dan sebagainya.

Jika sebaliknya, kedua-duanya akan menjadi “hanya kawan” dan tidak ada lebih daripada itu. Berterus-teranglah dengan si dia. Jangan terus menyepi, kerana ini akan menimbulkan isyarat yang sebaliknya! Dia akan menyangka anda suka, tetapi malu nak menghubunginya.

Sebagai tambahan, kadang-kala akan wujud keinginan di dalam hati salah seorang untuk “terus memilih” walaupun telah bertemu yang sesuai. Ini adalah sikap negatif untuk sesuatu perhubungan dan adalah elok sekiranya anda membatalkan perhubungan sekiranya anda mengetahui si dia “masih lagi dalam proses memilih.” Jangan lupa, hadiah saguhati anda jika tidak dapat ke final adalah kekecewaan. Jadi, jangan cari penyakit walaupun si dia nampak menarik.

3. Bina profile yang menarik

Profile yang menarik adalah kunci sama ada seseorang itu berminat untuk menghantar message kepada kamu. Tulis profile yang ceria, hidup dan mempunyai sifat positif. Elakkan menulis perkara-perkara negatif. Letakkan photo yang terkini yang menarik dan jangan sesekali letakkan gambar bersama org lain yang berlainan jantina bersama kerana ia boleh menimbulkan keraguaan. letakkan header dengan jelas siapa ciri ciri yang kamu cari. tulis perkara-perkara yang tidak tipikal dan jadi seorang yang unik. gambar mesti kemas jelas dan memakai pakaian yang sesuai atau stylo.

4. Mengikut panduan keselamatan

Pastikan kamu tidak memberi alamat rumah, telepon rumah atau alamat tempat kerja sebelum kamu benar-benar pasti. Untuk 'first date' sentiasa jumpa di tempat umum dan ramai orang. Jangan sesekali memasukkan duit ke dalam akaun bank orang yang kita tidak pernah jumpa. Sebelum jumpa untuk pertama kali minta gambar yang terkini atau bertanya bila tarikh gambar di dalam profile mereka.

5. Belajar untuk berkomunikasi dengan baik

Untuk ayat-ayat mengurat boleh refer kepada entry saya sebelum ni untuk lebih detail. Message atau email kita yang pertama adalah first impression. Ia menentukan sama ada si dia membalas atau tidak. Sentiasa mulakan dengan memuji si dia seperti "saya suka kan senyuman awak" atau baca profile dia dan tanya tentang apa yang dia minat.

6. Belajar untuk hormat dan terima..jangan terburu-buru!

Semua orang tidak suka orang yang suka mendesak, terutamanya perempuan. Jangan terus meminta no telepon dalam hari yang sama..tapi jika si dia memberi tanpa di minta itu bermaksud si dia memang berminat dengan kamu. Jangan terburu-buru dalam mengorat. mulakan sedikit demi sedikit agar si dia merasa selesa terlebih dulu. Mulakan dengan 'like' status si dia dan comment yang agak kelakar. Apabila si dia sudah mula berasa mesra baru kita berterus terang. akhir sekali belajar untuk merasa di reject. dan kembali mencuba orang lain..jangan cepat berputus asa

P.S/ Penulis akan sambung lagi dengan tips2 lain apabila penulis free lg hehehe..peace

Wednesday, July 14, 2010

Ayat-Ayat Mengurat

Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.

“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.

Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur. Orang Timur harus lebih bersopan apabila mendekati wanita dan tidak menggunakan ayat-ayat berunsur seks. Contohnya, ayat seperti, “Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka.

Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.

Jadi kali ini, aku ingin mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif kepada wanita zaman ini yang bukan sahaja lebih berpengetahuan dan lebih komplikated malahan lebih berani berbanding generasi yang terdahulu.

Ayat Mengurat Berlapik
Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.
“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.

Ayat Mengurat Romantis
Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.
“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.
Dan di zaman ini, aku yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengurat.

Ayat Mengurat Terus Terang
“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan aku yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.

Akumenjemput pelayar Blog2cinta untuk mencadangkan ayat-ayat mengurat yang telah digunakan secara berjaya di ruangan komen. Selamat mengurat!

Menjadi Pendengar Yang Baik

Mendengar adalah satu perkara yang amat payah dalam kehidupan ini, kerana apa yang kita dengar biasanya tidak sama apa yang kita faham. Bak kata pepatah orang putih " You hear, but you don't listen". Untuk mendengar dengan baik kita perlu memahami psychology pasangan kita. Adakah dia jenis yang cakap berlapik atau jenis yang berterus terang. Orang yang cakap berlapik biasanya adalah jenis yang pandai menjaga hati ataupun pemalu. Mereka memerlukan seseorang yang bijak untuk menjadi pasangan mereka. Jadi anda perlu mempelajari teknik-teknik memahami maksud pasangan anda.

Contoh cakap berlapik:-

Ayat berlapik : Cantik betul masjid tu ekk...
Maksudnya : You bila nak sembahyang ni, dah tua bangka dah.

Ayat berlapik : Tak sedaplah makan kat sini.
Maksudnya : You tak mampu nak belanja I makan restaurant mewah

Ayat berlapik : Cantik le kereta tu ye bang
Maksudnya : Setakat gaji you yang kecik tu, tah bila nak merasa beli kereta tu

Ayat berlapik : Cantik baju ni bang, tapi mahal
Maksudnya : Mana kad kredit you, I nak pinjam

Ayat berlapik : Dah lama saya tak gi melancong
Maksudnya : Balik-balik jalan kat shopping mall, sekali-sekali bawak lah gi paris, ke new york ke.

Situasi ini tak sama jika awek anda jenis yang suka berterus terang. Lebih baik jika anda bertanya lebih lanjut untuk mengenalpasti apa yang dimaksudkan sebenarnya.

Adalah menjadi kebiasaan juga jika kita mendengar pasangan kita menceritakan masalah mereka. Kita akan menyangka ia memerlukan penyelesaian masalah itu dari kita. Sebenarnya penyelesaian itu sudah ada dalam otak mereka. Mereka sekadar ingin meluahkan masalah tersebut untuk dikongsi dengan anda, malah mereka lebih memerlukan pengiktirafan daripada anda atas ketabahan mereka.

Contohnya :-

Mira : Bang, penatlah kat ofis tadi, kerja pulak banyak, bos pulak asyik bising je.

Amir : Kesiannya sayang, bos Mira tu memang gila sikit kot, tak pandai nak hargai orang.

Mira : Betullah bang, kita kerja penat penat dia tau nak marah je.

Amir : Takpe, Mira penat kerja meh abg belanja Mira makan kat tempat yang Mira suka tu

Mira : Ye ka, bestnya bang.

Situasi ini tidak sama jika awek anda dari awal lagi memohon pertolongan dari anda. Jadi, anda perlu pandai mengenalpasti samaada awek anda meminta perhatian ataupun meminta pertolongan dari anda.

Tuesday, July 13, 2010

Lelaki adalah pemurah CINTA!

Ini bukan aku yg cakap k so pompuan jangan lah cepat melenting. hehehe..Menurut John Gray dalam bukunya Men are from Mars, Women are from Venus menyatakan bahawa lelaki dan wanita mengira markah dalam memberi dan menerima cinta dengan cara yang berbeza. Bagi lelaki, mereka cenderung memberikan markah yang lebih besar (20, 30, 40 poin) untuk setiap cinta yang mereka beri sedangkan bagi wanita mereka hanya berikan 1 poin setiap tindakan kasih yang diberi atau diterima setiap waktu.

Lelaki dan wanita masing-masing sentiasa mengambil kira setiap kasih sayang yang mereka beri atau terima dalam sesuatu hubungan dan apabila kasih sayang ini menjadi tidak seimbang antara mereka berdua dimana salah seorang memberi lebih dan yang seorang lagi kurang, maka kebencian akan wujud antara mereka. Di sinilah pentingnya komunikasi dalam mengembalikan keseimbangan hubungan ini.

Contoh: Seorang lelaki mungkin menghitung hadiah yang berharga RM200 sebagai 20 poin, tetapi seorang wanita akan menghitung setiap hadiah yang diterima sebagai 1 poin sahaja. Bagi wanita, jumlah poin dikira dengan mengambilkira perkara yang berlaku, contohnya balutan hadiah 1 point,persekitaran hadiah di beri 1 poin (lilin, muzik, privasi, lokasi- setiapnya satu poin), kad 1 poin, bunga 1 poin.

Ini tidak sama dengan cara lelaki memberi poin dan jelas mendatang ketidakseimbangan dalam perhubungan. Biasanya lelaki sudah menyangka ia sudah memberi kasih sayang yang secukupnya. Tapi bagi perempuan ianya tidak memadai.

Di sini diambil sedikit petikan dr buku 'men are from mars, women are from venus'

1. 'Lelaki adalah dari planet marikh, wanita dari planet zuhrah'

Ayat tersebut adalah sebagai perumpamaan kepada perbezaan sifat lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita adalah sangat berbeza dalam cara pemikiran, tindakan dan perlakuan. Kefahaman mengenai perbezaan ini dapat membantu dalam perhubungan.”Kita sering tersalah anggap bahawa cinta pasangan kita akan balas dan bertindak sama seperti tindakan kita apabila cintakan seseorang”.


2. 'Si tukang betul' dan 'si penyempurna'-rumahtangga.

Wanita sering mengadu bahawa lelaki tidak mendengar luahan mereka dan cuba cari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka. Lelaki pula mengadu bahawa wanita sering cuba membetulkan mereka dan membetulkan cara mereka melakukan kerja. Lelaki menilai diri melalui kekuatan, persaingan dan pencapaian. Mereka perlu mencapai kejayaan dengan daya mereka sendiri. Manakala perempuan menilai melalui perasaan dan kualiti perhubungan mereka.

Wanita tidak patut cuba menasihatkan lelaki kerana ia akan kelihatan seperti kritikal dan tidak dapat diterima oleh lelaki. Lelaki pula perlu mendengar masalah wanita dengan tidak mencadangkan penyelesaian tetapi dengan mendengar untuk memahami apa yang telah mereka lalui.


3.Lelaki 'sorok dalam gua' dan wanita bercakap.

Lelaki menghadapi stress dengan memasuki ruang persendirian mereka dimana mereka akan menjadi lebih fokus dan tenang. Manakala wanita lebih mahu berbicara tentang masalah mereka.
Lelaki cenderung tidak membebankan masalah mereka pada orang lain. Mereka rasa perlu untuk menyelesaikan ia bersendirian. Pada ketika itu, mereka akan senyap, hilang daya tumpuan pada persekitaran dan kelihatan terasing, kurang respon dan bersifat pelupa. Wanita mungkin berkecil hati tentang perkara ini tetapi perlu bersabar atas sifat lelaki tersebut.

Wanita pula lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan orang lain sebagai tanda kepercayaan. Mereka terbuka dalam soal berkongsi perasaan kecewa dan kekesalan. Wanita bukan cuba mencari penyelesaian segera tetapi hendak didengari mengenai masalah mereka dahulu untuk difahami. Apabila wanita cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak lelaki pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut. Disini lelaki harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.


4. Bagaimana untuk memotivasikan pasangan sendiri.

Kedua-dua pihak dimotivasikan dengan rasa cinta. Lelaki rasa dicintai apabila mereka diperlukan oleh pasangannya, wanita rasa dicintai apabila mereka dibelai. Bagi menyemarakkan rasa cinta lelaki harus sentiasa dipenuhi dengan perasaan dipercayai dan dihargai. Wanita perlu kerap menunjukkan sesuatu yang membuat lelaki rasa diperlukan oleh mereka. Wanita pula memerlukan kasih saying dan dijaga dimana lelaki harus sentiasa menunjukkan perasaan empati dan kasih.


5. Perbezaan bahasa.

Bahasa dan ayat antara lelaki dan wanita adalah sama tetapi maksud yang disampaikan masing-masing adalah berbeza dan sering mengelirukan. Wanita bicara secara kiasan dan menggunakan kata umum. Jika lelaki bicara, mereka akan maksudkan secara terus, spesifik dan ini akan membuatkan mereka biasanya mentafsirkan kata-kata wanita sebagaimana ia maksudkan dengan kata sebenar. Disini puncanya timbul kekeliruan pada pihak lelaki terhadap kata-kata wanita dan wanita pula akan menuduh lelaki tidak memahami mereka.

Lelaki bicara hanya untuk menyampaikan maklumat. Wanita pula bicara untuk banyak sebab. Mereka sering mengadu yang lelaki kurang bercakap. Wanita harus faham jika lelaki itu sedang dalam proses mengasingkan diri iaitu dengan melarikan diri sebentar atau keluar dengan kawan-kawannya, dia harus diberi peluang untuk berbuat demikian. Manakala lelaki pula harus menerangkan kepada pasangan mereka mengapa mereka perlu tempoh pengasingan tersebut..


6. Lelaki seperti getah.

Lelaki boleh mendekati sangat rapat kepada pasangan mereka kemudian dia akan lerai sebentar. Maksudnya, setelah mereka sudah memenuhi hubungan mesra pada pasangan, mereka akan cenderung untuk rasa bebas dalam diri mereka dan menginginkan autonomi. Kemudian setelah mereka memenuhi perasaan tersebut, mereka ingin kembali untuk mendapatkan hubungan mesra itu kembali. Perkara ini akan sentiasa bertukar-arah antara keperluan hubungan mesra dan autonomi. Apabila seorang lelaki itu mengasingkan diri,dia harus diberi kebebasan sementara sebelum dia kembali pada pasangannya semula.


7. Wanita seperti ombak

Perasaan wanita naik turunnya seperti ombak. Pada perasaannya kemuncak, mereka mempunyai rasa kasih sayang yang cukup untuk diberikan pada pasangannya. Tetapi apabila perasaan itu menurun, mereka tidak upaya untuk menghargai dan menerima pasangan mereka telah lakukan. Apabila saat perasaan ombaknya memecah, seorang lelaki tidak harus bertindak untuk membantu mereka. Lelaki harus mendengar, terima terhadap perasaan mereka dan sampaikan perasaan keyakinan, jaminan terhadap mereka.


8. Membongkar perbezaan keperluan emosi.

Wanita memerlukan penjagaan, kefahaman, hormat, kesetiaan, perakuan dan keyakinan dari pasangan mereka. Lelaki pula memerlukan kepercayaan, penerimaan, penghargaan, sanjung, pengesahan, sokongan oleh pasangan mereka. Adalah terbaik jika kita dapat memberikan apa yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.


9. Bagaimana mengelak perselisihan faham.

Ia harus dielakkan selagi boleh, berunding jangan berbalah. Apabila lelaki rasa tercabar, dia akan fokus untuk buat dirinya rasa benar dan lupa untuk bertindak sifat lebih penyayang terhadap pasangan mereka. Dia akan membuatkan pasangannya lebih marah dan tidak membenarkan apa perasaan yang dialami oleh wanita itu ketika itu. Biasanya kes ini boleh bermula dalam konteks lelaki yang cuba menyelesaikan masalah wanita walaupun niatnya baik. Punca yang remeh akan boleh mengakibatkan perbalahan yang tidak berkesudahan. Kita harus terima yang pasangan kita bukan sempurna.


10. Pemberian kredit untuk pasangan masing-masing

Lelaki percaya dia mendapat kredit yang tinggi dengan melakukan sesuatu yang besar contohnya memberi jambangan bunga yang banyak. Tetapi bagi wanita, semuanya tak kira banyak atau sikit ia hanya diberi satu nilai kredit yang sama nilainya. Dalam pandangan wanita mereka telah merasakan buat sesuatu untuk pasangan mereka dan menilai kredit berdasarkan pandangan mereka sendiri. Dengan melakukan banyak tindakan yang mereka rasakan sebagai kasih sayang, mereka akan memberi markah banyak untuk diri mereka sendiri. Sebab itu mengapa ramai wanita mengadu yang mereka rasakan telah memberi banyak kasih sayang tetapi tidak menerima yang setimpal oleh pasangan mereka. Pada pandangan lelaki pula mereka telah melakukan apa yang mereka rasa cukup dan mungkin lebih, terutama setelah melakukan satu perkara yang besar buat pasangan mereka.


11. Bagaimana untuk berkomunikasi dalam konflik perasaan.

Perasaan marah dan kesal perlu disampaikan dengan cara yang lebih penyayang. Surat atau kata cinta adalah antara satu cara baik untuk meluahkan perasaan negatif dengan lebih rasa kasih.


12. Bagaimana untuk meminta dan menerima.

Ada 3 cara bagaimana untuk meminta dan terima apa yang dipintakan.

1. Tanya dengan baik-melibatkan masa yang tepat dan tona yang tidak mendesak. Buat secara ringkas dan berterus terang.

2.Praktik untuk cuba minta sokongan atau bantuan walaupun sudah menjangkakan jawapannya tidak atau tidak perlu.

3.Minta dengan tegas-antara kunci penting dalam cara ini adalah dengan berdiam diri setelah meminta.


13. Memelihara rasa cinta berkekalan

Untuk berjaya dalam percintaan,kita harus memahami terdapat banyak musim dalam percintaan. Adakala naik dan adakalanya surut. Kita tidak boleh menganggap pasangan kita mempunyai tahap perasaan cinta yang sama seperti kita. Kita harus mempelajari kasih sayang pasangan kita dari luar dan juga dalam.

Untuk version english sila click sini

Memilih satu antara dua

Pernahkah anda terperangkap dalam cinta tiga segi dimana anda terpaksa memilih salah seorang antara dua awek yang anda sayangi. Tentu anda menjadi confius kerana kedua-duanya memiliki ciri-ciri yang anda sukai. Jadi sebelum membuat pilihan. Anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri soalan-soalan ini.

- adakah awek ini sanggup bersama anda dan sanggup berkorban ketika anda berada dalam kesusahan?
- adakah awek ini akan memberi anda dorongan dan sokongan yang sepatutnya ketika anda berada dalam keadaan bermasalah?
- adakah awek ini sanggup menggadaikan maruahnya untuk anda?
- adakah awek ini sanggup mengeluarkan wangnya untuk membantu anda?
- adakah awek ini sanggup menerima anda walaupun anda telah menjadi cacat ataupun bankrup?
- adakah awek ini sanggup mendermakan organnya dikala anda memerlukan pemindahan organ?

Soalan-soalan ini kelihatan susah untuk dijawab, kecuali jika anda betul-betul melalui situasi tersebut. Dan disaat itu barulah anda sedar siapa sebenarnya awek anda. Terpulanglah bagaimana caranya untuk anda mendapatkan jawapannya. Kadangkala lidah tidak bertulang. Bak kata pepatah orang putih "action speak louder than words". Atau dalam bahasa Al-quran. "Jangan lah kamu mengaku beriman, sehingga kamu diuji".

Wallahualam

Ngorat awek yang bijak

Kebiasaannya adalah susah untuk mengorat awek yang bijak. Kerana Awek ini tidak mudah termakan dengan kata-kata yang manis. Awek ini juga dapat mengenalpasti dengan mudah jika anda menipu atau tidak. Pastikan setiap yang keluar dari mulut anda adalah benar belaka. Berlaku jujurlah dalam setiap tindakan anda.
Jika ada yang tidak kena dengan pakaian atau make-upnya, jangan pandai-pandai pula memuji, kerana awek ini boleh mengenalpasti riak wajah anda tidak selari dengan kata-kata. Tidak salah berterus terang, asalkan pemilihan perkataan itu tidak menyakitkan hati atau keterlaluan. Seeloknya guna perkataan yang positif seperti “ I rasa lagi cantik kalau u nipiskan sikit make up u, ia lebih sesuai dengan personality u yang simple dan elegent”. Nah, teguran dalam pujian. Ini contoh je. He he he.

Jangan pula suka menabur janji-janji yang anda sendiri tidak yakin boleh menepatinya. Sekali anda gagal memenuhi, pasti awek ini susah untuk mempercayai anda dan mungkin dia akan mengungkit kesilapan tersebut setiap kali ada perselisihan antara anda berdua.

Awek yang bijak kebiasaannya mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap pasangannya. Mereka mencari seseorang yang setaraf, atau yang lebih berjaya daripadanya. Pastikan taraf anda lebih tinggi daripadanya sebelum membuat keputusan untuk mengoratnya. Paling kurang pun anda ada perniagaan yang berdaya maju atau pun bekerja dengan syarikat corporate yang besar bagi menaikkan status anda.

Ngorat Awek Negetif

Adalah menjadi kebiasaan apabila kita mengorat seseorang kita berkecenderungan untuk memilih awek dari segi fizikal seperti rupa paras yang cantik, perwatakan yang menarik dan mudah mesra dengan anda. Tetapi jika anda merancang untuk mencari pasangan hidup, anda perlu mengenali dalamannya juga samaada awek ini positif atau negetif. Awek yang negetif biasanya sangat mementingkan diri sendiri dan kurang mengambil berat atau prihatin terhadap orang lain. Antara ciri-ciri awek ini :-
- suka mengumpat dan bercerita keburukan orang lain
- memandang rendah orang lain
- bangga diri
- suka bercerita tentang diri sendiri
- suka menjatuhkan orang lain
- tidak berminat mendengar rintihan atau masalah orang lain
- ego serta angkuh

Tidak dinafikan ada juga awek yang pandai berlakon baik di depan anda. Antara teknik yang boleh digunakan adalah dengan berbual-bual perkara-perkara yang negetif. Dan cuba lihat reaksinya samaada ia berminat atau tidak untuk merancakkan lagi perbualan tersebut. Tetapi anda perlu berhati-hati menggunakan teknik ini, jika tidak awek itu pula yang akan blah dari anda.Saya teringat lagu Faizal Tahir, Aku Bencinta Pada Mu. Mungkin awek dalam lagu itu mempunyai rupa paras yang cantik, tapi mempunyai perangai yang negetif. Awek macam ni tak sesuai dijadikan isteri, kawan biasa boleh le.

Ngorat awek materialistic

Anda perlu berhati-hati jika mengorat awek yang materialistic kerana awek ini hanya memandang nilai-nilai kebendaan yang ada pada anda seperti kereta, rumah, wang dan sebagainya. Bayangkan jika kereta anda ditarik atau rumah anda dilelong, pasti awek ini akan meninggalkan anda tanpa rasa simpati atau sedikit keinginan untuk membantu anda.

Persoalannya di sini, bagaimana mengenali awek yang materilistik? Amat mudah sekali. Lihat cara ia berbelanja serta barangan yang dipakainya. Sudah tentu semuanya barangan berjenama yang amat mahal harga. Jika anda pergi membeli belah bersamanya anda akan dapati dia lebih suka shopping dipasaraya yang terkemuka dan pantang sungguh jika anda membawanya berjalan di chow kit atau jalan masjid India. Pemilihan tempat makan pun mestilah restaurant yang ekslusif dan sudah tentu hidangannya juga mahal.

Tetapi, sudah agak terlambat jika anda sudahpun jatuh cinta dengan awek ini dan meninggalkannya amat susah sekali. Tidak apa. Cuba kita melihat aspek positif dari perhubungan ini. Ya. Anda pasti akan bekerja lebih keras untuk mendapatkan imbuhan yang lebih banyak bagi dihabiskan untuk awek ini. Status anda akan lebih meningkat apabila bos anda berpuas hati dengan pencapaian anda. Jangan makan rasuah sudahlah. Nanti awek entah kemana, anda pula yang akan didakwa. Fikir-fikir kan hehehe...

Ngorat awek psycho

Awek psycho mempunyai pengalaman yang buruk dengan lelaki samaada ia berlaku sekali atau beberapa kali. Pengalaman-pengalaman ini menjadikan awek ini samaada susah untuk mempercayai lelaki, benci kepada lelaki ataupun dendam kepada lelaki. Kenkadang sehingga boleh menjadikan awek ni lesbian atau lebih teruk tomboy..

Antara perkataan yang terbiasa keluar daripada mulut awek ini adalah seperti -:

- ala, lelaki semua sama
- susah nak dapat lelaki yang baik sekarang ni
- lelaki kebanyakannya penipu
- aku dah tak boleh mengharap lagi kepada lelaki
- alla, jantan.... memang lah Anda perlu berhati-hati

jika perkataan-perkataan ini biasa terkeluar dari mulut awek anda, samaada anda mengambil jalan mudah dengan cabut sahaja atau berusaha untuk meyakinkan awek ini bahawa anda lain daripada lelaki lain. Jadi, bagaimana untuk mengubah tanggapan awek ini? Adalah susah jika awek ini mengalami pengalaman buruk dengan lelaki sejak kecil lagi. Contoh, jika dia pernah diperkosa oleh ahli keluarganya sendiri. Anda perlu membawa awek ini ke pakar kejiwaan untuk mengubahnya.

Tetapi agak mudah jika pengalaman buruk ini berlaku sesudah ia dewasa. Kerana ketika ini pemikiran rasional sudah pun terbentuk dan dia boleh menilai sesuatu situasi dengan lebih analitikal. Anda cuma perlu menyakinkannya anda bukan seperti lelaki yang pernah ia kenali. Dan ini perlu disusuli dengan perbuatan yang ikhlas dan jujur. Jangan sesekali membohonginya dan kotakan apa yang anda ucapkan. Insyallah, usaha ini akan berbaloi. Tetapi, harus diingatkan, jika anda berjaya mengubah tanggapan awek ini dan dia mula menyayangi anda, dan seterusnya anda mengambil keputusan untuk blah, kemungkinan awek ini akan jadi gila atau bunuh diri atau paling tidak pun membunuh anda sendiri. Timbang-timbangkan lah hehehe...

Jodoh dan Teori Correlativity

Mengikut teori ini, setiap manusia mempunyai ciri-ciri pasangannya sendiri. Ini boleh dilihat di dalam carta spouse. Dalam kehidupan ini, jika anda bertemu dengan seseorang yang mempunyai ciri-ciri yang ada dalam carta spouse anda, dan ciri-ciri anda pula sama seperti dalam carta spouse orang tersebut, maka berlakulah keserasian. Keserasian ini juga diperkuatkan lagi jika anda dan pasangan anda itu mempunyai ciri-ciri yang sama di dalam carta children dan mempunyai aliran energy yang sama dalam kehidupan. Sebab itu ada orang yang tak kawin-kawin, atau pun kawin sekejap sahaja dan kawin sehingga ke akhir hayat.

Lihat contoh ni

Org yg mempunyai sifat pendera dan mungkin mendera isterinya

Mengikut ilmu correlativiti, sifat ini boleh dikenalpasti di dalam carta spouse di mana wujudnya punitive star di dalam carta tersebut. Sifat ingin membalas dendam ini diperkuatkan lagi jika ada PEF great swordman atau justicier dalam carta main structure, supporting structure, friend atau spouse. Sebaiknya jika anda memiliki elemen-elemen ini dalam carta anda, anda perlu banyak beribadah dan berdoa kepada Tuhan supaya sifat negatif ini dapat dikurangkan untuk mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku dalam perhubungan anda. Salah satu cara yang terbaik adalah dengan memaafkan pasangan anda setiap kali hendak tidur dan terjaga dari tidur.

Carta spouse Albert Einstein

Otak Albert Einstein telah di keluarkan semasa autopsy selepas beliau mati. Dr Thomas harvey adalah pathologist yg menjalankan autopsy tersebut. Dia memotong otak albert einstein kepada 240 bahagian dan diletakkan dalam jar formal dehyde. Otak eistein adalah normal dari segi saiz dan bentuk kecuali portion yg berkaitan dgn mathemathic di mana bahagian ni mempunyai bentuk yg sama kecuali lebih besar dari manusia normal!!


Teori Correlativity

Teori Correlativity telah diperkenalkan oleh Dr Hew Yon Long, seorang jurutera dari Malaysia dalam bulan December 2003. Teori ini menggabungkan konsep dan peraturan teori-teori tersebut:-

1) Fu Xi’s Yi Jing (I-Ching, the Book of Changes)
2) Lü Dong Bin dan Chen Xi Yi’s Zi Wei Dou Shu (the Book of Destinies)
3) Isaac Newton’s (Gravitational Law)
4) Albert Einstein’s (Energy Equation)
5) Werner Heisenberg’s (Uncertainty Principle)
6) JamesWatson dan Francis Crick’s (DNA Structure)

Menurut beliau setiap manusia ada getarannya yang tersendiri, dan getaran ini mempengaruhi ia membuat sesuatu tindakan dan manusia juga dipengaruhi oleh getaran daripada persekitarannya. Menurutnya lagi jodoh sesuatu pasangan itu dikekalkan melalui kesan frekuensi atau getaran yang sama. Walaubagaimanapun, getaran manusia berubah mengikut masa dan jika getaran salah seorang daripada pasangan tersebut berubah maka berlakulah penceraian.

Untuk bacaan lanjut boleh layari http://www.correlativity.org/

Monday, July 12, 2010

Teknik Ngorat Alternatif

Teknik Pernyataan Diri

Pemikiran memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai sesuatu kejayaan. Pemikiran adalah hasil dari daya tanggapan kita terhadap sesuatu. Jika daya tanggapan kita negatif, maka hasilnya juga akan menjadi negatif. Jadi untuk mengubah tanggapan, anda boleh menggunakan teknik penyataan diri.

Teknik ini boleh dilakukan ketika anda hendak tidur. Pastikan anda berada dalam keadaan tenang dan baca ayat ini.

" Mulai hari ini, aku akan berjaya mengorat ____ (sebut nama penuh awek anda minat). Aku akan membuat dia suka pada ku"

Anda juga boleh menambah apa-apa ayat lain bagi mengubah pemikiran anda. Ulang ayat-ayat ini sehingga anda tertidur. Jika anda terjaga di tengah malam. Ulang ayat ini sekali lagi. Sehingga anda tertidur semula. Insyaallah anda akan berjaya. Lakukan dengan yakin. Kunci utama adalah YAKIN!hehe

Teknik Air Hikmah

Teknik Air Hikmah ini adalah bertujuan untuk memindahkan getaran diri anda ke dalam getaran awek yang anda ingin ngorat melalui air. Getaran yang sama boleh mewujudkan keserasian dan agak mudah untuk anda menguasai pemikiran awek tersebut. Jika terasa cara ini syirik dan tidak bermoral, tak perlulah diamalkan.

- ambil sebiji gelas, tuangkan dengan air mineral
- pekapkan gelas itu dengan kedua belah tangan anda
- tarik nafas sedalam yang mungkin, tahan seketika, dan hembuskan melalui mulut
- ketika menarik nafas, pastikan lidah anda mengena lelangit, dan letakkan lidah anda kebawah ketika menghembus, lakukannya sepanjang teknik ini
- bayangkan seluruh tenaga dalaman anda berbentuk cahaya putih mengalir masuk melalui tangan anda ke dalam air tersebut
- ucapkan mantera ini " Wahai __(sebut nama penuh awek anda), keseru namamu, sesaat kau minum air ini, kau akan terus jatuh cinta padaku"
- ulang mantera ini 44 kali
- beri awek anda minum air itu
- insyaallah usaha anda akan berjaya

Lakukan dengan yakin

Teknik Mantera

Teknik mantera adalah satu cabang hypnosis dimana kita masukkan cadangan-cadangan daripada pemikiran kita ke dalam awek tersebut melalui getaran udara. Jika minda awek itu lemah, maka adalah mudah untuk anda menguasainya. Teknik mantera boleh digunakan ketika anda bertemu dengan awek yang ingin anda ngorat. Ketika bertentang mata dengannya baca ayat ini di dalam hati.

" Tik tak hak kua, aku pandang matamu, kilat didalam rongga mata, sekiranya kau terpandang mata ku, kau terus jatuh cinta"

Lakukan dengan yakin.... Teknik mantera juga boleh digunakan untuk jarak jauh. Bayangkan keseluruhan wajah dan dirinya. Jika ada gambar adalah lebih baik. Ulang mantera ini sebanyak 44 kali.

" Wahai .... (sebut nama penuh awek itu), ku seru namamu, sesaat kau bertemu dengan ku, kau akan terus jatuh cinta padaku"

Jika awek ini bertemu anda pasti ia akan jatuh cinta.

Lakukan dengan yakin....

Teknik mantera ini biasanya mujarab kepada orang yang berjiwa tenang dan mempunyai kuasa dalaman yang kuat.

Teknik Meditasi

Teknik ini amat sesuai untuk meningkatkan keyakinan diri sebelum anda mengorat seseorang.
- pastikan anda berada dalam keadaan tenang dimana tiada gangguan dari persekitaran anda.
- pejamkan mata anda dan duduk dengan tegak
- tarik nafas dengan mendalam, tahan sedikit dan hembuskan, ulanginya sepanjang meditasi ini
- kosongkan pemikiran anda dan tumpukan kepada kawasan antara dua mata anda
- bayangkan awek yang anda ingin ngorat itu berada didepan anda dan senyum kepada anda serta memuji-muji anda
- bayangkan anda berbual dengannya serta memujinya
- bayangkan betapa mesranya anda dengannya
- ulangi meditasi ini beberapa kali sebelum anda bertemu awek itu
- insyallah anda akan berjaya menghilangkan perasaan gementar anda

Selamat mencuba hehe....

Sunday, July 11, 2010

Kenali awek anda

Ada banyak cara untuk mengenali seseorang awek. Antara cara yang paling unik dalam mengenali awek adalah daripada tarikh lahir

Apa ada pada tarikh lahir?


Tarikh lahir sangat penting dalam hidup. Jika anda lupa tarikh lahir awek anda. Maka awek anda akan terluka dan menyangka dirinya tidak lagi penting dalam hidup anda.Kemungkinan awek anda akan lari merajuk ke ke batu belah batu bertangkup hehe... Jika anda menghadiahi sesuatu kepada awek anda pada hari lahirnya, awek anda terasa dihargai asalkan hadiah itu bersesuaian dengan citarasanya. Ini berbalik kepada personaliti awek anda, jika dia jenis yang materialistik, sudah tentu ia membutuhkan(perlu) hadiah yang mahal bukan?kihkih... Ini bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk membeli hadiah yang sesuai...kalau awek ada yg jenis islamik beli lah tudung mawi world ke yg penting ikhlas walaupun tak mahal.. Cara yang terbaik adalah mengenalpasti apa yang selalu dia hajati sebelum ini. Apakah minatnya? Apakah cita-citanya? Dengan memenuhi keperluan-keperluan ini sudah tentu anda akan diletak tinggi dalam hidupnya.

Ciri-ciri mengikut tarikh lahir

Kita akan mengguna teorem runge kakuta based on table Hanh-Marzukezics

Lihat contoh ni: 4 august 1986

Personaliti
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa bertenang dan peramah. Seorang yang sangat peka dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Biasanya individu ini bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Individu ini mendengar nasihat yang diberikan tetapi mungkin tidak ikut kerana individu ni hanya suka mendengar nasihat. Sekiranya diberi tugasan,individu ini mempunyai kebolehan untuk mengikut. Individu ini sangat bagus dalam kerja P.R. Pencapaian dalam kehidupan ialah selepas 45 tahun. Kelemahannya pula individu ini menarik ramai orang suka bercakap jahat. Individu ini juga membawa cerita. Seorang yang sangat degil.

Ciri-ciri
Percaya dengan yakin, kuat terhadap prinsip diri sendiri...Boleh memimpin dan menarik penyokong tetapi berakhir dengan tekanan...Sangat emosional, sentiasa sibuk...Perancang yang sibuk, sentiasa berada di dalam keadaan tertekan...Penyokong akan memberi nasihat; menarik minat perempuan...Perniagaan anda akan menghasilkan pulangan yang baik...

Kesihatan
Penyakit Masalah hati / pundi hempedu, Kemarahan, Tidak penyabar/mudah hampa atau kecewa, Masalah mata, Masalah dengan keseimbangan/koordinasi, Masalah tendon / urat, Kekurangan kelenturan/kekakuan, kekejangan terutama di bahagian bahu, kekejangan otot, Rasa pahit di mulut, Haid yang tidak teratur (Jika perempuan/wanita)..

Pekerjaan
Makanan, Restoran, Berita, Majalah, Telekomunikasi, Penerbangan Kargo, Minyak & Gas, Loji Penjana Tenaga, Kabel Janakuasa, Bahan Api, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan, Tenaga Kerja, Makanan Segera, Kantin, Fesyen, Pencahayaan, Gedung Serbaneka, Perhiasan Pakaian, Senjata, Minuman Panas, Pereka, Penulis, Karyawan Filem, Jururawat, Fund Raiser, Penyambut Tetamu, doktor haiwan, Ahli Psikologi......

Cara nak mengira analisa ni anda perlu memahami dulu teorem dan table kat atas tu dulu baru. Selepas dah paham insyallah anda boleh mengetahui kesemua ciri-ciri manusia dia atas muka bumi ni tanpa ada masalah

Melalui tarikh lahir juga anda juga boleh mengenal pasti spending pattern awek ini, sex orientasinya, keserasiannya dengan anda dan kebarangkalian untuk bertemu jodoh. Selamat mencuba

Friday, July 9, 2010

22 Ciri Orang Mencintai Kamu

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain. Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup..


My Top 10 list tips untuk mengorat

10. Ngorat adalah sikap dan kemahuan
Apa yg penting adalah self confident dan sanggup untuk mengambil risiko dan mempunyai keinginan dan think positive..believe me its work!

9. Mulakan sebuah perbualan
Permulaan yg terbaik ialah mulakan dgn hai atau salam. Bertanya tentang apa sahaja seperti persekitaran, tempat, pendapat atau apa yg bersesuaian.

8. Have fun dan enjoy
Jadi seorang yg playful, hati yg terbuka dan spontan, tunjukkan keihklasan kite.

7.Gunakan props
Sentiasa keluar dari rumah dgn props. props adalah natural conversation starter. Contoh props adalah binatang peliharaan, minyak wangi, buku, surat khabar, kawan-kawan dan sbgnya. Sentiasa memberi business card kpd org yg diminati, sekiranya si dia tertarik si dia akan call tanpa disuruh.

6.Jadi host
Ubah sikap kita dr menjadi seorang guest kpd seorang yg bersikap host

5.Sentiasa kita yg mulakan
Dekati org yg diminati dan ckp hai!!

4.Mendengar
Kita mempunyai dua telinga dan satu mulut jd kita harus mendengar 2 kali ganda. Tp apabila si dia sudah stop baru kita bercakap, semua org suka didengari

3.Eye Contact
Lihat si dia dgn lembut selama yg mungkin kemudian alihkan pandangan

2. Pujian
Semua org sukakan pujian, puji penampilan dia gelak ketawa dia dan jgn lupa ucap terima kasih

1. Senyum
Semua ogr sukakan senyuman, people akan lebih tertarik kpd kita dan muka akan lebih berseri...try it!

Adakah Kamu tahu untuk Mengorat?

Adakah kamu tahu jika kamu secara tidak sengaje mengorat si dia tanpa kamu sedari?

Di bawah adalah contoh-contoh real "flirting" indicator, lihat jika kamu menghantar message yg tepat atau message yg sebaliknya :

Bagaimana untuk mengetahui si wanita menyukai kamu:
  • Si wanita merenung kamu dengan dalam dan anak mata dia mengembang
  • Skin tone si dia berubah ke merah merahan apabila bersama kamu
  • Si dia "crossed leg" ke arah kamu atau kaki nya ke depan dan kebelakang ke arah kamu
  • Si dia merendahkan suara atau meninggikan suara untuk menyamai dgn suara kamu
  • Si dia menggaru dagu atau memegang pipinya dgn kedua belah tangannya. Ini menunjukkan si dia memikirkan tentang kamu atau berkaitan
  • Si dia wink kepada kamu sama ada dari dekat atau semasa berada jauh dari kamu
  • She dia menunjukkan tapak tangan kepada kamu
  • Si dia menggigit bibir, atau menunjukan lidah kpd kamu atau menyentuh gigi hadapan dia






  • Si dia duduk dgn selesa tegak dan muscle si dia kelihatan firm dan selesa
  • Si dia mengigit kuku sekali skala
  • Si dia ketawa bersama kamu
  • Si dia menyentuh bahu, lengan atau tangan kamu semasa bersembang
  • Si dia bermain dgn rantai atau barang yg dipakai si dia tetapi tidak lah keterlaluan, sekadar menarik dan memusingkan
  • Si dia menggetelkan rambut semasa bercakap dgn kamu


  • Semasa bercakap dgn kamu si dia mengelipkan bulu mata dgn lebih kerap
  • Si dia ketawa dgn menunjukkan gigi dan muka si dia kelihatan relax







  • Si dia meraba pergelangan tangan sekali skala

Adakah Kamu TERLEPAS tanda dari si dia?



Selalunya ia susah untuk di lihat dan ditafsirkan


Skill dan keberanian yg kita perlukan untuk memulakan hubungan

Dalam blog ini saya akan cuba untuk menguraikan serba sedikit tanda-tanda dan skil untuk mendekati si dia-si dia memegang rambut, kerlipan mata si dia atau flip of her hand

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Sepanjang Zaman